Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 6-Dec-2007 07:31 Email | Share | Bookmark
Mee Jawa & Kuih Cek Mek Molek

 
 
 
 
 


Minggu lepas masak mee Jawa...kebetulan sama pula dgn Cek De Sam cuma lain sumber resepinya. Resepi Mee Jawa ni copy dari dapur K.Pah Sherry...terliur nengok mee Jawa pekat yg beliau hidangkan....tq K.Pah Sherry krn kongsi resepi.

Kalau di M'sia nak makan mmg beli ....tp kat sini mee Jawa rasanya belum pernah jumpa....org P.Jawa,Indonesia selalulah jumpa .... . Terasa nak makan masaklah sendiri. Bercakap tentang mee Jawa ni...terbaca dlm satu forum di laman web yg mengatakan Mee Jawa sebenarnya tiada di Indonesia....begitu juga Air Bandung... .Jadi dari mana asalnya Mee Jawa... sapa2 nak jadi CSI mungkin boleh siasat...

Lupa pulak masa bercuti ke Pulau Jawa setahun yang lalu iaitu ke Surabaya nak cari Mee Jawa utk cari kesahihah wujud atau tidak mee Jawa di sana. Masa kat sana hanya sempat mencuba 2 jenis mee iaitu mee ayam dan mee bakso.....


Mee Jawa
Sumber Blog K.Pah Sherry

Bahan-bahan:
600 gram mee kuning
200 gram daging
100 gram udang kering
2 biji ubi keledek (sederhana besar)
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Air rebusan daging (2 liter)

Garam, gula & serbuk perasa
Sedikit serbuk lada sulah
2 sudu besar tepung jagung (campur dgn sedikit air)
Minyak utk menumis

Bahan sampingan:
4-5 biji telur rebus
100 gram kobis bunga
100 gram brokoli
3 biji cili hijau/merah
Limau/lemon

Cara-cara:
Rebus daging hingga empuk. Air rebusan daging dijadikan stok. Ubi keledek direbus hingga masak, kemudian dilenyekkan hingga hancur. Kisar udang kering. Tumbuk bawang merah & bawang putih. Masukkan minyak dlm periuk. Tumis cili kisar, bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang kering dan tumis sebentar sehingga agak kering. Masukkan ubi keledek yg telah dilenyek tadi. Kemudian masukkan air rebusan daging tadi. Tunggu sehingga mendidih barulah masukkan tepung jagung. Akhir sekali masukkan garam, gula, lada sulah dan serbuk perasa (jika suka). Tunggu sehingga kuah agak pekat sedikit. Tutup api.

Penyediaan:
Mee kuning dicelur sebentar, kemudian angkat & toskan. Daging yg telah rebus tadi dipotong nipis2. Celur brokoli & kobis bunga (masukkan sedikit garam & minyak masak supaya warna hijau brokoli nmpk sejar & cantik). Belah dua telur yg telah direbus tadi. Hiris nipis cili hijau/merah. Potong limau/lemon.



Masukkan sedikit mee kuning ke dalam mangkuk. Letakkan daging, telur rebus, sayur, cili & perah limau di dalamnya. Kemudian curahkan kuah di atasnya. Sedia utk di makan ketika panas2...




Alang2 merebus ubi keledek langsung direbus sekaligus utk buat kuih Cek Mek Molek..ni antara kuih popular sebelah Pantai Timur.Tapi awas kalau makan panas2 takut tersempur air gula cair yg panas tu.....
Wpun bahan2 dan caranya mudah dan rasanya dah ramai yg tahu...nak juga tempek resepi kat sini.... utk dikongsi bersama..

Kuih Cek Mek Molek

Bahan
4 biji ubi keledek saiz sederhana
2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
gula secukupnya

Cara
Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan, letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.



Nama kuih Cek mek molek sama dengan lagu yg dinyanyikan oleh M Daud Kilau dan dipopularkan semula oleh Zahid AF.... Jom dendangkan bersama2......
Quote:

Cik Mek Molek
Oleh M. Daud Kilau/Zahid

kalau dah mata bertentang mata
hati didalam bagai nak gila

pertama kali ku melihat wajah si dia
pertemuan bermula ditaman si kebun bunga
situlah...
mulanya berjumpa bertentangan mata

mulai dari itu hatiku tertanya-tanya
siapakah gerangan si cantik jelita
kelipan matanya hinggakan aku terpesona

Pabila namanya ditanya dia masam
namun begitu jelingannya ku faham
senyumlah senyumlah ahai cik mek molek...X3

hai puas juga aku bertanyakan namanya
namun begitu dia tetap endah tak endah
kudiam campur geram dia senyum lantas tangan ku dipegang



Kisah Mee Ayam @ Mie Ayam....




Nilah gerai mee ayam atau mie ayam..mengikut ejaan kat gerai tu...yg kami sempat lihat semasa bercuti di Surabaya dan Pulau Bali hujung thn 2006, sethn yg lalu. Gerai ni yg dikenali sbg rombong/gerobok dlm bahasa Indon disorong sepanjang jalan oleh penjual sambil mengetuk buloh yg tergantung digerainya...macam dalam sinetron ratapan Anak Tiri...kisah nina yg jual mee yg disiarkan di TV3.

