Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 26-Nov-2007 16:21 Email | Share | Bookmark
Fudge Brownies Dan Laksa Thailand

 
 
 
 
 


Bila tengok Fp Mak Lang dan Fp kawan2 lain yang buat brownies ni.....kita jamu mata dan telan air liur je... . Nak buat sendiri cukup malas skrg...tambah alasan tak ada loyang 4 segi dan loyang cutter... Anak-anak pula dah beberapa hari minta dibuatkan kek coklat . Atas permintaan anak2,cubalah juga buat brownies sbb rasanya anak2 akan suka macam kek coklat jugak. Meminjam kata2 Mak Lang..guna loyang biasa pun boleh....dah masak kerat2 ngan pisau jer...,maka cuba guna loyang bulat yg ada di rumah. Bila masak belah dua dan letak topping setiap satunya dan potong 4 persegi. Potong main agak2 saja tak ukurpun...nak makan sendiri tak kisahlah... . Sebelah ptgnya siap...esok dah habis licin...anak2 suka betul...tanya ada lagi ke tidak...

Fudge Brownies

Sumber : http://members.tripod.com/~chocolatefantasy ; Fp Mak Lang..tq..

Ingredient
1 cup butter, melted
1 cup cocoa
2 cups sugar
1 1/2 tsp vanilla
4 eggs
1 1/3 cups flour
1 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 cup nuts or chocolate chips (optional)-saya guna choc chip sbb anak2 tak suka nuts

Method

Mix cocoa in well with the melted butter. Add sugar, vanilla,
and eggs, mixing well. Add flour, baking powder, salt, and nuts
or chocolate chips. I actually prefer the chocolate chips!! Pour mixture
into a greased 9 by 13 inch pan. Bake in a preheated 350F oven for
25 - 30 minutes, until a toothpick inserted comes out almost clean, you do
not want to overbake!
Nota : Maklang bakar dengan suhu 180 selama 40'.


Sumber : cikgu sue; Fp Mak Lang

Bahan
1 cup sugar
1 cup water
1 cup susu cair-saya guna 1 tin susu cair
½ cup coco powder
½ cup corn flour
2 egg yolk-saya tak letak
Secubit garam
¼ cup marjerin

Cara
Kacau semua bahan hingga pekat dalam periuk, lastly letak marjerin ¼ cup.
Nota : kata cikgu sue dia tak letak pun egg yolk…kalau nak choc.fudge yang kental, guna susu cair sepenuhnya.




Laksa Thailand
Sumber Rosnani My resepi

Pagi minggu yg baru lepas masak laksa Thailand...saja nak ubah selera. Selalu makan laksa lemak versi Kelantan/Trg...rasa nak beralih angin ke negara jiran, makan laksa Thailand pulak.... . Rasanya enak macam laksa lemakpun ada....macam masak lemak kuning pun ada... . Kebetulan famili K.Ros&Dr Alias ada bertandang ke rumah pada hari Ahad tu...maka tetamu dihidangkan dengan laksa Thailand dan juga masak mee goreng....

Bahan-bahan ( sajian 8-10 org )

* 1 paket laksa kering (rebus & toskan)
* 7-8 ekor ikan sardin/kembung/selar (rebus, asingkan isi)
* 1 biji kelapa (perah dlm 7-8 cawan santan)-saya guna 1 1/2 paket santan debu
* 8-10 helai daun limau(mayang halus)
* 1 1/2 labu bwg besar (potong 8 bhgn=besar2)
* bahan utk kisar
* isi ikan yg diasingkan tadi
* 10-13 btg cili padi merah-saya guna cili kering
* 1 sudu teh lada hitam
* 2 inci kunyit hidup
* 2 inci lengkuas
* 2 btg serai
* 1 inci halia
* bahan ulam :
* 7-8 ulas bawang putih (potong nipis2, goreng bersama sedkit minyak sampai perang-ini wajib nih utk ulam)
* kacang panjang=potong nipis2(pilihan)
* timun diracik(pilihan)
* kobis =mayang halus(pilihan)
* taugeh (pilihan)

Cara-cara

1. Campur semua bahan blender dgn santan & bwg besar, masak dgn api sederhana. Bila menggelegak, masukkan daun limau purut dimayang tadi. masukkan garam & aji.
2. lepas tu biarkan kuah dia surut sket(pekat) dlm 1/2 inci. Lepas tu timbang rasa masin maneh, lemak..
3. Resepi asal ade batang pisang yg lembut(pokok pisang ade rebung ker?). batang pisang tu dikupas sampai jumper isi paleng dlm dan putih bersih. potong nipis2 , terus masukkan dlm periuk masak bersama kuah. batang pisang tu akan jadi lembut & rasa dia sedap...manis2 jer..
4. NOTE: resepi asal ade serbuk cili. buat sindri jerk..basuh cili kering, lap dgn kain bersih. goreng tanpa minyak atas api perlahan sampai nampak agak garing. Jgn sampai hangus, biler dah agak sejuk, blend hancur sampai jadi serbuk.(ini utk yang tahan pedas ajer)



Apa yang ditambah sendiri
1. Letak 2 keping asam dlm kuah
2.Perahkan limau nipis semasa makan
3.Buatkan sambal

Resepi Sambal
(sambal ni juga biasa buat utk makan dgn laksa lemak)

bahan
5 biji cili merah -buang biji
2 sudu lada kering yg dah diblender
1 st belacan bakar
1 biji buah tomato
2 ulas bawang merah dibakar
sebiji limau kasturi
garam dan gula

Cara
Potong kecil semua bahan dan masukkan dalam blender.perahkan limau nipis,letakkan garam dan gula secukup rasa.


Kisah buah limau kasturi....

