Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 10-Feb-2008 14:28 Email | Share | Bookmark
Aktiviti Semasa Cuti Raya Cina 2008

singa dok nari
pusing2 kereta tuan rumah
singa betul2 dpn kamera
kumpulan muzik
mercun tgh meletup
aksi singa
cuba ambil angpau
dah dpt angpau di tiang
dpt angpau dah boleh balik
abg dan adik posing atas motor besar
seronoknya palu gendang
lagi palu gendang
cc saiz mini
cc saiz mini
 
 
 
 
Projek Cup cakes

Oleh krn cuti raya Cina pada hari khamis tak ke mana-mana, maka buat projek cup cakes. Keknya masak sebelah pagi dan make-up cake sebelah ptg. Yg lucunya masak tengah dok godek kek paginya..belum bakarpun, Syafiq anak no 3 dtg bawa kamera...tanya utk apa kamera ni Syafiq. Dia jawap; kan nanti mama nak ambil gambar kek ni...tp lambat lagi nak siap ni Syafiq....dah faham dia rupanya dgn kerenah mamanya yg suka ambil gambar masakan,awal2 lagi dah tlg ambilkan kamera.... .
Cup cakes ni guna resepi kek vanilla sponge sbb anak2 suka dan bahannya mudah. Masa dok make-up kek belah ptgnya beberapa kali anak2 ulang alik ke dapur tanya dah siap tak kek nya.....nak buat cam na mamanya terkedek2 nak make-upkan cc...lambat betul nak siapkan setiap satu....maklumlah krastangan....

Nilah cupcakes yang sempat dihias...sebahagian belum make-up dah habis makan dulu... . Abaikan cupcake yang nampak tak licin ke..comot ke..atau sememeh....


Cuba buat pelangi maklumlah hujan kejap hari tu.....


Heart to heart... love kecik vs love besar....


Ni belon dgn talinya sekali,talinya ada kecik ada yg terbesar....


Koleksi handbag mamanya,semua pink favorit kalor...


Cc saiz mini sekali ngap.....




Jalan-jalan raya Gong Xi Fatt Chai


Singa tengah posing.....

Ptg hari Jumaat kami ke rumah rakan sekerja husben kerana ada jemputan open house. Sebaik saja sampai, tuan rumah langsung ajak makan. Bila lihat juadah yang terhidang....huiii sedapnya masakan... macam raya Puasa sbb ada nasi beriani, nasi putih, ayam kurma, daging rendang,sotong celup tpg, ikan masak sweet and sour dan acar. Semua masakan Melayu yg dihidangkan wpun tetamu yg dtg dari pelbagai bangsa termasuk omputih...bangga pulak sbb hidangan Melayu jadi pilihan di hari raya Cina. Hidangan mmg enak sbb disediakan oleh restoren milik orang Melayu M'sia di sini. Selain tu tetamu turut dijamu pelbagai jenis kek dan kuih. Gambar tak ambillah segan, rumah org ...ramai pula tetamu.

Manakala ptg tadi kami menerima jemputan hari raya Cina di rumah seorg lagi rakan. Hidangan ringkas sahaja tapi kami dihidangkan dengan tarian singa.Masa sampai tu tuan rumah baru pasang mercun..tunggu kumpulan persembahan singa dtg barulah akan dipasang. Sementara menunggu tu....anak2 cubalah ketuk gendang Cina..berebut2 nak pegang kayu pemukul .
Bila kumpulan persembahan dah sampai...mercun dibunyikan...alamak kuatnya bunyi.. sampaikan anak2 lari terkejut dan tutup telinga...mmg bingit bunyinya... . Dah habis mercun barulah singa memulakan persembahan. Persembahan dimulai dengan singa mengelilingi kereta merah milik tuan rumah dan seterusnya pusing buat persembahan. Yg menariknya sang singa ni cuba ambil angpau yg diikat di hujung btg kayu dimana mercun dipasang. Lama jugak singa dok cuba ambil sbb angpau tu kuat terikat...nasib baik singa tu tak tumbang.... . Lupa pulak nak ambil gambar anak2 dgn singa. Tapi yang pasti anak seronok betul sbb dpt lihat tarian singa dgn lebih dekat dan mereka dpt angpau lagi....


Singa cuba ambil angpau di hujung tiang tu yg ada sayur hijau tu,tak tahulah napa letak sayur...


Singa tgh mkn angpau.....



Kumpulan yg main muzik....


Sementara tunggu singa muncul, abg dgn adik posing jap atas motor besar ...


