Want your
own Fotopage?




























 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-Apr-2008 12:10 Email | Share | Bookmark
Nasi Carrot&Ayam Bakar Dan Pantai Jerudong

Siap utk dimakan
salad brokoli
sup ayam&fishball
Pantai Jerudong
Pantai Jerudong
Anak2 tepi pantai
bot nelayan
Pantai Jerudong
Yg nampak atap tu pasar
masa nak balik
seronoknya mereka
 
 
 


Terliur betul nengok K.Liza hidangkan menu ala2 Nandos versi K.Liza baru-baru ini. Tak bertangguh lama2.. masaklah nasi carrot @ karot dan ayam bakar ni hari Jumaat lepas utk lunch kami sekeluarga.
Cuma nasi carrot ini rupa cam nasi beriani sikit tak serupa nasi carrot yg k.Liza buat sbb terlebih rempah kurma,itulah masak tak sukat betul2 pakai letak aja... Nasib baik rasanya tetap enak. Syakim, anak no 2 cakap; sedap nasi ni mama,nak tambah lagi. Syakim yang mkn nasi dgn kuah sup semata bertambah sampai 2 kali nasi... .
Syakim ni selera dia lain sikit. Dia kalau makan nasi,makan dgn kuah sahaja.Semua lauk dan sayur dia tak makan. Nasib baik skrg dia nak mkn nasi..sebelum ni masa umur 2-5 thn langsung tak nak mkn nasi.Hari2 menu mee...tak kira mee masak macam mana, asalkan mee dia akan makan. Kalau budak2 lain suka makan ayam KFC...burger Mc D , dia tak suka makan semua tu. Yang dia makan sosej,nugget,fries dan beberapa makanan lain...terhad betul selera dia.Dah pujuk..dah paksa, tak jln jugak... Kdg2 potong kecik2 lauk2 tu letak dlm nasi,sorokkan. Kalau sikit dan dia tak nampak lauk tu dia akan telan tapi kalau besar sikit dan dia perasan ada dlm pinggan, dia akan buang lauk tu. Tak tahu napa dia tak suka semua tu...
Berbalik semula kepada nasi carrot dan ayam bakar ni juga dihidangkan dgn sup dan salad. Mmg sedap dan tak rugi mencuba....



NASI CARROT

Sumber Fp K.Liza, tq K.liza...

[b]bahan

6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw carrot [potong dadu kecil]
1/2 caw susu cair
8 caw air
1 kiub ayam knorr
1 s/k gula
garam

Bahan Tumis
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia ]
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan

Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.



AYAM BAKAR
Sumber Fp K.Liza

Bahan
1 ekor ayam [potong 4]
1 s/b lada hitam tumbuk/mesin
3 s/b sos BBQ Knorr
1 s/b sos tiram

Cara
1. Bersihkan dan kelarkan ayam.
2. Perapkan ayam beberapa jam.
3. Bakar ayam dalam oven 200'C selama 1 jam.
4. Hidangkan ayam dgn sos lada hitam.

SALAD SAYUR

Bahan
1 biji tomato
1 batang timun
sedikit kobis manis
mayonis
cili sos

Cara
1. Semua sayuran dipotong dadu.
2. Gaulkan mayonis dan sos cili.
3. Gaulkan sayuran dan mayonis.
4. Hidangkan.
* Utk salad ni terasa nak mkn brokoli jadi celur brokoli dan gaul dgn sos thousand Island


Pantai Jerudong

Sebelum masak lunch Jumaat lepas sempat pagi tu ke Pasar Jerudong untuk beli ikan sambil bawa anak2 tengok pantai. Kali ni tak ramai org berniaga dan ikanpun tak byk yg dijual. Nak ambil gambarpun tiada ikan yg menarik..atau ikan yg besar macam pergi sebelum in. Lepas beli ikan terus ke pantai yg terletak di depan pasar...


Pantai Jerudong


Pantai Jerudong


Belakang Syazrin tu bot nelayan yg dah selesai memunggah ikan ke pasar.


