Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 30-Mar-2008 00:46 Email | Share | Bookmark
Tema Hijau

Donut sebelum goreng
siap utk dimakan
lagi donut
donut coklat
donut coklat
 
 
 
nasi lemak hijau
hidangan sampingan
 
 
siap utk dimkn

Entry kali ni ialah tema hijau...bukan majlis saja ada warna tema tp entrypun ada tema jugak.... .
Mulakan dengan hidangan nasi lemak hijau dr resepi CMG yg dibuat minggu lepas. Ingin mencuba resepi ini memandangkan di rumah daun pandan merimbun, tak tahu nak buat apa selain kuih.
Hidangan sampingan yg turut dihidangkan bersama nasi lemak hijau ialah sambal sotong, telur dadar,ikan bilis dan timun. Mmg satu kelainan nasi lemak ni sbb bahan2nya ditumis dan bau wangi daun pandan....

Nasi lemak Hijau
Sumber Blog Mat Gebu ; http://tiffinbiru.blogspot.com/. tk..

Bahan-Bahannya
4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. toskan- saya guna beras wangi
1 biji kelapa diparut - saya guna 1 pkt santan debu
10 helai daun pandan, dikerat2 kecil*
1 cawan air*(*dikisar halus)
2 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
5 biji bawang merah kecil, dihiris halus
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
*saya tambah sedikit pewarna hijau bagi lebih terang warnanya

Bahan Sampingan
Sambal tumis udang - buat sambal sotong
Hirisan timun, Tomato ceri/plum (optional)
Ikan/ayam goreng, Telur dadar
Cara membuatnya

1. Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambah air secukupnya, ramas dan perah hingga mendapat 6 cawan santan (gunakan cawan yang sama untuk menyukat beras). Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice cooker. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia titik dan serai titik tadi hingga harum. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg disimpul.
3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam, biar mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi. Tekan "ON" dan masak seperti biasa, bila nasi masak, balik2kan nasi menggunakan chopstick. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2.
4. Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan sebelum dihidang.. selamat mencuba!!






Kenyang makan nasi lemak hijau, donut hijau pula.... Selepas selesai kelas deco cc di rumah k.mOn ptg Ahad lepas, sempat berborak kejap dengan k.mOn. Antaranya tentang green tea donut di blog k.mOn yg nampak sedap. K.mOn langsung bagi serbuk green tea untuk dicuba di rumah nanti. Bila dah ada semua bahan maka mulalah projek green tea donut. Kebetulan anak2 masih cuti sekolah, mmg mesti ada makanan di dapur sbb mereka akan keluar masuk dapur cari apa2 yg terhidang...
Oleh kerana white cooking choc hanya ada sekeping di rumah, tak cukup utk salut semua donut. Maka donut yg selebihnya dicelup dlm coklat biasa.Anak2 kalau donut mmg suka... seronok mereka makan.Lagipun donut ni lembut dan rasa nyummy.... .

Green Tea Donut
Sumber Blog K.mOn; http://ninasayu.blogspot.com/. Untuk k.mOn ni pantun 2 kerat; terimakasih daun keladi.. donut k.mOn sedap sekali....

Ingredient
A
200g high protien flour
100g super lite flour(you can use self-raising flour though)
50g milk powder
1 teaspoon green tea powder
1 teaspoon bread improver
20g unsalted butter(chunk) room temp
20g shortening(chunk) room temp
1 egg yolk room temp
*Extra water if needed
*Extra flour to dust
B
200ml luke warm water
11g instant dried yeast
2 tablespoon caster sugar
(Mix them all in a clean glass bowl - leave for 10 minutes)
C
250g + 50g(for drizzling) v.good quality white chocolate
1 tablespoon unsalted butter
1 teaspoon green tea powder

Melt the butter and 250g chocolate in a bowl(double boiler).
Reserved 50g white chocolate(melted) in a plastic piping bag for garnishing.
Add in the green tea and mix well.
Method:

Put all the ingredient in a cake mixer, use a dough hook to mix well.
Pour the (B) mixture gradually. Add extra water if the mixture is still dry. Knead the dough until a smooth round ball formed.
Prove for 30 minutes and so, depends on your room temp.
Roll out on floured pastry board to a thickness of about 1/4 inch.
Cut out with doughnut cutter / scone cutter
Leave them to rise for about 30minutes, then deep fry till golden brown.
Cool them and dip into (C) and drizzle with melted white chocolate. Walah!







