Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 9-Dec-2007 01:19 Email | Share | Bookmark
Fruit Tart dan Udang Galah Goreng Berjintan

 
 
 
 
 
 
 


Resepi tart ni print dah lama tp tgh hari sabtu lepas baru sempat buat. Rasanya dah 4 kali kut beli buah2 utk buat tart ni tp tak terbuat2...buah2 habis makan sekeluarga.... . Kalau ikut cara2 simpan selama 2 jam dlm peti ais.....tp ni dah terlajak...simpan sampai 26 jam..... .Sbb bila nak canai macam2 benda nak buat hinggalah hari Ahad ptg baru sempat buat selepas balik dari bawak anak2 jalan-jalan.

Mungkin sbb terlalu lama dalam peti ais maka adunannya tak boleh dicanai .....biarkan sekejap so tekan2 adunan yg dibulatkan terus ke dalam acuan. Nasib baik kulit tartnya tetap lembut dan enak bila dimakan... Acuan yg diguna bukan acuan tartpun...tu yg besar gedabak tart ni.... . Guna acuan agar2 tp letak separuh saja dan acuan disposable aluminium foil casings yg kecil saiz cc.Bakarpun lama sikit.

Fruit Tart

Sumber My resepi Oleh Mat Gebu

Bahan-bahan ( Bergantung pada saiz acuan masing2 )

* BAHAN2 PASTRY:-
* 113 g mentega
* 75 g gula halus
* 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
* 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)

* BAHAN2 KRIM PASTRY:-
* 300 ml susu segar
* 3 biji kuning telur
* 50 g gula halus
* 20 g tepung gandum*
* 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
* 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin

* BAHAN2 LAIN:-
* Coklat cair secukupnya
* Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
* Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka)

Cara-cara

1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.

2.UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.
3.Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.
4. Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.
5.Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.
6. Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.
7.Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.
8.Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an import....Boleh juga disapu permukaan buah2an tadi dgn jem aprikot atau piping jelly utk nampak lebih berkilat. -tak letak



Tart acuan disposable aluminium foil casings...




Tart acuan agar-agar...




Semasa belek2 majalah ternampak resepi udang galah goreng berjintan, bolehlah cuba resepi baru... Lagipun bahan2pun dah cukup lengkap dalam peti ais kat dapur. Maka angkat kuali masak untuk lunch semalam, rasanya macam masak rendang... Kalau ikut resepi ni guna timbangan gram...taklah rajin sgt nak menimbang bahan2nya..pakai agak2 je...lagipun buat 1/2 kg...




Udang Galah Goreng Berjintan
Sumber Majalah Nona

Bahan


1 kg udang
*60 gm bawang besar
*20 gm bawang putih
*20 gm bawang merah
*20 gm cili giling
3 helia daun kari
Sedikit serbuk jintan manis dan putih
serbuk kunyit gaul dgn udang
300 ml santan
50 ml minyak , garam

Cara

1. Udang digoreng sekejap supaya isi udang tidak terlalu lembap.
2.Tumis bahan yg dikisar* sehingga kekuningan dan masukkan jintan bersama santan.Kacau sehingga kuah pekat dan pecah minyak
3.Masukkan udang galah dan garam,kacau rata.

**kita tambah serai yg diketuk dan cili hijau





Most Presentable

Pada 27 November lalu dalam majlis penyampaian hadiah Sek.Yayasan Sultan Haji Hassanol Bulkiah yg bertempat di International Convention Centre & Trade Brunei Darussalam anak yg sulong,Syamil telah menerima hadiah Most Prensentable bagi kategori pelajar darjah 4 (ada 4 kelas dlm darjah 4).



Bila berborak dgn cikgu Syamil....beliau maklumkan yg pemilihan Syamil berdasarkan pemerhatian mereka yg Syamil selalu berpakaian kemas dan rapi di sekolah, wpun selepas senaman rambut tak kusut nampak masih bersikat dan tak berpeluh2....
Gambar di atas pentas tak berapa jelas kerana ambil dari jauh jadi tak dpt selitkan di sini.