Ceria anak2 dalam kereta....
Quote:

srsfeqah-Fekah dtg awal, rumah tgh kemas...nasi nipun baru pertama kali cuba.citer oshin tu fames..akakpun suka tengok juga dulu. ..
Niza-akak tak ada anak pompuan, kalau tidak boleh beli koleksi Fifi tu..cute..
MamaFaMi-aduhai mama ,kalau makan nasi seminggu sekali...tersiksa perut ni, mmg antu nasi tak kenyang makan makanan lain...
kak jun-Sorry K.jun lambat wish happy birthday hari tu.nampaknya K.jun satu bintang dgn 3 hero saya yg b'day bulan April...
jeff-itulah kelebihan Fp,byk jamu mata pengunjung dg makanan...
Farah-cubalah Farah nasi karot ni sesuai utk mkn sekeluarga sesekali..
zaiy -itulahkan selera anak2,mamanya masak2 macam2, dia minta yg simple aja..
dayang-masa angin rajin melanda ni Dyg, masak yg special sikit. kalau tidak..ikan goreng, ayam goreng aja..
kak jie jie-mkn dgn kurmapun sesuai jugak dgn nasi ni K.Jie. Airnya mmg jernih cuma kws pantai yg berpasir tak begitu luas...
ida isk- terliur di Fp K.liza, terus nak mencuba..
jasmeen -Jasmeen pun laju mencuba nasi ni...
Auntie Umi-Kal-sila cuba Auntie resepi K.liza ni sedap..
soulha-nasi karot ni mkn dgn ayam bakar tak toleh kiri kanan dah..
mallan-yg siap muka bucuk ni Syazrin , dia biasanya dok depan dgn mama...kena dok belakang tu buat muka bucuk..
rinzura-sesekali mencuba resepi baru..
Dewi-silakan cuba Dewi..
aima-bila rajin ni masak yg special sikit, kalau tidak masakan simple aja....
kakpah-sayapun dah lama tak singgah rumah k.Pah.buat tema saja2 tukar mood.mmg seronok dpt ikuti kelas k.mOn..
sitione-nasi ni mmg letak rempah kurma, famili akak semua suka nasi nasi ni. Syazrin baru pindah dok belakang tu yg masam sikit...
ctnik-Ct dah cakap kat Syazrin yg ada auntie nak cubit pipinya...
yullina-nak cium sampai penyek...takut dgn auntie Ina ni..
mimi-Tq mimi atas wish itu. nasi ni anak2 akak suka..sbb mkn dgn ayam bakar dan sup..
ReeWan-
nursyakirah-Waalaikummusalam. hero ni byk ikut rupa abahnya.nanti akak singgah lagi FP nursyakirah..
Ana-kita tukar ayam boleh...terliur jugak dgn ayam bakar Ana tu..
wawa-mengamit tak pa..jgn buat perut berdondang sayang sudahlah.. .itulah abgnya happy sakan di buat muka serious..
