Want your
own Fotopage?






 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 19-May-2008 08:33 Email | Share | Bookmark
Mee Celup, Kerabu Perut & Ikan Percik

bahan2 sampingan
mee siap boleh mkn
 
 
 
 


Salah satu menu yang dicari kalau balik kg adalah mee celup yg agak terkenal di Pantai Timur. Mee ni dinamakan Mee Celup sbb mee dan sayur perlu dicelup dlm kuah sup utk celurkan kedua2 bahan ini sebelum dihidangkan.
Mee celup mudah saja tetapi yg lambat adalah masa merebus untuk empukkan daging dan perut. Kalau teman-teman tak makan perut atau susah nak jumpa tapi nak mencuba mee celup boleh guna daging dan campurkan dgn tulang. Mee celup ni sedap dimakan masa panas-panas macam mee sup...

Mee Celup (Kelantan)
Sumber ; Mesra.Net Resepi

bahan-bahan sup
perut lembu - boleh ganti dengan tulang
daging lembu
rempah sup
Bahan-Bahan:
mee kuning/bihun/kuew tiew
lobak jeruk
ikan bilis goreng
kangkung - saya guna sawi
kacang tanah tumbuk
garam, gula, perasa
limau nipis
bawang putih (ditumbuk dan digoreng)-guna bawang goreng biasa

Cara:

terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).

Cara-cara
ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup. Lepas tu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas)serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis.
Cadangan Hidangan:
dihidangkan ketika masih panas. Lagi terangkat sekiranya sup menggunakan air rebusan gear box dan lemak dicampur sekali
** saya tambah lada jeruk, tauhu goreng dan telur rebus dan dlm kuah tambahkan lada sulah.





Oleh kerana mee celup antara bahannya perut maka nak kongsi resepi kerabu perut ikut resepi yg mak selalu buat kat kg. Kerabu perut enak dimakan dengan nasi...kalau nak ratah gitu pun boleh...

Kerabu Perut


Bahan
Perut Lembu - bersih dan rebus sampai empuk
1 ekor ikan kembong rebus/bakar-ambil isi dan tumbuk
1/ 2 cawan kelapa digoreng hingga kuning dan tumbuk kasar
5 ulas bawang merah ditumbuk
2 biji cili merah dibuang biji dan potong tipis
sebatang serai dihiris tipis
1 biji limau nipis - utk perah/sedikit cuka makan
kacang botol/mangga muda racik/potong halus
garam,sedikit lada sulah dan gula secukup rasa.

Cara-cara

Campurkan semua bahan dan rasa masam serta masinnya.


Ikan Percik



Ikan percik ni dimasak beberapa minggu lepas. Masa pergi pasar lihat ikan kembung yg besar dan segar, mula2 beli ingat nak bakar tawar cicah air asam. Bila nak masak tukar pula selera nak makan ikan percik...
Biasa masak ikan percik putih, kali ni nak buat percik merah pula. Resepi sama dgn Ikan Percik yg dimasak dahulu cuma tambahkan 2 sudu lada kering yg dah dikisar.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net