Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 22-Jan-2008 00:56 Email | Share | Bookmark
Roti Anpanman Dan Cuti2 M'sia Part 3-Rabbit Park Bt Tinggi

roti sebelum masak
dah pakaikan bedak
roti yg mula2 buat
roti yg kedua buat
mula2 tengok
gosk dulu
abg bagi makanan
intai arnab
mana satu nak pilih ni
dah tangkap arnab
dlm nipun byk
tu ada lagi
 
 
 
 
 
 
 
 
Roti Anpanman....



Bila tengok roti anpanman dlm my resepi oleh Yani , kemudian kat Fp Mamafami.....terus jatuh hati dengan kecomelan anpanman..... ..tq Yani dan MamaFami...
Mula2 buat tu tak puas hati dgn hasilnya sbb bila sapukan kuning telur , jadi tompok2 pulak rupa anpanman...macam pakai bedak sejuk... . 2-3 hari lepas tu buat lagi tp ikut cara MamaFami tak sapu kuning telur tp sapu marjerin bila dah masak.Kali ni baru nampak comel sikit anpanman... Kalau ikut resepi guna cooking coklat utk bibirnya tp kita bagi lipstik sikit....biar nampak cun... .


Tak sama pulak rupa dua anpanman ni...satu nampak bulat comel..satu tu tak bulat sgt..

Roti anpanman
Sumber; My Resepi- Yani
roti inti kacang merah - bread maker

Bahan-bahan ( 10 biji )-sy dpt 12 biji

290g tepung roti
200cc susu + telur
15g gula
5g garam
15g mentega
3g yis
* 230g inti kacang- kita beli red bean paste - malas nak buat inti...
telur kuning untuk sapu
kacang hitam untuk mata. Boleh juga diganti dengan kismis
sedikit serbuk koko untuk mulut. Cairkan.-kita guna pewarna merah

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan pada setiap bread maker.-kalau tak ada BM boleh ikut cara MamaFaMi,klik kat sini
2. Keluarkan adunan dari bread maker. Bahagikan kepada 10 bahagian untuk kepala. 10 ketul untuk hidung. 20 ketul untuk pipi. Saiz pipi mesti kecil sedikit dari saiz hidung.
-sy buat 20 ketul saiz utk hidung,10 bah di bahkan 2 setiap satu utk pipi.
3. Biarkan 20 minit. Tutup dengan kain bagi mengelak dari kering.
4. Masukkan inti pada bahagian kepala. Tutup dan tekan biar jadi leper. Letaklah mata, hidung dan mulut. Buat sampai habis.
5. Masukkan dalam oven. Penaik selama 40 minit pada suhu 35-40 degree.
6. Kemudian keluarkan roti tadi. Sapukan dengan telur kuning.
7. Di samping tu naikkan suhu oven ke 180 degree.
8. Bakar selama 15 minit.





Ni rupa sebenar anpanman....kartun kat Jepun...



Ni adunan yg sama tp buat bentuk bun biasa....



Cuti2 M'sia Part 3-Rabbit Park Bt Tinggi, Pahang

Sebenarnya tak rancangpun nak ke Bukit Tinggi masa cuti tempoh hari. Masa balik dari Trg ke KL ikut LPT dah nampak signboard ke Bukit Tinggi barulah terlintas nak menyinggah sbb dah lama tak ke sana...kali terakhir pergi 5 thn lepas. Masa nak naik Bt Tinggi tu dlm pukul 4 ptg, ingatkan kejap boleh sampai atas...rupa2 nya lambat sbb jln terus ke Tropical Colmar ditutup. Sampai kat atas terus ke Rabbit Park...seronok sakan tp Syazrin paling ceria.Abg2 tak berani nak pegang arnab sekadar bagi mkn dan usap2 je arnab. Syazrin siap kejar dan dukong arnab... Masa nak keluar rabbit park Syazrin nangis2 tak nak keluar dari rabbit park tu....

Ingatkan nak ke Tropika Colmar tp tengok jam dah lewat takut lambat sampai ke KL rumah SIL sbb dah janji nak mkn mlm rumahnya. Jadi kami terus turun tak pusing lain2 tempat...



Gaya bebas 4 hero depan pintu masuk Rabbit Park...



Syazrin..tak tahulah dia geli ke geram mula2 tengok arnab....


Abg2 tak berani dukong arnab..Syazrin sorang yg berani dukong...


Abg Syamil tgh bagi arnab mkn.....


