Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 31-Oct-2007 22:42 Email | Share | Bookmark
The World's Oldest Active Ocean-going Passenger Ship

Bersiap2 nak pergi
Boys in red dlm bas khas ke kapal
Syazrin kali pertama naik bas
Show dipintu masuk
Hero2 mamasya dpn kapal
Pameran buku atas kapal
Lagi gambar buku
Bestnya buku ni,Syazrin nak tengok jugak
Syazrin dah sambar sebiji bola
byknya buku semua nak tengok
Syazrinpun tumpang sekaki
Semua best, susah nak pilih ni
Hello!atas kapal ni...Syazrin dgn buku hp
Buku-buku...
lain2 kapal di muara
Buku masakanpun ada
Pemandangan dr atas kapal
Sebah. kapal
Bersama crew kapal
Kapal MV Doulos
dlm bas, dah nak balik
poster pameran
Kapal MV Doulos
pemandangan dr luar port
 
 
 


Kita tinggalkan sekejap kisah makanan dan timbang berat... nak citer tentang kapal pulak. Ptg Isnin lepas, kami sekeluarga ke Pelabuhan Muara untuk melihat dengan lebih dekat Kapal MV Doulos. Pameran kapal ini terbuka kpd orang ramai untuk dikunjungi dari Oct 27 hingga Nov 2.

Walaupun tak jauh tempat parking ke kapal, ada bas khas yg disediakan. Bagi Syazrin dan Syafiq (anak no 3 ) ni pertama kali mereka merasa naik bus. Anak-anak bukan main seronok dapat naik kapal besar dan lihat permandangan dari atas kapal. Rasanya tinggi sungguh kapal ini bila dok kat atasnya.

Selain dapat menaiki kapal dan berjalan sekeliling kapal, pengunjung juga berpeluang membeli buku yg dipamerkan di atas kapal. Anak-anak apalagi bila nengok buku cerita kanak2 yg byk, cukup teruja mereka, sampai tak tahu nak pilih yg mana . Dalam leka mereka memilih buku, anak no3 pulak tanya, bila kapal nak jalan ni?...

Jom kita layan sebahagian dari gambar yg diambil......




4 boys in red depan kapal...



Bahagian tengah Kapal.






Pemandangan dari atas kapal



Banyak nya buku, semua buku best ni....,siap ada bunyilah....




Abg nak buku the Incredibles, adik nak buku apa ?




Ni bahagian buku masak-masak....leka juga nengok pelbagai buku



Bersama krew kapal yg jugak pakai baju merah....

Quote:


Apa yang menarik tentang Kapal MV Doulos ;

1.Kapal ini merupakan kapal tertua yg masih aktif di dunia spt yg direkod dlm the Guinness Book of World Records.

2.Kapal MV Doulos dibina thn 1914, iaitu 2 thn lebih muda dari kapal Titanic yg karam pd 15 April 1912.Kalau sesiapa pernah tengok movie Titanic yg top hujung thn 1997 tentu masih ingat betapa besarnya kapal Titanic dan kisah cinta yang terhalang.

3.Kapal MV Doulos telah menjelajah serata dunia singgah ke Brunei selepas destinasi Kota Kinabalu, Sabah dan selepas ini ke Manila.Kali terakhir kapal ini berlabuh di Brunei pd thn 1999. Manakala kali terakhir singgah di pelabuhan di M'sia pada Ogos 2006 dan di S'pore Nov 2006.

4.Ini mungkin kali terakhir kapal Mv Doulos berlabuh di Brunei sbb berdasarkan international marine regulations, kapal ini akan scrapped pada 2010.

5. Setakat ini 20 juta orang telah melawat kapal ini yg pjgnya 130 meter.

6. Kapal ini menawarkan onboard Book Shop dgn lebih 6,000 titles on art, education, cooking, management, sports, dictionaries.Setakat ini 13.6 juta buku telah dijual.

7.Telah berlabuh lebih dari 500 ports, iaitu melawat lebih 100 negara termasuk Africa, the Americas, Asia, Australia, Europe, the Middle East and many island nations.

