Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 23-Nov-2007 13:46 Email | Share | Bookmark
Kerabu Mangga&Ikan Siakap dan Agar2 Sirap Longan

 
 
 
 


Kerabu mangga kalau makan dengan nasi memang menambah selera tp kali ni nak cuba hidangkan dengan ikan siakap kukus. Kalau ikut resepi asal saiz sederhana tapi hari tu terbeli yg besar...bila nak masuk kukus tak muat pula. Jadi terpaksa dipotong dua untuk dikukus. Kerabu mangga perlu dimakan bersama-sama dgn ikan sekaligus barulah enak rasanya...

Kerabu Mangga Dan Ikan Siakap

Sumber ; Majalah Nona

Bahan

1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
*5 ulas bawang merah
*3 biji bawang putih
*2 btg serai
*1/2 inci lengkuas
*1/2 inci halia
* 2 biji cili hijau & 2 biji cili padi
*2 helai daun limau purut
*20 helai daun ketumbar

bahan utk kerabu
2 biji mangga - potong halus
1 biji bawang besar-potong halus
1 biji buah tomato-potong halus
2 biji cili merah - potong halus
5 gm sos ikan
garam,gula secukup rasa



Cara
1.Bersihkan ikan (saya lumurkan dgn sedikit garam dan lada sulah) dan hiriskan semua bahan*.
2.Masukkan bahan * yg dihiris kedalam ikan dan stimkan sehingga masak.
3.Gaulkan semua bahan utk kerabu mangga.
4.Angkat ikan dan hidangkan kerabu mangga di atasnya.




Dalam bulan puasa lagi nak cuba agar-agar longan ni bila tengok dalam FP K.Rinn semasa bulan Ramadhan yg lepas. Tp asyik tertangguh hinggalah lepas raya baru berkesempatan mencubanya padahal tin longan dah lama tersimpan dalam kabinet dapur,nasib baik belum lagi tamat tempoh guna.Tq K.Rinn kerana kongsi resepi....

AGAR-AGAR SIRAP LONGAN
Sumber ; FP K.Rinn

Bahan-bahan:

20gm agar-agar kering (Jelly strip)
1 tin longan
4~5 cawan air
2 sudu besar gula pasir (Adjust manis ikut selera)
4 sudu besar sirap merah (boleh guna syrup F&N)

Cara-cara:
1. Didihkan air dan masukkan agar-agar. Kacau sehingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula pasir dan kacau lagi sehingga gula larut.
3. Keluarkan sebahagian agar-agar cair dan asingkan ke dalam mangkuk
dan campurkan dengan 1/2 tin air longan dari tin.
4. Sementara itu, susun 3 biji buah longan ke dasar setiap acuan agar-agar.
Curahkan bancuhan agar-agar dan air longan tadi setakat menenggelamkan
buah2 longan. Biarkan separuh keras.(Jgn sampai terlalu keras kerana ini
akan mebuatkan ia tidak melekat dengan agar-agar sirap merah nanti)
5. Campurkan sirap merah ke dalam lebihan bancuhan agar-agar asal tadi.
Kacau rata dan tuangkan ke dalam acuan berisi buah longan dan agar2 putih
berperisa longan tadi.
6. Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.

Nota :
1. Jika tiada acuan-acuan kecil, boleh gunakan acuan besar. Cuma susunkan saja
buah-buah longan di dasar bekas. Tuangkan agar-agar putih berperisa longan. Biarkan
separuh keras..baru tuangkan agar-agar sirap merah.
2. Lebih elok ditapis larutan agar-agar ini sebelum dituang ke dlm acuan.
3. Boleh juga menggunakan serbuk agar-agar sebagai ganti jelly strip.

apa yg saya ubah suai sikit....
-letakkan sedikit biji selasih yg telah direndam dgn air suam di dlm acuan sebelum disusun buah longan dan
- campurkan sedikit susu pekat dalam bahagian warna merah agar dpt warna pink


Gaya Syazrin tidur........


Lena sungguh Syazrin tidur.....entah apa yg dimimpikan sampai tertonggeng tidur..... . Mula2 tak perasan dia tidur tertonggeng sehinggalah abg2nya dok gelak dan cakap mama tengok baby tidur tu... Mukanya berbintik kena gigit nyamuk...nyamuk ni dlm byk2 bahagian badan, kat pipi jugak berkenan.....

