Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 21-Nov-2007 13:41 Email | Share | Bookmark
Pertandingan Nyanyian Bintang Sekolah Yayasan

Peserta yg mengambil bahagian
Para Hakim Persembahan masa final
Bergambar beramai2
Guru besar, mereka yg terlibat dan pemenang
 
 
Pemenang
Penonton cilik dr Nursery
Penyanyi jemputan,juara kristal Fm siaran radio
Pemenang Pakaian Terbaik
Menyanyi lagu Kau Terlalu Istimewa
Bergambar beramai-ramai
Majlis Penyampaian Hadiah
Pemenang ke 3
Pemenang ke 2&persembahan terbaik
Pemenang pakaian terbaik
Keratan akhbar
Juara

Guru Besar sekolah dengan pemenang tempat 1-3 dan mereka yang terlibat dalam pertandingan.

Pada pagi Sabtu 17.11.2007 yg lalu berlangsung pertandingan akhir Bintang SYSHHB(Sek Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah) anjuran PTA/PIBG yang julung kali diadakan. Pertandingan nyanyian ini terbuka untuk pelajar darjah 3 hingga 5 sahaja. Anak yang sulong tak mahu masuk bertanding wpun dah dipujuk....abg pemalu sikit tp mama nya kena jugak menyibukkan diri dgn pertandingan ini sebab dilantik sebagai Naib Pengerusi pertandingan dan hakim pengiraan markah.

Proses pemilihan bermula sejak bulan Ramadhan lagi yg melibatkan 12 kelas pelajar (3 hingga 5) dgn setiap kelas lebih kurang 20 org pelajar. Setiap pelajar dari 12 kelas dipanggil untuk diuji mutu pembacaan dan pemahaman. Hanya yg boleh membaca dgn lancar sahaja dibenarkan utk memasuki pertandingan. Antara tujuan pertandingan adalah untuk membina keyakinan pelajar berhadapan dengan penonton....ternyata tujuan ini berjaya apabila ada pelajar yg pada peringkat awal malu dan tak mahu mencuba, tp setelah diberi kata perangsang dan latihan yg berulang kali, mereka yakin naik ke pentas untuk menyanyi.

Pada saringan pertama seramai 39 pelajar telah mencuba bakat. Seramai 22 orang terpilih ke peringkat saringan ke dua dan 10 orang berjaya ke peringkat akhir. Wpun ini merupakan pertandingan nyanyian peringkat sekolah tapi macam2 pulak kerenah yg perlu ditangani...antaranya ada peserta yg menarik diri saat2 akhir,antara alasan sbb adiknya masuk dia takut adiknya kalahkan dia pd masa pertandingan . Ada pelajar yg berkali2 menukar lagu sedangkan dah siap senarai lagu utk dipertandingkan. Ada parent tak bagi anak mereka masuk sedangkan anaknya berbakat, terpaksalah kita tel memujuk parent mereka. Ada hakim maklumkan tak dpt hadir pd malam pertandingan wpun dah bersetuju pada mulanya, nasib baik husben setuju gantikan jadi hakim di peringkat saringan ke dua.Para hakim semasa peringkat saringan dan final adalah terdiri dari ibu-bapa dan guru-guru.

Alhamdullilah pertandingan akhir berlangsung dgn lancar dimana dari 10 pelajar , hanya seorang peserta lelaki yg layak membuat persembahan.Suka tengok para peserta melawa dengan pakaian cantik sebab ada pemilihan pakaian terbaik dan pakaian turut diambil kira dlm markah pertandingan. Sebahagian peserta telah berjaya menarik perhatian dgn gaya dan suara yang memikat.

Oleh kerana pertandingan dibuat pada hari persekolahan maka penonton kebanyakkannya pelajar dari nursery hingga darjah enam(pelajar sek ini terdiri dari pelajar nursery (3+ thn),tadika,sek ren dan men. tp pelajar sek men ada program lain).Kebetulan pertandingan pada hari sabtu maka pelajar berbaju sukan ke sekolah. Sementara menunggu pengiraan markah , pelajar turut dihidangkan dgn nyanyian penyanyi jemputan yg berumur 11 thn iaitu pemenang pertandingan nyanyian Kristal Fm.

Panjang pulak membebelnya kali ni... .Byk gambar yg diambil tp tak terang , so sesetengahnya gambar dari pihak sekolah. Jom tengok gambar peserta2 beraksi...
.


Gaya seorang Juara Nur Fadhlin Afifah- pandai menari dan menyanyi - lagu yg dinyanyikan Berdua Lebih Baik (lagu Acha Septriasa)



Pemenang Tempat Kedua dan Persembahan Terbaik ; Ak Md Zakuan Adli dgn lagu Kenangan Terindah (lagu Samson). Penyanyi paling sporting pandai beraksi dan menarik hati penonton,siap cakap pd penonton pd akhir lagu I 'll always love you ....


Pemenang tempat ketiga, Nursyakirah Rozana mendendangkan lagu dari High School Musical - Ashley Tisdale and Lucas Grabeel


Oppss siap tangan atas dahi gaya Aleaa Nur Insyirah menyanyikan lagi Sway, pemenang pakaian terbaik...ibunya (kebetulan kawan kita gak) menjahit sendiri baju kurung moden berlabuci.






Keratan Akhbar tentang berita pertandingan


**Sorry kawan2 lama pulak edit entry kali ni...asyik error je memanjang...sampai bosan kena click button save/update byk kali.... .. dan jgn direnung gambar hakim persembahan tu sbb kita sendiri yg ambil gambar .....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net