Selanjutnya kisah kapal Mv Doules boleh baca di sini


Catatan.............
Quote:


Nur-betul tu 2 x Nur dtg rumah tgh sepah2 lagi...dok kemas..nanti mai lagi...
MamaFaMi -glamurkan Mak Ngah , org lain pakai baju merah mak Ngah dpt nama... pameran buku ni atas kapal...seronok anak2..
kamalina -citer Titanic tu bestkan..., 2 x nangis...menghayati betul tu jln citernya Kamalina.Mamanya yg suka warna merah...kalau beli tshirt suka baju merah utk mereka. Ada jugak beli sikit buku..mereka pilih sendiri, kalau ikutkan mereka penuh satu bakul buku dipilih nak beli....
MaDiHa -Mmg sejak keluar dlm suratkhabar ttg kedatangan kapal ni ke sini dah plan nak bawak anak2 tengok kapal.tulah bila dah kat kapal nengok crewnya pakai baju merah..samalah..macam janji je...
Haniss -mmg pengalaman yg menarik dpt naik kapal besar wpun kapal tak berlayar....anak2 bila tengok buku cerita bukan main suka. mamanya sudah semesti bahagian buku memasak .....
kakmOn -kami pergi hari Isnin ptg..hari kerja sbb tak ramai org.Nasib baik K.mOn sempat tarik bang Mat pergi nengok kapal sbb mungkin ini kali terakhir kapal ni singgah Brunei..
kak jie jie-byk jugak buku masak yg dijual tp tengok2 saja . sbb dah beli byk buku masakan semasa pameran buku sebelum bulan puasa hari tu...re pucuk; dah tengok semula di Fp k.Jie ,tq for the info. ..
Sabrina-boleh naik ke bahagian atas kapal yg ada pameran buku dah pusing sekeliling kapal tp bah. dlm tak boleh masuk. Mmg besar kapal ni, nak ambil gambar penuh sebuah kapalpun susah...tu yg bah depan kapal tak dpt ambil sbb dah pergi paling hujung area yg dibenarkanpun masih tak dpt ambil semua gambar kapal....
fifi fad -mmg syok nengok buku masakan..
nabialishad -mailah sini boleh bawak nengok kapal.....
jeff -mmg idea yg baik kapal dijadikan kapal buku sbb boleh tarik org ramai utk membeli buku sambil melihat kapal dgn lebih dkt lagi...
masriyah-anak2 seronok naik kapal...mamanya pun suka juga.... tengok buku bukan main lama...byk yg berkenan tp tak jadi beli satupun sbb baru je beli buku masakan...
Nur-mmg best naik kapal...anak2 dah beberapa hari sibuk tanya bila nak naik kapal.Kalau Nur dok sebelah rumah boleh ajak nengok kapal sama2...
re resepi rojak; dah printpun resepinya. Tq nanti akan cuba buat bila bahan dah cukup bahan2nya...
tariqzaidanirah -kapal besar ni pun pertama kali naik...tu yg tak lepas peluang bila baca berita ttg kapal ni dtg sini. betul tu bila jumpa buku..mmg asyik..sampaikan anak2 cakap bila nak balik....
fazizaid -buku masakan pun ada tp tak sebyk buku citer kanak2.ya K.Fazi kita sama2 ada 4 hero...
cek de sam -bahagian buku masakan ni nasib baik perasan masa dah habis pusing semua rak buku sbb letak kat hujung...mmg lekat kat situ..seronok belek2 buku...
Kak Leen -Waalaikummusalam K.Leen, mmg betul tu kalau jumpa buku2 yg berkaitan dgn minat kita mmg boleh leka dibuatnya...tak sedar kita dah lama membelek buku2 .........
mamazieza -lepas ni gi Filipina...lupak nak tanya tak mo pi Penang ke kalau tak boleh mamazieza nengok gak kapal ni....
hajar -kebetulan pulak tu boleh sedondon dgn krew kapal...he..he.. betul nasib baik kecik kalau besar kang ada org ajak posing sama2... mula2 nak jugak beli dah siap pegang tp lastly tak jadi jugak sbb rasanya buku yg berkenan tu dah ada tp simpan kat M'sia...nanti balik boleh ambil....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net