Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 7-Mar-2008 10:44 Email | Share | Bookmark
Menu Hari Ini & Cuti-Cuti Miri

Dalam perjalanan pergi
Pos Imigresen M'sia di Miri
menuju jambatan dlm perjlnan
hotel apt tempat penginapan
seronok dpt main atas katil
bah. kitchen hotel apt
pemandangan dari bilik
akhirnya dpt jugak swimming
Seronok Syazrin dpt main air
lagi Syazrin
lagi gambar swimming
pusat kraftangan Miri
pusat kraftangan Miri
pusat kraftangan Miri
dlm gerai jualan
dlm gerai jualan
pakat ketuk
Syazrin dgn mama dlm kereta
abg Syamil main motor
Syazrin&Syakim naik kereta mainan
Nasi ayam menu lunch
pes/sambal laksa Sarawak
ayam,udang&telur dadar
kuah laksa
ulam-ulaman
 
 


Jikalau tempoh hari buat laksa Trengganu, kali ni masak laksa Sarawak pula... Masak laksa ni utk sarapan sekeluarga pagi tadi,kebetulan hari ni Jumaat, cuti mingguan. Pes laksa Sarawak di beli di Miri semasa ke sana baru-baru ini . Di sinipun ada juga jual cuma harganya mahal sikit. Kalau ke Miri mmg tak miss makan laksa Sarawak dan mee kolok. Dan satu lagi menu yang dicuba di sana mee jawa special, kuahnya dimasak dgn daging dan tulang...sedap betul... . Gambar-gambar makanan yg di pesan lupa pulak nak ambil sbb sibuk makan2....

Berdasarkan apa yg tertulis di pek pes itu, ramuan laksa Sarawak adalah ;
bawang merah,bawang putih,serai,buah keras, bijan,cili,garam,kacang,lengkuas,minyak masak,rempah. Dan kalau ikut arahan di pek pes itu, cukup campurkan pes dgn air rebusan udang,ayam dan santan serta garam. Tapi nak bagi lebih rasa tambah lagi bahan2nya ikut resepi laksa Sarawak K.Liza.
Yang peliknya bila hidang laksa Sarawak untuk anak-anak, abg yg sulong tak nak, padahal dia mmg suka mkn sebarang laksa macam mamanya . Tapi Syakim, anak kedua yg mmg tak suka laksa...boleh bertambah,hingga lunchpun minta mkn laksa... Susah pulak nak ramal selera anak-anak ni kalau masak menu baru....

LAKSA SARAWAK
Sumber ; Fp K.Liza..tq K..Liza kongsi resepi.....
Bahan
1 bungkus [500 gm ] bihun [rendam dan celurkan dengan air panas. Toskan]
300 udang [rebus dan toskan]
2 keping dada ayam [siatkan]
1 batang timun [ sagat halus - macam laksa penang]
1 cawan togeh
3 biji telur [buat dadar dan hiriskan halus]
3 biji cili merah [hiriskan]
10 biji limau [belah 2 dan buangkana biji]
2 pokok daun ketumbar [hiris halus]

Bahan Kuah
3 ulas bawang merah ]
2 uals bawang putih ] mesinkan halus
10 tangkai cili kering ]
2 batang serai [ketuk]
1 cm lengkuas [ketuk]
3 s/b pes laksa sarawak
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
1 cawan air rebusan udang
minyak, garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin halus dan serai sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan pes laksa dan kacau rata.
3. Masukkan air rebusan udang dan santan cair juga ayam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan santan pekat dan didehkan sehiingga naik minyak dan pekat.
5. Rasakan garam dn tutup api.
6. Keluarkan ayam dan siatkan isinya saperti ayam soto.
7. Hidangkan saperti dalam gambar.





Untuk lunch pula, oleh kerana tgh hari tadi org dtg baiki paip,jadi masak nasi ayam saja sbb airpun ditutup semasa pembaikian. Ni kira menu ulangan, selalu masak sbb mudah, ringkas dan favorit keluarga......





Cuti-cuti Miri,Sarawak Feb 2008

Baru-baru ini kami sekeluarga jalan-jalan ke Miri,sambil shopping barang dapur dan bawa anak-anak mandi swimming pool di hotel penginapan. Tak banyak gambar diambil sebab pergi tempat yang sama,jadi banyak pemandanganpun sama. Kecuali kali ini sempat pergi pusat kraftangan Miri. Kami menginap di hotel yg sama tp kali ni apartment tkt 22 mengadap laut......



Pemandangan laut dari tkt 22 apt penginapan....



Di Pusat Kraftangan Miri...



Pakat ketuk gendang kecil... .



Saat yg ditunggu...mandi di swimming pool... .
Syafiq sorang tak nak mandi, nak ambil gambar tepi kolampun tak nak..




