Want your
own Fotopage?




























 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Mar-2008 22:58 Email | Share | Bookmark
Sup Gear Box Merah & Kek Marble Pisang

 
 
 
 
 


Sup gear box merah ini dimasak pada cuti hari Ahad minggu lepas . Kebetulan semasa ke supermarket dekat rumah terlihat gear box yg disusun di rak fresh product. Rasanya ni baru kali pertama lihat gear box ada dijual di situ,apa lagi terus capai sepkt gear box yg dah siap dipotong. Tulang mmg dah beli sebelum itu.
Resepinya copy dari Fp Zuhri,di mana bahan2nya merupakan gabungan dari sup tulang dan singgang tulang. Masa utk merebus sup tulang gear box ni mmg lama iaitu 3 1/2 jam utk memastikan isinya empuk.Kalau nak masak mmg kena pastikan gas di rumah mencukupi... . Itupun kalau nak makan masih kena hiris daging gear box dgn pisau sbb tak boleh tarik gitu. Memang lebih lama dari masak tulang yg biasanya ambil masa 1 1/2 jam sahaja.
Walaupun lama masa masak tp puas hati sbb sesekali aja dpt makan sup gear box ini dan sedap rasanya. Anak-anak mmg suka makan nasi dgn sup apatah lagi abg yang sulong....

Sup Gear Box Merah
Sumber Fp Zuhri,terimakasih Zuhri kongsi resepi...

Bahan-bahannya:-[/b
]

Gear Box/Tulang - saya campur kedua-duanya
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar-*sweet onion
1 inch halia
1/4 inch lengkuas
5 tangkai lada kering - saya guna 2 sudu besar cili kering yg dah blender
6 biji buah tomato-potong 4-saya letak 4 biji aje,tu yg ada dlm peti ais
buah pelaga
bunga lawang
lada hitam-banyakkan skit lagi sedap.
kulit kayu manis
bunga cengkih-skeett jer
2 biji buah tomato-potong dadu
daun sup & sadri - tabur
bawang merah goreng -tabur
bwang putih goreng - tabur
limau nipis - tuk perah time nak makan.
minyak masak-secukup tun menumis ngan goreng bawang.
air tuk rebus tulang-sukatan nie kita selalu tgk dia tenggelam skit dah ok
2 btg carrrot-*optional

[b]Cara buatnya:


1) Blend cili kering+bawang merah+bawang besar+halia+lengkuas.
2)Tumis bahan blend tadi berserta rempah ratus*buah pelaga+kayu manis+bunga lawang+cengkih.
3) goreng bawang yang nak ditaburkan dulu pas tu balance minyak dalam sesudu besar buat tumis bahan blend tadi k*tuk aroma yang wangi heeeee..petua*
4)Dah sudah masukkan dalam gear box/tulang yang dah dibasuh.+ air biar agak-agak tenggelam gear box/tulang itewwwww
5)didihkan biar empuk..agak nak empuk masukkan buah tomato yang dipotong 4 tadi-biar dia didih jap masukkan plak kentang potong dadu tadi ngan carrot*optional.
6)Biar empuk then baru taburkan ngan bawangan yang digoreng tadi berserta daun sup &sadri.
7)time nak makan perahkan limau nipis sket sesedap rasa*takmopun takper.








Kat rumah ada pisang lebih...kebetulan anak2 tak berapa suka pisang yg dibeli ini sbb bukan pisang berangan. Kalau pisang berangan kejap aja tinggal sikatnya...Resepi asal kek pisang ni ambil dari Fp Umi kal@Auntie sbb dah lama berkenan dgn kek pisang auntie yg nampak lembut dan mudah resepinya. Mula-mula rancang nak buat kek pisang sahaja tapi masa nak tuang ke dlm loyang terfikirlah pula kalau kek ni tak nampak sikit2 warna coklat pasti tak laku kat rumah... . Jadi campurlah serbuk koko ke dlm sebah. adunan.... Ingatkan nak buat cantik macam belang zebra tu...tp bila dah potong jadi cam belang anak kucing pulak rupanya... . Belang tak cun pun tak kisahlah asalkan semua suka sbb memang lembut dan tidak begitu manis...

Kek Marble Pisang
Sumber Kek Pisang oleh Umi Kal@Auntie, tq Auntie kongsi resepi...

