Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 27-Feb-2008 13:54 Email | Share | Bookmark
Shepherd Pie,Kerang&Kepah Berapi,Aktiviti Hujung Minggu

Buah jambu-tp buahnya tak berapa elok
Buah mangga mula berbuah
Rimbunan pokok pandan
baru nak mula mandi
baru mula main air
mandi belakang rumah
masak utk bergembira
dah lencun sejuk
baru keluar dari oven
dah potong
dah potong
jemput makan


Resepi nipun sudah lama print tapi baru kesempatan mencuba baru-baru ini. Mula-mula nak buat kecil2 letak dalam casing macam Mak Lang buat sbb nampak comel tp kemalasan melanda pulak nak buat satu2 kecil gitu.Akhirnya masukkan dalam satu bekas saja...

Shepherd Pie (Speedial)
Sumber : Fp Mak Lang,terimakasih Mak Lang kongsi resepi...

Mashed Potato
8 biji kentang – rebus hingga empuk
4 sudu besar butter
2 biji telur – dipukul sedikit
200 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam

Cara-Cara

1. Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur.
2. Panaskan butter, susu, garam, dan lada sulah, Biarkan sehingga butter cair & tutup api.
3. Masukkan adunan butter dan telur ke dalam adunan kentang lenyek. Kacau hingga sebati.
* cadangkan masukkan sedikit demi sedikit adunan butter ke dlm kentang agar adunan tidak terlalu lembik.

Bahan-bahan Inti
400 gm daging cincang
3 biji bawang besar – potong dadu
2 biji karot – potong dadu
2 biji tomato – potong dadu
2 sudu besar sos tomato (mklang letak curry powder)-sayapun letak curry powder
2 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung gandum
Garam
Minyak
Mix Vegetable – jika suka
1 biji kuning telur – utk sapuan

Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, goreng hingga layu.
2. Kemudian masukkan karot dan daging, goreng hingga daging masak
3. Masukkan mix vegetable, buah tomato, sos tomato dan kicap. Kacau rata, goreng hingga daging empuk.
4. Masukkan garam, kacau sebati.
5. Masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati.
6. Tutup api dan ketepikan.

Penyediaan Shepherd's Pie
1. Sediakan bekas , masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di tepi bekas.
2. Masukkan bahan2 inti dan ratakan.
3. Kemudian masukkan lebihan kentang lenyek di atas bahan2 inti tadi dan ratakan, tekan2 sedikit supaya melekat dgn inti.
4. Gariskan di atasnya menggunakan garfu dan sapu kuning telur di atasnya.
5. Bakar pada suhu 200'C selama 30-40 minit atau sehingga kekuningan.






Manakala resepi kerang berapi K.Jie Jie dah lama dicuba tapi gambarnya lupa simpan dalam Sd kad yg mana... Bila jumpa terus update dalam Fp.Oleh kerana kerang tak banyak,jadi tambahkan juga kepah. Kerang dan kepah sebelum dimasak dah siap2 buka cengkerangnya sbb mudah sikit nak terus makan... Tapi kalau ikut resepi asal K.Jie Jie tak buka cengkerangpun tak apa,masak terus dengan cengkerangnya itu.
Oleh kerana kami sekeluarga memang tak makan pedas sangat maka tak masukkan cili padi sbb kalau masukkan jugak alamatnya berasaplah telinga..... .

KERANG BERAPI
Sumber ; Fp K.Jie Jie,terimakasih K.jie...

BAHAN-BAHANNYA (cukup simple)

1 kilo kerang
5 ulas bawang merah>diblend
4 ulas bawang putih>diblend
1 labu bawang besar>diblend
7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut-biasalah org kelantan) >diblend
3 tangkai cili merah>diblend
8 biji cili api - kalau nak lebih berapi masukkan lebih sikit- saya tak masukkan cili padi
3 batang serai (kasi lebih pun boleh)>dimayang/diracik halus
3 helai daun kunyit>diracik halus
1 biji telur >dipukul hingga hancur
1 1/2 sudu tepung jagung>untuk pekatkan kuah
sedikit sos tiram pedas/biasa
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng.

Cara membuatnya:


1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
2. Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing
3. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi
4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak
5. Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau
6. Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi
7. Masukkan tepung jagung dan kacau
8. Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak.



Aktiviti Hujung Minggu

Ptg khamis 2 minggu lepas anak-anak ada sebut nak swimming..dah lama tak swimming kata mereka. Cakap dengan anak2 swimming dulu dlm bath tub,nanti esok kita swimming. Yang abang tanya betul ke; mestilah betul. Apalagi ke empat-empat mereka masuk mandi-manda dalam bath tub...kesian pulak mereka berasak-asak dalam bath tub. Esok paginya bila bangun semua dah excited nak pergi swimming...jadi tak? tanya anak2, jadi lah tapi kena breakfast dulu. Lepas breakfast,masing2 siap pakai swimming suit bawalah mereka swimming....kat mana tu...dalam mini pool belakang rumah saja.... .Tapi mereka happy sakan main air. Sambil tunggu mereka main air tu....klik-kliklah gambar beberapa pokok di belakang rumah... Tapi lupa nak ambil gambar pokok kelapa dan sukun yang sedang berbuah.




Swimming belakang rumah saja...


Seronok betul anak2 main air.. .


Dah lencun semuanya..yg abg dah naik atas rumah ...

