Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 6-Nov-2007 02:42 Email | Share | Bookmark
Masih Beraya Lagi

 
 
Hidangan nasi
 
Aksi gaya bebas
Tat tuna...sedap..
Talam ubi berlauk
posing sikit
Walaupun Syawal dah nak sampai ke penghujung, kami di sini masih beraya lagi. Hari Ahad lepas, sempat memenuhi 3 jemputan open house dimana salah satunya dianjurkan oleh Himpunan Anak-anak Kelantan di Brunei yang turut dihadiri oleh orang-orang M'sia di sini dgn tetamu kehormat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei.Siap hidangan daging gulai kawah yg dimasak bergotong -royong dalam kawah. Dan sebelah malamnya kami menerima kunjungan teman beraya di rumah pula.

Manakala petang semalam pula ke Rimba,Gadong lagi...tak jauh dari rumah K.mOn, memenuhi jemputan hari raya.Ingatkan bila pergi petang minum air dengan biskut rayapun dah cukup, tapi tuan rumah siapkan hidangan nasi, pelbagai kuih-muih dan biskut raya. Kami bertanya mana jemputan yang lain kerana byk juga juadah yg disediakan...rupa-rupanya hanya untuk kami sekeluarga.... Hidangan nasinya menyelerakan apatah lagi ada sambal mangga dan kuih-muihpun sedap (kuih dibuat oleh kakak tuan rumah yg mmg bisnes kuih-muih) . Dalam beberapa jenis kuih tu paling sedap dimakan adalah tat inti tuna .....



Boys in orange dgn anak2 tuan rumah.

Ini merupakan kali pertama kami beraya ke rumahnya. Masa nak balik tu siap dibekalkan lagi dengan pelbagai makanan dan buah-buahan...tak terkata kami..hanya ucapan terimakasih buat tuan rumah yang murah hati... Rezki jangan ditolak... orang memberi kita makan saja.....


Jom kita lihat apa yang dihidangkan.....


Nasi, kari daging,ayam masak merah,sayur lodeh dan sambal mangga (tak nampak dlm gambar)


Kuih-muih spt karipap,kek marble, talam ubi berlauk, tart tuna dan satu lagi macam kek tp ditabur kelapa di atas dan tgh ada kelapa+strawberri jem(tuan rumah panggil kuih sari madu)


Berkenan kat tekonya macam twin tower....

Quote:

Isteri telan racun tikus
sumber ; Harian Metro- 6 Nov 2007

KUANTAN: Seorang suri rumah nekad menelan setengah botol racun tikus dipercayai kecewa kerana suaminya enggan menunaikan permintaannya membelikan set pinggan mangkuk baru, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang di rumah pasangan berkenaan di Jerantut, wanita berusia 22 tahun itu dikatakan meminta suaminya yang bekerja sendiri berusia 30-an membelikan set pinggan mangkuk berjenama di sebuah syarikat jualan langsung.

Bagaimanapun, suami wanita terbabit dikatakan enggan menunaikan permintaannya itu dengan alasan sudah banyak pinggan mangkuk di rumah mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata wanita terbabit dipercayai bertindak demikian selepas kecewa dengan sikap suaminya.
Berikutan itu, katanya, suri rumah terbabit mengambil racun tikus lalu menelannya.


Sekadar berkongsi dengan teman-teman semua .Tak fahamlah kenapa ada orang sanggup bunuh diri kerana pinggan mangkuk...sedangkan nyawa tiada harganya...

***(Rasanya bahagian komen dah ok skrg...dah boleh komen dgn letak link..)

Catatan......
Quote:

Kak Leen-Bulan Syawal masih belum tamat...rayapun belum habis....
Haniss-bagi bekal lagi tu yg buat kami tak terkata...dahlah dijamu kenyang. mmg heran kan Haniss tak dpt pinggan, boleh minum racun...
Nur -mmg pjg raya thn ni Nur, dah hujung Syawal masih beraya...makan..makan...badanpun dah makin bulat ni.. .Mmg Nur org memberi kita merasa..makan aja. Bab pinggan ni kalau org perempuan kebanyakkan mmg suka termasuklah saya Nur sama cam Nur suka tengok pinggan yg cantik2 tp mmg kalau nak beli fikir byk kali sbb yg ada tak terpakai...nanti tempat lipas buat main nyorok2 pulak...
Roylazim -ada bawak balik yg dibekalkan tuan rumah..mailah kita makan sama2..
kamalina -mmg kan tak berbaloi betul merajuk tak dpt pinggan, minum racun...org lain merajuk jugak tp tak lah separah ini.... Tuan rumah hanya jemput kami sekeluarga....tu yg terkejut jugak sbb byk yg dihidangkan, ingatkan ada tetamu lain. tak makan byk sebab masa pergi tu waktu ptg.Unik kan tekonya...
ida isk-Tengok tu ada pun org yg sudi derma pinggan...K.Ida dah bagi green light tu nak sedekahkan pinggan mangkuknya, tak yah susah minum racun...kalau nak bagus lagi belajar buat ciscake dgn K.Ida..boleh buat bisnes lepas ni...boleh beli macam2...
psst; ni bodek K.Ida..kut2 dpt rasa ciscake K.Ida tu...
kak jie jie -Gulai kawah mmg sedapkan K.jie...mungkin sbb masak dlm kawah bersama2 gotong royong yg buat rasanya lain.. .kalau makan kenduri di Kel,daging kawah yg saya suka. Mungkin jugak wifenya dah lama memendam perasaan macam K.jie cakap, cuma tunggu masa utk meledak kebetulan terkena dgn rajuk pinggan. Bila telan racun tu,diri sendiri yg tanggung akibat buruknya...
Daalia -Mmg masih raya kat sini wpun dah sampai dekat penghujung Syawal. wahhh K.Daalia sampai 3 kali buat open house...tp seronoknya semua dpt dtg beraya ke rumah..
masriyah -Tulah kan Yah..napa ada org boleh nekad tukarkan nyawa dgn pinggan....kenapa tak fikir pjg. Gulai kawah mmg sedap..tak sangka pulak dok kat sini dpt juga makan gulai kawah. Resepi kuih talam tu akan cuba dptkan nanti ya Yah...
lynnhassan -lyn betul2 sibuk kat dapur thn ni....semoga bisnes terus maju...
zatidhati -Betul tu k.Zati keceriaan dan kemesraan di meja makan terjalin krn hubungan yg erat sesama keluarga bukannya sbb pinggan yg mahal. Semoga kita semua diberi kewarasan oleh Allah utk berfikir dan bertindak mengikut akal yg waras..
mallan-Anak2 mmg seronok pergi beraya terutama yg no 3, setiap hari bertanya ada tak open house. Makanan tak penuh meja tak apa yg penting kemesraan dipupuk semasa kunjung mengunjung...
Lee Lin -he..he..kali ni teko twin tower... kalau ada yg menarik cepat je tarik kamera ambil gambarnya...
tariqzaidanirah -mungkin kami langkah kanan kut, pergi waktu ptgpun jamu nasi dgn kuih siap bawak bekal...Open house masih ada sbb ramai juga rakyat M'sia di sini. Gulai kawah mmg asalnya terkenal sbb masak dlm kawah tp kalau nak makan sendiri boleh masak dlm periuk, resepi ada di link tu..
melyz-kat sini mmg meriah jugak beraya..sampai akhir Syawal masih beraya. tambahan pulak kalau open house mesti ada juadah berat yg disediakan..
kakmOn-mohon sama2 kita dijauhi dari bisikan syaitan yg boleh menyesatkan.kerana tak dpt pinggan pun boleh ambil tindakan diluar akal yg waras.aaaa...ada sorang lagi penderma pinggan mangkuk..ok ni k.mOn , nak bisik gak sokseksoksek...buat hadiah pinggan plastik elok jugak sure tahan lama berthn2 jatuhpun tak pecah.... .Dapur belah malam mmg tak berasap 2-3 hari ni...
Ana -Tak sangka jugak kat sini open house memanjang maklumlah ni kali pertama raya di sini. Mmg dangkal akalnya sanggup minum racun krn pinggan. Ana, resepi tu akan diusahakan....
fazizaid -ohh..peminta kuih talam jugak K.Fazi..
cek de sam -mmg alasan yg remeh kan, tak dpt pingganpun sanggup minum racun...
jeff -betul2 semangat raya sampai sebulan beraya...tu yg heran napa pinggan mangkuk boleh ditukar ganti dgn nyawa,sedangkan nyawa tu berharga tiada nilainya utk ditukar ganti...
zakiah z -mungkin betul kata zakiah,ni jenis taksub...hobi ngumpul pinggan mangkuk. Bila keluar paper mmg semua org tahu..buat malu keluarga je..
Kami kat sini mmg beraya betul2 sampai sebulan mungkin sbb nya org M'sia ramai kat sini dan org Bruneipun majoriti Islam . tahun depan zakiah boleh beraya sakan dgn keluarga di M'sia, mesti seronok...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net