Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Mar-2008 14:31 Email | Share | Bookmark
Mihun S'pore,Pau & Talapia Bersambal Tomyam

adunan pau mula kembang
pau dah masak
pau inti coklat
anak2 di library
b'nan library dr luar
 
 
 
 
 


Dah lama betul tak masak mihun S'pore sbb kali terakhir masak, kurang dapat sambutan di rumah... Tapi bila kawan2 masak mihun S'pore ni terliur pulak dibuatnya. 2-3 hari lepas goreng mihun utk sarapan. Tak sangka pulak kali ni dpt sambutan... habis licin dimakan ...


Ini mama punya mihun,letak cili jeruk lagi sedap mkn....



Pau ni buat masa tengah hari utk minum petang. Dah beberapa kali buat pau sbb sekeluarga suka. Apatah lagi kalau inti kacang hitam, mmg favorit. Tapi yg buat sebelum ni tak berapa puas hati hasilnya sbb tak gebu sgt, mungkin tak cukup lama biarkan adunan pau kembang. Tapi buat kali ni ok hasilnya sbb biarkan adunannya cukup kembang, barulah diuli balik utk letak inti. Inti kacang ni beli paste kacang hitam yg dah siap, macam biasalah malas betul nak merebus kacang.... Beberapa biji pau pula letak inti coklat. Tapi inti coklat ni tak pass pulak buatnya...inti keluar meleleh dari kuih pau setelah masak...



KUIH PAU
Sumber Fp K.Liza. Tq K.Liza kongsi resepi....

bahan.
500 gm tepung pau atau tepung gandum
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
2 s/k yeart mauripan
2 s/b shorterning
250 gm air suam

Cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.







Masakan ikan bersambal ni masak minggu lepas ikut resepi K.Jie. Cuma ikan keli ditukarkan dengan ikan talapia sbb susah nak dpt ikan keli . Sesekali aja ada jual di sini. Tapi ikan talapia ni mmg byk kat pasar skrg dan hargapun agak murah jugak, 2 kg dlm RM11.50, manakala yg masih hidup sekilo RM11.50. Pada sebelah malamnya ada lebih ikan yg dimasak, jadi goreng sekaligus sambal dgn ikan...lagi sedap dimakan sbb sambal sebati dgn ikan. Tq K.jie kongsi resepi....

KELI / TALAPIA BERSAMBAL TOM YAM
K.Jie Jie

Bahan
3 ekor ikan keli~dibersihkan dan dipotong 3(direndam dengan air beras+asam keping+sikit tepung gandum)-saya ganti dgn talapia
1 sudu kunyit
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1 sudu gula
1 kiub tom yam~tak taruk pun tak ape tapi kalau buh ia lebih ummmph)
4 helai daun limau purut
1 keping asam keping

Bahan kisar

4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
10 biji cili kering
8 biji cili api ( tak suka pedas boleh kurangkan)
4 batang serai
1 inci halia
tomato

Cara
1. Ikan keli dibersihkan dan dilumur garam dan kunyit - ganti talapia
2. Goreng ikan sehingga garing.
3. Susun ikan di dalam pinggan.
4. Panaskan minyak(bukan minyak goreng ikan ye) dalam kuali, tumis bahan kisar, garam, daun limau purut dan asam keping hingga naik bau dan sedikit garing
2. Masukkan gula dan biarkan naik minyak.
3. Curahkan sambal ke atas ikan keli goreng tadi. siap.





Bangunan perpustakaan baru di Lambak Kanan.

Skrg di sini sekolah sedang cuti penggal hingga 30 Mac 2008. Jadi nak memenuhi masa cuti anak2 bawa mereka ke perpustakaan yg terletak beberapa km dari rumah ptg semalam. Perpustakaan ni kira macam perpustakaan daerah dan baru dibuka dlm minggu ini. Bila dah masuk perpustakaan ,suruhlah mereka pilih buku utk dibaca sementara mamanya cari majalah. Baru setengah jam di library tengok beberapa biji buku mereka dah ajak balik sbb tak boleh bising dan main2.... . Apa lagi baliklah...tak berjaya misi ke library... .Masa balik tu tersalah jln pula...terpaksa pusing mencari simpang ke jln utama utk menuju ke rumah.....