Quote:

KakLeen-tu yg buat terpikat dgn warna hijau ni K.leen, sbb menawan dan sejuk mata memandang. tp k.leen dtg rumah dok kemas..kalau tidak boleh jamu mata dgn nasi dan donut hijau itu..
hanieliza-betul tu K.liza, nampaknya kena buat tema biru pulak lepas ni ...
umi-kal-yg menarik donut ni Auntie, selain rasanya warnapun sikit hijau sbb teh itu. tak kisah brand apa rasanya..
kak jie jie -aaa..betul tu K.jie macam buat nasi minyak.serbuk tea ni boleh dpt kat supermarket bahagian tea & coffee. ..
fifi fad-fifi peminat hijau jugak...
din-Rajin memasak utk mkn sekeluarga sbb jarang mkn kat luar. yg bongsu mmg dari kecil badan berisi, abg dia biasa saja...
kamalina-bila dah jln2 kat Fp..blog, mana yg terliur tu mmg terus buat experiment tp ikut mood juga kalau tidak menu ulangan saja.nak kena ketuk ke..luculah Kamalina ni... .. jom kita nguli donut.. pasti anak2 Kamalina suka tambah letak topping coklat..
mallan-betul husben Mallan cakap...mmg masakan Melayu byk yg letak warna hijau terutama kuih muih. warna hijau lembut menawan apatah lagi dgn daun pandan yg wangi baunya..
soulha,cairo -nasi lemak ni ada kelainan sikit sbb letak air daun pandan dan bahan2 ditumis.anak2 kalau donut mmg favorit mereka..tp yg ada toppinglah,kalau gula tak berapa sgt..
dayang-syok kan kalau kita berjiran.nanti asyiklah hulur pinggan ngendeng kek lapis Dyg yg mengancam itu..
kakmOn- K.mOn...kan virus ni bawak dr rumah k.mOn hari tu... terus merebak ke rumah ni pulak...
sitiazma -tulah serbuk hulk hogan dpt dari K.mOn..habis semua hijau jadinya.tul tu kita berdua skrg tersampuk virus hijau.. harap2 tak mengamuk cam hulk hogan lepas ni...
Hajar-sesekali tukar citarasa..entry pun nak ada tema.terasa nak cekau gak opera cake Hajar itu..
jeff-nasib baik cakap cantik..kalau tidak kena tukar tema warna ni..
cek de sam -pertama kali tengok kat blog CMG terus nak mencuba..
Lee Lin-lagu Hijau tu...suka dengar..
MaDiHa-makan mmg tak pernah diet..tp mungkin kadar metabolisma tinggi kut... Mana MaDiha malas..selalu masak macam2 makanan menyelerakan..
Yati-sbb dah berkenan langsung buat experimen ni Yati.tambahan bahan dah ada di rumah..
ummi-nasib baik tak mengamuk cam hulk lepas mkn.. . .nasi lemak jelutung, baru pertama kali dengar,nanti intai rumah K.Ummi. hijau tanda cemburu ke k.Ummi...tp cemburu tanda sayang..
liena-tgh semangat nak mkn,maka semangatlah masak2 .liena dok Shah Alam ya, mama ni dok seberang laut Cina Selatan..kat Brunei...
wawa-Wawa kalau dkt boleh simpan sepinggan utk menyejukkan perut Wawa...
roylazim -lain sikit rasa nasi lemak ni sbb tumis bahan2nya..
yullina-sama2 Yulina. nanti dtg lagi ya..
nur -tukar citarasa sikit...rasa serba hijau.mailah Nur kita berjiran dua... Nur muntah2 salah makan roti kat kedai ya,jgn masuk lagi kedai tu,tak bersih kut penyediaan makanannya.kalau kena macam muntah2 mmg seksa.badanpun lemah aja. Nur, kalau tak sihat jgn lewat2 ke klinik takut mudarat...
masriyah-betul tu Yah...sama pula kita masak nasi lemak hijau.donut ni lembut sedap dimakan..
iu-hijau ni antara warna favorit selain pink..
dayang-
korok-jemput jamu mata...
aima-kebetulan anak2 cuti sek. jadi siapkan apa2 makanan di dapur..anak2 kalau cuti berulang-alik ke dapur cari makanan...
yullina-
MamaFaMi-macam mata hulk hogan...
mama @nis-nasi lemak ni tumis bahan2nya.ada kelainan sikit...
Niza-Salam Niza, sesekali ubah selera menu serba hijau..
jasmeen-donut kalau gaul gula anak2 tak berapa suka,kena letak coklat baru cepat laku...
unnamed-
tariqzaidanirah-anak2 mula2 tengok pelik jugak nasi ni...sbb diorg ingat masak dgn sayur...
rani- resepi nasi lemak ni pun lama jugak simpan tunggu giliran...
Ezza-nak jugak buat yg lain2 hijau tp tak boleh kaler pulak. resepi nasi ni copy dari blog CMG...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net