Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 12-Jan-2008 03:50 Email | Share | Bookmark
Back to School

Syafiq dpn dewan sekolah
Masam..masih bad mood
Depan kelasnya
Sdg mkn dgn kawan waktu rehat
Bangunan sek Tadika
Syazrin tlg tarik beg abg
Swimming pool sekolah
Dgn kawan2 dlm kelas
Posing dlm kelas
Waktu rehat
Bersama guru dan kawan2
Masa mkn
lagi gambar waktu mkn
Main kereta waktu aktiviti bebas
Seronok kejap dpt main2
Main kereta waktu aktiviti bebas
Seronok kejap dpt main2

Semua dah sek kecuali Syazrin. Bergambar di kantin slps tamat waktu kelas.

Bermula 8 Jan 2008...hanya Syazrin sahaja belum ke sekolah.Abg Syamil dah darjah 5, Syakim djh 2 dan Syafiq mula sekolah tadika KG1( umur 4-5 thn). Semua belajar di Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Abg Syamil dan Syakim dah mula kelas pada 7 Jan. Kelas mula 2 Jan lagi tp sbb balik M'sia ponteng 3 hari... tp dah inform sekolah awal2 lagi.
Di sekolah ini kanak2 dari nursery (3-4 thn) hingga djh 6 memakai uniform warna yg sama,baju warna kuning muda dan seluar merah muda dgn kasut hitam. Manakala uniform pelajar sekolah kerajaan di sini warna baju putih, seluar/kain warna hijau macam sekolah men di M'sia dan kasut warna hitam.




Rasanya setiap kali anak2 mula masuk sekolah samada sekolah tadika atau darjah satu kita ibu bapa akan teruja untuk mengetahui reaksi mereka di sekolah....pastinya setiap ibu-bapa ada pengalaman menarik semasa menghantar anak2 ke sekolah. Kali ni nak kongsi pengalaman Syafiq anak no 3 ke tadika. Dalam kelasnya ada 23 org dan terdapat 4 kelas Tadika 1, manakala Tadika KG 2 (5-6 thn) ada 4 kelas jugak.

Kalau abg2nya dulu masuk tadika dan darjah satu mmg tak ada masalah langsung.... hantar ke sekolah, selesai urusan..tinggalkan mereka di kelas. Ingat masa abg Syamil dulu masuk tadika...merupakan satu2nya budak Melayu dlm kelas,kawan2 dan Cikgu semua bangsa Cina dan India....dia cool je langsung tak nangis. Begitu jugak dgn Syakim abg no2.

Tp Syafiq lain dari abg2nya... menangis tak nak ke sekolah. Padahal dah beberapa kali tunjukkan dia kelas tadikanya. Semasa ukur baju, beli persiapan sekolah hingga siapkan beg sekolah pd mlm nak ke sekolah dia ok je tak adalah cakap tak nak ke sekolah.

Pagi hari pertama dan kedua ke sekolah dia buat hal...nangis2 tak nak mandi, pakai baju tak nak... masuk dlm keretapun tak nak,sampai sek tak nak keluar kereta pulak..... Sampai ke kelas puas pujuk....cikgunyapun pujuk...hingga Pen. Guru Besarpun pujuk...tak nak jugak...nangis nak balik rumah... Masa aktiviti kelas dia ikut serta main sama2 tp mamanya kena ada dekatnya ...alahai mamanya masuk tadika balik ni.... Selepas waktu rehat wpun berat hati tengok dia menangis,tapi tinggalkan jugak dia di kelas ..... . Masa ambil Syafiq waktu habis kelas dia tak nangis tp tak nak senyumpun.... , menurut gurunya dia menangis sekejap saja.Dia masih bad mood tp bila dah di kantin nak pulak cakap, nak beli makanan.

Antara alasannya kenapa tak nak ke sekolah...



**mengantuk nak tidur - padahal dah tidur awal mlmnya
**nak duduk rumah main dgn adiknya
**nak main komputer di rumah
**tiada siapa nak tlg dia lapkan hidungnya (dia masih selsema lagi)
**tiada siapa nak buatkan susunya kalau dia nak minum

Pada hari ke 3 hari ni...Alhamdullilah dah ok sikit..tak nangis semasa siap2 ke sekolah... dia bagi syarat tak nangis kalau mama ikut sama. Sampai di pintu kelas barulah dia mula nangis.... . Harap2 dia akan mula suka ke sekolah selepas kenal kawan2.... dan dpt sesuaikan diri dgn suasana kelas.

Jom layan gambar Syafiq di sekolah, aksinya masa tak nangis....



Masa nak balik..semua murid bersalam dulu dgn guru.



