Want your
own Fotopage?




























 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 6-Apr-2008 14:25 Email | Share | Bookmark
Masakan Yg Lepas dan Aktiviti Hari Ini

seronok anak2 main bouncer
lagi gambar
abg Syamil main badminton dgn kawan mama
lagi gambar main boucer
antara yg bermain badminton
antara yg bermain badminton
 
 
 
 


Ayam Pandan ni sebenarnya telah lama dicuba sbg salah satu projek nak menggunakan daun pandan yg merimbun ditepi rumah. Dah pernah makan ayam pandan ni di sebuah restoren. Ada kelainan rasa ayamnya bila dimakan sbb goreng dgn daun pandan. Tapi segan pulak nak menanyakan resepi dgn pemilik restoren.
Bila terjumpa di Fp k.Rinn apa lagi terus mencuba. Cara bungkus ayam ni dgn daun pandan, ada beberapa cara...ada stail ayam digulung dgn daun pandan dan pinkan dgn lidi dan ada yg bungkus semuanya dgn daun pandan dan pinkan dgn lidi. Untuk ayam pandan yg dimasak ni, cuba bungkus stail ketupat .. tak payah pin dgn lidi sbb dah kemas dan cepat...


AYAM PANDAN ( Thai version)
Sumber Fp K.Rinn,tq K.Rinn...

Ingredients:
500gm chicken fillet, cut approx 3cmx3cm
1 tblspn thick soy sauce
1 tblspn golden syrup (I used 1 1/2 tblspn sugar)
1 tblspn chillie paste
1 teaspn sesame oil
1 tblspn oystre sauce
4 garlics, chopped
1 shallot, chopped
1 tespn white pepper
Adequate daun pandan (screwpine leaves)

Method:

1. Mix together all ingredients. Then put in chicken fillet, MIx until incorporated and leave to marinate for one hour or more.
2. Wrap chicken fillet with daun pandan in a triangle shape. Use toothpick to fasten the leaves tightly.
3. Deep fry until cooked.






Manakala udang masak lemak nenas ini dimasak minggu lepas guna resepi sama dgn ketam cuma kali ni udang dimasak 1/2 kg sahaja. Anak2 mmg tak mkn udang, jadi mama dan abah yg perabihkan.....

Udang Masak Lemak Nenas

Bahan


1/2 kg udang
*1 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup
*4 biji bawang merah
* 2 sudu besar cili kering yg diblended
*1 inci halia
1 btg serai diketok
1/2 biji nenas/ 1 tin nenas dlm tin
1 pkt santan
garam (ikut rasa),asam keping sekeping

Cara-cara

1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dan serai dlm periuk besar/kuali dan masukkan santan dan biarkan mendidih sekejab.
3.Masukkan udang, asam keping, garam.
4.Kacau hingga mendidih dan masukkan nenas . kalau guna nenas dlm tin tidak perlu lama mendidih.



Aktiviti hari ini 6.April.2008 ( Ahad )

Hari ini dapur tak berasap kecuali sebelah pagi masak utk sarapan sbb seharian ada aktiviti. Tgh hari ke tempat kenduri kahwin anak tuan rumah yg juga officemate husben. Sampai tempat kenduri jam 12....tunggu majlis mkn bermula jam 1.15tgh hari. Di sini biasanya majlis kenduri, para tetamu akan menunggu sehingga doa dibacakan dan semua tetamu akan makan serentak.

