Want your
own Fotopage?




























 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 3-Apr-2008 11:42 Email | Share | Bookmark
Nasi Dagang Trengganu

Siap utk dimakan
set hidangan
acar
deretan baju pengantin
deretan baju pengantin
gaun pengantin
deretan baju pengantin
deretan baju pengantin
tempat rawatan facial
Butik pengantin 2nd floor
 
 
 


Minggu lepas teringin nak makan nasi dagang Trengganu. Kebetulan ada ikan tongkol yg dibeli di pasar dlm peti ais. Apa lagi mlmnya siap2 rendam beras dan pulut dan masak paginya utk sarapan pagi.Lambat jugak nak siap masak nasi dagang tp sbb hari tu hari cuti mingguan..hari Jumaat, jadi tak kisah lambat sikit sarapan.
Nasi dagang ni makan dengan gulai ikan tongkol dan acar, tambah telur rebus sbg lauk tambahan. Semua suka dengan nasi dagang yg mama masak......
Cara masak nasi dagang Trengganu ni sama dengan nasi dagang Kelantan cuma beras berbeza.



Nasi Dagang Trengganu

Bahan:
* 4 cawan beras yg elok ( guna beras wangi) + 1 cawan beras pulut
* 1 tin(400ml) santan pekat
* 4 ulas bawang putih-hiris kecil2
* 6 ulas bawang merah-hiris kecil2
* 1 inci halia - hiris kecil2
* 1 sudu makan halba
* garam

Cara-cara :

1. Bersih beras dan rendam semalaman
2. Utk santan pekat guna 3/4 tin santan campur 1/3 cwn air. Manakala santan cair ambik 1/4 tin santan dan ditambah 1/3 cawan air .
3. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit atau sehingga keluar asap. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar.



Gulai Ikan Tongkol (Lauk Nasi Dagang Trengganu)
Sumber ; Sajian Di Perantauan

Bahan
1 ekor ikan tongkol/mackerel sed besar - guna 2 ekor ikan tongkol saiz kecil
4 kpg asam keping
4 sm cili boh/lada kering - guna 3 sudu saja
1 biji kelapa - guna 1 pkt santan debu
3 biji cili merah -belah 2 memanjang/cili padi
2 sm gula merah
5 biji belimbing buluh (jika ada) - tak ada, ganti buah tomato
garam secukupnya,minyak
2 sudu kerisik
*saya tambah 2 sudu besar rempah gulai ikan-serbuk kari ikanpun boleh

bahan2 kisar

2 sm ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
10 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia, 1 inci lengkuas, 1 inci kunyit

Cara memasak:
1. Ikan direbus dgn garam dan asam keping dgn sedikit air hingga kering. Seelok disimpan satu malam.
2. Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air .
2. Masukkan santan,gula merah dan garam. Kacau sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih baru masukkan ikan dan kerisik, biarkan kuah agak pekat.
4. Sebelum diangkat masukkan cili merah/cili padi dan buah belimbing.





Iklan Jap sambil cuci mata....

Entry kali ni jugak nak promosi butik pengantin dan pusat kecantikan D'rs Anggun kepunyaan adik ipar,Rina yg terletak di bandar Kuala Trengganu. Gambar ni dah lama ambil masa balik cuti Dec lepas tp baru berkesempatan update dlm Fp. Butik D'rs Anggun yg telah beroperasi hampir 6 tahun menawarkan pakej perkahwinan spt sewaan baju dan pelamin pengantin dll serta rawatan spa dan muka. Ada antara baju pengantin ini direka sendiri oleh Rina. Kepada sesiapa yg berminat nak buat facial, spa, make-up atau yg nak bertunang, nak ke jinjang pelamin atau yg nak bersanding semula.... bolehlah mengunjungi kedai milik Rina ni di no 11 A, Tkt Mezz, Jln Kota Lama , 20300 Kuala Trengganu. (berdekatan BSN). Tel 09-6222975
Jom lihat sebahagian baju pengantin di butik D'rs Anggun....


Deretan baju pengantin kimono, kebaya,sari dan gaun labuh....


Lagi deretan baju pengantin,kebaya dan gown....