Posing dlm kelas.Pagi2 sebelum kelas bermula kanak2 berpeluang dulu menonton tv citer kartun...siap ada bantal lagi...



Bersama kawan2.


Syafiq dan rakan2 sdg menjamu selera waktu rehat diluar kelas,makanan dan minuman perlu dibawa sendiri.Tempat duduk dan locker pelajar telah disiapkan tanda nama...pelajar tak perlu rebut2 cari tempat duduk.Syafiq ditempatkan bah. depan meja...macam pengerusi majlis pulak...

Catatan.....
Quote:


mamaella -Baju sek mrk lain sikit dr sek keb di sini. Alhamdullilah sehari dua ni dah ok kalau ke sek. cuma adalah nangis kejap masa pg nak masuk kelas ..
yong@ibu chempaka -masa posing ni dia masih mood tak baik, tu yg semacam je mukanya..mmg tak sabar menunggu saat anak2 ke sekolah...nantilah bila Chem masuk sek,cam na pulak aksinya...
Muna -cuti 3 minggu sekejap rasa...kena balik semula,anak2pun dah mula sekolah..
kamalina -tq sudi dtg sampai 2x,kalau nak update Fp biasanya ambil masa...macam2 nak buat pulak... nangis manjapun ada Syafiq ni tp kalau bandingkan dgn abg2nya dia lagi peramah dan mudah berkawan,tak sangka pulak bila nak ke sek dia nangis. tadika ada 8 kelas dan termasuk nursery jadi 12 kelas dan terletak di dewan utama,tu yg nampak besar bangunannya.mmg colourful seknya tu yg berkenan nak hantar Syafiq ke sini. kolam renang ni kongsi dgn pelajar sek ren. budah tadikapun ada sesi kelas renang..kelas renang Syafiq yg pertama next week...
ida isk -harap2 gitulah k.Ida semoga dia cepat menyesuaikan diri.bab2 mengintai tu yg seronok...nak tahu apa reaksi anak2 di kelas baru....
WanZee -Tadika ni BSB, Brunei. yurannya oklah... dpt diskaun sbb anak2 lebih dari seorg belajar di situ.
mummy jam -he..he..mamanya nak nangis jugak masa mula2 tu sbb dia tak nak masuk kelas langsung...
kakmOn -pampers tak dalah...spare seluar je takut terkucil...
masriyah -harap2 gitulah Yah, sekrg nipun kalau balik dia dah mula citer sikit2 ttg kawan2nya.mmg mamanya masuk kelas balik...nasib baik cikgu tadika tu sporting...
Hajar -betul tu Hajar...nanti apa yg kita cakap diorg cakap lain pulak...
jeff -awal thn ni ibu bapa sibuk dgn anak2 sek...
ct -rasanya abg yg sulong byk ikut muka mamanya....
Ana-Awal jugak Ana hantar anak ke sek tp kalau diaorg suka lagi baikkan..dpt berkwn kat sek.terkencing tu mmg tak dpt dielakkan apatah lagi awal sek ni,mrk segan lagi nak cakap dgn guru...mmg kena sedia seluar spare dlm bag...
Lee Lin-ingat masa nangis nak ambil jugak gambar tp susah pulak sbb dia dok pegang tangan kemas2 ...
mummy irdina&arissa-nanti akan cakap kat Syafiq..mummy irdina&arissa ada pesanan ni...
MaDiHa -hantar tadika sama sek dgn abg2nya dgn harapan dia cepat sesuaikan diri tp tak jugak rupanya.Untung Dini dpt kawan2 yg sama pasti dia seronok ke sek..
Haniss -tu yg Syafiq merungut kena bangun awal skrg...kena mandi pagi2..
envy eyes -album apa ni..
mama @nis-semua alasan dia berikan sbb tak nak ke sekolah...bantal mmg dah siap ada kat kelas...
mia-bisnez cake ya..semoga maju jaya..
rinnchan-aaa...dari nursery hingga djh 6 pakai warna sama, cuma bila djh 2 pelajar lelaki pakai baju lengan pjg sbb terus pakai baju sama utk sek agama sebelah ptg,kalau pelajar perempuan djh satu baju kurung tp warna masih sama..
Daalia-itulah puas mama pujuk macam2 tak jln jugak...hari pertama tu mmg ada parents yg ambil gambar tu yg laju ambil gambar kat sek..
Ros-mmg macam2 ragam...lucupun ada tengok gelagat kanak2 bila mula ke sek. ada yg diam...tiba2 nangis tak kurang yg seronok dpt main macam2 kat sek...
mak farhah -suasana sek ni agak menarik sbb byk kemudahan.class matesnya dlm 23 org tp baru sorang dia ingat nama...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net