Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-May-2008 14:24 Email | Share | Bookmark
Aktiviti Hujung Minggu

Jolibee;salah satu fast food yg terkenal di sini
gerai pelancongan m'sia
kerepek tempatan
anak2 berkenan dgn rmodel flight RBA
dok tengok kartun
antara gerai pameran
 
antara gerai makanan
donut yg dijual
gerai kerpok lekor Brunei
gerai pameran
coklat fountain
gerai roti boy
lagi gerai makanan..kerpok lekor
kerpok lekor udang,tahai dan udang
gerai donut tumpuan ramai
masa nak balik
ceria semuanya kecuali Syazrin
keretapun ada jual
donut yg dibeli
 
 
 


Lepas nasi beriani udang, masak udang lagi, kali ni mee rebus udang pula.. Udang yg dimasak taklah sebesar udang nasi beriani .. ...guna udang saiz sederhana saja.
Mee rebus ni dimasak pada hari cuti Ahad yg baru lepas....dari sarapan hinggalah lunch kami sekeluarga makan mee udang...sedap dan bertambah makan... .
Wpun anak2 tak suka makan udang tapi mee udang ni semua suka kecuali abg yg sulong. Lain kali boleh masak lagi...

Mee Rebus Udang ala Singapura
Sumber; My Resepi - Mat Gebu; Tq CMG...
Bahan-bahan ( 5 orang )

* 500 g mee kuning
* 2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
* 3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
* Limau kasturi secukupnya
* Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
* 2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
* Hirisan cili hijau dan merah
* Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
* 250 g udang sederhana besar

* BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-
* 3 ulas bawang putih*
* 6 biji bawang merah kecil*
* 1/2 cm halia*
* 2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
* 2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)
* 2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
* 1 batang serai, dititik
* 1 inci lengkuas, dititik
* 3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus
- kita guna 5 ketui kentang tp saiz kecik
* 1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)
* 1 biji tomato, dibelah empat
** gula kita gantikan dgn gula melaka
Cara-cara

1.Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan
2. Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
3. Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)
4. UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan







Consumer Fair

Sebelah petang kami sekeluarga ke pameran consumer fair di pusat persidangan antarabangsa Berakas (sama tempat pameran buku dulu). Pameran terbahagi kepada 2 bah. iaitu bahagian makanan dan bukan makanan. Tak banyak sgt gerai di bahagian makanan tapi ada jugak beberapa gerai dari M'sia.




Gerai kerpok lekor Brunei, sales girl nya siap beruniform...


Kerpok lekor buatan Brunei; kerpok lekor biasa, kerpok lekor udang dan kerpok lekor Tahai (ikan kering). harga offer 3 peket bnd5 (RM11.50)


Gerai La Donut, milik Pondok Sariwangi..sebuah restoren Indonesia di sini yg jadi tumpuan pengunjung. Rasanya restoren ni baru saja memperkenalkan donut di restoren mereka.


Donut La Donut... sedap juga rasanya. seketui RM2.30-RM2.80..


Masa dah nak balik, anak2 ceria semuanya bila mama minta posing, Syazrin sorang aje yg serius...control macho...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net