Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 10-Nov-2007 00:10 Email | Share | Bookmark
Kek Butter Marble,Puding Roti&Hadiah Raya

 
 
 
 
 
Semenjak 3-4 hari lepas anak yg sulong dan kedua demam, mereka pulak sedang exam akhir tahun...tu yg tak byk masa merayau ke FP kawan2. Anak yg nombor 2 baru habis exam hari khamis lepas manakala yg abang hari Isnin akan datang baru selesai. Cuti sekolah bermula pada awal Disember nanti. Alhamdullilah mereka dah semakin beransur pulih sekarang.

Berbalik pada cerita Syawal.....hari Rabu sebelah malamnya,Khamis malam dan Jumaat malam..tiga malam berturut, kami menerima jemputan open house lagi... Jamuan open house malam Khamis adalah serentak diadakan Majlis Marhaban anjuran Persatuan Kebajikan Melayu Malaysia. Dan pada hari ini, hari terakhir raya Aidilfitri thn 2007... 29 Syawal....Kedutaan Malaysia mengadakan jamuan hari Raya untuk semua rakyat Malaysia di Brunei pada sebelah petang.Betul-betul raya kami dan rakyat Malaysia di sini bermula dari 1 Syawal hingga 29 Syawal..beraya sepenuhnya....

Tak ada gambar masakan baru yang nak diletakkan dientry kali ni tapi nak kongsi resepi Puding Roti yg dibuat pada 1 Syawal. Puding roti ni lihat dalam Fp Masriyah dimana diperolehi dari Mak Lang. Manakala Kek Butter Marble yang dibuat pada hari raya ke 9 adalah dari resepi EJ@raqin rafiqyn/bonda.Tq semua kerana berkongsi resepi.... Puding roti dan kek Marble ni warnanya sama pulak, boria jadinya....



Kek Butter Marble
Sumber EJ@raqin rafiqyn

Bahan
125 gm butter
115 gm gula kastor
2 biji telur
1 sk esen vanilla
150gm tepung naik sendiri
15ml air
Pewarna (hijau, pink & kuning)

Cara:

1. Panaskan oven. Griskan loyang dgn baking paper atau kertas A4 pon boleh..
2. Pukul butter dan gula hingga kembang (dlm 10 minit)
3. Masukkan telur dan pukul lagi sebiji demi sebiji hingga sebati.
4. Masukkan esen vanilla. Pukul adunan sebentar.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata.
6. Masukkan pula air dan kacau hingga sebati.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan dgn pewarna.
8. Paipkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli hingga habis semua adunan.
8. Bakar di dalam oven pada suhu 170c selama 45 minit atau hingga masak.

***yg saya buat tak cun sgt sbb bantai guna sudu , nak cepat punya pasal....



Puding Roti
Sumber Fp Mak Lang (Sumber Asal zai)

Bahan
1 pkt agar2 (25g cap burung layang2)
Air ikut sukatan plastic pembungkus agar2 tu. (6 gelas)
Gula ikut manis
Susu cair – I tin
Roti – beli roti yg biasa kerak roti buang
Telur – 1 bji
Esen vanilla

Cara
Blend roti , telur & susu + esen vanilla – sampai halus.
Agar2 rendam dulu, masak sampai hancur dan tapis. Masuk semula dlm periuk.
Masukkan gula dan rasakan manisnya ikut lidah.
Masukkan adunan roti dan susu tadi. Kacau sekejap denga api perlahan.
Bahagikan 3 warna (hijau, merah, coklat)
Masukkan dlm loyang (masukkan sekali tak payah tunggu keras satu2..)

Nota : Seeloknya roti tu direndam didalam susu dan telur selama 1/2 jam sbb lagi senang bila diblend sbb roti tu dah lembut.


Nak kongsi sikit......

Ni nak citer sikit ttg pinggan tp bukan kisah isteri minum racun tikus sbb tak dpt pinggan baru spt entry kat bawah.Kisahnya...pada hari selasa yg lepas husben balik bawak kotak yg agak berat juga..husben cakap dapat hadiah utama cabutan bertuah semperna jamuan hari raya di pejabatnya.No bertuah tu bukan dicabut tetapi diletak di bawah kerusi yg kebetulan husben duduk. Atas kotak tertulis Today's your lucky Day!!Congratz dan Horray!!You are lucky.Congratz...Bila buka kotaknya...tengok dinner set... horrayyy...mama suka hati dapat tambah koleksi pinggan...

Hadiah no bertuah ni kiranya kali kedua kami dpt sejak duduk kat sini, akhir thn lepas masa cabutan bertuah mkn malam dpt jugak hadiah utama, Microvawe Sharp.Inilah yg dikatakan rezeki...dpt hadiah; free....mestilah suka hati....



Ni pulak dpt kek buah free semasa jamuan hari raya 2 minggu lepas yg dihadiri oleh husben peringkat negeri Brunei...dpt makan..dpt lagi buah tangan kek buah.Warna bekasnya kebetulan sama dengan bekas buah tangan semasa beraya di Istana pada hari raya kedua. Atas kek buah ni diletakkan topping coklat dan edible image bangunan Yayasan. Sekejab je habis anak2 makan kek buah sbb moist dan sedap rasanya.....





