Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 27-Mar-2008 12:58 Email | Share | Bookmark
Roti Arab & Dpt Hadiah Lagi

Kari Ayam
Roti Arab sedia dimkn
dah masak
tunggu roti naik sebelum goreng
roti digoreng
hidangan mama
aksi Syazrin mkn roti
lagi aksi Syazrin
tgh ngunyah roti
Syazrin bergambar dgn hadiah
gambar terbaru Syazrin
Syazrin dgn abg2nya
 
 
 


Lepas kenyang makan mihun S'pore kita terbang ke Arab mkn roti Arab pulak... Jauh betul terbang cari roti.... Roti Arab ni resepinya copy dari Fp Sue di Mesir....tq byk2 Sue kongsi resepi...
Kebetulan semasa masak kuih kari ayam untuk lunch beberapa hari lepas , tiba2 terlintas alangkah sedapnya kalau kuih kari ni cicah dgn roti... . Tu yg terus capai tepung nguli roti kebetulan semua bahan ada di rumah dan rancang roti ni buat minum ptg nanti. Roti Arab mudah tak payah bakar dlm oven, goreng atas kuali tanpa minyak,jimat...
Lepas masak tu abg yg sulong minta mkn dgn coklat, kemudian mkn dgn kari ayam pulak.Tanya abg yg mana lebih sedap...pasti kuah kari letak byk2 kuah,habis 1 1/2 kpg dia makan.Mamanya pula habis 2 kpg...

ROTI ARAB
Sumber Fp Soulha Cairo@Sue, resepi asal k.Liza.

Bahan
500 gm tepung hi-protin ]
1 paket yeast..mauripan ] gaul rata
50 gm gula kastor/halus ]
Secubit garam
250 ml air suam
6 s/b shortening +++++ guna butter jer.
Cara

1 . Masukkan semua kedalam adunan tepung dan uli dengan rata selama 30 minit.
2. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab.
3. Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 atau 45 minit)
4. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angin keluar.
5. Bahagikan supaya menjadi ketulan keci.
6. Leperkan dan biarkan adunan naik semula [dalam 15 minit].
7. Masukkan adunan yg telah naik dalam kuali tak lekat [non-stick pan]...jangan gunakan minyak.
8. Panaskan dgn api yg paling kecil. Tutupkan kuali.
9. Masakkan dua-dua belah adunan sehingga agak kekungan/garing.
**Buat 1/2 adunan , dpt 8 kp saiz sederhana



Ni pinggan mama punya....


Model roti Arab,posing sebelum makan.....
Ini pula antara masakan yg dimasak sepanjang minggu ni dan minggu lepas yg sempat diambil gambar....kebanyakkan menu ulangan. Masak ayam bakar madu lagi sbb dah lama tak makan ayam bakar kebetulan nak habiskan sos bbq. Ikan bilis letak terung pipit ni ikut resepi K.Liza. Daging goreng tu goreng biasa aja..letak halia,bawang putih dan bawang besar dan sedikit kicap cair. Resepi ayam bakar madu dan laksa ada di link sebelah.





Dpt hadiah lagi... tp bukan hadiah dari teman siber. Hadiah kali ni adalah dari cabutan bertuah yg diperolehi oleh husben 3 minggu lepas semperna majlis makan malam tempat kerjanya. Hadiah merupakan sebuah deep fryer. Di majlis yg sama tahun thn lepas husben dpt hadiah cabutan bertuah jugak, sebijik microwave. Dpt hadiah pastilah seronok wpun deep fryer ni mmg jarang guna. Ada beli sebijik dulu tinggalkan di M'sia..


Syazrin lepas jadi model roti Arab , jadi model hadiah cabutan bertuah pulak...


Ini gambar terbaru Syazrin yg diambil ptg tadi semasa pergi Giant. Giant pertama di Brunei baru dibuka pada 22.3.2008 yg lepas....
Quote:

kak jie jie-kari ayam cicah roti Arab..
Dayang-Dyg dtg masa rumah tgh kemas..tak sempat nak hidangkan utk Dyg..
MamaFaMi-masakan yg lepas yg sempat disnap fotonya...
masriyah-jom Yah nguli roti Arab pula.. kat sana sejuk sedap tu cicah dgn kari.Syazrin habis sebijik roti...
KakLeen- nampaknya tak dpt kita berbesan k.Leen.anak2 saya semua hero..
Ezza-ada menu baru..nanti dtglah jamu mata...
sitione-rahsia selalu menang..ehmm..biarlah rahsia.. tak ada rahsialah Ct,mungkin rezki murah kut selalu dpt.kalau Danial suka senang sikit sbb roti ni tak payah tebar2..
norz-Salam k.norz.kebetulan tu hadiah yg dpt brg2 dapur..selain tu masa raya dpt jugak set dinner plate..seronok mamanya...
hanieliza-roti ni sedapkan K.Liza, saya baru pertama kali buat sendiri. resepi asal dari K.liza...
zanaz-mmg betul tu...jauh cari roti ni. famili suka pulak roti ni. ..
baayah -model roti Arab sporting sikit..mintak posing mmg selalu nak..
MaDiHa-bila dah kepingin tu mmg laju buat,tambah angin rajin melanda skrg... Syazrin sihat, cuma selera mknnya menurun sikit lepas semboh dari batuk hari tu..
lieya -Syazrin mmg selalu kena jadi model masak mamanya... Jemput dtg lieya nanti akak hidang roti Arab ni, tak cukup 2 keping...boleh tambah lagi..
kamalina-nguli pakai mesin ni Kamalina. angkut dr M'sia masa balik cuti yg lalu,tu yg rajin buat roti.tp kalau uli guna tangan mmg kurang rajin... mmg senang buat roti ni..anak2pun suka mkn cicah kari.aaa..masa raya dpt hadiah dinner set..syok juga memanjang dpt brg dapur. Giant ni satu2nya shopping center oversea yg ada di sini.lain2 yg local punya...
kak jie jie-mmg senang roti ni kak jie jie, tak perlu tebar2 dan pakai minyak..
Emy-sama2 Emy..
aima- mmg kebetulan hadiah yg dpt guna kat dapur ...
dayang-bykpun boleh Dyg..hulur pinggan cepat..
ida isk-yg abg2 susah nak jadi model, Syazrin selalu yg jadinya...
Big Mamma Bukhari aka ati -samolah kita T org Kelate,ingatkan T org Phg.boleh lagi kecek kelate..mano tok lehnya.T jauh lebih muda dari mamasya. anak 4 hero, Syazrin yg bongsu. betul tu T petua rajin ke dapur.buka restoren..belum ada tokoh jadi tokey. Bestnya kelik kg...
Yati-mmg lembut roti ni Yati. model ni anak yg bongsu..
Lee Lin- dgn mamanya FOC..
sitiazma-aduhai cam na boleh salah rumah..tertukar alamat ya Siti...
Anis-Anis nak makan laksa ke...kalau dkt boleh hulur sepinggan dgn roti Arab ni...
kakmOn-jauh terbang cari roti ni k.mOn... boleh buat pizza crust dgn roti Arab.. boleh cuba ni..
umi-kal -boleh cuba Auntie roti ni..senang ..
anese -anese peminat roti Arab ya.mmg mudah buatnya. Alhamdullilah rezki dpt hadiah brg eletrik..
iu -mahal jugak kat sana. uli sendiri iu, jimat dan puas mkn sekeluarga..
mklang-mmg best dpt hadiah tp belum rasmi lagi mklang. bawah mata Syazrin tu merah macam ada ruam...tp skrg dah semboh.Syazrin ikut mamapun ada ikut abah pun ada gak...
mama @nis-kalau mak yg buat lagi sedap ni.sesekali ubah citarasa..
unnamed- sesuai kalau dpt posing dgn Kasih..
Niza-lebih kurang roti Nan..mmg sedap dan senang buatnya.dulu dok Leeds..10 thn lepas. bila lah dpt ke sana lagi..kena kumpul duit dulu..
jeff-cubalah bro..sedap cicah kari..
soulha-roti Sue buat hari tupun elok jadinya , tu yg berkenan nak buat jugak. nak peluk ala2 Arab jugak Sue sbb buat kita terliur dan family suka dgn roti ni..
kak rus-ohh ada resepi lain utk roti ni ya. Sila cuba k.rus roti ni mmg sedap..
mummy jam-aaa..mummy roti ni jln jauh..lepas ni singgah mana pula..
Sabrina-Sab pun peminta roti Arab ya.dpt sarapan dgn roti Arab cicah sardin sedap ni. mkn tempe dgn tauhu dgn kuah kacang ya Sab..
zaiy-Roti Arab mudah jugak buatnya. zaiypun suka laksa...samalah kita. dah sampaikan salam utk model roti Arab...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net