Seksi gown pengantin ni... tp ada baju alas utk dipakai dgn gown ni......
Quote:

kak jie jie-kebetulan hari minggu..boleh lambat sarapan sempat mengukus,kalau hari anak sekolah mmg tak sempat. sesekali tukar warna acar ke purple pula..
MamaElla-dpt jemput mamaella jamu mata aja...
umieaisyah-jemput..
MamaFaMi -kali akhir mkn nasi dagang balik kg thn lepas...
aimah-bila dok kat sini, barulah akak rajin sikit masak-memasak ni bila terasa nak makan sbb ada yg tak dijual di sini...
Farah-Farah balik cuti M'sia baru dpt mkn nasi dagang ni. kat sana dulu sbb nak mkn sgt nasi dagang akak masak macam nasi lemak aja...
Niza -Niza dah beli mixer kan,nengok Fp Niza dah mula baking.betul tu Fp byk encourage utk rajin ke dapur.. baju kat butik adik ipar ni byk yg cantik2 sbb dia design sesetgh pakaian pengantin..
sitiazma-waduh...jauhnya beras siam jln sampai ke negeri omputih... dah tengok nasi dagang kelate Siti buat.nampak sedap sekali. tk juga sudi cuba resepi gulai ikan itu.
masriyah-malas mmg malas nak ngukus tp bila dah kepingin nak mkn buat jugak.puas hati dpt makan...
Hajar-Salam jugak buat Hajar. nasi dagang mmg serasi dipadankan dgn ikan tongkol....
srsfeqah-nanti Fekah boleh nuntut ilmu buat nasi dagang dgn mak Fekah,boleh buat sendiri kelak. jauhnya sampai Trg cari beras..betul2 asli nasi dagangnya..
Haniss-kat pasar mlm sini sesekali ada org jual tp org Indon yg masak,tokehnya org sini. tak lemak sgt nasinya, lauk ikan tongkolpun tak ada. .
MaDiHa-kalau buat sendiri mmg puas hati dpt mkn sekeluarga.. MaDiha dpt rasa mak sedara yg masak betul2 langkah kanan tu...
zanaz -Zanaz minta sepinggan...2 pingganpun boleh hidangkan... kalau kat umah tak ada gang tak berbaloi nak buat, penat ngukus nanti kalau sorang mkn..
kamalina-bila tu serunya nak sampai Kamalian... tp kat sana ada org jual kut nasi dagang ni senang nak mkn.mmg cantik pakaian kat butik SIL ni sbb dia selalu beli pakaian pengantin...
mallan-dah jawap dlm multiply Mallan..
umi-kal-nasi tu berkilat sikit mungkin sbb pakai byk santan dan dimasak dulu santannya.Auntie pun pandai masak..selalu pergi jamu mata kat Fp Auntie..
sweetlilly- jauh nak jemput makan..jemput jamu mata ya SL..
Sabrina-husben Sab pun peminat nasi dagang ya.pakcik kat Sentul yg jual tu tentu org Kel kan. nasi lemak hijau tu copy dr blog CMG, suka tengok warnanya..
tariqzaidanirah- best jugak mamaIrah dpt kawan org Ganu dpt merasa nasi dagang. kalau org dulu2 masak lagi sedap ni...
wawa-ohhh nasi dagang mahal tu..mana boleh lawan . teringat kita dok chat pasal kisah nasi dagang hari tu...
soulhaa-pulut import dari M'sia ke Sue.dah sampai pulut tu jgn tangguh2 kena buat segera biar berbaloi nunggu. bab gelek sakan tu mmg mengancam tul..
pratchai-sokong
Ana-nasi dagang beras merah versi Kel tp kalau pulut putih ni versi Ganu, cara masak sama..
ida isk -nasib baik k.ida dah sarapan dgn nasi dagang..
rinnchan -itu paling cepat dan mudah..
Anis-tq kerana nak mencuba resepi nasi ayam.baju pengantin kat butik SIL kebanyakkannya yg baru.Anis nak sanding sekali lagi...apa kata masa wedding annversary.... Alhamdullilah yr Sil dah beransur pulih.
azura asri-macam tahu2 aja Azura mencari resepi nasi dagang, selamat mencuba..
jeff-rupa nampak sama tp rasanya lain...
yong*ibu Chempaka-cepat2 isi perut..
mama @nis-boleh mama @nis, lagi elok guna beras basmati.makan dgn gulai ayam pun sedap..
yangmazni-merdu jugak dendangan perut , siap berdondang sayang ..
Farah-Salam Farah. re; jauh jugak tu patutlah husben Farah balik sekali seminggu. nasib baik Farah dgn anak2 dah biasa.betul tu baru adil, nanti Tasha merajuk..
nora-
aima-Aima nanti saya courierkan...tp kalau dah sampai sure ada macam2 yg bertenggek atas nasi tu..
unnamed-