Seronoknya Syazrin dapat palu gendang.....



....
Quote:

jeff-buat colourful utk tarik anak2 mkn cc ni....
MamaFaMi-kebetulan Syafiq mmg suka ambil gambar..tu yg dia faham agenda mamanya. tp tak tahannya kdg2 kamera mamanya lesap...tahu2 dia ambil macam2 gambar..
ct-nak buat sokmo-sokmo tu yg susah sbb kalau baking...angin malass selalu melanda,kena nuntut ilmu dr ct camna rajin betul baking...
Hajar -semua anak2 pakai merah sampaikan tuanrumah cakap sportinglah anak2 dtg pakai baju merah…
ariananurkasih -betul tu K.Jun..ketenangan dan kedamaian yg kita cari,mmg K.Jun pandai berbahasa..sedap dibaca.saya tak pandai betul bahasa2 bunga2,nak tulis dlm Fp pun kdg2 kering idea mencari pktn sesuai …
lieya_latif -seronok juga dpt jemputan open house CNY sbb makanannya sedap2.. Alhamdullilah anak2 faham kerenah mamanya...maklumlah selalu tengok mamanya dok click-click dgn kamera....
umi-kal -hiasan yg hbag ni cuba guna fondant. baloon tu guna coklat smarties anak2...
zira - Zira, cc masih comot ni...ketar tangan nak deco...
kamalina - org Cina tak ramai kat sini tp sambutan boleh tahan jugak dgn mercun berdentam-dentum. anak2 mmg sukakan tarian singa...menghiburkan. masih tak licin hiasan ccnya..ada yg terkecik dan terbesar...
kak rus -mmg ambil masa nak deco cc sbb tak kreatif sgt,dok fikir nak deco apa.tp K.Rus cubalah buat....seronok bila jadi ...
Sabrina-cc ni guna vanilla sponge cake sbb anak2 suka...tak muak sgt. kalau ada org nak cc yg simple2 tu InsyaAllah bolehlah. tp kalau yg canggih tu belum mampu..tak kreatif sgt,masih krastangan....
kak jie jie-sorilah K.jie tok ingat nak royat tadi.... mmg Syafiq ni pantang mama kat dapur..macam2 dia nak tlg,kacau kek lah...tlg ambil kamera lah.betul tu mamanya suka ambil sgt ambil gambar....
Daalia-kebetulan cuti tak kemana2..mmg plan nak buat cc sikit. frosting ni tak manis sbb guna tak byk aising sugar...anak2 suka mkn...
hijanahhafiizh -deco picit ni hijanahhafiizh ...tak pandai nak bunga bunga2..
zuhri -bila letak warna ingatkan nak buat deco yg canggih sikit...tp tak ada idea pulak buat setakat yg terlintas ..
MaDiHa - CNY mestilah pakai merah...tp anak2 aja pakai baju merah,mamanya tak.... betul tu MaDiha deco cc ni mmg ambil masa yg lama dan nak ada idea nak deco..maklumlah tak berapa pandai sgt...
Dayang-dah ambilpun tag dr rumah Dyg...kalau dpt ambil kek lapis dr rumah Dyg tu lagi sedap....
ctnik-tq Ct bagi hadiah...ada tak lagi hadiah....
mama @nis-mula2 dulu byk juga diorg tanya napa ambil gambar makanan..skrg ni dah faham.mmg lambat nak deco...nak sapu bagi licinpun susah juga.tu lah kalau deco kek coklat suka deco campak serbanika kat atas cepat dan mudah...
maklang-maklang goda saya dgn ciskek hari tu...terus nak buat... anak2 mmg tak sabar nak makan...mamanya yg terkedek2 nak siap make-upkan cc...
arie-dah terliur ke..jemput mkn..
KakLeen-berkenan cc kawan2 Fp buat,maka buatlah projek deco cc.nasib baik bila dah besar K.Leen tak takut kat singa lagi.. Singa ni nari tarian Cina..kena hantar gi praktis kat Johor kut baru pandai tarian zapin...
soulha-cubalah buat...boleh sofwat tlg sama makeup kan cc..... betul tu...anak2 skrg hulurkan kamera bila mama siap masak...pinggan hulur kemudian....
kakmOn -mana hilang tek s K.mOn tp Fp mmg kdg2 mengong cikit....
mamazieza -he..he.. lupa nak letak sign board..awas ada singa di hadapan....nasib baik mamazieza ok....
fazizaid -Dah lepas CNY 7 Feb lalu...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net