Want your
own Fotopage?






 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 16-May-2008 06:09 Email | Share | Bookmark
Kek Zebra & Selamat Hari Guru

belum masak
baru keluar dr oven
dah potong
 
 
 
 
 
 


Ini pula projek nak habiskan marjerin dan buttercream di rumah yg dibuat pada minggu lepas sebelum hari ibu. Oleh kerana kek Marble susu tempoh hari anak2 suka, jadi kali ni cuba baking kek Zebra yg lebih kurang macam kek marble susu.
Ada lebihan adunan warna coklat selepas adunan dimasukkan selang seli dlm loyang sbb masa bahagiakan adunan terlebih yg letak warna coklat. Yang selebihnya dibakar dlm acuan baulu...saja nak cuba bakar dlm acuan baulu.Elok pula jadi bentuknya.
Kek hanya disapu bc bahagian atas sahaja sbb tak cukup nak sapu keliling kek.Malas nak buat bc lain. Lagipun anak2 dah tak sabar nak potong dan makan,mamanyapun sama....

Kek Zebra
Sumber Fp Mak Lang (asal Jo's Deli Bakery) ,terimakasih Mak Lang..

Menghasilkan 1 loyang 8" bulat
Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (mklang guna 4 biji telur agaknya grade B kott...besor jer.)
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek- campur tpg kek dgn gandum sbb tpg kek ada sikit kat rumah
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan-guna marjerin
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

2 sudu teh serbuk koko
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco
Hirisan badam/ badam cincang- tak letak sbb nak letak bc
Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.

Nota:
1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.
2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.
3. Elakkan menggunakan tepung gandum/ tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.
4. Bila menggaul cecair coklat kedalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.
5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain




Baki adunan coklat yg dibakar dlm acuan baulu...


Posing Sikit....

Gambar ni diambil sebelum nak keluar jalan2. Syafiq yg minta diambil gambarnya posing atas kerusi dgn Syazrin....





Quote:
Selamat Hari Guru

Nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Guru Buat semua warga pendidik di Malaysia semperna Hari Guru 16 Mei. Terutamanya buat Pak Da yg mengajar di Kelantan, adik Aini yg mengajar di Kelang, K.Ngah di Perak dan Mah di KL. Buat guru-guru semua Selamat Hari Guru ...
Di sini sambutan Hari Guru disambut pada 23 September.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net