Want your
own Fotopage?




























 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Mar-2008 14:05 Email | Share | Bookmark
Nasi Minyak Puteri Saadong & Brownies

Brownies utk cikgu Syafiq
siap utk dimakan
brownies baru separuh make-up
kurma ayam
set lengkap nasi
siap terhidang


Selepas kisah kuih puteri ayu, sambung lagi kisah puteri... tapi kali ni kisah nasi minyak puteri Saadong .
Kalau kisah Puteri Saadong, tahulah sikit2....kisah puteri terkenal di Kelantan tapi tak pernah tahu ada nasi minyak puteri Saadong sehinggalah terjumpa resepi ini di Fp Rossya. Nasi ini lebih kurang nasi tomato ....enak dimakan dgn kurma atau kari ayam dan acar....

NASI MINYAK PUTERI SAADONG
Sumber ; Fp Rossya

Bahan2:

5 gelas beras basmathi
5 gelas air
5 sudu makan minyak sapi
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
5 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
2 biji bawang besar di mayang halus
2 sudu makan gula pasir ( I do not put this in)
1 sudu makan garam halus ( use only what u need)
2 sudu makan kismis
2 sudu makan bawang goreng
2 helai daun pandan

Panaskan minyak sapi. Kemudian tumis rempah tumis bersama bawang besar hingga layu. Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Masukkan garam dan gula dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan beras. Tunggu hingga nasi masak dan taburkan kismis hitam dan bawang goreng di atas nya.







Manakala brownies K.Liza dibuat 2 minggu lepas, brownies senang saja pakai kacau rata bahan2 dan bakar tu yg rajin sikit nak buat... .Anak-anak macam biasalah kalau ada coklat pasti suka... . Bawa sedikit ke sekolah utk cikgu tadika Syafiq. Terimakasih K.Liza kongsi resepi....

BROWNIES
Sumber ; Fp K.Liza

Bahan A

1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara

1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.




Quote:
Jom kita belajar sejarah Puteri Saadong yang terkenal di Kelantan....

Sumber Wikipedia Bahasa Melayu - http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kelantan
Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.
Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.

Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.
Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.

Tambahan,Sumber;PERTUBUHAN KERABAT RAJA JEMBAL KELANTAN - http://pkrjk.blogspot.com/2007/07/sejarah-kerabat-raja-jembal-kelantan.html
•Nama asal Puteri Saadong adalah Puteri Mariam .Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.Satu pertengkaran telah berlaku.Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.
•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat. Suasana itu kekal hingga ke hari ini.

Quote:

masriyah-terpikat dgn nama Puteri Saadong, apalagi terus mencuba.Brownies senang sikitkan Yah...tu yg rajin nak buat...
kak jie jie-sayapun baru tahu ada nasi Puteri Saaadong. K.Jie dah buat tu kira lagi advance dr saya.mmg sedapkan nasi ni. Wah K.jie ada keturunan Raja Jembal...kalau betul jadi permaisurikan, saya nak ngaku jadi sedara k.jie lah..boleh tumpang glamer..
noor-K.Noor pun dah cuba nasi ni ya...saya baru tahu nasi ni ada,baru nak mencuba. kisah Puteri Saadong ni tak dibukukan.nasib baik kita tahu dr org dulu-dulu kan...
MamaFaMi-aaa..mamaFami mood puteri minggu ni..lepas ni dah tak ada puteri kena tunggu entry puteri berendam..entah bila tu...
sitione-dah bagi tau cam na buat,nanti boleh Ct cuba..
jeff-jemput jamu mata bro...
Sabrina-nasi ni sedap Sab..secantik namanya. . aduhai jiran baik dah nak pindah. melepas mkn sedap ni Sab....
ru-b-aaa...ru-b, kalau brownies mmg tak payah pukul sampai kembang..setakat kacau bagi serata aja..lebih mudah dr buat kek...
Nur-kalau nasi semua jenis nasi anak2 suka, cuma lauk tu biasa mereka lebih suka ayam. kek pula, yg tak ada coklat mereka mkn sikit aja.kalau tak habis mmg mamanya yg jadi vakum cleaner licinkan semua....
mallan-boleh cuba Mallan utk gathering.satu lagi nasi udang nenas kat entry sebelum nipun sedap jugak kalau nak serve utk friends. mmg nasi gini tak payah byk lauk...ada sejenis lauk berkuah dan acar/salad dah cukup...
roylazim-ambillah berapa kpg brownies yg K.Roy nak..byk lagi tu..
tariqzaidanirah-belum jumpa resepi lauk puteri lagi...kalau tidak boleh cuba jugak... Samalah kita,antu coklat...
kamalina-baru jugak dengar nama nasi ni jumpa di Fp Rossa,masa balik kg mmg tak pernah dengar nasi nama nasi ni.kalau Kamalina dok sebelah mmg hulur sepinggan utk Kamalina..tak cukup sepinggan boleh tambah lagi sepinggan..
zira-terpaksa rajin sbb anak2 nak mkn..mamanya pun nak jugak .... kalau beli brownies tak berbaloi mahal kat sini. ..
MaDiHa -itulah Al-kisah Puteri Saadong.citernya tak se famous citer Puteri Gunung Ledang. tul tu kalau digandingkan dgn gulai kawahpun sedap jugak sbb nasi gini sesuai mkn dgn lauk kari/gulai. husben MaDiha suka mkn nasi putih aja...kalau masak nasi lain kena jugak masak nasi putihkan.kami sekeluarga semua suka lain nasi.mmg tak ada masalah nak cuba resepi nasi lain..
baipower-akak dah jawap kat Fp Bai..harap dpt membantu.cuba lagi..
soulha-itulah macam terdengar2 Sue dok sembang ttg Puteri Saadong dan Raja Jembal ni yg nak sibuk2 nyampok gak....dah ada rujukan web tu bolehlah Sue baca lebih lanjut kisahnya. Raja Kota Kahirah pasti berkenan punya dgn P3 Saadong ni. kalau dok dkt Sue tukar kita tukar nasi dgn roti Arab tu,asyik teringat kat roti Arab Sue ni... kat rumah anak2 suka mkn apa saja nasi. brownies ni berjoget jemput Sue jamu mata..
iu-daun pandan nak bagi wangi sikit nasi ni...kalau letakpun tak apa iu...
dayang-brownies ni simple aja..kalau tengok kek lapis Dyg lagilah kita tertelan air liur...
mamaella-lepas makan nasi..ptg pulak mkn brownies..mkn je memanjang...
srsfeqah-sama-sama Fekah.masak ikut selera seisi keluarga. masakan Fekah pun menarik jugak,mudah tp nampak sedap...
ida isk-betul tu..nanti nak cuba resepi brownies K.Ida pula..
sitione-sama-sama Ct, mudah aja buat topping coklatnya.Selamat mencuba..
mummy jam-nama cantik tu yg buat tertawan mummy jam.bila dah mkn terus jatuh hati..apa lagi kenyang sungguh dibuatnya...
aima-ohh..patutlah rumah FP Aima lama tak update.brownies ni senang tak payah pakai mixerpun...
ctnik-brownies resepi ni macam kek coklat basah sikit.. sedap Ct...
Yati-rajin masak sbb rajin makan.. nasib baik tubuh belum naik byk lagi ni..
nn-dah beberapa kali jugak buat brownies,tak puas mkn sedap...
zai-Zai..kalau masuk Fp masak kena siap sedia tisu... nanti lawat Fp Zai..
karan-jemput jamu mata..
sitiazma-laa pening ke Siti baca... citer dari Wiki tu tak ada tulis sbb pergaduhan. tp citer dari PKRJK tu ada bagitau yg P3 Saadong bertengkar dgn Raja Abdullah sbb Raja Abdullah kahwin lain semasa beliau tiada di Siam.harap tak pening lagi..
umi kal-senang jugak bahan2 nasi ni, sila cuba Auntie....

