Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 19-Mar-2008 07:06 Email | Share | Bookmark
Tempahan Kek Pertama

 
 
 
 
kek belum masak
dah masak
 
 
 
 
 
 



Tak sangka dapat tempahan kek pada minggu lepas utk disiapkan pada hari ini,19/3 sbb tak pernah ambil sebarang tempahan sebelum ini.Bila dpt tempahan ni, takutpun ada pada mulanya...takut kek yg dibuat tak menjadi hasilnya. Jadi pujuk diri sendiri apa salah mencuba.

Kek birthday ini ditempah oleh Wawa kenalan siber yg baru dikenali dari Kuala Lumpur sebagai surprise birthday untuk kawannya yg berada di Brunei. Mmg suprise betul kawannya semasa menerima kek ini...happy pun ada, mana nak sangka menerima kek dari teman yg jauh.
Kek dihantar tgh hari tadi masa on the way nak ambil anak di sek. Kebetulan sekolah anak sebelah pejabat kawannya...mmg lalu setiap hari kat situ. Tak sangka juga Wawa sudi menempah kek, maklumlah buat kek selama nipun deco yg simple untuk makan sekeluarga.
Nasib baik Wawa bagitau kek tak payah letak bunga. Memang tak kreatif nak buat bunga...kang apa2 bunga direkacipta pulak... . Kek ni letak 'pagar' dari wafer coklat. Dapat idea buat 'pagar' keliling kek dari K.Roy, tq k.Roy .. kerna sudi bagi tip cam na nak lekat biskut tu dengan kek.
Dah dpt message dari Wawa..dia puashati dgn kek itu..cantik dan sedap kata kawannya.Terimakasih Wawa kerna sudi tempah kek...
Kek yg dimasak utk birthday kek ini adalah chocalate moist cake resepi k.Mis, yg dicopy dari Fp K.Anim.Mmg moist dan sedap kek ni sbb dah buat sebelum ini. Tq K.Mis dan K.Anim kerna kongsi resepi ..

Quote:

CHOCOLATE MOIST CAKE K.MISLIHA
Sumber Fp K.Anim resepi asal Fp K.Misleha

BAHAN-BAHANNYA
250gm Butter
300 gm Castor sugar
1tbs Ovalet
6 biji telur

250 gm All purpose flour
2tsp soda bicabonate
1½ tsp baking powder
Secukupnya Chocolate Chip

PASTE
1 cawan Coco Powder
60 gm Castor Sugar
1¼ cawan Air


CARA-CARANYA
1. Pukul butter + castor sugar + Ovallet sehingga kembang
2. Masukkan telur sebiji-biji
3. Masukkan tepung berselang-seli dengan paste
4. Tuang adunan ke dalam tray berukuran 10 in
5. Bakar 160 mengikut kesuaian oven selama 1 jam

Manakala kek kedua ni jugak cho moist cake resepi yg sama..designpun lebih kurang sama dgn kek yg ditempah. Kek ni dibuat 2 minggu lepas untuk dibawa sebagai buah tangan semasa menziarahi kawan yg baru bersalin...bukan utk ibunya tp utk anak2nya...
Oleh kerana loyang digunakan agak besar maka potong 1/3 tinggalkan di rumah utk anak2. Tinggalkan sikit aja kat rumah sbb masih ada baki kek coklat yg dibuat sebelum itu. Sejak akhir2 ni selang seminggu baking cake coklat... badanpun dah bau coklat, baking utk anak2, mamanyapun pulun sama.. pipi nipun dah naik tembam...

Kat rumah kawan, dia siap hidangkan pula kek yg dibawa utk kami anak-beranak dan keluarganya. Apalagi anak2 bila nampak kek coklat mmg makanlah.Lagipun mereka tak perasan yg itu kek mamanya yg buat. Sabor ajalah nengok anak2 makan.... org tua2 cakap buruk siku makan atau ambil apa yg kita telah berikan...






Buah tangan utk kawan, Cho moist cake...


Ni baki 1/3 kek yang ditinggalkan di rumah. Hias jugak sikit2...nak ceriakan seisi keluarga...