Ingredient

150gm butter
1 cup caster sugar
2 eggs
1 cup mashed banana- anggaran 3-4 biji pisang
1 3/4 cups raising flour
vanilla essence
*2 tbs cocoa powder - sift
Method


Cream butter and sugar, add eggs one at a time,
beating well between each addition, beat in mashed
banana, sift flour and fold into the mixture, pour into
prepared tray and bake at 180deg until firm.
Nota;
*kalau nak jadi kek marble pisang, bahagikan adunan kpd 2. 1/2 adunan diletakkan serbuk koko dan 1/2 warna asal. Sendukkan selang seli dgn senduk kecil ke dlm loyang.





Quote:

Yati-Betul tu kalau masak dlm pressure cooker masak lagi cepat tp pressure cooker tak bawak sini tinggalkan kat M'sia.kek tu nasib baik nampak sikit2 belangnya tp anak2 tetap suka juga...
wanzee- cepat2 Wan Zee masuk lab buat experiment ....
zira- jemput Zira..cukup lagi ni utk Zira..
mama @nis-tepat sekali...nak nunggu berjam2..bila mkn kejap aja licin, betul2 tinggal tulang....
MaDiHa-mmg jarang org jual gear box ni sbb kalau ada awal lagi dah kena sambar kat org sbb tak byk gear box ni dijual.pressure cooker dah lama beli tp tak bawak sini tinggalkan kat M'sia..
Bonda RaqynR-samalah kita Ej. .mmg kena sesekali aja mkn. resepi sup merah ni baru jumpa,biasanya buat sup saja...
kak jie jie-tambah cili merah dan tomato tu yg buat jadi kuahnya merah. saya pun pernah dengar petua ni K.jie tp takut pulak nak letak penadol.kalau mak letak sudu utk cepat lembutkan.K.jie masa cuti ni mmg enjine masak laju betul...macam2 masak.saya juga asyik menu ulangan..
hanieliza-sup ekor belum pernah cuba lagi K.Liza..jarang jumpa part ekor ni. tp yg sup merah ni saya masak kurang pedas sbb kami sekeluargapun tak mkn pedas. nanti boleh jamu mata dengan sup mamak K.Liza tp yg resepi sup mamak K.liza sebelum ini saya dah cuba...
kakmOn-sesekali K.mOn, nak pekena sup gear box.kalau timbangan rosak jgn salahkan gear box ..salahkan timbangan tu yg rosak meternya...
iu-tak dpt mkn...iu jamu mata dulu ya..tp kalau buat guna tulang biasapun boleh. kek pisang ni mudah tu yg akakpun rajin nak cuba...
soulha-aa...sup tulang ni sesekali aja mkn utk jaga kesihatan. kalau ikutkan selera mahunya memanjang buat sup sbb sedap tak jemu mkn.. . senang Sue nak beli, kedai bawah rumah. kek ni mmg gebu dan lembut..anak2 suka...
Nur-Nur ada napkin tak..kalau tidak cepat ambil...bersembur2 air liur tu.... jatuh hati dgn baking yg ada pisang tak pa Nur,nanti memanjang anak2 dpt mkn kek pisang.... gear box ni bukan tulang kambing rasanya sbb besar rasanya tulang lembu atau kerbau,sbb kat sini daging kerbau yg fresh lagi byk dijual dr lembu...
Noor-warna merah ni sbb letak cili mesin dgn buah tomato...
ctnik-nanti bila Ct dpt belasah gear box kat Kelate...jgn lupa simpan sikit utk akak ya..
masriyah-sedut tulang tu part yg paling bestnya Yah. betul tu minggu ni minggu marble...meriah dgn belang2 semuanya...
ain nurul-Waalaikummusalam ain nurul, betul tu pakai pressure cooker cepat empuk dan jimat gas tp pressure cooker akak tinggalkan kat M'sia kenalah rebus berejam2 guna periuk biasa. Sup siam guna perencah dah pernah cuba mmg sedap. Resepi sup merah ni, Ain boleh cuba senang dan sedap juga.ain tak tinggalkan address blog/Fp.kalau tidak boleh buat kunjungan balas ke Ireland...
aimah rafidah-nak pos ke...boleh tp satu plastik tu sikit sgt..satu periuk nanti akak poskan kat Aimah...
unnamed-boleh..jamu mata aja..