Nur-ohhh..husben Nurpun tengok Fp jugak ya...boleh kongsi cerita Fp ni.masakan power nak pikat hati keluarga, bosan jugak ngadap menu yg sama.. Syazrin baru kena 'pindah' dok belakang tu yg serius sikit..
Alexs-kalau bulan puasa kena tengok Fp masakan ni sebelah malam.monyok tu sbb baru kena dok belakang..
Haniss-nasi karot ni mmg padan mkn dgn ayam bakar...
LUNA-
ummi-jgn tunggu lama2 k.ummi, dah menambat selera ni . nilah 4 hero mama...
Mummy Irdina&Arissa-bagus Irdina&Arissa suka makan karot, sesuai mummynya cuba resepi ni..
MiraJohar-Salam perkenalan juga buat Mira. resepi2 ni byk dari kawan2 Fp juga yg sempat dicuba. ayam pandan ni kalau nak mudah gulung biasa dan cucuk dgn lidi. tp kalau nak buat stail ketupat nanti akak cuba tunjukkan step by step..
rani-betul tu Rani. resepi K.Liza simple tp sedap..
Niza-Syafiq dan Syazrin yg paling suka posing...tp yg paling kerap jadi model masakan mama adalah Syazrin.. mmg cantik park yg Niza pergi tu...suka betul tengok bunga2nya...
roylazim- mmg masa yg ditunggu bila dpt keluar jln2 sekeluarga gini...
aima-kalau dpt pergi tentu excited gak dpt tengok budak2. anak2 mmg jarang miss tengok siri kegemaran mereka ini..
masriyah-ni pertama kali makan nasi karot..mmg kena pulak dgn ayam bakarnya. pantai Tok Bali belum sampai lagi..tp famili kat Kelantan selalu pergi beli ikan segar kat situ..
MaMaAina-S'mat berkenalan juga buat MamaAina.resepi masakan dari kawan2 dan ada yg sendiri juga. lama2 nanti MamaAina mahir ttg Fp...
liena zamri -tq Liena suka tengok Fp akak. tak jadi pinjamkan tangan, lienapun pandai masak.... sedap2 nampak masakan kat Fp liena, anak2 tentu suka masakan mamanya kan...
Dayang- seronok pula dpt kenal mesra dgn Dyg..
Nur Syakirah-dah jawap dlm Fp NurSyakirah..
kamalina-asyik makan nasi putih..nak juga tukar selera.lagipun anak2 pelbagai nasi. he..he.lucu tul lah Kamalian.nantilah kalau balik M'sia ..akan cari dimana rumah Kamalina..bolehlah kita dok berjiran..
tamu-Salam Tamu; masak hari tu guna cawan sukatan yg rice cooker,kecil sikit dari saiz cwn biasa.Sukatannya cwn rice cooker ni kalau 6 cwn dpt 8-10 org mkn tp bergantung pada selera yg mkn jugakkan.. utk nasi ni masa masak tu guna beras wangi sbb stok beras basmati habis. beras basmati mmg selalu digunakan utk masak pelbagai nasi sbb berasnya mmg elok dan tak mudah kembang...