Balik kenduri perut dah kenyang maklumlah macam2 makan..... Bersiap2 utk ke gelanggang badminton bagi acara riadah pula.Sebenarnya sukan badminton adalah sukan yg diminati selain dari bermain bolajaring. Dah dkt 4 bulan tak hayungkan reket badminton. Tapi husben mmg seminggu 2 kali bermain badminton.
Dah plan kalau tak ada org perempuan yg turun main nak ronda shopping centre kat bawah atau Mall di sebelah sbb gelanggang badminton terletak di tingkat atas shopping centre. Tu kira acara riadah jugakkan...
Sampai kat ground floor menuju ke lif terserempak dgn aktress Indonesia Nia Ramandani pelakun bawang merah bawang putih....mmg cun betul dia tp tak sempat nak snap foto sbb kelam kabut nak naik lif masa tu. Rupa2nya dia bersama beberapa artis Indonesia dijemput meraikan satu program di floor yg sama tempat kami bermain badminton oleh syt telefon di sini. Mmg bersesak2 org apatah lagi terdapat satu bouncer kat sebelah dewan badminton utk kanak2 bermain.Anak2 lepas bermain dlm dewan badminton, pergi pula main lompat2 atas bouncer itu.
Mamanya pula sempatlah main regu campuran partner dgn abah lawan kawan kami pasangan suami isteri org M'sia juga. Nasib baik hari ni menang,berbaloi jugak keluar peluh... Then sambung main dgn kawan2 perempuan yg lain. Tak byk gambar diambil sbb tak ramai yg datang bermain dan mamapun sibuk dok hayun reket....
Balik main badminton singgah pasar malam beli makanan utk dinner...dah penat nak masak....


Abang Syamil bermain badminton dgn kawan mama...


On the way balik rumah dari pasar malam,nampak pelangi petang...terus snap gambar dari dalam kereta. ni abg Syamil yg ambilkan dari sun roof sbb kereta tgh bergerak di roundabout.....
Quote:

mama @nis- dah lama tak exercise ni asyik makan2..tp tulah dah penat,lapar pulun pulak makan...
Sabrina-kalau tak tahu mmg pelikkan ayam masak berbalut pandan sbb pandan biasa utk buat kuih tp betul kata Sab sedap dimakan...
kakmOn- sesekali aja exercise ni tak rajin sgt tupun husben yg dok ajak.makan tetap makan tak pernah ingat nak diet...
Haniss- balut ayam stail ketupat gini senang tak payah cucuk lidi lagi.melompat kat gelanggang ok gak dpt keluarkan peluh...
Emy - baru pertama kali cuba buat ayam pandan ni ..
k.ummi-Salam K.ummi. bila dah angin rajin melanda mmg laju aja kat dapur.... bungkus macam ketupat camping ni kalau org Kel cakap. kalau betul2 bungkus ketupat belum pass lagi...
aimah -dah lama tak main badminton ni..sesekali ada peluang seronok juga. akakpun tak suka watak dia dlm citer tu, tp dia ni mmg cun betul..
wawa-ayam pandan ni ada versi Thai dan versi Indon,then ada jugak yg buat resepi sendiri...ni yg jadi macam2 rasa...
nadia-
kak jun -sesekali ayampun nak bergaya..pakaikan baju hijau lagi... sayapun K.jun kalau dkt rumah K.Jun, bau aja K.jun baking..tup2 dah muncul dpn pintu, ngendeng cc cikit...
iza~Mama Haikal -sesekali ubah menu masakan ayam...
Farah-betul tu Farah, sukan bagus utk kesihatan.tp tulah sesekali aja bersukan..
Nur-tq Nur dah cuba resepi udang ni,betul tu sesekali masak yg hubby suka.kitapun happy jugak. kalau ayam keras tu maybe goreng garing sgt.dah byk makan2..kena jugak exercise, tak ada rampingnya badan ni.... byk gak lemak tepu sekeliling yg tersembunyi...
umi-kal-kalau dpt tanam daun pandan kat garden auntie..senang sikit nak masakkan...
MaDiHa- kalau bekerja spt MaDiha mmg tak sempat masak pelbagai. sayapun baru cuba sekali ayam pandan wpun daun pandan merimbun. kalau lama tak main badminton mmg lenguh tangan..
soulha-nanti sampai pandan ke sana khas buat Sue... mmg menarik pelangi tu sbb macam terletak belakang masjid..
masriyah-kalau pandan boleh hidup kat sana merimbun macam di M'sia kat seronok senang nak masak2..
mama damia -gulung aja pun boleh ayam ni. ..asalkan ayam berbaju... masa terserempak dgn Nia tu mmg kelam kabut sikit sbb dok tunggu lif, mmg kami tunggu depan lif yg dia keluar dgn bodyguard...
srsfeqah-betul tu Fekah,kalau kat kedai biasanya bungkus tp bgh tepi ayam masih nampak. yg ni bungkus tutup litup...
zanaz -bungkus ala2 ketupat ni kemas sikit tp kalau betul2 bungkus ketupat mmg ko lagi tak berapa pandai sgt. boleh juga tu Zanaz, jln2 kat shopping centre melegakan minda...
nora-
Hajar-asyik masak..makan...makan..kena sesekali bakar lemak2 kat badan...
jeff - mmg menarik, tu yg minta anak ambil dari sunroof kereta gambar walaupun masa tu kereta tgh bergerak...
tariqzaidanirah -betul tu mama Irah,jarang dpt pemandangan pelangi bersekali dgn masjid . susah nak ambil gambar ni sbb kereta tak boleh berhenti di roundabout..
kamalina-masa goreng mmg mmg tak meletup dan kena goreng dgn api sed sbb takut ayam hangit. kebetulan pokok pandan merimbun tepi rumah tu yg nak cuba resepi ni. Nia ni mmg cun Kamalina, masa jumpa tu dia pakai dress hingga paras lutut dan rambutnya dia lepas lurus..cun bangettt..
ummi zufayri-anak2 kat rumah kalau seafood ni dia org tak pandai sgt makan.mak dan abah tukang perabih udang ni...
KakLeen-k.leen pun suka main badminton ke..nanti boleh kita team main regu ni. . badminton ni suka yg saya minat dr anak dara hingga sekrg kebetulan satu famili mmg suka badminton..
fazidah-luculah Fazidah nak cuba masak bagi cik abang tersandar kat dinding kekenyangan...
yatisalem-