Anak-anak dalam perpustakaan.....
Quote:

yong*ibu Chempaka-talapia ni ikut resepi K.jie...
ctnik-dah pencen ke...jom Ct kita mulakan semula projek nguli..
kak jie jie-terima kasih juga K.jie krn sudi kongsi resepi.aaa..ni perpustakaan berdekatan rumah,anak2 kejap aja baca buku..bosan kata mereka..
masriyah-kat rumah inti kacang mmg laku.cuba letak inti coklat tp meleleh pulak coklatnya..
zai -bihun S'pore paling mudah disediakan.dah tengok Fp Zai...
Yati-samalah kita Yati, mmg pancing udang dulu..
lieya-sama2 Lieya,resepi nipun copy dr K.liza.cubalah Lieya mmg menjadi.InsyaAllah anak2 lieya bila besar nanti rajin2 jugak..
srsfeqah -betul tu Fekah mmg sedap letak cili jeruk. cili jeruk mmg selalu ada stok dlm peti ais. Syazrin tak ikut dia tidur..
kamalina-dah kenal ni,jgn merajuk lagi ya Kamalina.. Pink favorit kaler.aduhai macam bendera Pahang ke... Kamalinapun kulit cerah jugak.sejak di sini baru rajin buat sendiri pau, kalau kat M'sia mmg beli..lagipun murah. ikan sambal tomyam ni kalau ganti ayam rasanya tak sesedap ikan...
rani -tekaan yg tepat Rani...tp pau ni lagi gebu kut..
cikwan-dah tengok pau cik wan..menjadi elok jugak..
umi solehah-tak pasti T ttg mee siam/mee cina sbb tak pernah mkn.tp mihun S'pore sempoi aja bahan2nya. bukan org Brunei,asal Kelate..
MaDiHa-betul agakkan MadIha tu... inti kacang ni beli yg dah siap,kalau buat sendiri mmg malas juga.aaa...ada tengok resepi tu bihun tu,nampak sedap jugak. nanti nak cuba kuih cara tu.tq MadiHa kongsi resepi..
princessharyati-kalau tak gebu tak laku ..
Hajar-salam Hajar, nunggu baby besar boleh mula nguli...
lee lin -ramai peminat mihun ni..
mummy jam-buat sebelum ni tak laku tp kali ni laku pulak bihunnya..
Zai-laju Zai update Fp. entry secret recipe dah tengok..
KakLeen -byk KakLeen order...habis tak mkn ni,kata nak diet.. setuju K.Leen buka gerai....untung nak bagi 2 ke.mmg molek benar..
hazie-
Sabrina-betul tu Sab,mihun ni letak cili jeruk lagi ummpp. bahan utk mihun S'pore ringkas aja..
MamaFaMi-cubalah mamaFami, sedap rasanya dan sempoi tul..
unnamed-dah siap hidang utk K.jun ni...jemput makan..
soulha-susah nak dpt stok bihun kat sana ya Sue. Sue dah cuba ya pau goreng..roti goreng kelate.bila nak tempek kat Fp..
jeff-biasanya kalau ada jamuan,org suka hidang mihun ni..
reen-betul sukatan air utk pau dlm gm..mmg ditimbang masa buat.dah confirm dgn K.Liza,pemilik asal resepi ini. ..
roylazim -kali ni buat jadi ok..buat sebelum ni tak gebus sgt..
Nur-kitapun rindu dgn Nur...mana menghilang sepi minggu ini.. . tak payah hulur pinggan Nur..jemput mkn sama2.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net