Catatan.....
Quote:


cikwan-Waalaikummusalam..tang hidungnya mmg kembang semangkuk..rasa dah uli kecik2 tp bila masak besar gedabak jugak jadinya...
MamaFaMi -mamaFami punya anpamman molek jadinya ...sama saiz... yg ni ada bolatt..ada kurus... lipstik bukan sebarangan mamaFami lipstik keluaran khas ni, tu yg bertompok warnanya....
jeff -anak2 mmg seronok dpt ke taman arnab...
Nur -nak tunjukkan skill make-up ....ada skill ke tidak... , mula2 tengok arnab buat muka macam geli tp macam gerampun ada bila dah dpt langsung diusung arnab tu.Nur,sy belum pernah mkn daging arnab...tak tertelan rasanya...
Haniss -he..he..jadi doremonpun cute jugak Haniss, bulat2 tembam bentuknya...
Roylazim -hidung anpanman tu terover kembang kena gigit tebuan....
mallan -dah lihat roti paung yg Mallan buat dah menjadi... anak2 mmg suka roti bentuk cute gini..inti boleh ikut suka tp anak2 sy mmg suka inti kacang..
mamaella -anak2 suka roti ni apatah lagi letak inti kacang hitam...yg abg2 setakat usup2 aja tp Syazrin paling berani siap dukong..
masriyah -aaa...lupa pulak nak buat anpamman boys...semua dipakaikan lipstik jadi pompuan semuanya...
tariqzaidanirah -roti anpanman lagi gebuss rasanya....
KakLeen-Waalaikummusalam K.Leen...pakai bedak sekali dgn lipstik biar cun melecun anpanman ni....
ct -meronda2 kat internet cari resepi roti...terpandang roti anpanman terus berkenan nak mencuba...
faizulnsue -biznes brownies ya..sedap ni..
mama @nis-mmg sedapkan roti inti black-bean...anak2pun suka ...
kamalina-bila dah berkenan mmg tak tunggu lama terus buat. ..nanti boleh tengok roti Kamalina pula.bila tengok muka Syazrin tak boleh nak agak dia geli ke geram...lucu pulak tengok gayanya itu...
yong -masa tengok gambar berkenan betul roti ni..tu yg rajin gentel pipi dan hidungnya...betul tu yong mkn mkn panas2 sedap...
unnamed -sila jamu mata...
Daalia -roti ni letak inti kacang hitam tu yg anak2 suka selain rupa roti ni bulat2 comel.Syazrin mmg berani sikit berbanding dgn abg2nya..kucing,arnab semua dia nak pegang.sebelum cubit....mai auntie Daalia kiss pipi Syazrin dululah....
maklang-kartun ni kat Jepun.....lip tebal tu overdose sikit... terletak lebih lipstik... .boleh cuba mak lang..anak2 pasti suka lucu nengok roti ni...
zanaz-zana buat roti jugak kan..mmg cam janji ni..ohh betullah kartun ni ada ada kat Jepun...siap gentel dan letak lipstik sbb excited nengok rupa apanman yg cute tu ...
Ana-siap pakaikan lipstik biar come lote... baru anak2 suka nak makan...
Ida Natrah-roti ni sedap dimkn krn ada inti kacang merah..tak sangka juga Syazrin berani dukong arnab wpun baru kali pertama lihat arnab..
ed -mmg seronok jln2 Bt tinggi...dah lama tak kesana..
Lee Lin -arnab tu rasanya takut dgn Syazrin tu yg diam bila Syazrin dukong...
MaDiHa -betul tu MaDiHa anak2 suka apatah lagi inti kacang merah mmg favorit mereka..berbaloi juga menggentel. abg2 mmg tak berani nak dukong..sekadar usap2 arnab tu.kalau Haziq suka kucing dgn arnabpun nanti dia suka jugak...MaDihapun suka kucing,sy skrg dah kurang sekadar tengok tak adalah nak ambil dukong kucing macam masa kecik dulu suka sgt dgn kucing...
boxhousestudio -tu buah tangan dr Trg, dekat aja rumah sy dgn rumah k.mOn,dlm 10 min driving....
ida isk -comel sikit roti tu sbb pakai lipstik merah...
kak jie jie-ada masa k.Jiepun boleh cuba...bila dah jadi seronok nak buat lagi,yg penat kalau menguli guna tangan..sesuai jugak panggil apam women sbb pakai lipstik merah... nanti jumpa lagi kita dating sekali dgn Syazrin...tp dia tak boleh duduk diam, nanti semua tempat dia ajak jln2,tak terkejar mamanya....
siti -roti ni pun baru pertama tengok tp dah berkenan terus buat...budak2 mmg suka..Siti nak order ke..boleh aja..
kakmOn-lipstik ni buka sebarangan K.mOn boleh jadi kembang bibir anpanman dibuatnya.. . hidung tu kena gigit tebuan jantan sbb berkenan kat anpanman yg pakai lipstik merah... kembang bulat jadinya....
WanZee-rugilah kartun ni tak ada kat sini..kalau tak pasti femes cam kartun Doraemon tu....
anuar sg.buloh -Bagus abg Nuar dah dpt tengok Fp ni...mmg byk gambar2 masakan sbb skrg rajin sikit masak dan berkongsi resepi dg semua. lain2 gambar terutama gambar anak2 ada diselitkan sekali-sekala . Bila lapang2 rajin2lah lawat Fp ini ya....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net