Sedap nasi dagang kukus zeila ni. Rajin zeila mengukus. akak tanak aje. Tengok pada resepi kari tongkol ziela tu pun sedap. Ikan tongkol rebus buat ape2 pun sedap. Amboi acar warna purple lak! Thu 3-Apr-2008 13:32
Posted by: kak jie jie  - [Link]
ini mesti sedap nya menu Mamasya... kalau dekat nak gak Mama bawak Pinggan.. Thu 3-Apr-2008 13:53
Posted by:MamaElla  - [Link]
terliur tengok ciskek,nasi dagang... Thu 3-Apr-2008 14:26
Posted by:umieaisyah cikseri_ti@yahoo.com
Lama tak makan nasi dagang...sedapnya... Thu 3-Apr-2008 14:28
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Tak tahan la dtg fp akak nih,asik telan liur je.. Akak ni asik masak yg menu yg best2 je kan
Thu 3-Apr-2008 14:54
Posted by:aimah rafidah_aimah@yahoo.com  - [Link]
Salam akak...rajinlah akak ni...best tengok nasi dagang tu...mesti sedap ni..dah lama dah farah tak makan nasi dagang...terliur pula menengoknya... Thu 3-Apr-2008 15:09
Posted by:Farah-Shrewsbury UK-  - [Link]
*Hujung minggu kita dah cakap ngan Haris (my hubby) nak beli mixer tu..nnti boleh lah cuba2 buat kek ke brownies ke...kita ni memang suka masak2 yg camtu... pulak tu skarang ni byk encouragement dari member fp lagi lah semangat nak buat ni...
*Cantik koleksi baju pengantin tu...rasa macam nak naik pelamin lagi sekali plak (ofcos dgn orang ya sama ler)
*Nnti kita nak cuba buat resepi mee hailam tu, haris suka betul makan masakan mee mee ni.
Thu 3-Apr-2008 15:24
Posted by:Niza et Sofia, London  - [Link]
hok alohh mamasya... ore kelate baju jah kirim beras siam (heheh..eksen..nak makan yg ori punya beras).. utk nasi dagang.. 2 thn dah tauuu tak makan nihh.. tak sabar nak wattt ni... Thu 3-Apr-2008 15:33
Posted by:sitiazma  - [Link]
sedappnya nasi dagang..lama betul tak buat nasi dagang nii..malas sekali nak mengukus.. Thu 3-Apr-2008 15:43
Posted by:masriyah  - [Link]
salam...bestnya nasi dagang mu ittew mamasya, lauk ikan tongkol yg best sesangat tu Thu 3-Apr-2008 17:15
Posted by:Hajar  - [Link]
waahh..sedap-nye nasi dagang..
dulu uwan sy selalu gak wat nasi dagang..lps tu mak pulak..sy je lom lagi..hehe..
kitorg kalo wat nasi dagang; harus g Ganu beli beras..
Fri 4-Apr-2008 00:47
Posted by:srsfeqah  - [Link]
sedap arrr tengok nasi dagang tu...selalu nak makan tu kita beli aja dekat kaw perumahan hanis ni, memang pure terengganu yang dia jual...tapi semenjak awal 2008 dah pindah la pulak kakak yang jual tu, tak merasalah lah lepas ni.....nak buat sendiri alahaiii malasnyaaaa..... Fri 4-Apr-2008 01:09
Posted by:Haniss  - [Link]
aduuussss.. ada nasi dagang ler kat sini... yummyyyyyyyyy... rajin betul mamasya ni tauu.. madiha aritu kata nak buat.. tup tup mak sedara dari dungun masak nasi dagang kat rumah sujah masa bie & nasa nikah... langkah kanan lerrr..
tapikan.. rasa cam tak puas je... mcm nak kena buat sendiri jugak ler.. tak tau bilalah tuu..
Fri 4-Apr-2008 01:32
Posted by:MaDiHa  - [Link]
nyum nyum...sedapnya makan nasi dagang....suka gak makan...tak kat umah tak ada geng...tak merasa le nak buat sendiri hehehe. minta kat mamasya je lah sepinggan hehehehe Fri 4-Apr-2008 01:48
Posted by:zanaz zanaz70@yahoo.com  - [Link]
nasi dagang.. best ni.. suka mkn, tapi tak penah baut sendiri.. hehehe.. blm sampai seru laaa...
** bestnya tgk butik pengantin tu.. memang cantik2 pakaiannya.. up to date belaka.. cuci mata je laaa..
Fri 4-Apr-2008 02:21
Posted by:kamalina  - [Link]
4 cawan beras tu boleh berapa org makan? Nampak mudah je, tapi kalau kita masak nasi dlm ricecooker boleh tak? Ni semua nak short cut ni. Maybe nak try buat lah. Ada kawan dari Msia nak dtg. So rasa2 nak tunjuk bakat. Lagi satu resipi acar tu ada tak? Please mama...... Fri 4-Apr-2008 05:14
Posted by:mallan
Sedap nya nasi dagang, berkilat pula tu, pandai nya
Mamasya masak, dan gulai ikan tongkol tu emmm sedap