1stime tau psl nasi carrot nih..
eh tp nasi lobak pernah la dgr dlm cerita bersiri jepun 'Oshin' ms kecik2 dulu..hmm..
nmpk sodap 1 set.. masih edit ek..nk comment gaks..hehe..
Fri 11-Apr-2008 13:53
Posted by:srsfeqah  - [Link]
Sedap lauk2 tu... boleh cuba nnti.
re: thanks mama sya, kami 2 beranak ni dah ok sikit, Alhamdulillah selsema pu dah kurang, cuaca still sejuk lah... ni yg buat cepat sakit. Sofia jumpa fifi mata tak berkelip...nak ffi je kerja nya !
Fri 11-Apr-2008 13:58
Posted by:Niza et Sofia, London  - [Link]
Menderita tengok nasi carrot Mamasya sebab la ni kena cut down on nasi. Kena loose weight sebab bp tak menunjukkan bacaan yang memuaskan! Hubby dah kata, tok sah makan nasi...aduhai, ntah berapa lama ler leh tahan. Kena back to my diet masa kat Malawi la kot...leh makan nasi weekend je.... Ya Allah ya Tuhanku... kau kuatkanlah semangat ku ini...amin.... Fri 11-Apr-2008 14:45
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
mamasya....birthday kak jun 10 april....satu bintanglah dengan anak you. Sedap hidangan tu? Dah dapat email kak Jun? Fri 11-Apr-2008 15:46
Posted by:kak jun (mamakasih) kasihroslan@yahoo.com  - [Link]
>> inilah antara cabaran yang perlu dihadapi bila masuk FP...
>> banyak makanan yang sedap sedap belaka...
Fri 11-Apr-2008 17:38
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Bestnya nasi carrot mamasya tu..nampak sedap sangat nanti bolehlah farah cuba buat..tunggu my hubby balik sini dulu la baru best masak sedap2 ni.. Fri 11-Apr-2008 20:35
Posted by:Farah Shrewsbury farhana_81@hotmail.co.uk  - [Link]
saya pun nk try gak la buat nasi ni, tapi bila, taktau lagi.. . pasal makan ni, anak saya pun sama la, masakla lauk sedap camana pun dia tak pandang, dia nak telur mata kerbau boh kicap jugak... Fri 11-Apr-2008 21:11
Posted by:zaiy  - [Link]
salam mamasya,dyg suka betul tgk mamasya masak,kalo satu hari tgk pun tiap masa pun xpe.hehe sedap nasik tu dgn ayam panggang skali,adoi terliuh di buatnye Sat 12-Apr-2008 00:29
Posted by:dayang dygchanj@yahoo.com  - [Link]
Dulu2 biasa gak akak masak nasi campur karet ni, tapi makan dengan kurma. sedap nampak ayam bakar ziela tu dgn salad sayur tu. Pantai tu seakan pantai belah pantai timur, jernih airnya. Sejuk mata memandang. Sat 12-Apr-2008 02:13
Posted by:kak jie jie  - [Link]
his his rajin masak ya kita rajin tengok ajee Sat 12-Apr-2008 02:45
Posted by:ida isk @ Ida Bakery merpati66@yahoo.com  - [Link]
best nasi carrot nih..wajib dicoba..sumer bahan dah ada..ok..setttttt Sat 12-Apr-2008 03:33
Posted by:jasmeen  - [Link]
Auntie pun nak cuba sungguh menarik nampak nya Sat 12-Apr-2008 07:17
Posted by:Auntie Umi-Kal  - [Link]
sedapnya tengok nasi carrot tu..lama juga kita tk buat nasi nie.teringin plak..tambah2 plak tengok ayam bakar tu yg tahannya....
Sat 12-Apr-2008 09:24
Posted by:soulha,cairo shibshi07@yahoo.co.uk
Anak2 lain ceria dlm kereta. Tapi Syamil siap ngan muka 'bucuk' dia. Seriousnye.... Sat 12-Apr-2008 11:12
Posted by:mallan
akum mama... wah! best nya mamasya masak nasik carrot... ayam tu sungguh menyelerakan... Sat 12-Apr-2008 16:15
Posted by:rinzura  - [Link]
hmm nampak nyaman sekali nasi carrot ni...nak cubalah Sat 12-Apr-2008 16:50
Posted by:Dewi  - [Link]
Berselera sungguh setiap kali visit mamasya punya page nie.... Sat 12-Apr-2008 17:49
Posted by:aima rizaima@yahoo.com  - [Link]
Salam Ziela.. Lamanya akak tak masuk sini...dah mcm2 ada...sedap2nya hidangan Ziela...siap ada tema lg...hehehehe....
Bestnya dpt masuk kelas kakmon, kan?...
Sat 12-Apr-2008 18:28
Posted by:kak pah  - [Link]
akk..nasi nie rasa nyer nanti cam ada rempah kurma2 sikit ker?ermm klo cam nie..sedap nie..ada idea tuk masak dinner esok..

