Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 4-Nov-2007 23:58 Email | Share | Bookmark
Beraya Di rumah K.mOn@Nina Suria

Anak-anak dgn anak2 K.mOn
Hindagan nasi beriani
kek Gulong
kek buah dan kek lapis
biskut raya
photo kenangan anak2
dining room rumah k.mOn
Hindagan nasi beriani

Anak-anak bergambar dengan anak-anak k.mOn

Setelah beberapa kali melawat rumah siber K.mOn atau dikenali juga dengan panggilan Nina Suria, hari semalam 3.11.2007 kami sekeluarga berpeluang pula bertandang ke rumah K.mOn yang sebenar di Rimba,Gadong. Rumah K.mOn ni tak jauh dari rumah kami,cuma 7-10 minit driving.

Rasanya ada kawan-kawan dan pengunjung FP mengenali K.mOn melalui coretan-coretan di blognya yg menarik dibaca serta pelbagai resepi yg sedap-sedap. Selain itu K.mOn terkenal dgn bukunya Kompilasi Resepi Nyaman-nyaman Dari Brunei; Bagas Tangan Bu Apsah

Suka tengok hiasan kek dan biskut serta masakan yg sedap2 yg terdapat dalam blog K.mOn....mmg tabik springg lah dengan kebolehan K.mOn... ni yg berhajat nak jadi anak murid K.mOn... .

Sehari sebelum ke rumah k.mOn, dahpun telefon k.mOn..sempatlah berbual sekejab, bertanya khabar dan tempat tinggal masing2... .
Sepatutnya sampai rumah K.mOn jam 8.30 mlm tp kami terlewat tiba jam 9.00 mlm baru sampai sbb kami sebelum itu beraya di rumah kenalan (pemilik Restoren Amanah Harith) yg terletak tak jauh dari rumah K.mOn. Tak susah mencari rumah k.mOn berdasarkan landmark yg diberikan. Sampai saja rumah k.mOn ...keluar 2-3 orang kanak2 menyambut kami dgn seorang wanita.Lantas terus bertanya ini k.mOn ke,bukan k.mOn ada di dalam. ..he..he..tak sabor-sabor betul,macam nak jumpa buah hati... maklumlah tak pernah bersua muka dgn K.mOn...

Jeng..jeng...muncullah k.mOn menyambut kami dengan senyuman manis dari dalam rumah... Wanita yg di pintu tadi adalah adik K.mOn. Mulalah sesi perkenalan diri. Kejab je enjin dah panas...apalagi mulalah sesi bersembang... Macam-macam kami sembangkan dan yang hangat diborakkan semestinya ttg topik makanan. K.mOn sebenarnya masih sibuk menerima tempahan biskut raya.....murah rezki K.mOn. Dan nak jadi citer lagi anak K.mOn rupanya2 satu sekolah dengan anak2 di Sek Yayasan.

Sambil borak tu sambil makan juadah yang K.mOn hidangkan.... juadah istimewa nasi beriani... . Kemudian dihidangkan pula dengan pelbagai kek spt kek gulong,kek lapis dan kek buah dan biskut raya...semuanya nak rasa..sebab cantik dan sedap...

Anak-anak pulak seronok bermain dengan anak-anak k.mOn dan anak saudaranya. Borak punya borak..tak sedar dah sejam lebih kami di rumah k.mOn. Husben dah bagi hint...tinggal 10 min lagi waktu borak... siap minta waktu tambahan tak puas borak, sampai bertambah air teh...

Terimakasih daun keladi k.mOn... , jgn serik menjemput kami lagi.... .Nanti senang-senang kita boleh dating lagi......

Rasanya kalau berpeluang jumpa kawan2 Fp/siber yang lain....macam ni jugak kut...macam2 nak disembangkan,maklumlah tak pernah bersua muka...nasib baik ada orang bagi hint masa dah tamat...kalau tak mmg susah nak henti borak...

Oklah tamat kisah pertemuan pertama dengan K.mon. Gambar tak byk ambil sbb sibuk borak . Ni juadah yang dihidangkan oleh K.mOn memang sedap-sedap. Kek-kek dan biskut tu semua yang k.mOn buat, cantik dan sedap......



Nasi Beriani dan lauk-pauk


Kek Gulong


Kek Buah dan Kek Lapis


Sebahagian dari Biskut Raya

Quote:

Rasanya 2-3 hari ni bahagian comment ada problem..keluar message error bila submit. Jadi untuk hantar comment tanpa keluar massage error...sila jgn letak link url (dibawah bah komen), barulah message boleh dihantar dgn jayanya,nanti akan saya jejak dimana alamat kawan2 semua....