Wah!!..nama nasi ini bukan main lagi 'nasi minyak puteri saadong' mesti beast kan.. namanya pun dah sedap didengar .. Brownies pun ada...rajinya mamasya didapur ya.. Wed 5-Mar-2008 15:01
Posted by:masriyah  - [Link]
Sedap nama nasi tu. Nasi minyakputeri saadong. Akak pun pernah buat nasi canggini, masuk kismis hitam, tak tau pulak namanya gini. akak masak main ikut citarasa akak jerrr. Memang sedap kalau pekena dengan kurma ayam/daging/acar. hish buat terliur akak aje niii. Kalau ziela hulur sepinggan kat sini kan best.
Brownies ni kalau ikutkan pada akak, akak penggil coklat kek. Kek ni la yang biasa sangat buat, dulu2 laaa. Skrg ni setakat oven ari tu tak ade, belum buat lagi ler. Dok terliur lama dahhhhhh. Tengok kot cuti ni, akak mungkin try sbb cuti ni tak pegi ke mana, duk rumah jeeee.
Akak cuba klik pertubuhan kerabat tu, tapi tak dapat. Menurut mak, keluarga mak pun berasal dari keturunan cik siti wan kembang di jembal. Jembal dengan Beris kan dekattt.Tapi pemerintahannya tak lama, Diambil oleh raja yang memerintah sekarang. Kalau lama, entah2 akak ni dah jadi permaisuri sultan mana ntah. Ha ha ha ha ha ha, buat lawak sikit.
Wed 5-Mar-2008 16:48
Posted by:kak jie jie  - [Link]
Nasi minyak Puteri saadong nie sedap lah...noor dah cuba. Terima kasih sebab info mengenai cerita dia..noor pernah dengar cerita nie dari arwah atuk yang pernah kesana gua tempat tinggal peteri ini....menarik sangat Wed 5-Mar-2008 17:45
Posted by:noor  - [Link]
Nampaknya musim puteri sedang melanda fp MamaSya ni....lepas ni keluar Putri apa pulak ye? Wed 5-Mar-2008 18:27
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
kak..ajar Ct camner nk wat krim coklat tu.
x reti2 la kak ct nie..huhu
Wed 5-Mar-2008 18:58
Posted by:sitione  - [Link]
kak..ajar Ct camner nk wat krim coklat tu.
x reti2 la kak ct nie..huhu
Wed 5-Mar-2008 18:58
Posted by:sitione  - [Link]
>> impressive looking...
>> menarik dan menyelerakan ni...
Wed 5-Mar-2008 23:52
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Nasi minyak Puteria Saadong? Nama nasi tu secantik gambarnya.. mesti rasanya pun sedap kan? Ehemm sekarang ni jiran sebelah rumah yang selalu bagi nasi minyak.. nasi beriani dah nak pindah akhir bulan ni.. tak merasa lah Sab makan nasi minyak atau nasi beriani yang tiba-tiba datang menjenguk jer.. Thu 6-Mar-2008 04:24
Posted by:Sabrina  - [Link]
kak.. bahan-bahan buat brownies ni tak ada yang dipukul2 ke.. ke setakat kacau jer Thu 6-Mar-2008 05:12
Posted by:ru-b
hi...mamasya, nasi minyak....jadi lapar pulak perut nur tau...nampak selera nasi minyak tu..seperti dah tergoda nie...rasa macam nak masak nasi minyak aje....tapi kan mamasya nur nak tanya bila mamasya masak2 nie mamasya makan tak....nur kan kalau baking tak makan sangat seram sikit....cuma buat untuk family...kalau tak kena dengan citarasa mereka...alamak nur kena makan jugak sebab sayang rezeki.... Thu 6-Mar-2008 07:01
Posted by:Nur  - [Link]
Nmpk senang lah. Boleh nanti cuba buat. Tak lama lagi nak ada GMN forumer nye gathering. Boleh cuba yg ni. Tak payah banyak2 lauk pun. Thu 6-Mar-2008 07:39
Posted by:mallan
brownies...nak brownieeeeessss...pleeesee... Thu 6-Mar-2008 08:29
Posted by:roylazim  - [Link]
menu nasi puteri kali nih.. mau entry lauk puteri lepas nih.. sedapnyer brownies tuh.. bab2 coklat nih mmg xtertahan.. Thu 6-Mar-2008 08:38
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
hmm..1st time dgr nama nasi ni.. hehehe.. mama ni ada2 saje resepi yg dicubanya.. mmg rajin... saya lak rajin tgk aje.. tapi kalau dok sebelah umah mama, for sure saya jadi rajin makan sebab mama kan ada utk membuatnya... hehehe... wah. dah baut brownies juga.. saya gak yg blm try2 lagi.... kena mintak mama tiupkan angin rajin utk saya ni... Thu 6-Mar-2008 08:49
Posted by:kamalina  - [Link]
sedapnya brownies tu..rajin yer mama masak Thu 6-Mar-2008 09:06
Posted by:zira  - [Link]
gitu kisahnya sejarah puteri Saadong ni... skrg dah ada nama nasi minyak puteri saadong pulak.. rasanya.. kalau digandingkan dengan gulai kawah pun sedap jugak ni.... dan dan menelan air liur.. hehehe.. madiha ni masalah kalau masak nasi2 pesen ni.. cik abang tak layan.. dia suka nasi putih jugak.. kalau pegi kenduri kawin.. org lain mkn nasi minyak, nasi beriani.. dia mesti cari nasi putih.. tu yg jarang nak cuba nasi pelbagai rasa ni.. hehe.. kena tunggu anak2 besar sikit baru berbaloi masak ada org tukang mkn.. biar ayah dia mkn nasi putih sensorang Thu 6-Mar-2008 10:34
Posted by:MaDiHa  - [Link]
sedapnya nasi minyak... tak penah try lagi buat.. kak.. nak tanyala..bronies tu kan letak dalam loyang 10 x 10 yg tak dalam boleh ker? maksudnya... loyang tu cetek jer... penah buat skali tp mcm tak menjadi la... taruk dalam acuan kek ukuran lain dan merekah sakan Thu 6-Mar-2008 11:06
Posted by:baipower  - [Link]
Wow terangkat..terkejut pun ada..mcm mimpi....baru2 dok beljar sejarah puteri saadong,dengan baba sofwat ,dok cerita raja jembal bagai..lastnya dtng puteri saadong dari bandar bagawan..maunya raja kt kota kaherah suh buat ler klu tengok..kt rumah nie diorng suka sngt nasi2 macam nie..tp kakak sofeyya tk berapa suka..dia prepair nasi puteh jer..

