Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Dec-2007 01:54 Email | Share | Bookmark
Cheese Brownies Dan Puding Peach

 
 
 
 
 


Oleh kerana ada lebihan buah peach dan putih telur masa buat tart terfikirlah nak masak sesuatu dgn menggunakan kedua2 bahan2 ni.... Tak begitu suka mkn saja buah peach ni. Teringat resepi puding peach dari Indonesia yg telah di print. Kalau ikut resepi asalnya nama Puding Peach Mocca tp kat rumah tak ada mocca sbb tu letak nama puding peach saja. Ada bahan2 yg tak cukup dan caranya diubahsuai sedikit.Cara pukul telur dan lapisan bahagian bawah puding ni sama seperti membuat Agar-agar Tembikai.Bila dah siap..dpt 2 bekas jadi satu letak dlm loyang bulat dan 1 lagi empat persegi. Sepatutnya lapisan atas agar2 dilebihkan agar nampak macam 2 lapis tp letak sedikit saja bahagian atas sbb tak mencukupi utk 2 bekas.Enak kalau disimpan dlm peti ais sebelum dimakan.....

Puding Peach
Sumber ; ibutio.multiply

Ingredients:
2 bungkus agar-agar bubuk (@7 gr), sisihkan 1/2 bungkus untuk lapisan atas
700ml susu cair-saya hanya guna 1 tin evaporated milk + 3 cawan air
200 gr gula pasir, sisihkan 30gr untuk lapisan atas
1 sm pasta mocca-tak ada letak vanila tp kalau letak paste strawberry sedap rasanya
200 gr putih telur-guna sedia ada 4 biji putih telur dlm 150 gm berat
1/2 kaleng buah peach-airnya saya guna juga
cherry& kiwi untuk hiasan

Directions:
1. Rebus susu cair dengan 170 gr gula dan 1,5 bungkus agar-agar, masak sampe mendidih, tambahkan pasta mocca, aduk rata.
2. Kocok putih telur hingga mengembang dan kaku, tuangkan agar-agar panas ke dalamnya, kocok dengan kecepatan rendah hingga rata.
3. Tuang ke dalam loyang bongkar pasang ukuran 24 cm, biarkan 1/2 keras
4. Susun buah peach dan buah lainnya di atas puding busa, tuangi dengan larutan agar-agar bening (rebus 200 ml air dengan 1/2 bungkus agar-agar dan 30 gr gula) perlahan-lahan, biarkan dingin.
5. Setelah mengeras, keluarkan dari cetakan, sajikan dingin


Apa yg diubah....bahan2 tak cukup dan nak cepat punya pasal....


1. Agar yg telah direndam direbus dulu dgn 3 cwn air dan ambil 1 cwn utk bahagian atas.
2.Tambahkan susu utk baki agar2 dlm periuk dan tambah gula secukup rasa,rebus sehingga mendidih dan tambahkan warna pink.
3.Bah. 1 cwn utk bah atas direbus semula sekejap dgn tambahkan air buah peach,sedikit air (anggaran 1 cwn) dan sedikit gula secukup rasa.
4.Dgn adunan ni dpt 2 bekas .Hati2 semasa menuang lapisan kedua...tuangkan perlahan2 atas buah utk mengelakkan lapisan bawah naik terapung. Jika ada yg terapung cepat2 buangkan dgn sudu agar Puding nampak cantik hasilnya.




Brownies lagi...tp kali ni cheese brownies yg dimasak ptg Ahad. Masak juga brownies sbb nak habiskan stok butter dan cheese dlm peti ais... nak bagi clean and clear peti ais sebelum pulang bercuti ke M'sia hari Jumaat ini... Bukan muka saja nak bagi clean and clear peti ais kena jugak agar tiada pendatang asing singgah dlm peti ais semasa bercuti nanti..... . Cheese brownies ni pun yummy tak rugi mencuba....



Cheese Brownies
Source : aunty yochana, Fp Mak Lang...tq Mak Lang kongsi resepi.

Ingredients :
180 gm. Butter - melted
275 gm. brown sugar
3 eggs
1 tsp. vanilla essence
120 gm. self-raising flour
70 gm. cocoa powder

Cheese filling:
250 gm. cream cheese
45 gm. butter
80 gm. icing sugar
1 egg
(mklang letak skit jus lemon)
Some chocolate chips to sprinkle on top-lupa nak letak

Method:
(1) Mix melted butter with brown sugar until well combined.
(2) Add in eggs, one at at ime, mixing well after each addition. Stir in vanilla essence.
(3) Gently fold in flour and cocoa powder and stir till smooth.
(4) For cheese filling: beat cream cheese, butter and icing sugar until well combined. Add in egg, beating well.
(5) Pour half of brownie batter into loaf pan, then pour in cheese filling. Then pour the balance brownie batter on top of cheese filling. Sprinkle top with chocolate chips.
(6) Bake in preheated oven 170C for 40 min.s or until cooked




Dah tak ada tempat nak baring.......