Catatan.....
Quote:

Daalia-Masa K.Daalia jengok Fp ni masih edit...skrg resepi kerabu mangga dah ada .agar2 sirap longan ni simple sesuai utk pencuci mulut..Syazrin kalau tidur macam2 gaya... tidur menonggeng ni salah satunya...
kamalina - agar2 ni mudah saja...kebetulan baru nak rasmi acuannya yg beli masa Ramadhan lalu. Syazrin mmg suka tidur macam ni..lucu lah Rafiq sempat tidur menonggeng tak jadi poo...Kalau Syazrin nak poo..dia gi sorok belakang pintu ke...langsir ke...malu konon2nya....
jeff -siakap deep fried masak sweet and sour mmg sedap...anak2 pun suka sbb letak sos...
fazizaid -he..he..tidur pun dlm keadaan berjaga2 pandang kiri kanan...
hajar -pernah jugak dengar ni....tp Syazrin mmg selalu tidur menonggeng wpun tak ada cacing...
masriyah -Ikan siakap versi goreng dgn kerabu mangga belum pernah cuba..nanti ada lagi mangga boleh cuba ni...letak biji selasih kebetulan masih ada stok beli masa bulan puasa lalu..
ct-nik -agar2 ni mudah saja .....mula2 mmg malas juga nak buat tp sbb buah longan dah lama beli takut expired....
Sabarina -Nyamuk ni gigit masa tidur belah malam...abg2 tak kena gigit pun ...nyamuk berkenan kat Syazrin sorang... kalau Sab dgn husben tak makan ikan siakap mungkin boleh cuba ikan bawal sbb isi ikan bawal pun sedap...
Ana -Yang kukus dgn asam boi pernah makan tp belum pernah buat sendiri... kalau Ana suka mangga mmg enak masak cam ni. Acuan dah beli bulan Ramadhan..lepas Syawal baru sempat rasmikanya....
farhah johanisse -tak letak biji selasihpun tak apa sbb resepi asal mmg tak letak bijih selasih...
WanZee-Sama-sama Wan Zee. mula2 tengok bekas agar2 ni mmg dah berkenan terus beli sbb designnya macam2...
kakmOn -he..he...k.mOn kena selalu call hotline masyarakat penyayang sbb Syazrin mmg suka tidur posisi tunggong gini.....
zakiah z -rupa2nya Sayzrin ada gang yg suka tidur menonggeng....abg dia yg 4 thn lebihpun kekadang tidur cam ni jugak. Ini pertama kali cuba masak ikan kukus dgn kerabu mangga,sedap juga rasanya....
mamazieza -Mamazieza ... ni mangsa penderaan terlebih makan...sampai tidurpun tertonggeng....
tariqzaidaniraha -kalau dekat dah boleh bagi sebiji dua mangga sbb skrg ni byk mangga muda jual kat sini...musim rasanya...Abg Zaidan boleh kawan dgn adik Syazrin ni sama2 suka tidur menonggeng....
mummy jam -.....
zatidhati - K.Zati kalau masa buat kerabu mangga rugi diet,kena tangguh dulu diet hari lain.... Syazrin ni kalau tidur mmg lena betul..posisi menonggengpun dia boleh lena juga...
MamaFaMi -....dah kenyang makan...apalagi mmg tidur yg best..tu yg sampai tertonggeng tidur..
cek de sam -dessert mudah ni rajin sikit nak buat....kalau yg rumit tu liat nak mencubanya...
Lee Lin-dah beberapa kali cari bekas agar2 yg kecil comel cam ni kat kedai...bila jumpa terus beli....
ida isk-Itu yg buat abg2nya dok gelak kat dia...entah apa yg dimimpikan Syazrin sampai dari tidur terlentang jadi tertonggeng....
effa-ibu-Syazrin kalau tidur ubah2 posisi...dari tidur elok2 dah tertonggeng jadinya...lena dia tidur asalkan abg2 dia tak buat bising....
nur-Anak2 dah bercuti ke Nur... pastinya sibukkan melayan anak2 bila masa cuti sekolah ni..nak2 kalau pasal makan..nanti macam2 mereka minta.di sini next week baru mula cuti sekolah. Nyamuk sesat sekor tu..entah dr mana dtg padahal tingkap pasang jaring halus tu..berkenan pulak kat pipi Syarin.. Agar2 longan resepi K.Rinn ni mudah disediakan dan sedap sbb masam2 manis sikit. Siakap kukus nipun jarang buat biasanya goreng sweet and sour je tp kalau versi goreng letak kerabu macam Yah tulis tu pun rasanya sedap juga....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net