sedap betoi ler tengok,klu dekat tk payah masak dah rasanya..buat muka tk malu....sms

..brownies tu tk yah cakap ler..siap berjoget dia. ,kena pakai spek hitam buat2 tk nampak walaupun telus pandang.
Thu 6-Mar-2008 11:21
Posted by:soulha,cairo  - [Link]
rajinnya mamasya..emm...yummm yumm.. nasi tu tak letak daun pandan ok x? mn nk cri daun pandan kt sini..hikhik.. Thu 6-Mar-2008 11:40
Posted by:iu  - [Link]
sedap lah mamasya,brownies tuuuuuuuuu,tertelan air liur nihhhhhhhhh Thu 6-Mar-2008 11:41
Posted by:dayang dygchanj@yahoo.com  - [Link]
chewah...dari nasi terus ke Brownies...cantik lah mamasya.. nasi itu pasti sedap... Thu 6-Mar-2008 13:48
Posted by:mamaella  - [Link]
waahh..dh byk terlepas le entries mamasya..
x pernah lak tau ade Nasi Minyak Puteri Saadong nih..
brownies pon lom pernah berkesempatan nk try..
kebanyakan koleksi menu mamasya mmg unik & menarik..
thanx for sharing..
Thu 6-Mar-2008 15:28
Posted by:srsfeqah  - [Link]
brownies memang sedap n sempoi dibuat kan Thu 6-Mar-2008 16:47
Posted by:ida isk @ Ida Bakery merpati66@yahoo.com  - [Link]
kak thx 4 d recipe ek..
cayang akak..huhu
Thu 6-Mar-2008 18:27
Posted by:sitione  - [Link]
nama aje dah cantik , mesti rasa nya pun sedap. Fri 7-Mar-2008 02:00
Posted by:mummy jam  - [Link]
mamasya>>>kesibukan during weekend,dengan aktiviti keluarga, pastu tu, time keja tak sempat he he penat sungguh...
Bestnyer masakan , nanti try brownies plak.....
Fri 7-Mar-2008 03:37
Posted by:aima rizaima@yahoo.com  - [Link]
mamasya,sedap aa brownies akak...nyum yum..mcm kek coklat basah yg ct pernh mkn masa study dulu Fri 7-Mar-2008 05:19
Posted by:ctnik
laparlah pulak tengok nasi minyak puteri saadong ni... Brownies ni pun nampak sedap aje.. Rajin mamasya masak Fri 7-Mar-2008 06:06
Posted by:Yati yadami68@yahoo.com  - [Link]
menariknya brownies...
sedapp nya...
Fri 7-Mar-2008 07:42
Posted by:nn  - [Link]
Tak tahan tul kalau masuk fp org pandai masak nie...meleleh aiq liuq zai...

Jom layan fp zai baru update"APA ADER SEKELILING UMAH MAK AKU"
Fri 7-Mar-2008 11:11
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
waaaa... sedapnyaaaaa ... Fri 7-Mar-2008 13:01
Posted by:karan  - [Link]
mamasya...pening laaa baca cerita puteri saadong ni...kejap Raja Abdullah mati kena cucuk sanggul..then..hidup lagi pulak..kawin dgn org lain lak..hahahhahha..konpiusss Fri 7-Mar-2008 21:54
Posted by:sitiazma  - [Link]
sedap nama ni, nasi nya misti menarik macam nama nya juga
nanti auntie nak cuba
Sun 9-Mar-2008 09:36
Posted by:umi-kal  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.