Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Apr-2008 09:56 Email | Share | Bookmark
Marble Cheese Brownies Dan Mee Hailam

belum masak
baru keluar oven
pandangan tepi
siap boleh makan
brownies yg dibuat sebelum ini
yg dibuat sebelum ini
 
 
 
 

Marble cheese brownies yg dibuat hari Ahad lepas...

Bila tengok Mak Lang tayang Marble Cheese Brownies kat Fp...tergoda betul dibuatnya..lalu terus copy resepi semangat membara nak buat... tapi bila dah copy resepi...macam biasa simpan dulu jadi koleksi... Akhirnya baru buat masa pagi Ahad sebelum ke kelas k.mOn. Bawa sedikit sebagai buah tangan ke rumah k.mOn dan tinggalkan utk buat minum ptg. Balik dari kelas tu, tengok dah tinggal beberapa keping saja brownies ni, anak-anak suka betul makan .....

Jadi semalam buat lagi marble cheese brownies, tambahan pula nak habiskan cheese yg dibeli. Cheese hari tu beli yg 1 kg sbb kedai kehabisan stok saiz 250gm. Kat sini cheese agak murah juga. Yg 1 kg harganya RM23 dan 250gm harga RM6.50.

Marble Cheese Brownies
Sumber : Buku The Joy of Baking/Norishah Ahmad (Rnet)/ Fp Mak Lang...Terimakasih Mak Lang..
Bahannya:

Lapisan bawah
120gm mentega
150gm semi-sweet coklat
2 sudu besar golden syrup (mklg letak gula pasir je 1sb)-sayapun letak gula pasir
2 biji telur size A (dipukul) (mklang guna 1 biji je)- guna 2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek (mklang guna tepung gandum je)-guna tpg kek nak habiskan
1/2 sudu teh serbuk penaik

Lapisan Cheese
250gm cream cheese
100gm gula halus
1 biji telur
Cara membuatnya:

Cairkan coklat dan mentega.Biarkan sejuk.
Pukul telur hingga kembang dan sedikit demi sedikit tambah golden syrup dan campuran coklat mentega tadi.
Kemudian tuang campuran tepung dan serbuk penaik.
Tuang 3/4 campuran ke dalam acuan 6"x9"x2".Bakar pada suhu 180c (ikut jenis oven masing2) selama 10 minit.
Tuang inti keju ke atas lapisan kek yg sudah masak.
Tuangkan campuran yg lebih itu keatas inti keju dan bentukkan corak marble.
Bakar pada suhu 180c selama 25 minit atau hingga masak
*saya tinggalkan hanya sesenduk kecil adunan utk buat corak atas cheese.bakar dlm loyang 8x8x3



Marble cheese brownies yg dibuat semalam..





Mee hailam ini dimasak untuk sarapan pagi hari Sabtu lepas....dah lama tak makan mee hailam. Semua anak2 suka makan mee hailam kecuali abg yg sulong...dia kalau mee selain mee kari mmg tak berapa suka. Untuk abg buat roti telur...

Mee Hailam
Bahan

600 gm mee kuning
sedikit isi ayam - kalau letak daging lagi sedap
1 mangkuk kecil udang, fishball, crabstick/sotong
sawi, karot, cendawan,tauhu,buah tomato
kicap cair dan kicap pekat
5 ulas bawang putih-tumbuk
2 cm halia-tumbuk
lada hitam,garam
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
minyak utk menumis,air

Cara
1. Tumis bawang dan halia hingga wangi. masukkan ayam dan air. bila ayam dah empuk masukkan udang,fish ball dan crabstick . Kalau guna daging rebus dulu dan ambil airnya.
2.Bila dah mendidih masukkan sayur dan tauhu kecuali buah tomato,lada sulah,kicap dan garam dan bancuhan tpg jagung.
3.Masukkan mee dan buah tomato, kacau rata. angkat dan boleh hidang, tabur dgn daun bawang dan kalau suka mkn dgn cili jeruk.