Dalam byk2 tempat dalam rumah nak baring...Syazrin pilih atas belakang sandar kerusi tempat baring, saja nak santai2..... .Sebenarnya dia boring krn abg2 berdua main games tak layan dia utk main sama2...abg no 3 yg selalu main dgnnya dah tidur...jadi dia buat aksi sendiri....



Catatan.....
.
Quote:

mamaella -mamaella nak byk pun boleh tp kena tukar dgn cho nutella muffin tu amacam boleh tak...
cikwan -Salam juga utk Cik Wan, tq kerna sudi singgah kemari...nanti dtglah lagi kemari ya .....
Lee Lin - silakan mencuba puding ni Lee Lin.Syazrin bila tak ada geng diapun buat aktviti lain...
MamaFaMi- Mama, ni nak habiskan stok tp buat pada hari berbeza....
tariqzaidanirah - betul tu mamaTariq...kami sekeluarga nak balik cuti raya Aidil Adha. ada jugak yg dimasak anak2 tak berapa suka...jadi kena perabihlah oleh mama dan abahnya...Jom Irah kawan dgn abg Syazrin kita main panjat2 kerusi...baby Irah sama dgn Syazrin masa kecik suka berkepit dgn mamanya jugak...
ida isk -Mmg Syazrin tgh boring sgt K.ida ..mainlah kerusi sorang...
aishah -Kebetulan tu sama2 nak balik Ganu...jom buat projek clean n clear peti ais.... akakpun tak pandai mana masak2 ni..cuma suka cuba resepi2 baru...
kakmOn -Waalaikummusalammmmm K.mOn...amboi pjgnya salam...komen kena tendang ke? mmg kadang Fp ni meragam sikit...Puding ni mmg dah siap2 potong utk K.mOn tp nak tukar dgn kek strawberry love tu...
princessharyati -Puding ni nak nyamar cam cheesecake ... silakan mencuba ...
Nur -Ni bila angin rajin melanda..masaklah juga...apatah lagi kat sini hujan memanjang skrg....lapar dibuatnya. Nur pun selalu masak yg sedap2..cik abg Nurpun pandai masak jugak...kedua2 bertuah ni. Mai lah main dg Syazrin kakak...kat rumah semuanya abg2....
WanZee -kat sini skrg ni musim hujan....jadi utk mengisi perut yg mmg asyik berdendang kenalah masak sikit... chesse brownies baru cuba...sedap juga rasanya..
mummy jam -lebih kurang sama ni marble cheesecake dgn brownies cheesecake.. cam adik beradiklah...dua2 sedap...
aishah-Sama juga utk Aishah sekeluarga...semoga selamat kembali ke Trg..tulahkan musim banjir dan hujan tak berapa syok nak jln2...harap hujan tak berterusan...
jeff -puding ni hias sikit2 biar nampak berselera nak mkn...
Lynn -tiramisu belum pernah cuba buat lagi...terliur dah lama tp asyik tertangguh nak buat.Lynn kami nak balik kg Trg dan Kel, kalau sempat mungkin cuti2 M'sia....
cek de sam -Syazrin ada gang rupanya..Era boleh main panjat2 kerusi dgn Syazrin ni...
Kak Leen -Waalaikummusalam K.Leen .Syarin mmg chubby sejak kecil...
MaDiHa -kami nak balik beraya..betul tu MaDiha kalau di Kel mmg meriah raya haji sbb biasanya ada jamuan mkn2 di rumah yg ada majlis korban tak kira bila kita berkunjung.. ptg2 pun ada jamu nasi....
Daalia -nampaknya kena tangguh dulu, kira azam thn baru ni K.Daalia...badan sayapun dah mula naik skrg sbb selalu masak macam2...Boleh aja auntie Daalia nak cubit Syazrin tp kena cayang kat pipi dulu sebelum cubit...
ciku_nunu -he..he.. senang saja tak nak blur...rayau2 kat Fp/blog masak2 copy je resepi....
masriyah -Yah tak sihat ke...jangkit dari anak2 ni.Asal pudding ni tak letak warna...nak nampak menyerlah sikit letaklah pink. Nampaknya anak2 lebih suka fudge brownies yg buat hari tu...tp kita suka yg ni rasanya lagi yummy ...
Aishah -mmg harap sgt banjir dah surut...hari2 tengok berita ttg banjir..risau jugak kalau semakin serius takut nanti terkandas....
fazizaid -sbb terliur kat Fp Mak Lang hari tu buat jugak cheese brownies ni..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net