bgs aktiviti riadah lompat2 lps tue balik makan yg mama masak best2... baru abih licin semua skali, pic pelangi dgn masjid tue cantiklah... kene ajer kalau buat wallpaper Sun 6-Apr-2008 17:01
Posted by:mama @nis  - [Link]
Sab suka ayam pandan versi Thai tu. Selalu makan kat restoran thai kat seksyen 13 shah alam. Dulu pelik gak tengok ayam tu berbalut-balut gitu.. tapi tak sangak rasanya sedap Sun 6-Apr-2008 23:51
Posted by:Sabrina  - [Link]
wah patut pong langsin gitu, cukup jaga badan, kita pun jaga badan gak *jeling nasi tambah penuh dalam pinggan* hikhikhik

selamat hari jadi syafiq, mama belum upload gambo ka???
Mon 7-Apr-2008 00:16
Posted by:kakmOn  - [Link]
Ada ayam pandan kat sini....sekali pandang cam ketupat pula..
Best gak no sekali sekala pi melompat kat gelanggang badminton......
Mon 7-Apr-2008 00:44
Posted by:Haniss  - [Link]
Nampak sungguh menyelerakan ayam pandan tu Mon 7-Apr-2008 00:53
Posted by:Emy ezhanerfan@yahoo.com  - [Link]
Salam mamasya..amboiii lajunya masak...sedapnya ayam pandan tu..pandai dia bungkus cam ketupat gitu..eee akak x reti tau..camna nk buat ni? Nasi dagang pun terliur..mst sedap ni..org pantai timur asli yang masak..hehe..nnt nk try buat lah! Buat akak lapar duk kat ofis ni tau, belum minum lg ni.. Mon 7-Apr-2008 01:09
Posted by:ummi ummizaihadi@yahoo.com.my  - [Link]
Amboi,aktif rupanya akak bersukan ye... Tak yah la snap gmbr bwg merah tu kan jahat,hikhikhik... P/S:Terjojol bijik mata nmpk udang masak lemak tuh,best tuh Mon 7-Apr-2008 02:27
Posted by:aimah rafidah_aimah@yahoo.com  - [Link]
wa mmg peminat ayam pandan..abes merata tpt wa dah try.. yg wa pasan ada tpt yg rasa ayam dia beza skit..maybe bahan2 tuk perap ayam dia tu beza2..
P/S: Cantik gambo yg abg syamil amik
Mon 7-Apr-2008 03:29
Posted by:wawa ssalwa@yahoo.com  - [Link]
handbagssssss....
plz visit nadiyazlan.fotopages.com for Lc, coach, nine west, aigner and other handbags.. thanks!
Mon 7-Apr-2008 03:46
Posted by:nadia usofea@yahoo.com  - [Link]
Emh...emh...isteri siapa yang pandai sangat masak ni....meleleh air liur tenguk ayam pakai baju daun pandan tu. Kalau brunei dgn subang jaya ni dekat, dah tentu kak jun muncul depan pintu walaupun tak dijemput.... Mon 7-Apr-2008 03:58
Posted by:kak jun (mamakasih) kasihroslan@yahoo.com  - [Link]
Sedapnya ayam pandan tu mamasya...menyelerakan di buatnya... Mon 7-Apr-2008 04:34
Posted by:iza~Mama Haikal  - [Link]
Salam mama..mama ni active juga bersukan ye..bagus tu mama.. baik untuk kesihatan juga..wah..bestnya tengok ayam pandan tu..balutannya macam ketupat kan..mesti sedap ni ...keroncong dah ni perut saya... mama..nanti farah nak try buat udang masak lemak nenas ni pula..sebelum ni selalu juga buat tp tak pernah letak nenas....thanks for the recipe ya mama... Mon 7-Apr-2008 06:22
Posted by:Farah Shrewsbury farhana_81@hotmail.co.uk  - [Link]
aduh mamasya, hubby nur suka sekali kalau masakkan ada nenas didlm nyer....udang
masak lemak nenas akan nur cuba walaupun tak brapa suka bubuh nenas...bukan apa
mamasya, sesekali buat hubby happy memang nampak sedap, tu yg buat nur
tertarik nie...ayam pandan thai memang nur feberet sekali....kalau disini ayam pandan di Bali Thai restaurant nyer masakkan yg sedappp.. sekali..kalau siam kitchen tak sedap isi dier keras sikit....