napa ler si kecik tu muka masam sgt tu..ishh..
Sat 12-Apr-2008 19:13
Posted by:sitione  - [Link]
mamasya,ckp dgn yg bongsu tuh..cutelh...auntie ct pesan kt dia..nk cobitttt pipi dia,,dia paling cute.....beshnya aym bkr.. Sat 12-Apr-2008 22:49
Posted by:ctnik
Salam Akak anak akan yng kecil tu macho-macho Comel gitu......ina suka tengok muka dia,kalau ada kat sini dah penyek pipidia ina cium...geram nengok...Sedap sungguh hidangan akak leh mintak sepinggan?Singgah jom ada entry baru... Sun 13-Apr-2008 06:42
Posted by:yullina  - [Link]
salam kak.. sedapnya ayam bakar tue, nampak sgt menyelerakan.. boleh try nnti nie..
happy belated birthday buat shafiq..
Sun 13-Apr-2008 12:39
Posted by:::mimi::  - [Link]
sedapnyer la tengok nasi carrot dan ayam bakar tu!!!tergoda la pulak...nyam nyam...

Promosi pakej perkahwinan tahun 2008 dari ReeWan Bridal

Harga yang berpatutan layari http://reewanbridal.fotopages.com
“Memori Indah Dua Jiwa”
Reen – 012-2608297
Email – reewanbridal@yahoo.com.my

Promosi gelang dan aksesori kristal swarovski yang eksklusif!!!!....bengkel swarovski...

http://reewancrystal.fotopages.com
reen – 012-2608297
email – reewancrystal@yahoo.com.my

ReeWan Crystal Collection
Sun 13-Apr-2008 17:30
Posted by:ReeWan Crystal Collection reewancrystal@yahoo.com.my
aslkum akak...macho2 hero akak brempat nie..c bongsu tu ikut muka siapa kak? singgahlh fp saya..org barulah katakn~
http://nursyakirah.fotopages.com/
Sun 13-Apr-2008 23:15
Posted by:Nur Syakirah  - [Link]
terliurnya nasi karot dgn ayam bakar ni.... Sun 13-Apr-2008 23:50
Posted by:Ana  - [Link]
ayam akan mengamit perutku la..heheheh..
mmg tiut la anak akak yg kecik tu..abg2 dia smua eksited yer aksi dorang tp bila tang dia 'buat muka' tiut plak..
Mon 14-Apr-2008 02:05
Posted by:wawa ssalwa@yahoo.com  - [Link]
sedap nya tengok ayam bakar tu...hubby pun hari tu cakap gini "syok nya tengok ayam bakar" nur pun jawab "oh...ini kawan mama la pa..." memang nampak menyelerakan...
menu mamasya memang selalu power..terliur dibuat nya.

mamasya, sememang nya sekarang nur dah terlanggar pantang suka masak udang lemak nenas tu..kalau ada sambal belacan dan ulam2an lagi ada kick...

psstt...mamasya, pantai jerudong tu nampak cantik ler...tapi kan nur tengok syazrin
kenapa serious benar....abang2 semua nya happy ketawa riang tapi dia dok serius...
Mon 14-Apr-2008 03:11
Posted by:Nur  - [Link]
Ya Allah, lapar nya aku, apa lagi bila tengok Nasi Ayam Carrot tu,
nasib baik bukan time puasa. Kalau puasa tak nak buka fp Mama nie
hehe..... Gambar last tu semua nampak ceria, tapi kenapa yang
tengah tu moyok jeh hehe...
Mon 14-Apr-2008 04:07
Posted by:Alexs Azlan azlan_umpai@yahoo.com  - [Link]
selera sekali tengok nasi karot...hidang pulak dengan dengan ayam bakar.... Mon 14-Apr-2008 05:17
Posted by:Haniss  - [Link]
sedapnyer..