Catatan.......
Quote:

mallan-mmg nyaman biskut2 K.mOn...cantik deconya...rasanya kalau di Brunei blog k.mOn paling melatoppp..
kamalina- geram tu mmg geram bila kita dah taip byk2 kat Fp , nak submit tak dpt..dari lagi ramai org geram dgn Fp, maka kongsikan penyelesaiannya.Mmg seronok dpt jumpa K.mOn apatah lagi K.mOn terror buat buat biskut dgn kek..tu yg pjg berceritanya. Tp kalau dpt jumpa kawan2 yg lain termasuk Kamalina mesti borak sakan jugak..macam2 boleh disembangkan..entah bila dpt jumpa Kamalina .....
kak jie jie-sama2 K.jie.mmg seronok dpt jumpa kawan yg hobi suka masak, Rasanya bila kita berpeluang jumpa..byk yg boleh diborakkan. biskut k.mOn mmg unik...tu yg tak menang tangan dia menerima tempahan wpun lepas raya..budak2 mmg suka...
masriyah-kat sini masih beraya..Syawal belum habis lagi.Beraya rumah k.mOn mmg tak terasa masa berlalu tahu2 dah sejam lebih di situ,sampaikan husben cakap masa dah tamat....
melyz-kek dan biskut k.mOn mmg cantik...maklumlah pakar..
cek de sam-best dpt jumpa k.mOn tu yg tak sedar dah sejam lebih dok sembang dgn k.mOn dan adiknya.mmg cantik dan sedap biskut dan keknya,sampai semua nak cuba...
Muna-puasa sebulan..raya sebulan gak..he..he..
fazizaid-bekas hidangan mmg cantik..secantik kuih dan kek yg dihidang...
kakmOn-mmg promo habis-habisan k.mOn...bodekpun ada jugak maklumlah nak nuntut ilmu dgn k.mOn tapi tak mainlah kipas2 ni...terus pakai air cond.... .kalau k.mOn hidang balang kosong pun tak pa... air kosongpun tak apa,asalkan nasi beriani ada..he..he.. boleh nanti free kita sembang lagi..referee mmg angkat kad kuning sbb dah lepas masa tambahanpun...
Lee Lin-flat kek 3 tingkat tu mmg cantek..kita tunggu kek kondo Lee Lin thn depan.. tak sabar nak nengok cam na..
ida isk-raya masih meriah lagi wpun dah hujung2 Syawal..
Daalia-tq cuba resepi puding tu..mudah sajakan.resepi asal K.Liza punya. Nanti letaklah gambar open house rumah k.Daalia pulak...mesti meriah jugak.Kat sini tak cuti Deepavali...kalender cuti tak sama dgn M'sia tp lebaran masih disambut lagi..
MamaFaMi-mmg best dpt bersua dgn k.mOn, wpun kali pertama bertemu..macam dah lama kenal...byk betul nak diborakkan..
MaDiHa-tips cara hantar komen tu sebenarnya dpt bila tengok ada org lain dpt hantar tanpa letak link..macam2 Fp ni kalau ada problem.hidangan k.mOn mmg sedap tp masa tu perut pulak dah penuh kalau tidak mmg pulun sakan...
nabialishad-rupanya ada jugak peminat k.mOn sembunyi diam2 ni... mmg untung dpt jumpa k.mOn..dptlah sikit2 korek ilmu dari beliau....
rinnchan-kalau sebelum ni asyik jamu mata dgn masakan di blog k.mOn, dapat makan sendiri yg k.mOn masak mmg sedap...pinggan hidangan k.mOn mmg cantik sama cantik dgn biskut dan kek nya ...
Sabrina-he..he..nasib baik Sab baru nak rasa hempuk pc dah dpt cara mengatasi problem FP, kalau lambat bagitau habislah PC kena hempuk oleh Sab... Mmg masa raya ni masa semua org beramah mesra, kunjung mengunjung dan makan pelbagai makanan...sampai sendat pinggang kain rasanya..
Nur-kat sini masih beraya lagi..masih terasa bahang raya..dgn pelbagai juadah, sampai anak tanya bila lagi nak pergi raya kalau ada hari yg tak kemana2...
Alia -.mmg unik penyangkut hbag tu..
umi-kal -bukan Auntie sorang, mmg semua ada problem dgn Fp ni...
effa-ibu balqis-mmg biskut dan kek k.mOn buat sedap...
mamazieza-mentang2 Deepavali...aci tak aci pulak mama ni.... .nanti akan dtg kita buat rombongan cik kiah serbu rumah k.mOn.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net