Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Feb-2008 15:07 Email | Share | Bookmark
Rojak Ayam dan Cuti2 M'sia Pt6-Ayer Hitam Johor

Nak jugak cuba topi coboi
deretan pasu
bahagian buah-buahan
lagi pasu
deretan kedai
tabung pelbagai bentuk
lagi deretan kedai
Signboard Ayer Hitam
lagi pasu
bahagian kerepek
pasu-pasu


Bila asyik dok teringat kesedapan rojak ayam yg dimakan di Trg masa balik tempoh hari ....tak senang duduk jadinya, mulalah mencari resepi rojak ayam... Terjumpa kat FP K.Liza,terimakasih K.Liza kongsi resepi. Tunggu hari cuti hujung minggu dan sudah cukup semua bahan,barulah masak rojak ayam utk makan seisi keluarga....Cuma mee kuning tu terlama sikit celur...agak pucat lesi jadi meenya..

ROJAK AYAM
Sumber ; Fp K.Liza

Bahan

1/4 ekor ayam
3 biji telur rebus [belah2]
3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
1/2 biji sengkuang [saiz kecil]-tak letak lupa nak beli
1 batang timun
1/2 biji salad lectucce
500 gm mee kuning [celurkan sikit]

Cara:
1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil.
2. Semua sayuran dipotongkan kecil.
3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan.

KUAH KACANG

Bahan:

1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2-kacang tak byk di rumah jadi letak tak sampai 1/2 kg
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras

Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan rojak ayam.






Cuti-cuti Malaysia Pt 6 - Ayer Hitam Johor

. Entry kali ni penamat bagi kisah cuti2 M'sia... . Di mana destinasi terakhir selepas JB,on the way balik kami singgah Ayer Hitam.
Mula2 ingat nak cuci mata saja...sbb dah lama tak pergi. Tapi bila sampai mata dah terpikat dengan deretan bunga-bunga yg dijual... . Maklumlah pantang nampak bunga..terus jatuh hati.... . Terbelilah jugak bunga. Jatuh hati dgn bunga sampai lupa pula nak ambil gambar2 bunga,sayang betul tak ada gambar bunga...
Anak2 pula bila tengok pelbagai bentuk bantal... terus minta sorang satu. Nasib baik tak ada yg berkenan dengan bantal yg besar2 tu kalau tak susahlah nak angkut balik ke sini....
Masa nak balik tu intai2 juga papantanda tulis Ayer Hitam..nak jadikan tanda ingatan kami dah sampai ke situ. Intai punya intai, rupa2nya papan tanda terletak nun kat simpang keluar sana,terpaksa perlahankan kereta utk ambil gambar sbb susah nak berhenti kat situ....


Koboi sesat di Ayer Hitam.....


Deretan pasu dan lampu..semuanya cantik..


Tabung-tabung yg pelbagai bentuk.....geram tengok..


Deretan gerai buah-buahan,paling byk buah nenas...
Quote:

aima-saya dah beberapa kali jugak ke Ayer Hitam sbb dulu2 pernah dok JB,masak rojak ayam ni sbb asyik teringat mkn masa balik cuti Dec lalu...
siti-rojak ayam ni terkenal kat Trg.sekali makan mmg dok teringat sokmo....
kamalina-Rojak ayam nipun anak2 tak suka sgt tp sbb mamanya teringin buat jugalah. tabung tu mmg comelnya macam2 bentuk.Kalau pergi kena pastikan boots kereta tak penuh sbb byk benda yg berkenan nanti. Bunga yg beli tu tinggalkan M'sia,beli yg dah siap.sayapun tak reti sgt nak gubah bunga ni.bunga beli tu yg stail tinggi ada 2 jambak di tengah dan atas..
Sabrina-laa dkt rumah parent Sab ke..kalau tahu boleh singgah minum teh kejap.... mmg byk yg berkenan tp ingatkan susah nak bawak kemari jadi tak shopping sgt..
Dayang-boleh Dyg,kita buat rombongan Cik Kiah nanti,Dyg jadi ketua rombongan amacam boleh...
soulha-lebih kurang sama Sue,cuma rojak ni mmg kena letak ayam lebih..mee tu sikit saja.sesetengah rojak mee pula kdg tak letak ayamkan tp letak kerpok goreng. boleh cuba Sue..
nabialishad-skrg ni pun byk bantal yg pelbagai jenis dan saiz dijual, rambang mata anak2 memilih..semua nak...
Lee Lin-duit tak sempat masuk tabung sbb habis belikan tabung2 ya...
Yati-mmg byk kerepek dan buah2 kat sanakan.kalau kerepek tu macam2 jenis..semua nak beli....
MaDiHa -senang rojak ayam sbb kuahnya tak pakai ubi keledek. dah lama tu Madiha tak ke sana, tp tak byk sgt perubahan kat bahagian gerai2 tu,cuma skrg bertambah kedai2 jualan di kiri kanan jln.sayapun ada koleksi bantal love tu masa muda remaja dulu....
srsfeqah-Syazrin bad mood sikit masa kat sana, tak nak posing. kalau nak pergi sini pastikan boots kereta tu ada space nak isi brg2 terutama bantal dgn pasu2 tu.. .
mallan-mmg seronok jln2 wpun dah beberapa kali pergi...byk tempat yg menarik kat M'sia ni..shopping pun best jugak...
Haniss-tak byk belipun Haniss,hanya beli bunga dan bantal anak2 sbb tak plan nak bawa brg lain ke sini..takut lebih muatan..
hanieliza-tq jugak buat K.Liza kerana sudi kongsi resepi rojak ni.dah dpt mkn ni tak terbayang2 lagi nak mkn rojak.mmg cantik pasu2 bunga kat sana sesuai buat hadiah..
aimah-cuba jgn tak cuba Aimah...senang rojak ni....
umi solehah-Salam umi solehah, aduhai jgnlah ckp glamer...terperasan sorang2 nanti... . kebetulan kut kita singgah di Fp yg sama tu yg nampak ada dimana2...
masriyah-tak pa Yah,jamu mata kenyang2 kat sini dulu....lepas ni masak kat rumah pulak.... shopping tak byk sbb tak plan nak bawa brg2 hiasan ke sini..sekadar angkut bantal anak2 ke mari..
mrsjemain-aaa..skrg masih tinggal di Brunei..
mamaella-gambar pakai kamera biasa2 .main snap aje.... .mamaella suka melancong Ayer Hitam,rumah tentu penuh pasu ni.tp pasu2 kat situ mmg byk yg cantikkan...
Daalia-rojak ayam ni beza sikit dari pasembor sbb tak letak ubi keledek dlm kuahnya dan kalau mkn letak ayam goreng barulah sedap...
jeff-mmg rugi kalau dah lalu ke Jb tak singgah Ayer Hitam..boleh cuci mata dan beli kerepek buat mkn dlm kereta...
sitione -kalau balik M'sia nanti jln2lah pula ke Ayer Hitam sbb byk pilihan bantal kanak2 yg comel dijual selain dr pasu dan bunga...
mama @nis-tulah ingat nak cuci mata saja...mmg tak boleh..macam2 benda berkenan pulak...
rinnchan-betul tu K.Rinn..mmg kalau org nak buat kahwin byk pilihan pasu2 kecil..cantik2 dan murah....
ngunclung-gossip ke ni...
ariananurkasih-mmg seronok jln2, nanti saya lawat lagi rumah K.jun ya..
lieya_latif- next time lieya jamu perut kanyang dulu awal2 baru jamu mata ya... .ohh dkt dgn kg ya..senang nyinggahkan. mmg byk bantal yg comel2 kat Ayer Hitam..macam2 bentuk dan warna,geram nengok..
princessharyati-dah singgah kat rumah baru Yat..byk kain2 yg cantik...
kak jie jie-ttg harga brg tu tak perasan sgt berbanding tempat lain, maklumlah dah nampak bunga dgn pasu..matapun jadi kelabu... rojak ayam ni mudah jugak bahannya K.jie..
iu-alahai jgn nangis2 ya... iu lagi best dpt kenal negara org, byk berjln luas pemandangan...
zuhri-masak rojak ayam sbb terbayang2 kesedapan rojak ni masa mkn balik hari tu,kat sini tak ada jual,kena masak sendiri....
norz -Happynya dpt bertemu dgn K.Norz .. Maklumlah sebelum ni tengok gambar K.Norz saja.Susah nak dpt peluang berjumpa gini. Mesra dan peramah K.Norz, tu yg rasa seronok berbual biarpun baru bersua muka. opps lupa, K.norz masa dok salam dan hug tu ada tak terbau kek ? ke terbau sambal belacan...
cikwan-kedai2 yg jual pasu dan lain2 brg bertambah byk kat sepjg jln di situ,makin byk pilihan. Cakoi biasanya rajin membeli,kali ni kena rajin menguli pulak...
Nur-mmg pasu2 kat Ayer Hitam byk yg cantikkan,cuma pergi hari tak beli pasu sbb tak plan nak angkut bawak sinipun. Nur nak cekup rojak ayam ke..cekup Nur byk2 pun boleh...
mummy jam -mmg betul mummy jam, kalau pergi mmg tak sah balik boots kereta kosong...
Ros farahaina-Hajah Ros,rojak ayam ni mudah jugak bahan2nya,tu yg rajin buat dan satu lagi,sbb rajin makan...
iryani -dah lapar kena cepat2 cari makanan tp sebelum tu jemput Iryani jamu mata dulu....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net