Syazrin posing di swimming pool....
Di kesempatan ini, nak ucapkan selamat mengundi buat semua rakyat Malaysia yang telah layak mengundi... Selamat bercuti juga buat semua yang cuti-cuti bersama keluarga semperna musim cuti sekolah ini. Kalau yang travel kemana-mana destinasi percutian ...berhati-hati memandu... Jua ucapkan selamat balik kampung buat Abg Ha&K.Zah, Abg Nuar&Dah , Za&K.Ngah serta Mah&Nan sekeluarga.Kalau makan nasi kerabu .. nasi dagang ke...nasi berlauk, jangan lupa kami sekeluarga di Brunei....
Quote:

iu-anak2 sesekali dpt mandi di pool mmg seronok sakan. kalau pes boleh pos lewat emel..skrg jugak akak pos utk iu...
mamaella- samalah kita mamaella suka mkn laksa. Rindu kat M'sia , dpt cuti kat Miripun jadilah.... Syazrin dpt berendam tak nak naik...
soulha-masa kat sem M'sia mmg tak pernah cuba laksa S'wak, bila kat sini baru berpeluang. ttg herba tu mmg betul Sue ,bau laksa S'wak macam letak herba tp bila makan tak ada rasa herbanya.abg2 mmg seronok berendam kecuali Syafiq.mamanya yg tak larat nak tunggu tepi pool tu....
Nasha-
Nur-betul tu laksa sememangnya sedap,ada lagi laksa nak cuba ni.. hidangan Nur pun selalu sedap2,tu yg rajin bertandang rumah Nur...
ummi-K.ummi, ni kali pertama masak laksa S'wak setelah mkn berkali yg dibeli.anak2 mmg seronok dpt mandi kat pool,mula2 mamanya nak join gak main air tp tak jadi sbb malas nak tukar baju...
noor-betul tu K.Noor,mee kolok terkenal kat Miri,tak miss mkn kalau pergi sana,sedap..
rinnchan -anak2 seronok jln2..mamanya lagi seronok... Jom K.Rin jln2 sebelah sini pulak...
norz-Tak pa lambat K.norz. Busy k.norz..balik dr Brunei tak rehat lagi.semoga terus success dlm kerjaya dan juga ceria bersama famili....
aima-balik hari tu cuba laksa Nyonya kat laksa shack pun sedap juga..sesedap laksa S'wak.tp kat sini tak ada laksa Shack,nak mkn kena masak sendiri...
fifi fad -jemput mkn fifi..ada lagi semangkuk ni..
Ana-kat Sem mmg tak jualkan pes ni..kena dptkan dr S'wak. Miri ni bandar terletak tepi laut dan yg terdekat dgn Brunei selain dr Limbang..
tariqzaidanirah-betul tu,kalau namanya laksa mmg sedap. bila mama tariq balik M'sia boleh cuba laksa S'wak. mmg tinggi hotel tempat penginapan kali ni.kebetulan tinggal 1 bilik ni sahaja yg kosong.gayat pun ada tp seronok tengok view pantai..
umi solehah- t pun pernah cuba ya...sedapkan. dtglah jln2 Sabah&S'wak pula barulah lengkap pusing M'sia...
sitione-pergi 2-3 minggu lepas,jln2 sambil shopping brg dapur. akak pula S'wak dah sampai tp Sabah belum cuma Labuan yg dah singgah. Ct balik M'sia nanti makan semua yg mana tak ada di Bangla..balik kat Bangla nanti kena diet ...
kak jie jie-aaa..K.jie resepinya kalau nak asli letak pes/sambal laksa. tp ada juga resepi yg tak guna pes. bila ada nanti akan update di Fp....
Wa-wa pernah dtg S'wak ya..pasti tak lepas peluang cuba laksa S'wak kan...
jeff-tul tu dugaan...boleh tengok aja tak boleh mkn pulak tu...
hijanah-samalah kita..suka tul dgn laksa...
fazizaid-jemput jamu mata k.Fazi...
Haniss-sejak dok sini baru mkn laksa S'wak.masa kat Sem. mmg tak tahu laksa ni ada..
Mummy Irdina&Arissa-jarang ada jual kat Sem M'sia laksa S'wak ni.sedap juga rasanya...
zira-Zira puji ni buat akak perasan pulak... dah macam belon kembang ni,nasib baik tak pecah..
masriyah-aaa..Yah..hanya di S'wak sahaja ada pes ni.nanti kalau jumpa resepi tak ada pes saya bagitau Yah. Shopping brg2 dapur aja. sbb tak ada jualan murah utk brg lain...
Dayang-aduhai Dyg...kalau dekat mmg tak akan biarkan Dayang terliur saja...akan hulur 2-3 mangkuk....
misliha-jemput jamu mata K.Mis..nak jemput mknpun tak dapat ni...
sitiazma-kalu dkt skrg jugak akak hantar...
tamu-Salam juga buat Tamu, lupa pulak brand apa dan plastik balutnya dah dibuang.pes ni beli kat Supermarket ada beberapa brand yg dijual..
Daalia-tunggu gambar laksa K.Daalia dan lain2 gambar b'day....
kamalina -kalau peminat laksa mmg suka mkn laksa ni.nasi ayam ni paling mudahkan..senang semua org suka. Syafiq ni mmg tak suka mandi di swimming pool tp kalau main air kat kolam rumah yg kecik tu suka pulak..tak tahulan napa dia gitu.kalau yg lain macam anak2 Kamalina jugak susah nak ajak naik...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net