Dah masak2 exercise pulak....tu yg sebaik2 nya...patut ler mamasya ramping
Mon 7-Apr-2008 06:40
Posted by:Nur  - [Link]
Mamasya sedap betul lah tengok ayam dengan daun pandan fresh bergitu,
hanya daun pandan auntie tidak dapat beneh nak tanam, kalau dapat dah
tentu boleh cuba, daun pandan frozen ada lah nampak nya kena tunggu
balik Malaysia baru dapat makan ayam pandan bergini
Mon 7-Apr-2008 07:12
Posted by:umi-kal  - [Link]
ayam pandan ni mmg best.. pernah ler mkn kat thai restoren.. tp mahalnyerrrr.... nak buat sendiri mmg malas + tak cukup masa.. madiha selalu masak terkejar2 sokmo balik kerja.... lagipun kat rumah takde daun pandan.. hehehe.. pandai betul bg alasan..
lama betul tak main badminton.. last main masa blk kg.. main ngan adik2.. lama tak main tangan pun sakit dibuatnya... masa main tak rasa.. mlm baru rasa lenguh.. heheh...
Mon 7-Apr-2008 07:54
Posted by:MaDiHa  - [Link]
ehh.. lupa plak nak komen pasal pelangi tu.. cantik betul gambar tu mamasya.. yg bestnya siap masuk gambar masjid sekali.. Mon 7-Apr-2008 07:56
Posted by:MaDiHa  - [Link]
nampak mcm sedap nie..tambahan fanatik bau pandan mcm kita nie....tk pernah makan dan tengok, cuma tengok kt internet jer.. terasa nk cuba..apakan daya pandan tak sampai ,

