Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-Jan-2008 03:58 Email | Share | Bookmark
Kek Coklat Fudge Dan Cuti-cuti M'sia Part 1-Trengganu

Syazrin di pantai Batu Buruk
Di Pantai Batu Buruk
Pemandangan di Batu Buruk
Asyik melihat ombal
Gaya bebas dg sepupu
Dataran Shahbandar
Dataran Shahbandar
Dataran Shahbandar
Dataran Shahbandar
Berdiri tegak macam tiang bendera
Syazrin sorang
Pemandagan Seberang Takir
Deretan bendera
Syazrin kena dera posing tgh panas!
lagi posing tgh panas
 
 


Ni projek hujung minggu baru lepas. Sebenarnya kek coklat ni anak2 minta dibuatkan masa tgh cuti di M'sia lagi. Tp bila dah cuti malasnya nak menggodek adunan tambah pulak semua bahan kena beli semula semuanya, maka bila balik semula ke sini baru buat. Kalau kek coklat mmg laju anak2 mkn berbanding kek lain tak kira resepi mana yg digunakan..... Kek coklat ni siap tgh hari...lewat ptg dah tinggal 1/4 aje...

Kek Coklat Fudge

Sumber ; Praktikal-Himpunan Resepi Mudah

Bahan
175 gm mentega/marjerin
175 gm gula kastor
2 biji telur
175 ml susu
*200 gm tepung gandum -ayakkan
*50 gm serbuk coklat -ayakkan
*2 stsoda bikarbonat]-ayakkan
1 1/2 st esen vanilla
1/4 st garam

Cara:
1. Pukul gula dan butter dipukul sehingga kembang dan campurkan esen.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang.Masukkan susu.
3. Campurkan * dlm dan satu mangkuk dan masukkan kedalam adunan di atas.
4.Pukul hingga sebati.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180'C selama 50 -60 minit.
6.Hias mengikut cita rasa masing2.


Toppingnya pakai resepi topping
Fugde Brownies krn anak2 suka rasanya.



Pantai Batu Buruk Dan Dataran Shahbandar K.Trengganu

Jom layan gambar yg sempat diambil masa balik cuti di Trg baru-baru ini.
Tak byk gambar diambil pantai Batu Buruk krn pergi waktu dah lewat ptg,gambarpun tak begitu terang. Anak2 bersama sepupu mereka main sekejap sahaja di tepi pantai.

Manakala di Dataran Shahbandar pergi pd hari yg sama ambil gambar masjid kristal. Masa di Dataran Shahbandar pekerja2 sibuk membuat persiapan utk pengistiharan Trengganu Bandar Raya Warisan Pesisir Air 2008 yg diadakan pd 1 Jan 2008 yg lalu. Sempatlah ambil sikit gambar sbb anak2 dah penat jln2.


Syazrin di tepi Pantai Batu Buruk


Pantai Batu Buruk, dah hampir senja .....



Posing atas jambatan di Dataran Shahbandar





Anak-anak berdiri tegak macam tiang bendera di belakang pulak..


Masam muka Syazrin sbb kena posing tgh panas....

Catatan.....
Quote:


nabialishad -kek coklat kegemaran anak2...mamanyapun suka jugak...
Nur -ingatkan kejap upload gambar...lama pulak...tulah jadual harian kalau tgh hari ambil anak2 dr sek.anak2 kalau sebelah ptg sek agama pulak setiap hari.Nur, dah siap ni air batu sejug ni nanti mai lagi ya....
Daalia-tak pandai nak deco yg lain...buat bunga lagilah tak reti..jadi susunlah macam2 kat atas kek ni..re; itu tandanya Fp k.Daalia semakin diminati,sayapun suka tengok...
rani -kek hansel and gratel pun bolehlah.... tak pandai deco yg cantik2 setakat deco susun2 gini bolehlah...
Nur -sila silakan Nur...kek pun ada lagi siap dgn air sejug... kalau jadi model,Syazrin yg paling senang diminta bergambar. dia mmg tinggi badannya...kalau org tak tahu ingat umur nya dah 4 thn lebih.Abg yg sulonglah tu ngantur kedudukan adik2nya utk bergambar..
MaDiHa-Madiha tak baking tp rajin buat kuih,saya kuih lagilah jarang buat . Hujung bulan ni b'day Haziq ya...pasti mamanya buat kek special ni....Mmg seronok balik dpt jln2. Masjid kristal sempat pergi..
Ohhh dah calling dgn k.Jie...mmg mesra orgnya...tu belum jumpa lagi.ya... ada kesempatan mungkin bila balik nanti boleh dating...
Eryne Jasmine -nasib baik Eryne tak ngidam kek ni..kalau tidak susah nak hantar jauh2.. take care dan congrat sekali lagi...
MamaFaMi-he..he..main letak je apa yg ada dlm gerobok kat rumah bagi meriah kek ni..
tariqzaidanirah-kek coklat mmg favorit ramai...anak dgn mak semua suka.cuti2 kat M'sia pasti best macam2 tempat boleh pergikan....masam tu sbb kena bergambar tgh panas..waktu tgh hari tu..sikit lagi dah nak nangis tu...
kamalina -kek coklat mmg byk resepinya.....kadang2 tak tahu nak pilih yg mana sbb semua nampak elok hasilnya. dah tak ada idea nak deco lain...kali ni main susun macam2 atas kek pulak....
kak pah -anak2 saya kalau kek coklat no 1 suka, kek lain cuit sikit aja. he..he..tak pa k.Pah anak2 tak mkn..kita jadi vakum cleaner licinkan semuanya... Kalau ada peluang bila balik cuti M'sia k.pah jln2lah ke Pantai Timur Kel & Trg..byk tempat menarik dan makanan yg sedap2 kat sana...opss macam pegawai pelancongan pulak..
masriyah -maknya mmg suka kek coklat..buat kek alasan anak nak mkn padahal mamanya yg nak jugak... Sekitar Batu buruk skrg ni dah macam2 dibina..lebih cantik dan selesa..
cek de sam -puas juga fikir nak deco cam na kek ni sbb yg campak2 tu dah selalu buat...nak buat bunga2 tak reti langsung..
jeff -betul tu...jln2 cuci mata dan dpt bermesra dgn keluarga...
fifi fad -salah satu cara nak pikat anak2 mkn kek ni, deco meriah sikit atasnya...
ct -mmg ok warnanya wpun pakai coklat debu...
Erna -balik cuti raya Haji di Trg masa bulan Dis yg lepas. bila ada peluang balik cuti lagi nanti kita contact Erna ya....
mallan -Mallan sebut roti paun...kat entry atas sana ada roti paun..balik hari tu sempat mkn nasi dagang Trg tp roti paun lupa pulak nak beli. Cuti2 di M'sia mmg seronok maklumlah jln2 dan jumpa sanak saudara..
m:e:o:r:j:a:y -Sesekali dpt peluang cuti pjg balik M'sia bersama keluarga mmg gembira rasanya...
Haniss -nasib baik anak2 tak kutip coklat atas kek ni...ada byk jugak gambar yg diambil masa balik cuti..jadi selitkan sikit2 utk dikongsi bersama..
mummy irdina&arissa-thn ni Trg dah diistiharkan bandaraya sesuailah kalau nak melawat Trg bersama keluarga...
kakmOn -he..he..sesekali dera mereka...lagipun bukan selalu dpt ke sana. penyu takut kat org ramai di pantai tu..kalau ada penyu yg naik,confirm Syazrin yg kejar dulu....
alim ~ umi najla -betul tu Alim..mak budakpun suka mkn...kami sekeluarga balik cuti 3 minggu. ohh...Alim study kat Trg ya dulu...mesti byk tempat kat Trg dah pernah pergikan...
ida isk -selongkar dlm laci jumpa candy ni,tu yg atur atas kek...anak2 mmg suka. Dah dkt sktg ni nak ke Trg ikut LPT...
zuhri -Waalaikummuasalam, salam ukhwah juga...sesekali dpt cuti pjg...
mamaella -mamaellapun dah sampai Trg..keropok lekor mmg trade mark Trg..tak lengkap kalau dtg Trg tak mkn keropok lekor dan ke Batu Buruk..Kek cukup2 tinggal sepotong utk mama..jemput makan..
mamaAMSYAR -salam perkenalan juga,tq singgah Fp ni.kek coklat anak2 dah lama request sbb kek lain diorg tak berapa suka.nak peluk Syazrin nanti jeles Amsyar...
Hajar -Yg paling suka kek ni abgnya yg no2...balik sek terus tanyakan kek minta simpan nak mkn lagi...
zuhri - Kek coklat mmg tak membosankan...
mamasoulha - Salam juga buat mamasoulha....adik yeena suka kek ni ya, nak cilok silakan...nanti nak tengok kek b'day adik yeena. Topping ni mmg sedap.copy dr FP Mak Lang..nak sharing boleh saja....
Ros -deco yg cun ada bunga2 tak pandai nak buat,setakat atur coklat gini boleh sikit2. Syazrin kalau bab posing mmg suka dia.. .


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net