Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Mar-2008 13:48 Email | Share | Bookmark
Kuih Puteri Ayu & Kerabu Suhun

Kerabu siap terhidang
Dah boleh makan
Sibuknya tukang gunting
Dok diam2,abg nak betulkan rambut ni
lambat lagi ke ni
ok dah siap,kita boleh posing
baru nak kukus
dah masak
dah masak
siap utk dimakan


Kuih puteri ayu ni sebenarnya projek tertangguh, resepi dah lama print tapi tak buat sbb acuannya tak ada.Acuan baru beli masa balik tempoh hari.Tapi bila dah ada acuan tak buat-buat jugak...tangguh lagi...... hingga minggu lepas barulah buat utk minum petang. Nak bagi lagi cun kuih puteri ayu yg dah sememangnya ayu ...... , letaklah favorit colour;hijau,pink dan kuning...

Kuih Puteri Ayu
Sumber; Blog Princessharyati, tq Yat kongsi resepi....
Bahan-bahan;

270 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
240ml santan/ fresh milk
1 sudu besar jus pandan
3 biji telur
240gm gula
*Kelapa parut (muda) digaulkan garam dan 1 sudu besar tepung kanji
*kelapa muda ni saya guna decicated coconut-campurkan dgn sedikit air suam,kacau dan masukkan dlm microwave

Cara-caranya:
Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. Tuangkan adunan tepung tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.

NOTA: kuih ini boleh juga ditukarkan jus pandan / perwarna lain dengan pes coklat.






Kerabu suhun atau org panggil su-un.... ni adalah menu masakan Thai. Mudah dan ringkas penyediaannya..

Kerabu Suhun
Sumber ; Mingguan Wanita

bahan;

1 bungkus kecil suhun-rendam hingga lembut/celur sekejap
*2 ekor sotong sederhana besar-potong bulat
*100 gm udang-buang kepala
1 biji tomato-potong kecil
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
3 biji cili padi dihiris-saya guna cili merah
1 biji bawang besar-potong tipis
1 biji bawang merah-potong tipis
3 keping cendawan hitam-tak letakpun
1 sudu kicap masin-saya ganti dg fish sos
2 sudu air asam limau-tambah kalau nak masam lagi
garam dan gula secukupnya
*saya tambah 4 btg crab stick
-kalau suka boleh tambah kacang botor/carot/salad

cara
Kalau ikut resepi asal semua bahan terus digaul tp tak kan nak mkn seafood* mentah gitu... Jadi saya celur sekejap bahan * dlm air mendidh yg ditambah dgn sedikit garam.Barulah digaul semua bahan dan boleh dihidangkan.




Syafiq Tukang Dandan...

Masa tengah baking kek di dapur, husben dtg cakap tengok apa yg Syafiq dah buat dengan Syazrin. Mula-mula ingatkan Syafiq tuang bedak kat Syazrin sbb dia pernah buat gitu sebelum ni. Tapi rupa2nya dok dandan Syazrin.... Siap pakaikan Syazrin dgn kain selimut pink bucuknya itu..... . Syazrin pulak pelanggan yg sporting.... langsung tak bising rambutnya kena sikat macam2 gaya oleh abangnya....


Tekunnya Syafiq dandan rambut Syazrin.....


Dah siap pun...boleh posing berdua,nilah hasil dandanan Syafiq.....

Quote:

ctnik-napa tak jadi Ct...tp jgn mengalah cuba lagi....
kamalina-aaa..warna hijau tu yg biasa org buat,letak warna nak bagi ceria sikit.mkn mak buat tu yg best..beruntung Kamalina dok kat rumah mak...
korok-jemput mkn...
unnamed-sayapun nak balas tabik kat K.jun, sbb k.Jun pun apa kurangnya...bab deco cc dahsyat...geram tengok...
MamaFaMi-kalau betul2 gunting mmg sah2 mamanya panik. masa thn lepas Syafiq pernah gunting rambutnya sendiri,habis compang-camping bah. depan rambutnya dikerjakan...
ida isk-kuih ni kira kuih traditional yg masih popular hingga kini kan K.Ida. 2 beradik ni nak ikut gaya barber yg biasa gunting rambut mereka...
Daalia- tukar kuih ni dgn cc k.Daalia boleh. yg adik mmg layan aja abg dandan rambutnya,sabar aja tunggu rambutnya siap...
Ana-kuih lama2 sedap...kalau mak kita dulu2 mmg suka buat kuih-muihkan,sedap 2 belaka...
cikwan -mmg seronok dpt pergi pameran,berjumpa pulak dgn Novelis. rasanya Aisya Sofea tak ada.tekoh tupun berkenan kat tuan puteri ayu itu...
Haniss-kat sini tak pernah jumpa kuih ni,rasanya tak ada...tp masa kat M'sia mmg beli.aaa kerabu suhun mmg sedap ratah gitu...
madiha-adalah kena teliti sikit sbb bancuhan warna setiap warna perlu diletakkan cepat2 agar dpt corak gini.bila nak rasmi bekas kuih ni.. kerabu apa2 pun mmg enakkan..
Kak Leen-boleh minang puteri ayu ni k.Leen sbb belum berpunya tp syaratnya bukan takat tepak sirih tp siap 7 dulang hati nyamuk cam meminang puteri Gunung Ledang itu....
iu -itu lah...silau gaknya...nasib baik dpt jemput iu dtg lagi rumah jamu mata dgn kuih puteri ayu... Syazrin mmg berisi sikit dr abg2nya..dia tak cerewet bab mkn. abg2nya kecuali yg no 3 semuanya berisi jugak badan masa kecik. ..
makAlif-aduhaii..potong sendiri..habislah rambut tu mcm Syafiq pun pernah potong sendiri rambut bah. depan. tak perasan dia diam2 dok buat projek...
mummyjam-nak bagi lagi ayu kuih ni mummy...
Nur- puteri yg ayu ni mmg nak mengoda Nur.... betul tu Nur kalau mkn kerabu,mertua lalupun buat tak nampak... Syazrin mmg selalu jadi model rambut oleh abgnya Syafiq....
norz- InsyaAllah K.Norz, semoga persahabatan terus mesra berpanjangan. Hari pertama sampai mmg byk benda nak diselesaikan. semoga dpt kita berjumpa lagi.
soulha-betul tu Sue..puteri ayu asyik pakai baju hijau...nak jugak pakai baju baru warna-warni.. tu yg mak andam dandan habis-habisan... kalau sebelah rumah mmg dah pass sepinggan kerabu suhun utk Sue...
hanieliza-kalau tak ada geng mkn kerabu,mkn sorang2 mmg tak syokkan. seronok juga K.liza buat pock luck dgn kawan2..
Sabrina-dua beradik ni mmg suka bermain bersama2 Sab. tu yg Syazrin dok diam wpun habis rambutnya dikerjakan oleh Syafiq... kalau kena pos..lagi cepat Sab buat kat rumah....
kak jie jie-boleh akak nak ambil resepi...mudah ni,boleh cuba. gaduh tu ada sesekali kalau berebut mainan tp biasanya 2 beradik ni suka main sama2..
gee~mama Anis-kalau masak dlm acuan lompang atau bekas kecik pun boleh jugak...janji masak boleh makan...
aishah@ummiaqil-yg adik mmg sporting sabar aje...rambutnya dikerjakan oleh abgnya.lama Aishah balik, puas tu mkn..gemuk sikit tak pa,lepas balik Jepun boleh diet balik....
maklang-betul tu Mak Lang sedap letak kelapa byk. saya lupa betul,masa mkn barulah terlintas..kalau letak byk kelapakan lagi sedap....
princessharyati-suhun ada kat sana ya...cubalah Yat,ratah gitupun sedap juga...
cek de sam -puteri ayu tu tukar baju... boleh cuba kerabu ni Cek De,mudah bahan2nya..
zai-tq Zai kerna sudi link dgn Fp akak. alahai Zai tak tinggal jejak..kalau tidak boleh akak buat kunjungan balas...
baipower -Salam perkenalan juga buat bai, kuih puteri ayu ni antara kuih traditional yg akak suka sbb sedap rasanya...
iu-laa kena tag ke..ingat nak bagi hadiah lagi...
tariqzaidanirah-letak warna-warni nak pikat anak2.kerabu suhun ni mudah..boleh mama Irah cuba....
masriyah-tak lama lagi Yah nak balik,nanti boleh buat sendiri bila dah ada bekas..
mallan-kalau dandan pakai gunting...mahu nangis mamanya nanti.nasib baik setakat guna sikat aja..
rinzura -putri ayu ni tukar baju pakai baju warna-warni biar nampak lagi ayu jelita... Tq singgah Fp ....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net