kakpah-k.pah cepat ambil tisu...dah melilih air liur tu nanti kena key board pulak.. kek marble pisang ni belang nya tak cun sgt tp lembut dan sedap,anak2 suka makan...
sweetlilly-Salam juga buat sweetlilly.tq kerana sudi link Fp address. akak dah lawat rumah sweetlilly...macam2 ada...
sitione-boleh Ct,kita tumiskan dulu bahan dlm pressure cooker dan masukkan air dan tulang.mmg nak kena ketuk landlord Ct dengan senduk tu biar dia ganti dapur baru...
hanieliza-sama2 K.liza,resepi K.liza pun byk yg saya copy,tq juga. Tunggu report kek pisang k.liza pula...
wawa-tengok gambar dah terliur ni..kalau Wawa betul2 ngadap sup gear box,sure tak toleh kiri kanan lagi...
ida isk-K.ida, gear box biasa makan yg mak masak.ni pertama kali masak sendiri...huiii lama nunggu empuknya..
dayang -Dyg...kan bagus kita berjiran ...saya dok terliur kek lapis Dyg yg cantik tu..bolehlah tukar dgn sup ni...
umi-kal-sama2, untuk Auntie mmg boleh aja.tak cukup semangkuk,2 mangkuk saya hulurkan....
kamalina-kat sana hujan ya,di sini panas terik minggu ni..nak keluarpun malas ni. mmg janji betul dgn Kamalina,apatah lagi minggu ni mmg minggu kek marble.ramai betul yg buat. letak coffee pun sedap tu Kamalina..
mummy jam-betul tu mummy Jam tak boleh mkn selalu sup ni. mkn cicah roti mmg sedap,tang sum-sum tu yg paling umpppnya..
MamaElla -gear box ni kategori tulang juga tapi part sendi rasanya, yg ada sum sum kat dlm. tak tahulah napa dipanggil gear box pula. sama2 mamaella, kek ni tak jadi sgt belangnya tp lembut bila dimakan...
Sabrina -Sup ni kira adik beradik sup tulang jugak Sab, cuma yg specialnya dlm bah tulangnya ada sumsum. biasanya org masak macam sup biasa yg Sab cakapkan tu. Sup merah ni saja nak cuba resepi baru. Kalau Sab dkt,mmg hulur 2-3 keping kek pisang ni..
MamaFaMi-dah study step buat belang tu tp fail jugak... nasib baik mama puji lawa, senang sikit hati nengok rupa kek ni...
Emy-Salam perkenalan juga buat Emy.nanti lapang2 sudi2lah lawat rumah ni lagi ya...
zuhri-Tq jugak buat Zuhri kerana sudi kongsi resepi. itulah dah beberapa kali jln2 rumah Zuhri,sunyi -sepi.cepat2lah update dgn masakan terkini.nanti boleh bertandang jamu mata... . InsyaAllah kalau balik Kb nanti akan bagitau Zuhri, cuti raya nanti tak pasti balik ke tidak..
inaa-tak balik ngundi..anak2 tak cuti sek. syoknya kalau dpt balik shopping kat Kb...
Ezza-Salam perkenalan juga buat Ezza. Fp akak byk menu harian utk dikongsi dgn semua. Anak2 4 semua hero setakat ini..nunggu heroin tak muncul2..
jeff-bukan kereta aja ada gear box, lembu pun ada....
rinzura-boleh guna apa2 pisang cuma jgn guna pisang utk pisang goreng tak berapa sedap sgt. nak hanyutkan kek kat muara boleh aja...tp kalau kek dah sampai Labuan dah tinggal kotak aja kut...keknya dah habis mkn oleh ikan2 dlm laut tu...
norz-Salam juga buat k.Norz yg mesra. ..alahai K.Norz sebut comel rasa macam baby pulak ni .. Tq k.Norz tlg poskan. S'mat berhujung minggu buat K.Norz. ...
tariqzaidanirah-tu part yg baling sedap bila mkn sup gear..slurrp je.. senang aja kek ni,budak2 tentu suka sbb letak coklat.. ..
wawa-dah dpt emel, nanti akan tlg uruskan projek surprised ni...
umi-kal -tq juga utk Auntie kerana sudi kongsi resepi.kena letak belang coklat..koko..baru anak2 suka... .
unnamed -macam2 dijual... .
boxhousestudio- aduhai K.Tun,dtg mlm2..tuan rumah dah titun, tak dapat nak layan K.Tun,self service ya K.Tun dgn hidangan yg ada ...