Last ni gambar Syazrin dengan abgnya Syafiq masa keluar beraya hari tu...



Catatan.....
Quote:

mallan -Masam sbb tak bagi bawak mainan, nak keluar rayapun nak bawak mainan. Aaaa...ada iras Omar,nengok gambar Omar masa kecik chubby cam Syazrin...
batik-sutera batik dr terengganu..mesti cantik ni..
afairuz-boleh..cubalah nanti,senang aja buat Puding Roti ni...
ida isk-samalah kita k.Ida beraya sampai hujung Syawal. sib baik setakat jeles je....kitapun kalau tak dpt pinggan mangkuk tak nak minum racun..baik minum air milo ke ..teh ke..hilang gak dahaga...
kamalina - syok betul beraya di sini sampai sebulan..makan..makan..dpt hadiah mmg suka hati. Mai lah Kamalina dok sini..bolehlah kita kamcing berdua...
kak jie jie - Alhamdullilah di sini ramai kawan2 M'sia dan Brunei yg sudi menjemput kami beraya.kak Jie belum ada rezki tu nak dpt hadiah cabutan bertuah...mai pujuk..jgn nangis2 ya....
Sabrina -rezki dpt hadiah raya kali ni. Jgn jeles-jeles..he..he..nanti Sab pun mana tahu ada rezki dpt lucky draw hadiah yg besar lagi.. . Biasa kat kedai, kek marble dijual yg marble coklat,mmg jarang yg warna-warni ...
mamazieza-he..he..dah minta senyum...tak mahu..masam mencuka jugak..
Nur-sebulan puasa, sebulan raya ...rezki kami sekeluarga Nur...harap2 thn depan dpt lagi...
hajar -betul tu Hajar..tuah org dpt brg free..suka hati.mmg Syazrin berisi dr abgnya, abgnya susah sikit kalau makan...
kakmOn-rezki ni ,k.mOnpun dpt hadiah jamuan raya.pssst sama2 dpt hadiah dah kira seri kita ni...
Daalia -tq K.Daalia..rezki kami sekeluarga, betul tu mmg suka dpt pinggan baru..lagi cun bila hidang makanan.Mmg teringin spend holiday di P.Redang dgn family tp kena tunggu anak2 besar sikit baru seronok ke sana...
jeff -kek yg berwarna-warni dpt menarik perhatian utk mencubanya...
Ana -tq Ana...dpt dinner set ni boleh tambah pinggan kat rumah.mmg boria.. warna yg diletakkan pun warna sama....
masriyah -Alhamdullilah dpt hadiah. Dpt pinggan ni Yah, bolehlah tukar2 pinggan hidangan, tak ada asyik yg sama.maklumlah masa dtg sini tak bawak langsung barangan dapur , semua tinggalkan di M'sia....
melyz -majuk cikit..tak bagi bawa mainan nak pergi beraya.. Rezki dpt hadiah free...sebelum ni masa kat M'sia pernah dpt macam2 juga hadiah cabutan bertuah. belum ada rezki melyz ni...akan dpt jugak tu satu hari nanti....
zatidhati amaruszatin-kalau terpecah pinggan ni K.Zati, takat pergi dapur cari air teh ke..air jus ke..boleh gak hilang dahaga...
Lee Lin -he..he..betuiii tu dah dpt pinggan free tak yah susah cari racun...
rinnchan-tq K.Rinn. Survey jgn tak survey... sayapun cam K.Rinn pantang nampak pinngan mangkuk. sbb tu suka cuci mata kat bah pinggan mangkuk di hyper..
Haniss -kek ni copy resepi RaqynRafiqin. mmg boleh posing guna pinggan baru lepas ni...tak simpan lama dlm kabinet dapur...
linariff -alahai tak da anak gals lah ....
fazizaid -masa anak dara dulu suka baju colourful..bila dah jadi mak ni...suka pulak kuih muih colourful ...
auntie fliffy -baru cikit2 belajar edit gambar ....belum reti sgt. nak buat yg cantik. tuah badan dpt pinggan free ni, jgn jeles2 fliffy...kut2 kat dapur rumah fliffy tu lagi cun pinggan nya...
intan -kena mari sini baru dpt rasa....
Bonda RaqynRafiqin-tq krn sudi kongsi resepi dan tip bagi kek lembut. dpt pinggan free mmg suka hati...boleh pass sebijik dua tp ada syaratnya...kena tukar dgn kek yg dah siap deco tu...
MaDiHa -org pompuan dpt pinggan mmg seronok ...
Irene Yaya -belum peluang dpt hadiah bertuah...akan dapat nanti tu Irene.masa kecik2 dulu kalau contest biasa dpt hadiah buku2 saja.kuih-muih letak byk warna nak bagi ceria sikit....
Ibu Irfan -ibu irfan lagi laju ni awal2 dah buat pudding roti..sedapkan. dpt baucer shopping kat JJ lagi best..cam2 boleh pilih..
tariqzaidanirah -Alhamdullilah rezki kat sini. mari duk Brunei...bolehlah kita konvoi gi beraya ramai2...
effa-ibu balqis -senang aja buat pudding dan kek ni, effa boleh cuba nanti.mmg seronok beraya thn ni...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net