Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 21-Mar-2008 12:05 Email | Share | Bookmark
Sambutan Maulidur Rasul 1429

Padang tempat acara bermula
pasukan meriam
Antara pasukan yg mengambil bahagian
Antara peserta perbarisan
di khemah menunggu acara bermula
lagi kumpulan yg terlibat
kumpulan dari Indonesia
tembakan meriam
bersiap sedia utk berbaris
kumpulan Pakistan di sini
Sultan bersalaman dgn peserta
Sultan bersalaman dgn peserta
Sultan bersalaman dgn peserta
Sultan bersalaman dgn peserta


Sultan bersalaman dengan sebahagian peserta perarakan.

Semasa hari Maulidur Rasul pd 20 Mac lepas, husben turut terlibat bersama-sama pasukan pejabatnya menyertai perarakan Maulidur Rasul yang diadakan sebelah pagi. Sebanyak 124 kumpulan yg menyertai perbarisan. Memang sengaja minta tolong husben bawa kamera untuk mengambil gambar2 sekitar perarakan sebagai kenangan dan utk dikongsi bersama. Perarakan adalah sejauh 4.3 km di sekitar kawasan Bandar Seri Begawan.
Sebelum berarak Sultan Brunei dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah meluangkan masa bersalaman dgn sebahagian dari org ramai yg menyertai perarakan. Husben telah berpeluang bersalaman dgn Sultan Brunei buat kali kedua. Kali pertama bersalaman semasa majlis Istana terbuka Aidilfitri yg lalu. Kawan2 husben buat joke, lepas salam jgn sapu tangan..ambil berkat Sultan...
Jom tengok gambar2 yg sempat dirakamkan....




Lagi gambar Sultan bersalaman dengan peserta.



21 das tembakan meriam di tembak keudara sebelum perarakan.



Turut serta berarak, Persatuan Dewan Perniagaan Orang Pakistan Islam Di Brunei.



Antara peserta perbarisan yg sempat posing sebelum berarak...

Manakala pada sebelah petangnya kami memenuhi undangan dari jiran untuk menghadiri Majlis PengIslaman di rumahnya. Majlis bermula jam 3.35 ptg dan sebelum itu kumpulan Marhaban memperdengarkan 'Dikir'/Zikir. Ni pertama kali menyaksikan upacara org memeluk agama Islam.
Sebelum majlis bermula, saudara baru berkenaan yang merupakan maid tuan rumah yg berasal dari Filifina, melafazkan ikrar yg dia ikhlas untuk memeluk agama Islam dalam bahasa Inggeris (Kebanyakan pekerja Filifina di sini bertutur bahasa Inggeris dan tidak fasih berbahasa Melayu). Kemudian diikuti dengan pengucapan dua kalimah syahadah. Maka sahlah beliau memeluk agama Islam. Alhamdullilah bertambah seorang lagi umat Islam.
Kemudian beliau yg dipakaikan dgn baju kurung dan tudung putih siap bersolek cantik dibawa berjumpa tetamu perempuan yg hadir utk bersalam-salaman. Masih muda saudara baru ni,macam pengantin baru. Para tetamu menghadiahkan sampul surat yg mengandungi wang sebagai tanda hadiah kepada beliau . Beliau turut diiringi oleh beberapa org pengiring. Para pengiring dan kaum kerabat terdekat tuan rumah semuanya memakai baju kurung dan tudung putih.
Selepas itu semua tetamu dijemput makan dengan hidangan mee goreng, sate dan pelbagai kuih-muih. Segan pula nak ambil foto majlis sbb baru kenal dgn tuan rumah.
Ni petikan akhbar ttg Majlis PengIslaman berkenaan;
Quote:
Filipino Woman Embraces Islam
By Achong Tanjong

Bandar Seri Begawan - A Filipino woman, Mary Rose lbas Recio, who has been in Brunei for several years, embraced Islam yesterday during a conversion ceremony held in conjunction with Maulud Nabi, the birthday celebration of Prophet Muhammad (peace be upon him).
She is now known as Dayang Rasyiqah Maisarah bte Abdullah Recio.
The conversion ceremony was held at the residence of Awg Shahrol Hj Ahmad in Kg Madang, Brunei-Muara.
The Islamic Dakwah Centre, Ministry of Religious Affairs, said that it has recorded an increasing number of new converts in the country. -- Courtesy of Borneo Bulletin


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net