Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 26-Apr-2008 02:02 Email | Share | Bookmark
Happy Birthday Syazrin !

b'day cake Syazrin
b'day cake Syazrin
Syazrin b'day boy
Syazrin b'day boy
b'day cake Syazrin
Syazrin b'day boy
Syazrin dgn abg2nya
Syazrin dgn abg2nya
Syakim,Syazfiq&Syazrin
kek sebelum masak
kek dah potong
Syazrin dgn abg2nya
kek dah potong
kek dah potong
 
 
 


Semalam 25.4.2008, harijadi Syazrin yang ke 3. Sekejap rasanya masa berlalu....dah 3 thn usia anak bongsu mama ni. Walaupun dah berusia 3 thn kami sekeluarga memanggil Syazrin dgn panggilan baby... Syazrin merupakan hero ke 3 mama yg sambut b'day bulan April. Hujung bulan depan sambut birthday abg Syamil pula.

Kek b'day Syazrin pada awalnya nak buat kartun Tom And Jerry, siri kegemaran Syazrin. Dah cuba buat semalam tp tak begitu menjadi, coklatnya cepat beku..susah nak melukis gambar yg ditekap, kemudian coklat pula tak nak melekat di kek ... .
Cuba juga lukis kartun2 lain tp tak cun jugak....mmg tak pandai betul lukis kartun ni... Setakat kartun lidi bolehlah.... . Dah tak ada idea, nak senang lukis guna tooth pick terus atas kek ikut gambar peguin di botol susu kegemaran Syazrin sbb nampak senang sikit dan hiaskan sedikit atas kek biar nampak meriah. Susah betul nak ratakan bc atas kek tu....nampak sememeh aja.. . Nasib baik Syazrin suka kek birthdaynya dan gembira dia dapat tiup lilin sendiri. Abg2nya pun tumpang seronok sama...
Happy birthday Syazrin...dari abah,mama ,abg Syamil,abg Syakim dan abg Syafiq ...


Happy birthday Syazrin !....


Syazrin dgn abang-abangnya... .


Birthday kek Syazrin , abaikan bc yg sememeh tu..

Quote:

Rasanya dah ramai mencuba kek marble susu ni tapi nak letak jugak resepi untuk senang dirujuk pada masa akan datang.....



KEK MARBLE SUSU
Sumber ; Fp MamaFami; resepi asal Chef Norzailina Nordin .
(Resipi yang disalin terus dari website Chef Norzailina.)

250g mentega
230g gula kastor
2 sudu kecil ovalet
4 biji telur
270g tepung superfine- guna tepung gandum aje..
1 sudu kecil serbuk penaik
60g susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar atau susu cair -guna susu segar
1 sudu kecil pes coklat atau coklat emulco

Kaedah penyediaan :
Pukul 3 bahan pertama hingga gebu dan kembang. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul hingga naik. Masukkan bahan ayak, kacau rata. Bubuh susu, gaul sebati. Bahagikan 2. Masukkan serbuk koko, susu segar dan pes coklat ke dalam satu bahagian. Bubuh 1/2 senduk adunan biasa ke dalam tin 22cm yang dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak. Ratakan pula 1/2 senduk adunan berkoko. Ulangi hingga habis. Goyangkan tin supaya adunan menjadi rata. Baar pada 180 C selama 40 - 45 minit atau hingga masak.




Terimakasih semua atas ucapan hari jadi buat Syazrin.. .


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net