Buat teman2 semua...maaf tak sempat nak balas komen lagi dan buat kunjungan balas. Nanti ada kesempatan akan lawat rumah kawan2. Terimakasih semua kerana sudi singgah Fp ini. Jua nak ucapkan Salam Maulidur Rasul dan selamat bercuti buat semua....
Quote:

jasmeen-kek coklat ni Jas...
MaDiHa-lama betul nak upload gambar.itu yg kena letak notis masih edit.tq Madiha , baru cuba ambil tempahan...
Kak Leen-tq K.leen. sama jugak utk K.leen semoga murah rezki. lain kali jgn main sembunyi2 k.Leen, ramai rindu dgn k.leen...
wawa-Sama2 Wawa. terima kasih jugak utk Wawa kerna sudi tempah kek dgn akak....
masriyah-tk Yah, mmg lambat upload gambar..slow betul Fp..
kak jie jie-tk K.jie,mmg lambat update dok cari idea nak design kek itu..:
anis-deco sikit2 aja. tak kreatif sgt...
mamazieza-tk mamazieza...
ctnik-Tk Ct, byk kena praktis lagi baru secantik kek Ct..
Ida Natrah - k.Ida cubalah..mana tahu ada bakat terpendam deco kek...
umi solehah- belum ada bakat jadi tokeh kedai...
rinnchan-tq, k.Rinn dtg jln2 Brunei nanti dpt kawan kat sini pula...
Niza-kalau dekat boleh hantarkan kek ni...
mama @nis-tq mama @nis, baru nak cuba ambil tempahan..
Abah along-tq Abah along,satu cadangan yg baik..
WanZee-tq WanZee. tak pandai buat bunga letak pagar2 keliling kek..
aishah@ummiaqil -salam aishah@ummiaqil,lama tak dengar cerita dari aishah@ummiaqil. teringin jugak nak buat kek canggih tp kena asah skill deco dulu..
MamaFaMi-tq mamafami.mula2 tak yakin jugak tp bila fikir2 kena cuba sbg cabaran ....
umi-kal-tq auntie...
roylazim-tq K.Roy,nasib baik k.Roy bagi tips tu..
Nur -tq Nur, tak pandai deco bunga2.sekadar hias ringkas gini..
srsfeqah-tq Fekah...
soulha-tq Sue,mula2 tak berani jugak nak deco kek tp pujuk diri sendiri yakin boleh..
unnamed-Waalaikummusalam.betul tu, mmg seronok org hargai hasil kerja kita,hilang penat membuatnya...
bqipower-sama ketiga2 kek ni, cuma yg belen tu nampak lebih hitam..
hijanahhafiizhsakura-kek ni kdg2 jadi elok,kdg2 tidak wpun kita ikut sebijik resepi.masalah suhu dan bekaspun mempengaruhi kek..
Hajar-tq Hajar, kek deco simple, belum pandai buat bunga. kalau dkt minta Hajar ajarkan cam na buat cc bunga ros itu...
jeff-tq bro, baru cuba deko kek besar gini..
kakmOn -tq k.mOn, dpt semangat dr k.mOn gak ni terima tempahan..
kamalina-tq Kamalina.mmg seronok bila org puas hati dgn hasil kita. kalau kek tanpa bunga berani jugak mencuba.tp kalau bunga2 kena surrenderlah.kalau silap deco..mahunya nangis nak buat balik.budak2 mana faham buruk siku ni..nak larang rumah org pulak tu...
Lee Lin-tq Lee Lin..
lieya *mama damia & mirza-tq lieya atas ucapan itu.baru nak cuba ambil tempahan..
ummi-tq k.ummi, sayapun tak seni orgnya. deco simple gini bolehlah. tp mana tahu k.ummi ada bakat terpendam mendeco kek....
iza~mama haikal-tq iza.baru nak cuba ambil tempahan.kalau dkt boleh ambil tempahan iza, tp akak dok jauh...
MaDiHa-bubur lambuk mmg sedap...tambah letak pucuk midin...
ina-Waalaikummusalam Ina. Terimakasih byk2 kerana selalu lawat Fp ni.Ina staf RTB ya? masak-memasak dah jadi hobi baru skrg,tu yg Fp selalu ada masakan.mula serius masak hanya selepas berkeluarga. tak pernah pergi kelas masakan.sekadar tengok resepi dan cara2 mak masak atau program masakan.Inapun boleh pandai masak..kalau selalu tengok resepi dan mencuba sendiri...
tariqzaidanirah-tq mama Irah...
yong*ibu Chempaka-tq Yong.kek choc moist resepi k.mis n mmg sedap..anak2pun suka..
boxhousestudio-tq k.Tun, mmg berdebar dpt order,mula2 takut tak jadi..lepas tu berdebar tunggu komen org pulak..
aima-kalau dkt mmg pos sebijik buat Aima tp kalau terima nanti,rasanya pagar kekpun dah patah riuk kut..
baayah-tq baayah,harap2 gitu...baru nak cuba ambil tempahan...
dayang-Dyg apa kata kita tukar suka sama suka dgn kek lapis Dyg itu...
man'zila-tq Zila.kek ni antara kek coklat yg sedap yg pernah dicuba..mmg yummy apatah lagi letak topping coklat..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net