Want your
own Fotopage?








 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Jan-2008 16:16 Email | Share | Bookmark
Ikan Bakar Malim & Cuti2 M'sia Part 5- Melaka - Tmn Botanikal

Air terjun pandangan depan
Pandangan tepi
Bunga2 Orkid
Di belakang air terjun
Posing depan air terjun
Satu lagi air Terjun


Cuti-cuti Malaysia diteruskan dari ke KL menuju ke Melaka pula. Jadi entry kali ni nak kongsi resepi Ikan Bakar Malim di mana restorennya agak terkenal juga di Melaka dengan beberapa cawangan termasuk di Malim. Tapi masa balik hari tu tak sempat singgahpun, jadi bila balik sini cubalah resepi ikan bakar ini. Resepinya terjumpa masa selongkar majalah lama ketika balik cuti... . Ikan bakar ini enak dimakan dgn pencicah samada cicah dgn kuah asam atau kuah kicap....

Ikan Bakar Malim

sumber; Majalah Mingguan Wanita

Bahan2

Ikan mengikut pilihan masing- sy guna ikan siakap

bahan perapan-kisar semuanya
5 helai daun limau purut
3 btg serai
4 inci lengkuas
3 inci halia
3 inci kunyit hidup
10 biji cili kering-ikut suka
sedikit asam jawa,garam

bahan kuah asam
2 sudu cili kisar
2 biji tomato dicincang halus
semangkuk kecil asam jawa
sedikit gula,garam
3 ulas bawang merah dipotong
sedikit minyak utk menumis

bahan utk kuah kicap
5 biji cili padi
3 sudu cili kisar
4 sudu kicap manis
2 sudu kicap masin
1 sudu kicap pekat
sedikit minyak utk menumis

Cara
1. Bahan perapan digaulkan bersama ikan dan bakar ikan hingga masak.
2.Utk membuat pencicah kuah asam;panaskan minyak
3.Tumis semua bahan sehingga naik bau dan garing.
4.Buat langkah sama dgn kuah kicap.
5.Setelah siap hidangkan ikan yg dibakar bersama kuah pencicah yg dimasak tadi.
6.Boleh dihidangkan bersama2 nasi putih,timun mahupun ulam-ulaman.







Cuti2 M'sia Part 5- Melaka - Tmn Botanikal



Taman Botanikal ni dulu dikenali sbg Hutan Rekreasi Ayer Keroh tempat org jogging dan riadah serta camping .Terletak dekat dengan tempat orang naik kereta lembu sederet dgn Tmn Buaya. Di sini terdapat 2 buah air terjun buatan yg menarik utk posing.... Jom lihat gambar2nya...


Air terjun yg pertama....paling dkt dgn pintu masuk...cantikkan...


Berjln ke tempat air terjun ke dua...Syazrin naik pushchair sbb dah penat jln2 tempat lain sebelum itu...


Air terjun yg kedua..juga menarik....lalu jambatan utk ke sini dkt saja dgn air terjun pertama...



Posing sikit....


Bunga-bunga orkid dipamer dan dijual di bah luar sebelum masuk tmn ini..

Catatan.....
Quote:


MamaFaMi-laaa org Melaka belum sampai lagi... kena singgah sekali mama..menarik tempatnya..
yong@ibu chempaka- boleh copy resepi ni..cubalah Yong..
lynnhassan-berbeza dari segi ramuan perapan...ikan bakar portugese lebih byk bahan perapan dan tak perlu pencicah..dah masak boleh terus mkn...
MaDiHa-Dah lama tu...Melaka makin byk tempat menarik utk dilawati. Syazrin ni penat asyik jln2...nasib baik tak meragam...
jeff-mmg menarik tempatnya skrgkan...ikan bakar pernah mkn kat Malim...
Ouled Kenitra -menarik entrynya...
Haniss -Tmn ni dah lama tp dulu nama lain tp air terjun buatan tu baru rasanya nanti next time kalau Haniss ke Melaka boleh singgah menarik utk posing...Tmn Botani sypun belum jejak lagi...
kamalina -boleh buat family trip ke Melaka pula masa cuti sek...bunga orkid tu mmg cantik...geram tengok berderet2 kat atas para dpn tmn. kadang2 buat juga cicah yg tak tumis macam Kamalina sbb lagi senang dan sedap juga...
Zaiton Yatim-betul tu k.Zai bercuti dgn keluarga tak kira dimana mmg seronok, hero bongsu tu penat sebenarnya jln2 sbb tu masam kena dok dlm pram..
Nur-Rumah hantu belum pernah masuk...dgn anak2 ni... lagilah diorg tak nak masuk..tp takut mamanya yg terjerit sorang2.. bandar hilir mmg tepat tumpuan pelancong..
zuhri-dia penat betul maklumlah asyik jln2 merata...mmg best cuti2 M'sia..
Kak Leen-Waalaikummusalam K.leen..saya pun suka tengok bunga orkid ni tu yg terus ambil gambar...
masriyah -Air terjun yg baru dibina tp tmn ni dulu dikenali dgn nama Hutan Rekreasi popular sbg tempat jogging...tak jauh dari zoo, bila Yah dah balik M'sia boleh lah round Melaka...
Hajar-3 thn kat Uk hanya round UK tak terlepas ke Eropah sbb tangguh nak pergi last2 tak jadi pergi pun,entah bila nak ke sana ...
Ros-Mmg cantik tempatnya Hajjah Ros..Syazrin penat betul sbb hari2 meronda..ikan bakar ni ada pencicah sedap rasanya..
Ana -ikan bakar ni ada 2 pilihan cicah tp kalau nak buat dua2 lagi enak mkn...
ida65cakes -biasa bakar ikan buat pencicah yg simple....jumpa resepi yg lain sikit teringin nak mencuba...
meorjay-cantik tempatnya utk ambil gambar ...
lieya_latif-kuatnya bunyi perut tu....sampai kesini dengar....
ida isk-org dkt bila2 masa boleh pergi...yg balik sesekali ni ambil peluang jln2 sakan...
tariqzaidanirah-Syazrin mmg dah penat betul asyik jln2 setiap hari masa balik hari tu...nasib baik dia nak duduk dlm pushchair kalau tak kena dukung..
kak jie jie -ada caw kat rumah K.jie ya..tp sy hanya pernah pergi yg kat Malim. betul tu dah ada resepi boleh cuba buat sendiri..jimat lagi ...
cek de sam -pernah mkn kat restoren ikan ni...naklah pulak cuba buat sendiri..lagipun senang jugak bahan2nya..
ed -air terjun tu mmg menarik...
cikwan-kalau balik mmg tak ingat dah ttg timbangan...mana2 makanan yg teringin terus beli je...cik wan balik nanti jln2 lah ke Melaka..
mummy jam -dah lalu tu rugi mummy tak singgah...boleh posing..
Roylazim -ikan bakar tawar letak cicah sedap...kalau tambah ramuan gini lagilah tambah selerakan...
umi_ida -ada jual pes ikan bakar segera...senang ni..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net