Sekadar nak kongsi buah limau kasturi yg dibeli di sini....suka beli buah limau yg masih terikat byk2 macam ni sbb nampak cantik macam buah hiasan pulak. Harga seikat ni BND1(RM2.30).




Catatan.....
Quote:


hajar -mula2 minta Syazrin angkat sikit limau tu tp dia tak boleh sbb tangkai atasnya pendek sgt tp oklah dia nak jadi model kejap....ramai berjangkit baking brownies skrg.....
masriyah - ..minta dia senyum utk jadi model limau ni.. samalah suka semua laksa tp tak semua laksa sempat buat sendiri, laksa Thailand ni mmg ada sikit2 terasa cam laksa lemak.....
umi-kal -sama2 Auntie...bila jumpa resepi yg enak seronok dpt dikongsi dgn semua..
Nur -tunggu ni bila Nur nak dtg jadi tetamu...nanti boleh jamu dgn laksa Thai dan brownies... ni model sambilan promosi limau kasturi...
tariqzaidanirah -malass mmg malas nak baking tp bila anak2 minta merajinkan diri lagipun mamanya pun sama nak makan jugak... .Baby Irah tak sabar nak nolong mamanya di dapur tu.laksa Thai ni pertama tahu dan terus cuba...
maklang -sebenarnya tak tahan asyik telan air liur nengok brownies Mak Lang... cubalah buat sendiri wpun loyang utk brownies tak ada.Tq buat Mak Lang kerna kongsi resepi. Laksa Thai ni ada rasa macam laksa lemak..tp yg sedapnya sbb bau daun limau purut dlm kuahnya.family suka betul..apam letak filling mmg sedap....
MamaFaMi -bila mama tulis segugus...barulah teringat kalau buah2an byk2 terikat gini dipanggil segugus,masa menulis entry ni puaslah fikir apa pktn seerti dgn seikat...lupa betul.. model limau suka betul bila diminta posing dgn limau tu yg senyum meleret...
effa-ibu balqis -limau kat sini dijual samada seikat gini atau diletak dlm pinggan sebijik2. tp kalau yg terikat ni nak guna baru petik....cam petik dari pokok...
DaddyMariah -anak2 pasti suka kek yg ada coklat..cam brownies ni..
mamaella-samalah kita mamaella peminat laksa...suka laksa sbb ada kuah nya tu yg buat tak jemu. Mamaella lambat dtg....dah habis kena sapu dgn anak2....
Sabrina-tu yg berkenan suka beli limau terikat macam ni sbb cantik...betul, kalau kat M'sia mmg belum pernah jumpa biasa jual sebijik2. Rasanya laksa Thai lebih kepada laksa lemak atau kuah masak lemak kuning sbb tak ada rempah macam laksa Johor.rasanya enak juga wpun pertama kali cuba...senang buat Sab,pasti menjadilah...
Nor Collections-ada jual pelbagai tudung ya...nanti kita gi tengok..
zakiah z -sedap juga brownies ni Zakiah wpun tak letak cooking coklat, tambahan pula brownies ni campur coklat chips tu yg anak2 suka makan..
jeff-wpun pertama kali makan mmg enak rasanya..tak rugi mencuba..
lynnhassan-...green curry laksa pun ada ya...nak cuba cari resepi ni..laksa mmg favorit...
Roylazim- K.Roy nak order 2 mangkukpun boleh...nanti diletakkan sambalnya byk2...
kamalina -enak juga laksa ni sbb ada aroma daun limau purut....malas mmg malas tp bila pi bakery tengok sekeping brownies kosong sebesar tapak tangan tanpa toppingpun dah RM3.50 ...kalau beli baru utk sorang sekali ngap..buatlah juga boleh topping macam2 kita suka. Jgnlah malas update Fp Kamalina..nak juga tengok gambar terbaru....
Daalia -mmg limau betul ni K.Daalia...macam limau plastik yg dijual buat hiasankan. Ohh..ya buka 2 kali K.Daalia buat makan-makan...3 kali semuanya, tp semuanya meriah..
alim-umi najla-sbb suka makan macam2 ....kenalah juga masak ..nak belipun kadang2 tak ikut selera dan ada juga yg tiada dijual di sini macam laksa ni. nasib baiklah Syazrin rajin melayan mamanya minta dia jadi model limau kasturi tu...
unnamed -rasanya kebih kurang laksa lemak sbb ada santan...
cek de sam-alahai bagi sebijik je...nanti cek de kita bagi segugus tu kat cek de....
ida isk-nak buat cam na K.Ida, tak cukup alat pun teringin nak buat juga.. tak tahanlah nak jamu mata tengok brownies org lain termasuk kat Fp K.Ida.. kenalah potong sendiri wpun senget2 tak sama saiz ada segi empat sama..ada segi empat tepat...
rinnchan -baru nak cuba buat utk makan sendiri..tp kalau masin mulut K.Rinn mana tahu kut ada rezki cuba biznes pulak. Laksa Thai ni enak jugak rasanya... betul kut K.Rinn silap masuk kedai atau awal2 lagi dah habis....
Balkhis and madzli-rasanya macam laksa lemak pun ada...gulai lemak kuning pun ada cuma ditambah daun limau purut..ada tak daun limau purut kat sana ya....
hasbi-singgah ke Fp Hasbi sbb baru terlihat komen kat entry Miri tu...lapar sokmo..keno gi cari make tu..oppss slang Kelate pulok....
Abah along-yg putih atas laksa tu mmg bawang putih goreng..kalau ikut tuan resepi kena letak bawang putih goreng baru sedap rasa laksa ni...abah along peminat bawang putih ya..nanti kalau makan boleh letak byk2 bawang goreng ni..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net