Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-Feb-2008 04:18 Email | Share | Bookmark
Pepperoni Pizza Dan Dpt Hadiah Lagi..

Ni mama punya
Ni abg Syamil punya
Pizza baru masak
Yg hitam tu pisau khas utk potong pizza
Pizza lagi
Pizza dlm bekas
 
 


.Pizza ni projek hari sabtu baru-baru ni....dah lama betul tak buat pizza. Lama tak buat sebab kalau nak makan beli saja,senangkan... .Kebetulan kat sini pula ada kedai pizza yg tak jauh dr rumah... yg buat home delivery service.....call aja 30 minit, pizza dah sampai pintu rumah...dah boleh mkn pizza, tupun siap tunggu hari Isnin sbb ada offer buy one free one lagi.....
Tapi kali ni nak cuba jugak buat pizza resepi yg dicopy dari Blog Resepi Noriani..tq kerana sudi kongsi resepi.Puas hati dgn hasil pizza ni sbb kulit pizzanya rangup tp rotinya lembut..tak rugi mencuba. Anak2 macam biasalah kalau makan pizza...semua topping sayur2 letak kat tepi kecuali pepperoni...Syafiq pulak mkn roti pizza saja,topping semua tak nak.... .Tak palah mama tlg perabih topping tu....

Pizza
Sumber; Resepi Noraini

Bahan-bahan :-saya buat 1/2 adunan saja


500 gm tepung protin tinggi (tepung roti)
11 gm (1 peket) yis segera Mauripan
20 gm gula kastor
5 gm garam
30 gm shortening
20 gm susu tepung-saya guna susu tpg anak..
330 ml air (tambah jika kurang)
5 gm bread improver

Cara Membuatnya :
1. Satukan tepung, yis, gula, garam,susu tepung dan bread improver. Gaul rata.
2. Buat lubang di tengah dan tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang kasar.
3. Masukkan shortening dan gaul/pukul lagi hingga menjadi lembut dan elastik. Jika uli dengan tangan 20 minit. Jika guna mesin, lebih cepat.
4. Biarkan doh naik 2 kali ganda. Tutup bekas dengan plastik.
5. Tumbuk doh dan uli kebentuk asal.
6. Timbang doh 150 gm dan canai ke bentuk bulat berukuran 8 inci - saya buat sekeping besar 4 persegi
7. Cucuk doh dengan garfu untuk menghalang ia menggelembung apabila dibakar.
8. Susun dalam tin pembakar dan biarkan doh naik 20 minit.
9. Bakar setengah masak selama 10 minit. Keluarkan doh dan biarkan ia sejuk.
10. Ratakan sos piza dan aturkan bahan-bahan topping. Akhir sekali taburkan keju mozarella.
11. Bakar semula selama 20 minit lagi pada suhu 200 darjah celcius.

Bahan-bahan sos pizza :
1/2 biji bawang besar (merah)
2 ulas bawang putih
1 biji tomato, dikisar
1 tin kecil tomato puri*
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak
rempah oregano**
beberapa helai daun bay**
1 peket daging kisar Ramly-saya guna daging burger

*saya gantikan tomato puri dgn tomato sauce dlm tin yg dah ada bahan**



Bahan topping :
250 gm keju mozarella, diparut
1 biji cili benggala (capsicum), dihiris bulat- tak letak ganti mushroom
1 biji bawang besar , dihiris bulat
sedikit mix vegetable
1 tin nenas kiub, dihiris
5 ketul sosej ayam, dihiris-saya ganti dgn pepperoni

Cara Membuatnya :

1. Cincang atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kisar tomato dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang tumbuk hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan tomato kisar, tomato puri dan daging kisar.
4. Masak atas api sederhana hingga daging kecut dan mendidih kira-kira 20 minit.
5. Masukkan 4 helai daun bay,1 sudu besar oregano, gula dan garam. Masak lagi selama 10 minit hingga sos pekat dan berbau harum.Tambah gula jika suka lebih manis.
6. Setelah masak, angkat dan sejukkan.

Nota dari Blog Noraini


1.Sos Pizza

Pizza takkan lengkap tanpa sosnya dan ditaburi dengan bahan-bahan topping. Anda boleh buat pelbagai jenis pizza dengan bahan-bahan topping yang pelbagai. Terserah kepada citarasa anda. Sos pizza adalah bahan asas yang disapukan ke atas pizza yang kosong sebelum meletakkan toppingnya . Jika anda tiada masa membuat sos pizza, anda boleh sapukan dengan sos cili atau sos tomato. Tetapi rasanya kurang enak berbanding membuat sos sendiri. Sos ini juga boleh difrozenkan untuk beberapa bulan jika tidak habis digunakan. Bahan istimewa yang dimasukkan dalam sos ini ialah daun bay dan rempah oregano. Bahan ini boleh didapati di kedai bahan kek dan pasaraya besar seperti Giant atau Tesco. Daun ini memberi rasa dan bau yang harum kepada pizza seperti pizza Itali! Untuk topping pula gunakan keju Mozarella kerana pizza akan bergetah apabila ditarik (macam iklan pizza hut).

