Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 23-Feb-2008 11:11 Email | Share | Bookmark
Masakan Thai dan Cuti2 M'sia Pt6-Johor Bharu

Baru masuk JB
Angsana,Bandar Baru Uda,JB
Komtar, JB
Bandar JB
Di check point ke S'pore
Di check point ke S'pore
Abg Syamil posing
Bandar S'pore
Bandar S'pore
Kotaraya JB
Dkt stadium Larkin
 
Danga Bay
Danga Bay
 
 
Danga Bay
Danga Bay
Danga Bay
Danga Bay
 
 


Kali ini nak ubah selera mencuba asam pedas dari negara jiran , iaitu dari Thai. Keng Som dlm bahasa Thai atau asam pedas Thai ini berbeza sedikit dari asam pedas yg biasa kita masak kerana tidak menggunakan daun kesam dan bunga kantan tetapi memasukkan nenas dan kicap dalam kuahnya.

Keng Som (Asam Pedas Thai)
Sumber; Mingguan Wanita

Bahan


1 ekor ikan siakap
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu gula
2 sudu kicap masin
3 sudu air asam jawa
2 keping nenas

bahan kisar
10 biji lada kering
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu belacan

Cara
1.Ikan yg dibersihkan direndam dgn air asam jawa 5 min.
2.Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkkan air asam jawa.
3.Tambahkan air. Akhir masukkan ikan,kicap,gula,garam dan nenas.Biarkan mendidih.




Kalau telur ni rasanya semua orang suka.Goreng telur mata sapi/kerbau letak kicappun sedap. .. Kalau telur dadar pula dah jadi menu yg pasti hampir selang hari di rumah kerana anak2 suka. Jadi ubah menu sikit , masak telur bungkus pula....

Telur Bungkus

Bahan[/b
]
4 biji telur
1 cwn isi ayam dipotong halus
1 cwn mix vegie
2 ulas bwg putih - ketuk
1/3 labu bwg besar- ptg dadu
4 btg crab stick/sedikit udang
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
boleh campurkan baked bean jika suka
garam,minyak,sedikit air

[b]Cara

1.Tumis bwg putih dan bwg besar.masukkan ayam. Biarkan lembut
2.Masukkan sedikit air,sos tomato,cili dan kicap dan mix vegie serta garam.
3.Campurkan sedikit garam dlm telur.goreng telur dadar.Bila masak. Biarkan dlm kuali
4.Letak inti di tengah dan lipat 4.
5.Telangkupkan pinggan atas telur tadi dan balikkan perlahan telur dgn membalikkan kuali.






Cuti-cuti Malaysia Pt 6 - Johor Bahru

Destinasi terakhir cuti2 M'sia pada Dec 2007 yg lalu berakhir dgn negeri Johor. Panjang pula cerita cuti2 M'sia ni....harap tak ada yg jemu ya.. . Percutian di Johor ni sekejap saja; 2 hari 1 mlm.
Hari pertama sampai kami terus ke rumah jiran lama, Kak Mah di Bandar Baru Uda kerana beliau jemput kami sekeluarga mkn tengah hari. Sebelah ptg kami ke Skudai menziarahi seorang saudara di sana. Manakala sebelah malam ada jemputan makan malam di rumah kenalan,Puan Asma yg juga merupakan senior officer semasa kerja di Johor dulu. Terimakasih semua atas jemputan makan dan layanan mesra.... .
Esok paginya baru berkesempatan pusing -pusing bandar Johor. Singgah sekejap di Danga Bay. Sbb pergi pagi,jadi kws nya masih belum di buka dan lengang. Tak byk pusing2 pun sbb hari hujan.


Posing dkt Stadium Larkin....


Pemandangan Singapura dari sebelah JB...


Danga Bay...


Di Danga Bay...posing saja atas beca,becapun di rantai tak ada org jaga..


Syazrin sorang2 tak nak kongsi naik beca dgn abg2nya....


Wpun train ni tak jln, anak2 tetap seronok dpt naik...