Sedap sungguh tengok sup gear box merah mama tu. Sup tu pedas-pedas sikit ya... emmh meleleh air liur . Nak rebus lama tu yang leceh. Siapa yang ada pressure cooker pendeklah masa merebusnya kan. Kek pisang tu pula nampak gebu aje. Tak kisahlah mama, belang zebra ke belang kucing ke yang penting rasanya sedap... Tue 11-Mar-2008 03:06
Posted by:Yati yadami68@yahoo.com  - [Link]
sedap2 belaka masakan mamasya....meleleh air liur tgk sup gear box tuh....kek pisang marble tuh pon mengancam jugak....adusss...kena masuk lab nih buat experiment....hehehe Tue 11-Mar-2008 06:35
Posted by:wanzee  - [Link]
uii sedapnya sup gear box tu kak.. Tue 11-Mar-2008 07:15
Posted by:zira  - [Link]
aduh....sup gear box plak..........menderita betul masuk rumah mamasya nie..... nak nuggu masak tu mmg lama kan...nak menghabiskannya sekejap ajer...... Tue 11-Mar-2008 07:35
Posted by:gee ~ mama @nis  - [Link]
terliur betul tengok sup gear box tu... memang jarang nampak org jual gear box dimana2.. (atau madiha yg jarang pegi pasar ) nampaknya mamasya kena beli pressure cooker kalau rajin masak mcm gini.. jimat masa & jimat gas.. kejap jer daging tu empuk Tue 11-Mar-2008 07:41
Posted by:MaDiHa  - [Link]
mmg feveret la sup gear box.. tapi tak penah buat kuah merah lagi.. kena cuba nanti.. Tue 11-Mar-2008 08:10
Posted by:Bonda RaqynR  - [Link]
Menggoda betul tengok sup merah tu. Bahan2nya sama dengan sup tulang yang biasa akak buat cuma ditambah cili kering aje. Dah lama tak pekena sup tulang ni. Musim cuti ni boleh ler round2 cari tulang/gear box ni. anak2 pun dah berkumpul kat rumah ni. Jadi boleh ler cuba try test resepi yang dicilok dari kawan2 di Fp. Tak janji cakap aje. He he he. Kek marble pisang tu menjadi laaaa. Cantik. Nak kata sedap sbb tak bagi rasa. He he he he Tue 11-Mar-2008 08:11
Posted by:kak jie jie  - [Link]
ok sikit tambahan. Ade orang bagi petua untuk melembutkan tulang/daging iaitu letakkan sebiji panadol. Kejap aje lembut. tapi akak tak pernah lagi buat. Ni petua kakak ipar akak. Tue 11-Mar-2008 08:13
Posted by:kak jie jie  - [Link]
arini kkliza rebus ekor untuk buat sup singapore..
tapi bila tenguk abahn cili ..tak jadi buat la..takut anak2 makan pedas..nanti akak kena dinyanyikan lagu rock n roll..
at last akak buat sup mamak jer la..nanti serve ngan nasi himpit..
nanti akak updatekan gambonya...
Tue 11-Mar-2008 08:33
Posted by:hanieliza  - [Link]
alahai gearbox lagik, abislah rosak lagi timangan haku uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Tue 11-Mar-2008 08:59
Posted by:kakmOn  - [Link]
aduhhh... gearbox pulak... tertekan perasaan ku.. ingin makan macam2...tapi takde..hahaha..

tapikan.. kek pisang tu cam mudah nk wat. leh try nt.. hihihi
Tue 11-Mar-2008 09:05
Posted by:iu  - [Link]
huh gear box...terliur plak aarr... kt rumah nie b takut sngt tengok sue makan..dh kena warning nk makan jg 3bln sekali jer..mana tk nya kedai daging/gearbox bawah rumah jer..nampak jer yg kiut mcm nk turun sambar..tk namapk dh kolestrol...
baru bercinta nk buat kek pisang..nk try versi marble2 cam nie jg ler..nampak gebu.