2. Roti Pizza
Membuat roti pizza adalah berlainan sedikit resipinya dengan ban manis. Ban manis menggunakan telur dan lebih gula manakala roti pizza tidak menggunakan telur dan hanya sedikit gula digunakan. Ini supaya roti pizza tidak terlalu lembut dan memudahkan kita meratakan topping diatasnya. Proses membuat roti pizza adalah sama dengan roti-roti yang lain.





Dapat Hadiah Lagi.....

Ceria betul hari ini sbb dapat lagi hadiah dari teman-teman..... .Wpun jauh dimata Fp serta Blog telah mendekatkan kita semua. Semoga persahabatan terus terjalin mesra....

1. Friendly Site Award

Dapat lagi hadiah friendly site award, kali ni dari Mak Lang ...terimakasih Mak Lang kerana sudi bagi hadiah ni...dahlah selalu intai dapur Mak Lang dpt pula hadiah dari Mak Lang... . Terimakasih Mak Lang dan terimalah sejambak bunga ini...



2. Hadiah kek dan Bunga

Kali ni dpt lagi hadiah dari Ct nik.Terimakasih banyak-banyak bagi hadiah kek dan bunga tu. Alahai sayang betul kek ni dapat tengok aja...kalau dapat makan kan sedap...... .



Untuk Ct terimakasih.



3.Nice Matters Award

Wpun dah terima Nice Matters Award tp tetap gembira terima lagi award ini dari MaDiHa. Terimakasih byk2 MaDiHa atas ingatan.....





Award ini juga saya ingin kongsikan dengan semua teman dan pengunjung Fp ini tidak kira dimana berada....




....
Quote:

Daalia-sayapun dah lama jugak tak buat pizza..ni yg kepingin nak buat..
ctnik-beli base pizza yg dah siap..letak topping macam...
izanman-nak pizza...boleh,cepat ambil pinggan kat dapur...
Nur -jgn kemas pizza dulu Nur..kena tlg kemas hadiah.lepas kemas kita mkn pizza sama2 ok . .
MaDiHa -Tq MaDiha bagi hadiah.pantang dpt hadiah zooop laju je gi ambil...
Kak Leen -K.Leen angan nak buat pizza nanti jadi tu..cepat beli bahan2... Terimakasih k.leen atas ucapan itu. Alhamdullilah punyai kawan2 yg mesra dan baik termasuk K.leen...
zira -kalau adik2 Zira suka berbaloi buat pizza mkn ramai2..
kak pah -Tak pa..faham K.Pah sibuk pindah rumah..nanti dah settle semuanya rajin2 dtg rumah ya...
MamaFaMi-masa terima award ni kira tak payah naik tanggapun..terus lompat atas pentas..excited sgt...
Sabrina-betul tu macam2 boleh letak ikut selera sendiri..mmg jenuh naik tangga tp pakai lompat terus atas pentas ,tak sabar betul....
mamazieza-penuh dinding rumah gantung hadiah kawan2 ni...
mamaella-belum pernah mkn pizza dg tabasco...boleh cuba ni...
lynnhassan -tak perasan kat sini ada tak base..beli base pun ok gak...boleh letak macam2 topping ikut selera....
aimah rafidah-projek nguli pizza...mailah Brunei..nanti jamu pizzamama...
Roylazim -2 kepingpun boleh utk K.Roy...
ida isk -kalau kat sini nak mkn segera order aja kat Tasconni pizza...30 min dah sampai dpn rumah..
Lee Lin -Tang nenas tu mmg terangkat..nasib baik anak2 tak suka..mamanya ngap aje nenas tu..
umi-kal-TQ auntie..nasib baik award ni boleh langsung angkut tak payah naik flightpun,kalau tidak jenuh nak gi ambil....
IreneYaya-kalau nenas tak boleh mkn..tajam..tp bab nak kena kurus tu mmg kena diet dulu..sabarlah Irene..kejab aja pantang ni...
jeff -sudah semestinya letak cheese byk2..lagi sedap...
ctnik-hari tu Ct bagi hadiah ni bagi tag pulak...tunggu jwp dlm next entry ya...
Haniss-jauhnya terbau pizza...
kamalina -kalau buat sendiri mmg macam2 boleh letak..ikut selera sendiri,cuma nak nguli kalau pakai tangan,lenguh gak. Haziqpun pandai komplen, tp mmglah mana boleh lawan pizza hut..mmg sedap..
kak jie jie -masa letak topping ikut selera sendiri...padahal tahu anak2 tak sukapun,kena perabih pulok sorang2..mmg kenyang sungguh.. segan pula K.jie kata glamur..belum tahap glamur lagi k.jie..kan terperasan pulok saya nanti... .



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net