Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 27-Oct-2007 07:45 Email | Share | Bookmark
Puding Cocktail dan Nasi Beriani Warna-warni

 
 
Kejab je masa berlalu...sedar tak sedar dahpun masuk pertengahan Syawal. Wpun Syawal dah berlalu separuh bulan, kemeriahan menyambut hari raya masih diteruskan. Esokpun (Ahad) ada 4 jemputan rumah terbuka, tak tahulah larat berapa rumah nak dikunjungi... .

Bila musim raya ni, byk makan jgn risaukan sgt kalau badan terasa naik sikit nanti rajin-rajinlah jogging...ke..aktiviti mop lantai ke atau yg boleh keluarkan peluh.. Tp sebelum tu cuba semak BMI (Body Mass Indek) kita kat sini sekadar nak tahu berat kita masuk kategori mana....



Entry kali ni tak ada gambar yang baru cuma nak update resepi Puding cocktail dan Nasi Beriani Warna-warni.



Resepi asal diambil dari Fp Kak Liza di sini ,tq K.Liza.. tp ubah suai sikit tambah tpg kastad dan kebetulan agar2 di rumah tinggal sikit saja.

Puding Cocktail

bahan
20 gm agar2 biasa
6 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin buah cocktail - asingkan buah dgn air
3 sudu tepung kastad

Cara:
1. Rebus agar2 bersama air sehingga mendidih dan masukkan gula
2. Biarkan mendidih dan larut . tapis ke dlm periuk lain.
3. Sementara itu kacau tpg kastad dengan susu hingga kastad larut dan tapiskan ke dalam periuk yg ada agar-agar.
4.Masukkan air buah campur dalam periuk. Kacau atas api sederhana dan biasakan sedikit pekat.
5. Masukkan dalam acuan dan biarkan sejuk .Kemudian masukkan dalam petisejuk.
6. Bila agar-agar beku, tuangkan buah cocktail atas agar2 dan siap utk dimakan.





Nasi Beriani Warna-warni
Sumber ; Sajian Di Perantauan

Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi atau beras biasa
air sama byk dgn beras
3 labu bawang besar - kisar
5 biji bawang merah- kisar
1 ulas bawang putih-kisar
2 inci halia - kisar
*3 kuntum bunga cengkih, *2 inci kayu manis
*3 biji buah pelaga, *3 kelopak bunga lawang
1 tin susu cair atau susu segar
1 s/k garam
pewarna hijau ,merah dan kuning- setiap warna bancuhkan dgn sedikit air secara berasingan
1 senduk minyak sapi

Bahan hiasan:
bawang goreng,kismis

Cara
1. Panaskan minyak sapi,tumis bahan kisar dan bahan * sampai wangi-saya tumis dlm kuali dan pindahkan dalam rice cooker sbb biar cepat tumisnya.
2. Masukkan air,garam dan susu.Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan beras dan masakkan spt biasa.
4. Bila nasi hampir kering, buat 3 lubang di tengah nasi dan tuangkan tiap pewarna pada tempat yg berlainan dan tutup kembali lubang.Tutup periuk dan biarkan betul-betul masak.
5. Setelah masak,kacau rata-rata untuk mencampurkan warnanya.
Hidangkan dengan kismis dan bawang goreng.

Quote:

Tip memasak nasi minyak dan beriani yang baik:

1.Sukatan air (tak termasuk susu) adalah sama dengan beras (1:1)
2.Supaya nasi tak mentah, pastikan periuk ditutup rapat agar wapnya tak terlepas. Caranya selepas mengarih nasi, tutup atas periuk dgn aluminium foil dulu,barulah tudung periuk.Kemudian letak pemberat atasnya spt lesung.Jgn dibuka periuk shingga nasi cukup masak.
3.Nasi jgn dikarih berlebihan agar butir beras tidak patah.


Catatan......
Quote:


mallan-elok sebenarnya kalau dpt keluarkan peluh sikit2.betul tu lemak degil mmg sukar nak hapus..dah sebati ...
lynnhassan-Syawal masih ada , sempat lagi nak beraya lepas habis tempahan nanti...
kamalina-byk sgt open house...makan ..makan ni yg terasa macam berat naik. kat sini ramai jugak org M'sia,bila jumpa sesama org M'sia rasa mesra...tu yg byk jemputan open house...
jeff-letak warna agar nampak menarik sikit nasinya tp rasa masih sama..
K.mOn- laa timbangan rosak ke.. tak boleh nak check berapa BMI . Sambut Syawal di sini meriah betul, byk open house...makan..makan sampai tak larat. Tinggal kat Berakas...mestilah sudi nak ke rumah K.mOn....
Lee Lin-boleh cuba tak susah membuatnya ...
Sabrina -tu lah cara nak mewarnakan nasi, nak bagi lebih meriah tambah lubang dan warna. lepas raya nanti boleh kut cover balik yg makan makan masa raya ni, kasut jogging dah rasmi tak....
zatidhati-he...he..samalah dacing kat rumahpun turun merudum bila turun...
tariqzaidanirah-tak payah pakai tali pinggang lagi cepat bersiap ni.... betul tu kenyang sampai ke malam, makan aja sampai senak perut ....
Nur -letak warna nak bagi meriah sikit nasinya... Nur naik sikit aja tu...nanti dah lepas habis open house dah habis sesi makan makan..boleh turun tu...
kak jie jie-laa puasa lagi naik ke..timbangan salah kut K.Jie...
ct-nik -ohh...hari2 pusing sini, napa tak nyapa awal2...kalau tak dah lama boleh kenal mesra dgn ct-nik, boleh kita kongsi resepi...
masriyah -betul tu Yah, kira dua beradik dgn nasi minyak..
fazizaid -K.Fazi, letak penimbang tu just nak bagi gempak sikit , maklumlah masa raya ni asyik makan makan.. . nasi ni lebih kurang macam nasi hujan panas...
umi-kal-tip ni dpt dari buku resepi mmg elok masak nasi ikut tip ini. Kat sini masih beraya...sampai habis bulan Syawal kut..
mummy jam-nasipun nak beraya mummy.....
hajar -tulahkan bila raya byk betul rumah terbuka..makan makan...he..he..bangun memalam buta..mengigau kut teringat masa sahur...
Daalia- thn ni tak balik M'sia, beraya kali pertama di Brunei. anak2 bujang tu bukan main susah nak minta posing elok2..macam2 gaya nak dibuatnya.Mmg pengalaman yg menarik dpt beraya di Istana, dpt bersalaman dgn kerabat Raja. Puding cocktail mudah , sedap dimakan terutama bila makan masa pudingnya sejuk.
Tak sihat rupanya K.Daalia sebelum ni...habis keluar suara itik..byk makan pedas2 kut masa raya.. patutlah lama tak up date Fp.Semoga cepat pulih sepenuhnya. nilahkan bila musim raya ni byk betul makan-makan, tak pa lepas raya kita pakat exercise.... Husben K.Daalia mungkin kadar metabolisme tinggi kut ..tu yg badan susah nak naik wpun byk makan. Tq atas ucapan...juga selamat hari raya dan ceria selalu buat K.Daalia sekeluarga..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net