Quote:

unnamed-
hanieliza-cepat K.liza buat, nanti saya jamu mata cheesecake k.Liza pula..
Ana-jemput Ana...
MamaFaMi- mee hailam yg dimasak ni simple mama, dagingpun tak letak..
ida-k.idapun dah cuba brownies ni...sedapkan...
kakmOn-buat lagi brownies..hari tu tak puas mkn.haiya dah naik harga ke cheese ni.. ,baru nak promote. tp tengok kat supermarket kat rumah dah naik BND3.90 seketul... Pantun tuk k.mOn, tima kasih daun keladi..balang tak payah ganti..
aimah- resepi gempak copy dr kawan2 ni..tak pa Aimah plan2 dulu,lepas ni boleh zoommmm speed baking ni...
soulha-diet tolak tepi dulu Sue bila dah selera, makan aja....
jef-mee hailam ramai jugak peminatnya..
sitione-kalau dkt boleh akak hulur sepiring dua utk ct..
Hajar-tak pa kiv kiv dulu..tambah koleksi resepi dlm simpanan....
ctnik-rajin Ct buat sendiri mee kuning tp mmg sedap masak mee kuning ..
Yati-tq Yati kongsi tip nak bagi cun lagi marble tu.masa buat hari tu tak ada idea..ingat buat garisan saja..
zanaz-aaa...rasanya ramai dah cuba marble cheese ni. ayuh Zana pakat baking marble cheese ni..
Ezza - non bake cheese cake mmg ramai yg suka buat..sedappun sedap. tq Ezza bagi tip ttg program tu ...
dayang-byk pun boleh Dayang, hulur mangkuk cepat2...
Nur-brownies ni sesekali buat mmg habis kena posing Nur... Mee hailam Nur buat hari tu lagi special...terliur jugak lihatnya. Nur, gambar terbaru Syazrin ada di entry roti Arab...
aima-senang jugak kek ni Aima dan sedap. elok simpan dlm list resepi...bila dah lapang boleh cuba buat..
jasmeen -ohh kat SA lagi murah ya.ingatkan kat sini dah murah. tp minggu ni cheese dah melambung harganya..
lieya -setakat 2 lapis boleh lagi buat tp berlapis2 macam kek S'wak betul tu belum cukup yakin nak cuba. boleh aja lieya nak cuba resepi mee hailam ni..
Farhana- Salam juga buat Farah, tq kerana sudi link Fp ni. mee hailam ni mudah Farah..sesuai utk pengemar mee..
ahmoi-brownies marble ni potong lepas masak bila dah sejuk,guna loyang 4 segi biasa. tp kat kedai mmg ada jual loyang khas siap dgn cutter yg boleh potong kek 4 segi kecik..
umi-kal-kalau Auntie nak boleh aja...siap terhidang utk Auntie ni..
Big Mamma Bukhari-Alhamdullilah T dah semboh..
ummi-sorry k.ummi sesekali kita buat kejam bagi k.ummi terliur..bukan takat sepinggan hulur, dgn kuali dan loyang kek hulurkan tuk K.ummi...
unnamed-kalau cheese mmg ramai perminat..tak puas makan..
wawa-anak2 akak suka kecuali abg yg sulong, dia kalau mee kuning kurang suka kecuali masak mee kari...
kak jie jie-kalau kena pantang kurangkan makan yg manis mmg kena pantang takut mudaratkan K.Jie. kalau dkt boleh hantar sebekas utk k.jie..
mummy jam-
Big Mamma Bukhari-apakan daya T kita dok berjauhan..kalau tidak mmg boleh buatkan kek utk T...
Farah-tq jugak buat Farah kerna sudi lawat Fp ini. ohh adik Farah kat MRSM Pendang, akak dulu2 kat MRSM P. Chepa dan MRSM Kulim ..
kamalina-marble cheese brownies ni mmg sedap, anak2 pun suka sbb ada rasa coklat. betul tu Kamalina, kalau mee hailam yg beli mmg letak lauk serba sedikit tak puas mkn..
dayang-utk Dayang byk pun boleh..
yullina-Salam perkenalan Ina. sorry lambat lawatan balas Fp Yulina...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net