jom singgah tgk wallet, maternity wear & dll --> http://lunacollections.fotopages.com
Mon 14-Apr-2008 07:31
Posted by:LUNA lunacollections@yahoo.com  - [Link]
mamasya, terliur lak dah tgk nasi carrot dgn ayam bakar tu...weee menambat selera tau..nnt nk buat lah...comelnya anak2 mamasya.. Mon 14-Apr-2008 07:53
Posted by:ummi ummizaihadi@yahoo.com.my  - [Link]
baru 1st time dengar dan tgk nasi carrot ni..
nampak sedap sangat
sesuai ar untuk anak2 saya yg suka makan carrot..hehehe
leh cuba ni
Mon 14-Apr-2008 08:09
Posted by:Mummy Irdina&Arissa  - [Link]
salam perkenalan kak
sedapnya nasi carrot ni paling tak tahan ayam tu...aduhai meleleh air liur ni tanpa ku sedari...banyak sungguh resipi kat fp akak ni... akak macam mana nak buat ayam pandan tu. bolehkan akak tunjunkan cara nak ikat daun pandan tu....mira mmg suka makan..kalau makan kat restoran mahal lah...ingat nak buat sendiri
Mon 14-Apr-2008 08:40
Posted by:MiraJohar  - [Link]
resipi k.liza ni selalunya simple & sempoi tp rasa menggemparkan!!! sungguh menyelerakan!!! Mon 14-Apr-2008 08:56
Posted by:rani  - [Link]
Best gi jalan jalan ye... budak2 tu yg memeriah kan lagi keadaan... kali ni baru dpt tengok 4 putera mama sya tu, selalu nmpak Syazrin & Syafiq je...
re: permandangan kat sini memang cantik kita pun selalu jugak pi sana...Park dia pun best jugak tapi tak pergi semalam coz tiba2 hujan lebat. Sofia tido sbb time kita pergi tu memang time dia tido petang...
Kita masak simple je Mama sya, malas dah letak skewer kat satay ayam tu buat butterfly cut je...buat jugak sambal kacang tapi lupa plak nak ambik gambo nya.
Mon 14-Apr-2008 09:16
Posted by:Niza et Sofia, London  - [Link]
memang seronok biler dapat jalan2 dengan anak2.. Mon 14-Apr-2008 09:33
Posted by:roylazim  - [Link]
memang seronok biler dapat jalan2 dengan anak2.. Mon 14-Apr-2008 09:33
Posted by:roylazim  - [Link]
Memang best mamasya, especially bebudak tuh, mummynyer jangan dikira tengok diaorang nie comel sungguh especially shazlan , kalu dlm tv nampak poyo aje,,,,Sama ler bebudak kat umah nie, tengok tak pernah boring walaupun bbrapa kali repeat Mon 14-Apr-2008 10:00
Posted by:aima rizaima@yahoo.com  - [Link]
Nasi keret,belum pernah kita masak tapi makan adalah..makan dengan ayam panggang..emmm
Pantai jerudung memang cantik ya...sekali pandang yang ada batu-batu tuu , teringgat pantai Tok bali..
Mon 14-Apr-2008 10:02
Posted by:masriyah  - [Link]
salam mamasya,selamat berkenalan
sedap nye tgk resepi mamasya
anak2 pun comel je

sy ni baru belajar berFP
Mon 14-Apr-2008 13:52
Posted by:MaMaAina qutreen315@yahoo.com  - [Link]
Terima kasih mamasya sempat jugak jenguk FP liena, emmm... sedap betul nasi kat atas tu... terliuq pulak den, minat betul dgn FP mama ceria ajer dengan gelagat anak2 pastu maknya pun pandai masak.... sedap2 juadah yg dimasak..pinjam tangan seminggu dua boleh ??? Tue 15-Apr-2008 01:17
Posted by:liena zamri  - [Link]
mamasya nanti email dyg yah,dyg xtau email mamasya Tue 15-Apr-2008 01:44
Posted by:Dayang dygchanj@yahoo.com  - [Link]
salam mamasya..slmt pagi,dah tgok fp saya hari ni ker?jom tgok fp saya..kali ni upload pic mama dan abah dia plak...mari,sila kn laa yer
*mamasya dah cuba buat DONUTS ALA-ALA J'CO kat fp naz rinn chan?kalau nak cuba&dah cuba...kasi tau saya yek..nak tahu,sama ker buatannye dgn fun donut..saya nak cuba tapi tak trkudrat plak,lama perap bahan A hingga 90mnt..tu laa belum ada masa lagi nak cuba,baby syakirah ni nak mnta layan jer.hehe..mamasya dah tntu rasa fun donut tu kn..
Tue 15-Apr-2008 01:56
Posted by:Nur Syakirah  - [Link]
mamasya ni mmg rajin buat eksperiment.. lagi2 yg melibatkan pelbagai jenis nasi ni... mmg salute laaa.... agak2 bila nak berhijrah semula ke msia?? saya cadangkan dok kat pahang.. dkt dgn umah saya... blh jenguk dapur mamasya setiap hari...
ps: cantiknya pemandangan pantai tu..
Tue 15-Apr-2008 06:36
Posted by:kamalina  - [Link]
salam mamasya...nasi tu utk hidangan berapa orang?...x pernah guna beras basmathi. thanx! Wed 16-Apr-2008 05:10
Posted by:tamu
Mon 24-Aug-2009 06:05
Posted by:sarah


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.