Quote:

KakLeen -boleh cuba K.Leen..kalau nak pedas guna cili padi.Dah lama tak ke Jb kebetulan ada hal kat sana terus pusing2 Jb...
sitione -Salam perkenalan juga buat Siti..kalau singgah Fp akak..sapa2lah jgn segan2 ya..boleh kita beramah mesra..
MamaFaMi-jemput makan MamaFami..
mama @nis -oohh..mama @nis pernah dok Johor ya...seronoknya jogging kat Danga Bay sbb suasananya nyaman kan..dah habis bakar lemak tu sesuai makan nasi lemak..
rinnchan-aaa..saya ada terbaca yg K.Rinn siap minta resepi sambal belacan tu...kalau org Thai buat lagi asli sedap pedas..hari tu buat dgn ikan talapia pun ok gak...
wawa -Salam perkenalan wawa,duduk bersantai di Danga Bay nyamannya...
soulha-Sue kena siap2 stand by kain buat lap key board kalau ronda Fp kawan2.... bila balik cuti mmg ambil peluang jln2...cuti2 sekeluarga..
kamalina-ya Kamalina lain sikit tp rasa masam manis nenas . samalah anak2 kat rumah sayur ke..mix vegie ke mmg tolak tepi..telur bungkus ni mereka mkn telur aja..yg lain2 kita kena perabihkan... Mmg byk tempat main kanak2 kat sini tp pergi hari tu pagi jadi semua tutup kalau buka samalah kita tak menang tangan melayan mereka di situ....
aimah-jamu mata dulu kat Fp nanti dtg Brunei boleh jamu perut pulak sepuas-puasnya...
mamaella-kalau di sana pernah cuba restoren Singgah Selalu tu.Nanti pergi lagi Jb kita dating ya mamaella...
ctnik-rasa asam pedas Thai ni lain sikit sbb tak letak bunga kantan,kalau letak bunga kantan aroma dan rasa kuahnya lain sikit...
Sabrina-Asam pedas Melaka mmg betul2 pedas kan Sab dan kuahnya mmg pekat habis..kalau mkn mmg berasap2 telinga... . telur bungkus tu kalau tak suka isinya yg ada sos boleh campur ayam udang cam sayur campurpun ok gak...
yong*ibu Chempaka-aaa...letak kicap dlm asam pedas..lain sikit rasanya dari asam pedas kita...
Dayang-Bykpun boleh...jemput makan sama2...
jeff-mmg betul tu bro..kalau bercuti tu makan salah satu yg menarik utk dicuba..kalau sedap teringat sampai bila2...
Lee Lin -laa..org Johorpun tak sampai lagi jln Danga Bay..
Nur -Asam pedas mmg kena pedaskan sesuai dgn namanya tp yg ni guna cili yg tak berapa pedas sbb utk makan anak beranak,nanti takut semua tak tahan pedas.Tulah tengok S'pore dari seberang tambak teringat kat Nur...
norz -Tq Norz sudi kunjung ke mari.mmg seronok sesekali balik bercuti. Nanti jumpa di pameran buku bolehlah nak cubit nak peluk Syazrin...
iu -silakan mencuba iu,mudah resepinya..tq singgah Fp ni..
mummy jam -hajat tu ada nak ke S'pore tp masa terbatas pergi JB kejap aja...maybe next trip kut..
masriyah-boleh tahan jugak asam pedas ni..simple resepinya. Bila dah sampai M'sia Yah sekeluarga boleh cuti2 ke Johor singgah Danga Bay dan terus je jln2 S'pore..
kakmOn-mmg K.mOn sampai ke hujung selatan kami redah...alang2 bercuti..jln sakan..
Daalia-asam pedas ni bolehlah tahan..kalau nak pedas letak cili padi. betul tu k.Daalia,bila deco cc ni kita enjoy design macam2 atas cc....
aima-telur bungkus mudah juga..boleh letak apa2 ikut selera kita...
afairuz-makanan dah terhidang..jemput afairuz jamu mata...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net