Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-Apr-2008 13:54 Email | Share | Bookmark
Di timpa Tag lagi

pokok bunga jejarum
bunga loceng
lupa nama pokok ni
pokok nenas baru ambil buahnya
pokok kelapa depan rumah
bunga heliconia
lagi pokok bunga
pokok bunga chempaka
pokok2 tepi rumah
lagi pokok bunga
pokok betik
depan rumah
pokok terung pipit
pokok serai
tak tahu bunga apa
rimbunan pandan
depan rumah
bunga loceng
 
 
buah terung pipit
Syazrin posing
bunga periwinkle
buah2 kelapa baru dipetik belakang rumah
pokok kelapa belakang rumah
pokok jampu merah,buahnya tak elok
pokok sukun sentiasa berbuah
 
 


Di timpa tag lagi.....bukan 1 tag tp 4 tag termasuk 1 assignment ttg garden .. Iaitu tag bunga kantan dari kawan2, tag ttg peti ais dari Jasmeen dan satu tag dari IU ttg buku yg dibaca...sorry IU belum sempat update tag lagi.
Assignment Garden
Untuk entry ni sempat update assignment garden yg diberi oleh Ct Nik dari UK baru2 ini dan tag bunga kantan. 2 tag lagi kemudian...tak larat nak update skrg...

Sebetulnya semua pokok yang ada dikeliling rumah dah siap ditanam oleh tuanrumah... hanya tolong tengok2 kan sahaja. 2 minggu sekali tukang kebun tuan rumah akan datang bersihkan kawasan rumah.
Kurang rajin nak menanam walaupun kawasannya cukup sbb kalau tanam apa2 biasanya kurang menjadi... tu yg buat malas sikit nak bercucuk tanam dan satu alasan lagi mmg tak rajin bercucuk tanam....
Antara pokok yg ada dikeliling rumah yg telah berbuah adalah pokok sukun (berbuah beberapa kali sethn), pokok kelapa (sesekali kalau tukang kebun dtg panjat minta utk kelapa muda;buah kelapa biasanya tuan rumah bawak balik ) , pokok mangga , pokok nenas dan betik. Manakala pokok jambu merah dan putih berbuah lebat tapi sayang buahnya tak elok, busuk di dalam. Pokok serai hari tu merimbun tp dah nak mati, maka tanam balik...tp belum ambil lagi biar pokoknya besar sikit. Pokok terung pipit ada juga berbuah di tepi rumah tp pokok ni tumbuh sendiri. Pokok pandan pula mmg byk merimbun.
Manakala pokok bunga ni ada serba sedikit spt pokok bunga loceng, bunga jejarum, heliconia, bunga chempaka, bunga periwinkle dan beberapa pokok yg tidak diketahui namanya. Mari kita tengok pokok apa yang ada di sekitar rumah...





Halaman depan rumah,pokok2 menghijau....tempat anak2 bermain waktu petang.....


Lagi gambar halaman depan rumah....


Suka tengok bunga jejarum ni sbb bulat penuh bentuknya....


Syazrin pun nak posing jugak...



TOUCH OF NATURE



Bunga kantan ni dihadiahkan oleh K.Liza , K.Jie-jie, Auntie Kal, K.Ida Natrah, Yulina, Nor dan baru dapat 3 lagi bunga kantan dari Zuhri, Baayah mama Kimi dan FazzaRinna ....terimakasih banyak-banyak buat semua kerana sudi hadiahkan bunga kantan ni...
Baru dua hari lepas masak asam pedas ikan letak bunga kantan. Baki bunga kantan ni ada dlm peti ais sbb hari tu buat laksa pinang. Bunga kantan sedap juga campur dalam kerabu bersama sayur lain.
Tag ni pjg sebenarnya..kena copy nama pemilik asal...tapi nak copy semua panjang berjela2 pula. Tak tahu nak bagi kat siapa lagi bunga kantan ni sbb rasanya semua org dah dapat, jadi nak hadiahkan bunga kantan ini buat semua pengunjung Fp ini



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net