Quote:

MamaFaMi-boleh auntie nak join sama...nanti kita main simbah2 air... .betul tu mamaFami mmg sedap shepherd pie speedial ni....
masriyah-sayapun lama perap resepi ni Yah.anak2 mmg seronok dpt main air, tak nak berhenti...
kak jie jie-terima kasih jugak K.jie krn kongsi resepi.buat dah lama tp baru update.ni gambar belakang rumah,nak mandi kat depan panas pagi2 ni...
aimah-Dtg jgn tak dtg Aimah...nanti akak sambut dgn bunga manggar...
fifi fad-kalau mau betul2 berapi...kasi byk cili padi...nanti berasap lagi telinga....
sitione -oven rumah akakpun masa mula2 duduk sini rosak.tp bila dah mula rajin sikit baking,minta digantikan..nasib baik dpt baru.pokok pandan tu tuan rumah yg tanam,akak tukang jaga tp kalau nak tanam kena selalu siram air sbb pandan perlu byk air masa mula2 nak hidup. ..
mama @nis -mmg seronok mandi-manda..ajak naik tak nak.wpun masing2 dah sejuk...
soulha-jom solwat&gang kita mandi pool sama2. .tp pool ni kecik kena berasak2 sikit. sheperd pie buat nak ubah selera sikit...
wawa-cian nya wawa bekpes dgn sekut kering...kalau dkt boleh hulur sepotong sheperd pie tu...
MaDiHa-itulah masa tengok MaDiha buat hari tu..terliur dibuatnya.dgn mak sekali berendam dlm swimming pool ni lagi best...
kamalina-citer nak bagi suspen sikit... berenang dlm mini pool di rumahpun anak2 dah seronok. mmg kalau anak2 mandi dan yg kecil join sama kena tunggu,takut entah apa2 diorg main nanti...takut gak air masuk hidung..ke telinga ke bila main simbah2 air.anak2 mmg korek semua sayur tu..susah betul diorg nak mkn sayur...
mallan-yg instant mash potatoes belum pernah cuba..senang tu. tp anak2 mmg tak suka sayurkan,kena buat trick sikit nak bagi mereka mkn....
mamaella-kentang bakar sedap..lama tak mkn.berenang belakang rumahpun dia org suka sgt...sampai tak nak stop...
nora ariff-salam perkenalan juga buat nora, tq kerna sudi singgah dan sudi link kat blog Nora. anak2 mmg susah sikit nak mkn kalau letak macam2 gini,mmg mamanya kena habiskan...
umi-kal-strict ya kat sana...pokok pandan tak boleh bawak masuk..kalu tidak senang auntie masak2 kuih,ambil kat belakang rumah aja ..
Haniss -samalah kita Hanis...sama2 manjang suka makan..pokok pandan ni lebat jugak macam pokok rumah Haniss,mmg senang kalau nak buat kuih tako...
Nur-sesekali jadi omputih tp tetap cari nasi lepas tu... nasib baik diorg happy wpun mandi dlm pool kecik tu.Syazrin mmg maintain aja tubuhnya..yg susah mkn abg2nya terutama yg nombor 3. yakan Nur,kalau anak2 kurus..tak selera mkn,kita jugak susah hati,macam tak bagi mknpun betul padahal makanan macam2 kat rumah...
rinnchan-pokok2 tu sebenarnya dah ada masa duduk rumah ni..jadi tukang jaga aja. Pokok sukun mmg memanjang berbuahkan, daun daun memanjang gugur..
maklang-saya terliur mak lang punya shepherd pie tu terus copy resepi. anak2 mmg seronok dpt main air.belakang rumah mmg luas jugak tp daun gugurpun byk jugak...
siti-kat sini mmg byk seafood yg segar2 dan besar.harga seafood murah sikit kat sini kecuali kerang berbanding M'sia...
ctnik-rumah kat sini diorg suka mandi dlm bath tub,masa kat UK mamanya yg suka mandi dlm bath tub... bila summer baru syok anak2 mandi di luar kan...
KakLeen-ketuhar tu berjoget2 sbb kepanasan bakar sheperd pie tu...
K.jun-betul tu k.Jun anak2 mmg suka betul main air...kita yg tak terlayankan. kalau ke KL,bolehlah singgah rumah K.jun ya mkn cc K.jun yg cantik tu...
sitione-turun sikit saja saham tp masih cute, kalau kat farmasi rasanya ada krim kulit utk cepat hilang parut...
iu-tq iu sudi award kat akak, cepat pergi ambil gantung kat rumah...
wanoridz-jemput jamu mata..
Sabrina-mmg Sab Syazrin dgn abg2nya seronok main air biarpun dlm kolam kecik..yg diorg suka main simbah2 air dan berendam dlm air. ikut resepi asal mmg pedas letak cili padi tp akak buat ni tak berapa sgt sbb tak boleh tahan pedas...
marukami-sesekali tukar selera, tp biasanya kerang pakai rebus gitu jugak cicah sos..sedap gak..
tariqzaidanirah-resepi sheperd pie mudah cuma nak siapkan satu2 bah. tu yg lambat sikit. betul tu mandi belakang rumahpun diorg dah seronok...
aima-aaa...pokok pelam tu dari thn lepas lagi berbuah..pokoknya kecik, buahnyapun kecik jugak tp sedap mkn...
cikwan-kalau anak2 akak kat sanapun rasanya mandi 2-3 hari gak..sejukkan.bab kurang kerja maknya tu mmg betuiii sekali...
Ros-masalah apa ya Hjh ROS Fp tak boleh buka.tp entry yg lepas ada kat sini. mmg seronok mereka main air,sampai tak nak naik. rajin juga H.Ros mencuba resepi2 masakan..
umi solehah-ni buat kembang lagi kena puji oleh umi solehah.... kalau lapar balik kena cepat2 ke dapur cari makanan ni... tp sebelum tu jemput jamu mata dulu...
Zai-Salam jugak buat Zai, aduhai sampai tangkap maut tu yg tak tahan...boleh cuba,mudah aja ni...
aima-sama2 Aima, wah laju Aima mencuba.mmg sedapkan....puas makan sekeluarga...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net