Tue 11-Mar-2008 09:22
Posted by:soulha,cairo  - [Link]
aduh mamasya gear box merah pulak...tengok memang terliur tapi takut...kek pisang tu menjadi gebu nyer...kalau kasi seketui nak jugak ler nur pun macam dah jatuh hati dengan baking yg ada pisang....semalam tengok apam pisang kak roy dah terliur...rasa macam nak buat aje...ari nie tengok kek pisang pulak makin basah baju nie penuh air liur...nak kena pakai napkin la....

mamasya, gear box tu tulang kambing ya memang nampak sedap kalau hubby nampak mesti dia suruh masak...poning kepalo den
Tue 11-Mar-2008 09:50
Posted by:Nur  - [Link]
Sedapnya sup tulang gearbox tu...noor tak pernah cuba buat lagi Tue 11-Mar-2008 09:54
Posted by:Noor  - [Link]
sup gear box ni,kalau balik kelantan,konfem belasah satu! Tue 11-Mar-2008 10:44
Posted by:ctnik
wahh!! sedappnya sup...kalau dapat sedup tulang tuu bestnya..
nampaknya minggu ini minggu kek marble..
Tue 11-Mar-2008 10:56
Posted by:masriyah  - [Link]
assalamualaikum... soup gear box tu sungguh buat ain terliur... ain biasanya guna pressure cooker utk rebus daging tulang..sbb nak jimat gas.. (hubby yg ajar) kat ireland ni gas mahal.. tak pernah lg buat soup tulang merah ni, biasa buat soup siam (guna perencah peket adabi) je..but taste divine.. lain kali nak try soup merah mama sya pula.. terima kasih kerna sudi berkongsi resepi dgn org yg mcm ain ni baru nak belajar kenal dapur... Tue 11-Mar-2008 11:33
Posted by:ain nurul_ain2@yahoo.com.sg
Akak...menduga keimanan betul lah sup gear box tuh !Kalau boleh order mintak pos satu plastik ke KL boleh? Tue 11-Mar-2008 13:10
Posted by:aimah rafidah_aimah@yahoo.com  - [Link]
nakkkkkkkkkkk Tue 11-Mar-2008 13:39
Posted by:unnamed  - [Link]
Adoiiii Ziela..tgk sup gear box tu... terus meleleh air liur.. memang keimanan akak tergoyah tgk... waduhhhh... sedappppp..... kek marble pisang tu pulak punya ler cantik & gebunya... Tue 11-Mar-2008 14:19
Posted by:kakpah  - [Link]
salam mamasya.. SL link ur fp add. ye Tue 11-Mar-2008 16:06
Posted by:sweetlilly
kak..klo kita guna preasure cooker tu blh x kita masukkan sekali ngan bhn yg dh diblender tu?
ke nk tgu dulu tulang n gear box tu lembut?
sedap ar tgk akak masak..
lebih teruja tgk kek pisang tu..
ee..rasanya nk ketuk jer landlord ct nie..semangat tgh ada nk membaking nie..dia plak x antar2 oven kat umah ct lg..eee..geramnyaa..
Tue 11-Mar-2008 16:26
Posted by:sitione  - [Link]
hari ini akak nak buat kek marble pisang ni...nanti akak kasi reportnya InsyaAllah...
n TQ so much for sharing the resepi...
Wed 12-Mar-2008 01:46
Posted by:hanieliza  - [Link]
akakkkkkkk....wa ni tak penah nak "layan" sup gear box..tp bila tgk gambo sup gear box akak trus terasa cam nak try jer..hebat sungguh kuasa gambo sup akak ni yer.. Wed 12-Mar-2008 02:28
Posted by:wawa  - [Link]
mak oiiiiiiiiii hebat tu gear box dimasak tahniah akak lum penah n cuba pun makan gear box nie takuttttttttt Wed 12-Mar-2008 03:53
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
dyg suka sup gearbox tuuuuuuuuu,adoiiiiiiiiiiiiii,lg2 lah mamasya ni,buat dyg terliur plakkkkkkkkkkkkkk Wed 12-Mar-2008 05:20
Posted by:dayang dygchanj@yahoo.com  - [Link]
Terima kasih kerana berkongsi resepi sup gear box tu,
boleh berkongsi sup semangkok tak
Wed 12-Mar-2008 06:33
Posted by:umi-kal  - [Link]
wah.. hujan2 ni pekena sup gear box tu mmg best sgt la.... kat brunei tak hujan ke?? mama, kita ni mcm janji la pulak yek.. buat kek marble.. tapi saya buat kek marble coffee aje... saje nak ubah selera.. asalnya nak buat yg mocha, tapi takde lak mocha paste kat kedai tu.. hmmm.... Wed 12-Mar-2008 06:59
Posted by:kamalina  - [Link]
gear box ni tak pernah masak, tapi kalau tulang yang ada sedikit isi, memang pernah masak seperti ni. Makan dengan roti sedap! sedut pulak sum sum nya, lagi best.....tapi tak leh makan selalu lah. Wed 12-Mar-2008 10:19
Posted by:mummy jam  - [Link]
Gear box.apa itu...!! kalau disini dipanggil, tulang kambing atau lembu..dan sop tulang selalaunya kambing..sedap lah kalau dimakan dgn roti perancis... Kek nya lawa ler... cantik dan tengkiu berkongsi resepi... Wed 12-Mar-2008 11:37
Posted by:MamaElla  - [Link]
Ehhh sup gear box merah? Bila sebut sup gear box, Sab terbayangkan sup la.. heheheh warna putih la... biasanya..
Kek marble pisang tu yang paling menarik selera Sab. Walaupun Sab tak suka pisang kecuali pisang goreng tapi Sab rasa kalau ada depan mata kek ni mahu Sab merasanya jugak.. Terliur laaa
Wed 12-Mar-2008 12:20
Posted by:Sabrina  - [Link]
Sedapnya tengok sup tu....belang kek pun dah lawa la tu... Wed 12-Mar-2008 13:27
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Salam perkenalan... sedap sungguh sup gear box tu ye Wed 12-Mar-2008 13:56
Posted by:Emy ezhanerfan@yahoo.com  - [Link]
mamasya..mekasey..sudi..cuba..ngheeee..gheeeee..dah lama..ku tak update fotopagesku..sudah rindu..huhuhu..heeeeeeeeeee..kita..time ngundi tak kelik gak..windu dah nie kat KB.....pssstttt..bila...balik???raya..nie balik tak..mai..ler..raya umah..kiter..dekat jer..ngan mamasya..*kalo..kelik..cakap..neeeee.. Wed 12-Mar-2008 14:12
Posted by:zuhri  - [Link]
terliur weh kat kek pisang tuh.....mama naper tak blk ngundi? hehehe
Kb mmg makin meriah skang nih....shopping2...
Wed 12-Mar-2008 15:03
Posted by:inaa  - [Link]
Salam kenal...