Fri 4-Apr-2008 05:50
Posted by:umi-kal  - [Link]
slrpppp sedapnya nasi dagang mamasya...tak tahan la... Fri 4-Apr-2008 07:06
Posted by:sweetlilly  - [Link]
Sejak hubby sekolah petang ni jarang dia dapat merasa nasi dagang pakcik kat Sentul tu sebab bila time dia balik jer dah malam dah.. Hubby Sab peminat nasi dagang tapi jangan lah suruh Sab buat sebab tak ada sapa nak makan kecuali dia. Dia pun faham.. kot teringin nak makan.. gagahkan jugak malam-malam tu gi sentul cari nasi dagang ni.. hehehe..

p/s: Nasi lemak hijau Mamasya kat bawah ni nampak sedap la. Lain dari yang lain.. kreatif betul Mamasya ni
Fri 4-Apr-2008 08:00
Posted by:Sabrina  - [Link]
kwn baik saya org t'ganu.. selalu gak kalu dia buat mkn2 menu nasi dagang.. mak dia masakkan.. mmg sedap.. baru2 nie ada kwn kat sini masak nasi dagang.. family dia dr m'sia datang.. sedapnyer.. terlepas gak kerinduan nk makan nasi dagang.. Fri 4-Apr-2008 08:48
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
Kak..ni kalah nasi dagang yg masuk news paper tu dulu...lagi gempak ni... Fri 4-Apr-2008 09:30
Posted by:wawa ssalwa@yahoo.com  - [Link]
sedapnya..antara resepi yg Q nk hidang kt hubby..syngnya ,tunggu pulut tk sampai2 lg..sedapkan betoi tngk nasi dagang mamasya..terliur ler plak..

suka tengok baju pengantin arab kt sini..dan jg pengantin arab..gelek sakan.
Fri 4-Apr-2008 16:02
Posted by:soulha,cairo  - [Link]
"Say NO to Dutch Products" Fri 4-Apr-2008 16:02
Posted by:pratchai somchit_pratchai@yahoo.com  - [Link]
sedapnya nasi dagang ni......selalu beli jer kat pasar tani...ada orang kelantan jual...nak buat sendiri belum penah la lagi...tgk yg nasi dagang mamasya ni tak gunakan beras yang campur beras perang tu...ingat kena cari beras tu baru leh jadi nasi dagang...la ni campur beras pulut sikit dah boleh buat...cam mudah gak resipi ni...