Kebetulan kami menginap di kws kg macam homestay di Surabaya jadi berpeluang merasa mee ayam ni. Mee ayam macam mee sup diletakkan isi ayam dan sos tomato/cili di atas mee. Penjual mee hanya akan membuat mee bila dipesan..jadi kena tunggu sekejap. Mee dihidangkan panas2 dlm mangkuk utk pelanggan.... maka pelanggan bebas makan di mana-mana biasa di depan rumah masing2 tp tak jauhlah dari gerai mee. Selepas makan mangkuk akan dikutip oleh penjual dan barulah dibayar...harga semangkuk adalah 2,000 rupiah..sampai ribu harga mee....tukar duit M'sia...80sen je...



Catatan.....
Quote:

Haniss -kuih ni mmg favorit org Kelate..betul tu kalau beli biasanya byk letak tpg keras...dah tak rasa sgt ubi...
HJH S.RAUYAH-tq dtg berkunjung.. mee jawa sedap sbb kuah ada ubi keledek dan air daging...kalau mkn panas2 lagi berselera...selamat mencuba..nanti Hjh report ok ke tak rasanya...
jeff-restoren byk tu kat sana...boleh jln2 cari makan...
Hajar-betul tu semua ada keledek...senang sekali rebus...Hajarpun masak keledek goreng..kalau sebelah rumah dah boleh tukar pinggan dgn cek mek ni..
Nur -mmg lebih kurang mee rebus sbb dua2 kuah ada ubi keledek.cek mek tu susun nunggu nak hantar rumah Nur tu...boleh ajak anak Nur gelek dgn Syazrin lagu cek mek molek ni....
mama @nis -betul tu sedap mkn masa panas sedap dan lembut. mmg bab menggentelnya yg habis tangan melekat tpg..kalau dah menggentel tak boleh buat kerja lain...
ct -laaa napa fail..keras jadinya ya....boleh aja ambil resepi..jgn mengalah cuba lagi...
ibu chempaka-macam sepupu sepapat dgn kuih keria sbb bahan2 lebih kurang sama tp kuih keria gula disira kat luar dan bentuk lain sikit...
MamaFaMi-mmg gentel molek2 nak jadi comel lote ..nanti tak boleh panggil kuih cek mek molek...
julia -balik cuti tak sempat makan ya...kalau ada ubi keledek kat sana boleh buatkan...makan panas2 masa sejuk musim salji sedap....
Daalia-kuih ni famous kat pantai timur...senang dan mudah bahan2nya...
masriyah -nanti Yah balik M'sia boleh gentel cek mek ni byk2 biar puas makan....mee jawa sedap kuah pekat cam ni..tambah2 perah asam limau..
Lee Lin-betul tu klasik...org tolak warong sepjg jln utk jual mee..
kamalina -samalah anak2 kat rumahpun suka..tak sangka jugak diorg suka sbb jarang buat kuih cek mek ni. biasanya kalau nak download gambar2 betul2 ambil masa lama...sempat masuk dapur masak2 makan dulu.. kat sana negara susah nak jimat kos mereka kena tolak sendiri warong dr satu tempat ke satu tempat... sempat juga tengok budak2 jual suratkhabar dari kereta ke kereta dlm kesesakan lalulintas...
MaDiHa -kalau mee yg jenis berkuah atau laksa mmg favorit kat rumah tp biasa buat utk sarapan sbb kalau lunch tak kenyang tak jumpa nasi samalah dgn husben MaDiHa...
Kak Leen -Salam jugak buat K.Leen...laa dah sampai hujung lidah ke..mai sini K..Leen boleh jamu dgn mee jawa ni ...
K.mOn-K.mOn simpan dulu mangkuk tingkat tu..dgn periuk2 mee jawa ni saya bagi.... Saja letak gambar kenangan warong mee ayam semasa cuti last yr. Mmg tgh perabih stok dlm peti ais....biar clean and clear peti ais tu...
ct -tak pa nanti boleh gentel cek mek ni byk2 makan masa sejuk kat sana sedap...
Syah -teh dari bunga mesti wangi ni..
srsfeqah -he..he..boleh tu tukar kalau bahasa negori apa ya kalau cakap cantik ni..kuih keria pun sedap asalkan jgn byk gula yg disalut...hari tu mmg masak yg ada ubi semuanya...
Ana -yaa...lebih kurang mee rebus.Kalau Ana nak tahu 1st time order mee rebus masa pi Kedah ke Pinang dah lupa..terkejut bila tengok kuah ubi keledek sbb kat Kel biasa mee rebus tu macam mee sup....
WanZee -Cuba Wan Zee jadi CSI jap tanya ada tak mee Jawa kat Indonesia...
Daalia -sama2 K.Daalia...suka tengok Izaaz nampak cool je...
princessharyati -lagu apa tu....lagu cek mek molek ke...mailah kita nyanyi sama2 sambil makan kuih cek mek ni...
tariqzaidanirah -ubi keledek mmg selalu beli buat masak sayur lemak tp kali ni nak cuba buat mee jawa pulak...
aishah -kuatnya penangan mee ni...cepat masuk dapur ambil pinggan nak cedok mee ni utk Aishah...
Hjh Ros -Kebetulankan kita boleh bertembung tadi kat Mall...sempat pulak Hjh balik buat mee jawa, bagus tu anak2 suka...nanti jgn segan2 mencuba lain2 resepi...
Kak Pah -Tq juga utk K.Pah krn kongsi resepi...saya dok Brunei skrg. mmg sudi nak berkenalan dgn K.Pah...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net