Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-Apr-2008 00:57 Email | Share | Bookmark
Cho Chips Muffin & Kerang Masak Serai & Kelas Renang Syafiq

B'nan utama sek
kolam renang
Syafiq dan kawan2 di kolam
Syafiq dan kawan2 menunggu coach
Syafiq dan kawan2 menunggu coach
semua turun ke kolam
latihan kuakkan kaki ke depan
latihan kuak kan kaki
pelajar perempuan
pelajar lelaki
latihan kuak kaki ke belakang
acara bebas
latihan renang
tunggu latihan seterusnya
acara bebas
acara bebas
acara bebas
acara bebas
muffin baru nak masuk oven
dah masak
berderet2 menunggu giliran dimkn!
 
 
 
 
 


Sukanya hati ptg semalam sebab akhirnya muffin yg dibuat menjadi.Teruja melihat muffin K.Liza yg membukit...maka cuba dptkan rahsia cam na muffin boleh kembang elok gitu dari K.liza... Antaranya;
- pastikan oven cukup panas
- letakkan adunan muffin dlm acuan sehingga hampir penuh acuan kertas
- adunan tak perlu dipukul kuat2 - guna senduk kayu aja
- adunan jgn terlalu cair

Dah beberapa kali jugak buat muffin sebelum ini tapi hasilnyanya mmg ko lah, tak puas hati. Ada yg naik senget sebelah , ada yg jadi meleper aja dan yg akhir hari tu adunannya keluar membuak2 masa tgh bakar...tak tahu napa.... ada sapa2 ada pengalaman adunan keluar membuak2 gini.
Bila rupa muffin tak menawan anak2 tak berapa nak makan,yg ada letak cho chips sebelum ini anak2 korek cho chipsnya dulu dan muffinnya makan sikit.
Tapi kali ni anak2 tak korekpun cho chips tapi makan sekaligus muffin... Baru siap bakar tak sempat muffin posing mereka dah minta... Kebetulan husben nak ke rumah kawannya bawa sikit muffin ni sbg buah tangan.
Sempat tunjukkan gambar muffin kepada k.Liza semalam sebelum update dlm Fp. K.Liza cakap cantik muffin. Berbunga hati bila dpt pujian dari pakar masak macam K.Liza, bukan saja muffin kembang....mamanya pun rasa kembang jugak... .
Terimakasih byk2 K.Liza berkongsi resepi dan memberikan tips yg berguna itu... .



CHOCOLATE CHIPS MUFFINS
Sumber Fp K.liza

Bahan A [30 biji muffin]
1 cawan butter [cairkan]
2 cawan susu segar
2 biji telur [pukul sedikit]
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 cawan tepung gandum ]
1/2 cawan serbuk koko ] ayak 2 kali
2 s/k baking powder ]
1/2 s/k soda bikarbonate ]
2 cawan gula perang

coklat chips secukupnya
kertas muffin

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 190'C selama 10 - 15 minit.
2. Alaskan kertas muffin dalam mangkuk muffin atau loyang muffin.
3. Masukkan Bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Masukkan pula Bahan A dalam mangkuk Bahan B dan kacau rata gunakan whisker atau senduk kayu.
5. Masukkan dalam kertas muffin sehingga 3/4 mangkuk kertas.
6. Taburkan coklat chips diatas adunan.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.






Masak kerang ni dah beberapa minggu yg lepas tapi baru update dlm FP kali ini.Wpun kat rumah kalau masak kerang ni makan sorang2 , tak kira jugak nak cuba resepi dr FP Haniss sbb nampak sedap.Bila dah makan mmg ternyata sedap sekali..sorang2 perabihkan.. . Kalau ikut resepi masak hingga kerang terbuka..nunggu dkt 40 min,kerang tak buka2 jugak...pemalu agaknya kerang ni.... .Tutup api dan buka kulit kerang,dah masak rupa-rupanya. Tak tahu napa lambat buka..padahal dah lama rendam sebelum itu. Kawan2 ada tips tak nak bagi kulit kerang cepat terbuka...

Kerang Masak Serai
Sumber: SAJI dari Fp Rahaniss, tq Haniss..

BahanĀ²

1kg kerang
2 batang serai
1 labu bawang besar
3 ulas b.putih
6 biji merah
1/2 " halia
3-4 helai daun limau purut
3 sudu besar sos tiram
minyak masak
garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Serai, bawang besar, bawang putih, cili dan halia diblender.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak
3. Masukkan daun limau purut n sos tiram dan kemuan kerang.
4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan masakkan sehingga kulit kerang tu terbuka.

Nota Haniss: Kalau ikut majalah tu cili dimasukkan selepas kita memasukkan kerang...tapi tak syok lak rasa cam tak masak lak cili tu...tu yang sekali harung semua tu.....kita tambahkah asam keping skit tu......



Kelas Renang Syafiq

Kelas renang Syafiq ini diajar setiap minggu pada hari Khamis sebagai salah satu subjek tambahan di sekolahnya. Antara subjek tambahan lain yg turut diajar adalah bahasa Arab, bahasa Cina dan Muzik.Subjek utama sama spt lain2 tadika dan termasuk juga pelajaran Agama&Al-Quran.

Syafiq pada mulanya tak nak ikut kelas renang ni tp setelah beberapa minggu di kelas dia teruja sama mengikuti kelas bila tengok kawan2 seronok main air. Biasanya bila bawa anak2 ke swimming pool, biasanya Syafiq dok tepi kolam renang aja...dia mmg tak berapa suka swimming. Kalau budak2 lain tak adalah nak tunggu tepi kolam, pastinya tak sabar2 nak terjun dlm kolam. Tapi kalau main2 air dlm kolam mini di rumah dia nak pulak.Mungkin sbb kolam kecik aja tu yg dia suka main.

Kolam renang utk kanak ni terletak sebelah bangunan kelas sahaja dan tak dalam hanya separas pinggang budak2 tadika.Kelas renang ini dikendalikan oleh seorang jurulatih renang yg dah mengajar kanak2 tadika di sekolah ini selama 9 thn .
Sambil ambil gambar sempatlah tengok apa yg diajar oleh jurulatih ada latihan kuak kaki ke depan, ke belakang dll. Paling tak tahan tengok gelagat kanak2 ni bila coach cakap semua dok dlm kolam ada jugak yg keluar kolam.Jurulatih tak bagi keluar kolam sbb nanti badan terasa sejuk bila dah keluar kolam. Dan bila coach cakap yg lelaki duduk sama2 budak2 lelaki...buat tak dengar pi duduk duduk sebelah budak perempuan...

Lucu juga tengok gelagat Syafiq dan kawannya dlm kelas renang. Tunggu sampai habis kelas renang dan tolong cikgunya menukarkan baju kawan2 Syafiq.Selepas kelas renang pelajar tak perlu beruniform lagi tp pelajar perempuan diminta memakai gown. Manakala abgnya di sek rendah sesekali ada jugak kelas renang waktu senaman yg diadakan di kolam renang dekat stadium. Anak2 belajar berenang mamanya jugak yg tak pandai berenang ni...


Syafiq bersama kawan sekelas sebelum kelas bermula.



Yang ni latihan kuak kaki ke depan



Salah satu yg diajar; dagu ditepi kolam dan kaki dikuak2 ke dlm air



Acara bebas, bercanda di dalam kolam.... .


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net