psst..mamasya, ana dah bank-in duit buku thanks ya...
Fri 4-Apr-2008 23:39
Posted by:Ana  - [Link]
alaahai baru makan nasi dagang pagi tadi sib baik kalau tak dah telan air liur nie tapi nasi dagang terengganu lee paling sedapkan Sat 5-Apr-2008 04:46
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
Krinn masak nasi dagang kat pasar malam jer... Sat 5-Apr-2008 10:39
Posted by:rinnchan  - [Link]
cantik2 nyer baju pengantin sekrg..rasa mcm nak sanding lg sekali la... sedapnye nampak nasi dagang mamasya.. baru nak test nasi ayam mamasya, tp hubby lak blk M'sia mggu depan la jawabnye...
re : tq for the wihes, my SIL dah ada improvemnt sikit, but still coma lagi la
Sat 5-Apr-2008 11:11
Posted by:~Anis~  - [Link]
zura baru nak cari resepi nasi dagang alahai bestnyeeee menyelerakan boleh cuba ni Sat 5-Apr-2008 14:40
Posted by:azura asri
>> sekali pandang ingatkan nasi lemak sebab nampak telur...
>> rupanya nasi dagang...
>> kira favourite juga ni...
>> cuma susah nak mencarinya kalau bukan bulan puasa...
Sat 5-Apr-2008 17:45
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
lapar la pulak rasa perut ni... Sat 5-Apr-2008 18:30
Posted by:yong*ibu Chempaka matahari1108@yahoo.com  - [Link]
kalau beras wangi tu ganti dgn basmati blh tak??
kita tak suka gulai ikan, slalu makan dgn gulai ayam jer
Sat 5-Apr-2008 19:55
Posted by:mama @nis  - [Link]
berdondang sayang perut ni bila tengokkan nasi dagang tuh .... nampak sungguh menyelerakan Sat 5-Apr-2008 23:20
Posted by:yangmazni  - [Link]
Salam akak..thanks singgah kat my fp..
re:Jauh juga akak dari cambridge ke Shrewsbury..lebih kurang 4 jam macam tu kalau dengan train...lagi pun farah dah biasa tinggal ngan anak2.Dulu pun waktu farah kat Aberdeen Scotland pun sama juga duduk ngan anak2 je...akak..anak2 farah ni selalunya kalau belikan toy kenalah belika sorang satu..tasha pun dapat new toy juga hari tu...barulah sama adil...
Sun 6-Apr-2008 07:51
Posted by:Farah-Shrewsbury UK-  - [Link]
hai..saya ada jual sutera terengganu,jom la tengok2 mana tau berkenan..http://aisyabatik.blogspot.com Sun 6-Apr-2008 14:40
Posted by:nora nora.hasmi@gmail.com  - [Link]
ala mamasya terliur ler aima dengan nasi lemak terengganu nie...nostalgia betul, meleleh tengok lauk dia.....pos kan kat umah aima sedapnyer!!! Wed 9-Apr-2008 05:52
Posted by:aima rizaima@yahoo.com  - [Link]
Please visit http://adeenas.fotopages.com/
Blouse menarik dan tudung spandex yang terkini. Juga Jus Diet Mate5
Thu 10-Apr-2008 13:34
Posted by:unnamed adeenacollections@yahoo.com
salam..
mcm penah tgk je kedai nih.. akak, sy kawen amik package ngan kak rina ni la.akak sedara dia yea.kem salam kat kak rina ek.
Fri 4-Jul-2008 01:09
Posted by:mrs wan  - [Link]
salam ramadan buat mamasya,
saya suka sgt mencuba, bila dapat tau blog mamasya ada banyak resepi yg menarik, saya pun join juga la mencuba. Hari ini 1 ramadan saya baru habis cuba buat tepung pelita.
Sat 22-Aug-2009 09:41
Posted by:juliana nazriananazri@yahoo.com
salam ramadan juga buat juliana.tq mencuba resepi2 di Fp mamasya.jadi tak tepung pelita... Sun 23-Aug-2009 06:33
Posted by:Mamasya  - [Link]
Wed 7-Oct-2009 10:33
Posted by:unnamed
Anda butuh baju pengantin untuk acara pernikahan anda? Kami menyediakan rias pengantin, baju pengantin, paket pernikahan terjangkau dan lengkap (dekorasi pernikahan, alat-alat pesta, tenda, katering, dan sebagainya). Tersedia paket pernikahan untuk pesta pernikahan baik di gedung maupun di rumah. Kami melayani wilayah Jabodetabek (Jakarta, Depok, Bogor, Tangerang, Bekasi) dan sekitarnya.

Rias pengantin Ibu Cicih Roslina telah berpengalaman dari sejak tahun 1980, menata rias pengantin modern dan tradisional ala Sunda, Jawa, muslim, dan lain-lain.