Catatan.....
Quote:

MamaFaMi -Tq mama...kalau mama nak tahu pagi2 sebelum ke sek mmg tempek byk2 minyak di rambut bagi nampak berkilat2.....
Erna -biasanya beli..ni baru nak buat sendiri. Tq erna..
jeff -fruit tart mmg ramai yg suka...
aishah-tq Aishah..bykpun boleh mailah dtg Brunei... balik K.Trg,cuti 3 minggu..
Nur -tq Auntie Nur...(Syamil senyum sorang2 baca komen Nur)...berangan sesekali teringat zaman sekolah mmg syok Nur...kalau baju sekolah pasti nak licin bergosok... Samalah Nur..husbenpun kalau ada menu udang pasti cakap selalu mkn udang tak bagus tp nak buat cam na mmg suka seafood...
ibu chempaka-selalunya beli juga sbb ingatkan susah nak buat tp bila buat sendiri tak adalah susah sgt cuma ambil masa nak atur buah.Kalau ibu chem nak cuba buat 1/2 adunan, tak nak letak coklatpun tak apa...
hajar-mmg sama ni cuma tart ni tambah buah anggur dan kiwi.....tq Hajar ..
Hjh Ros -Tq Hjh...satu famili suka tart ya..kalau buat ada anak2 yg nolong letak buah lagi cepat...
masriyah -Tq Yah...dah melambung abg Syamil kena puji terperasan pulak dia.... Sorrylah buat org jauh terliur....kalau dtg sini lagi besar udang jamu utk Yah...
Sabrina -he..he...Syamil ni pemalu Sab kut2 dia menyorok dr awek2 yg usha dia... Sab alah dgn udang ke..kena pantang mkn udang ni..
siti -Jgn puji lebih2 dah kembang kuncup dibuatnya ni.....
cek de sam -Tq Cek De. mmg macam berpakat dgn Hajar kali ni...
ct -he..he..booking buat menantu eloklah..Syamil suka mkn kek,nanti Ct boleh masak byk2 kek utk menantu... tart ni baru pertama kali buat,oklah rasanya guna resepi ni...boleh cilok aja dgn izin sbb kitapun cilok jugak....
k.ida-baru nak cuba buat..kalau tak mmg asyik beli. laa melepaslah kita nak berbesan K.Ida..kalau tak senang nak makan cc k.Ida buat...
Lee Lin-Tq Lee Lin..bila rambut rapi penampilan keseluruhanpun nampak kemas. Askar mmg didik kena sentiasa kemas macam arwah pak mertua Lee Lin...
kamalina-Jgn serbu rumah kita Kamalina... takut runtuh dah lah kat sini asyik hujan lebat skrg...Jauhnya beli tart tp kalau nak mkn yg sedap tak kira dimana akan dicari. Tq Kamalina atas ucapan itu.Bagus Haziq kemas macam abg Syamil...wah kecik2 dah pakai perfum.mesti harum semerbak baunya dari jauh....
Roylazim-rasanya macam masak rendang.... Tq K.Roy..
Haniss -Risau pulak bila remaja ramai peminat takut telefon tak berhenti berdering...pusing kepala mama nanti....
Ida Natrah -Tq K.Ida..jemput jamu mata...
MaDiHa-Tq MadIHa..mmg gitu kita ni kan MDiHa..resepi yg sedap mmg langsung di print bila nak buat berzaman..sampai bila ada request dr famili atau kepingin sgt nak mkn. guna instant krim lagi senang ni..
Aishah-nanti ditengok beg bawak brg balik, masih ada ruang tak lagi utk diisi tart utk Aishah.. .
Daalia -Sesekali mencuba...mmg remeh nak atur buah2 satu2,maybe next time pakai satu buat je senang kerja. mama dan abahnya suka udang tp anak2 mmg tak mkn.Udang galah kalau saiz sed macam ni dlm RM20 sekg...rasanya mahal sikit dari M'sia. Tq K.Daalia atas ucapan itu. patutlah smart Izaaz mmg rapi org orgnya. mmg masa tgk gambar entry birthday Izaaz teringat kat Syamil...maybe kalau remaja nanti macam Izaaz gayanya.Idea b'day party kat outdoor bagus..bebas anak2 nak bermain di pdg...
Ana -Tq Ana....selalu beli mahal pulak harganya kat sini..jadi cuba buat sendiri..
nisa garden -Dah tengok Fpnya mmg cantik gift utk kahwin...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net