Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 29-Apr-2008 13:24 Email | Share | Bookmark
Roasted Chicken , Pajeri Nenas dan Buah Tangan

Roasted chicken
majalah Saji dr K.Liza
baru buka sampul kiriman
tt K.Liza
 
 
 
 
 


Dah rancang hujung minggu lepas nak masak special sikit untuk keluarga semperna hari jadi anak-anak bulan April ini. Bakar seekor ayam dan masak juga pajeri nenas untuk hidangan lunch. Kedua2 resepi ni resepi K.Liza...tq K.liza... . Pajeri nenas ni masak kebetulan ada sebji nenas yg diambil dari pokok tepi rumah...dah beberapa hari simpan. Pada mulanya ingatkan nak buat inti tat nenas...tp bila nengok ada kawan2 tayang pajeri nenas, langsung tukar plan dari nak buat inti tat jadi pejari nenas...

Ayam bakar ni kena buka bajunya sebelum posing.... sbb terhangit sikit kulitnya gara2 oven meragam, grill dan oven menyala serentak padahal set utk oven saja... . Maka nampaklah dada yg seksi itu.... tp dah 'selimut' sikit dgn sos lada hitam...
Selain 2 menu ni ada jugak masak nasi...nasi apa... kena tunggu dlm entry akan datang.....

ROASTED CHICKEN
Sumber Fp K.Liza

Bahan:
1 ekor ayam (anggaran 1.5 kg atau 1.7 kg)
2 s/b madu
1 s/b air limau kasturi
2 s/b BBQ

1 labu bawang besar - belah 4 tapi tidak putus
2 kuntum bunga lawang ]
5 kuntum bunga cengkih ] bahan A
2 biji buah pelaga ]
2 inci kulit kayu manis ]
5 biji kentang kecil - buang kulit

Cara
1. Bersihkan dan tos sehingga ayam kering.
2. Gaulkan madu, air limau dan BBQ sos.
3. Lumurkan ayam dengan bahan yg digaulkan dan perapkan
selama 3 atau 4 jam.
4. Masukkan bahan [A] kedalam perut ayam.
5. Masukkan juga bawang besar yang telah dibelah tidak putus.
6. Susun ayam dan kentang dalam loyang tahan panas.
7. Bakar dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 200 C.
8. Bila sudah masak 30 minit terbalikkan ayam
dan bakar lagi sehingga masak dan lembut.
9. Setelah masak, susun daun salad dalam pinggan
dan letakkan ayam diatasnya.
10. Sediakan sos lada hitam. - guna sos lada hitam yg dah siap
- utk sos lada hitam dan lain2 sos boleh rujuk di sini

PAJERI NENAS
Sumber Fp K.Liza

Bahan
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak





Buah Tangan Dari K.Liza



Dua hari lepas dpt sampul surat warna coklat....bila buka..jeng..jeng...majalah Saji... . Walaupun di sini ada dijual tapi majalah ni special sikit sbb dikirim oleh salah seorg penyumbang resepi dlm majalah Saji keluaran Mei ni.....siapa lagi kalau bukan K.Liza, pemilik Fp yg paling ngetop... .Majalah Saji yg dikirimkan ini lengkap dengan tangan dari K.Liza sbg tanda ingatan. Terimakasih banyak2 K.Liza kerana sudi kirimkan majalah saji ini. Seronok tak terkira dapat buah tangan dari K.Liza...dah beberapa kali membelek majalah ini....

Nak kongsi cerita sikit. Sejarah kenal Fp ni bermula bila terjumpa Fp K.Liza , masa tu dalam bulan Mei thn lepas. Bila tengok pelbagai resepi menarik yg menyelerakan di FP K.Liza mulalah kepingin utk mencuba macam-macam masakan. Kemudian barulah bersemangat untuk mempunyai Fp sendiri dan seterusnya mengenali Fp dan blog kawan-kawan yang lain . Itulah citernya....
Sekarang nipun bila ada peluang selalu juga korek tip2 masak-memasak dari K.Liza.. K.liza pula tak jemu2 melayan dan berkongsi ilmu . Semoga k.Liza terus maju dalam bidang masakan.

Khas Untuk K.Liza....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net