Silahkan hubungi kami
Alamat: Jl. Tanah Baru No.11 Rt.03 Rw.05 Depok
No. Telp: 021-7755679
No. HP: ( 021) 92633362

Paket pernikahan di gedung (harga tergantung kebutuhan dan negosiasi)

- katering 500 porsi
- busana dan tata rias pengantin akad nikah
- busana dan tata rias pengantin resepsi
- busana dan tata rias orang tua pengantin
- busana dan tata rias pengiring 2 orang
- busana dan tata rias pagar ayu 4 orang
- busana lengkap pagar bagus 4 orang
- busana dan tata rias among tamu putri 2 orang
- busana lengkap among tamu putra 2 orang
- busana dan tata rias penerima tamu 4 orang
- pelaminan bunga segar dengan taman hidup komplit di gedung
- foto album 3 roll (20 sheet)
- video shooting
- MC (pembawa acara) di gedung
- i pasang janur kuning
- 250 souvenir pernikahan
- keranjang souvenir pernikahan 2 buah
- kotak tempat uang angpau 2 buah
- meja dengan dekorasi bunga hidup
- 4 buah buku tamu
- dll

Paket pernikahan yang kami tawarkan (untuk dirumah, aula, atau gedung serbaguna) antara lain:

Paket pernikahan I (Rp 7 juta)

- rias pengantin akad dan resepsi
- 2 pasang busana tradisional + aksesoris
- 2 pasang busana orang tua pengantin + rias
- 6 busana terima tamu + rias
- 1 set pelaminan standar
- dekorasi bunga segar
- 2 buah standing flower
- 2 buah standing stok
- 1 set dekorasi kamar pengantin
- 1 titik dekorasi bunga segar
- 2 buah kotak uang angpau
- 1 set tenda plafon semi VIP 50 m
- 2 buah lampu cakram
- 150 buah kursi standar Chitose
- 6 set pemanas lauk/ sayur
- 150 set alat makan
- 1 set meja prasmanan + cover
- 2 buah meja terima tamu + cover
- 2 buah vas bunga segar

Paket pernikahan II (Rp 6 juta)

- rias pengantin akad dan resepsi
- 2 pasang busana tradisional + aksesoris
- 1 pasang busana orang tua pengantin + rias
- 4 busana terima tamu + rias
- 1 set pelaminan standar
- dekorasi bunga segar
- 2 buah standing flower
- 1 set dekorasi kamar pengantin
- 2 buah kotak uang angpau
- 1 set tenda plafon rata 50 m
- 2 buah lampu cakram
- 100 buah kursi standar Chitose
- 6 set pemanas lauk/ sayur
- 150 set alat makan
- 1 set meja prasmanan + cover
- 2 buah meja terima tamu + cover
- 2 buah vas bunga segar

Paket pernikahan III (Rp 5 juta)

- rias pengantin akad dan resepsi
- 2 pasang busana tradisional + aksesoris
- 4 busana terima tamu + rias
- 1 set pelaminan standar
- dekorasi bunga segar
- 2 buah standing flower
- 1 set dekorasi kamar pengantin
- 2 buah kotak uang angpau
- 1 set tenda plafon rata 50 m
- 2 buah lampu TL
- 100 buah kursi standar Chitose
- 6 set pemanas lauk/ sayur
- 100 set alat makan
- 1 set meja prasmanan + cover
- 1 buah meja terima tamu + cover

Paket pernikahan lengkap (Rp 15 juta)

- rias pengantin akad dan resepsi
- 2 pasang busana tradisional + aksesoris
- 2 pasang busana orang tua pengantin + rias
- 6 busana pagar ayu + rias
- 1 set pelaminan Gebyok 5 m (dekorasi full bunga segar)
- taman pelaminan 2 m
- 2 buah standing flower
- 2 buah standing stok
- 1 set dekorasi kamar pengantin
- 1 titik dekorasi bunga segar
- 2 buah kotak uang angpau
- 1 set tenda dekor 75 m
- 3 buah lampu gantung
- 150 buah kursi Chitose + cover
- 2 set meja prasmanan + cover
- 2 buah meja terima tamu + cover
- 2 buah vas bunga segar
- MC ( pembawa acara)
- 1 buah album foto anti gores 15 sheet 20x30 cm
- 1 master foto
- video shooting
- 1 master DVD + 1 keping DVD
- organ tunggal + panggung

Catatan :
- Barang-barang yang hilang/ rusak sel
Tue 29-Dec-2009 04:13
Posted by:Baju Pengantin  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.