jeles..tengok pandan fresh camtu..kita yg frozen nie pun dh hampir nk tingal bekas jer.....kena balik msia jgk ler rasannya,...
cantiknya background rainbow blkng masjid tu...dok sini tk nampak lg rainbow keluar..rindu plk rasanya.
Mon 7-Apr-2008 08:24
Posted by:soulha,cairo sofiey0310@yahoo.com  - [Link]
Ayam pandan..mesti satu rumah bau wangi daun pandan..kita kat sini daun pandan terhad sebab mahal sangat..gunapun sehelai atau 2 helai saja.. udang masak nenas nampak sedap sekali.. Mon 7-Apr-2008 08:43
Posted by:masriyah  - [Link]
eiii lieya suke ayam pandan tu....tapi tak reti nak pintal leeee...he he he he wah best le kak dpt jumpe bawang merah tu....rugi le tak dpt amik gambar....he he he.....amboi terra anak beranak ni main badminton yeak....cayalah!!! Mon 7-Apr-2008 09:20
Posted by:lieya *mama damia & mirza* lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
waahh..best-nye ayam pandan..
selalu tgk sehelai je pandan-nye, tp versi mamasya-nye siap bungkus..mesti lagi sodaapp..
bagus lo rajin beriadah..
Mon 7-Apr-2008 10:18
Posted by:srsfeqah  - [Link]
kemas balutan ayam pandan tu. kalau zana yg buat...mesti terburai hahaha. amboii jalan2 kat shopping mall xtiviti riadah juga yek itu xtiviti yg paling melegaka minda Mon 7-Apr-2008 10:26
Posted by:zanaz zanaz70@yahoo.com  - [Link]
haii...saya nora dari malaysia, ada jual batik sutera terengganu..jemputla tgk2 koleksi kami..di http://aisyabatik.blogspot.com Mon 7-Apr-2008 13:46
Posted by:nora nora.hasmi@gmail.com  - [Link]
Salam...bestnya ayam pandan tu
Wahh, rajin main badminton ye...mesti badan maintain slim ni
Mon 7-Apr-2008 15:10
Posted by:Hajar  - [Link]
>> yang paling tak tahan bila tengok udang tu...
>> gambar rainbow tu pun cantik tu...
>> bukan selalu dapat peluang gambar yang macam ni...
Mon 7-Apr-2008 16:33
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
ayam pndn tuh nmpk menarik.. tp sedap lg udang msk lemak nanas..
wow.. cntknyer gmbr pelangi petang tuh.. bkn senang nk buleh ambk gmbr pelangi dgn masjid sekali.. kalu tggu.. mmg jenuh..
Tue 8-Apr-2008 01:35
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
waaa... spesel ni... tak penah jumpa la ayam bungkus ketupat camni... masa goreng tu tak meletup2 ke??? maklumla tak penah buat.. pelik gakla rasa.. mamasya ni mmg rajin... resepi yg mama cuba mmg unik.. lain dari yg lain laaa.... mama, bdk2 tu tak suka udang?? ishh... ruginya.. kalau haziq, dia mmg hantu udang... tapi yg tak larat, dia nak makan aje.. buang kulit malas... selalu hubby la jadi mangsa buangkan kulit...
ps: mama jumpa Nia?? aisyee... ruginya tak snap gamba.. dia mmg cun kan?? w/pun dia selalu dpt watak jahat, tapi jahat yg cun... saya mmg suka tgk dia berlakon...
Tue 8-Apr-2008 03:03
Posted by:kamalina  - [Link]
bestnye udang galah brunei!!!! untung la mama sya, anak2 tak mkn udang. dpt bigger portion la mcm tu. he..he.. Tue 8-Apr-2008 03:54
Posted by:ummi zufayri  - [Link]
Salam Mama.....
Kak Leen Juga Minat Main Badminton......Dulu Masa Dara Terang Tang Tang Setiap Petang Selepas Pulang Dari Opis Selalu Main Badminton....... Sewa Dewan Sekolah.....Selepas Kahwin Masing-Masing Dah Bawa Haluan Sendiri.....Terus Berkubur Minat Kak Leen....
Tue 8-Apr-2008 06:14
Posted by:KakLeen  - [Link]
best la resepi mama.. week end ni boleh try ayam pandan tu. Biar cik abang tersandar kat dinding kekenyangan

dapatkan tips berbengkung bagi ibu yang bersalin secara pembedahan / caeserian / c-sect di http://www.bengkungmoden.com
Tue 8-Apr-2008 08:18
Posted by:fazidah
Oklah seperkara ni ..akak ni nak kasi tau ada satu marketplace baru bukak ni..FREE LIFETIME untuk 100 pernyertaan pertama sahaja..baca term n condition sebelum register ye!! jadiknye adik2 semua bolehlah iklan kan product atau service adik kat sini..jangan tunggu lelama offer ni dah hampir tutup..daftar lah sebagai ahli biasa maka bolehlah membeli-belah kat sane ye!!


Here is the link to Lonia Village

http://www.loniavillage.com

Here is the link to sign up page

http://www.loniavillage.com/sign_up.html

I,m looking forward to see you there!!!!
Fri 18-Apr-2008 16:55
Posted by:yatisalem yati_salem@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.