meriah nye FP akak ni.. byk menu mknn le.. nampak sodap ajoo.. heheh..
anak2 nye sume HERO ke? waa.. hebat tul.. hehehe

Senang2 singgah la FP sy..
Wed 12-Mar-2008 15:26
Posted by:Ezza  - [Link]
>> sedap sedap belaka ni...
>> mula mula dulu terfikir juga apa benda sup gear box ni...
>> ingatkan gear box kereta dimasak sup...
Wed 12-Mar-2008 16:55
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
mamasya.... nampak sedap la kek pisang tu... boleh guna apa² pisang jer ke?? rinz x penah try lagi la.. tapi pas nie rasa nak try la... tak pun mamasya hanyut kan kek tu kat muara la kut² boleh sampai labuan Thu 13-Mar-2008 00:46
Posted by:rinzura  - [Link]
Salam mamasya yg comei, hehe. Akak dah poskan buku tu kat ur friend hari selasa lepas. Sorry terlambat cakap. Have a great day, k? Thu 13-Mar-2008 00:49
Posted by:norz
uiks.. sup gear box tuh.. kena sedut dgn straw nih.. sedappp..
nak cuba ler buat kek marble pisang tuh.. biasa buat kek pisang ajer..
Thu 13-Mar-2008 01:15
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
akak...saya ni belek2 tak jumpa plak akak punya personal email..saya ada perkara skit ni nak mintak bantuan akak kat bunai tu..bleh tak? Thu 13-Mar-2008 02:50
Posted by:wawa  - [Link]
Cantik lah kek pisang di belang kan bergitu, idea yang
baik nanti auntie nak cuba
Thu 13-Mar-2008 14:23
Posted by:umi-kal  - [Link]
SILALAH LAWATI LAMAN WEB KAMI http://tropika.r8.org @ http://butik_tropika.fotopages.com UNTUK MELIHAT KOLEKSI PAKAIAN,BEG,KERONSANG DAN TUDUNG DI BUTIK KAMI Sat 15-Mar-2008 10:53
Posted by:unnamed  - [Link]
aduh ...dah malam ne...lapar giler...mamasya tolong..lapar nih... Tue 18-Mar-2008 11:39
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.