Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 25-May-2008 22:28 Email | Share | Bookmark
Ketam Bercili, Kacang Pjg Taucu & Kuih Cara

adunan
tgh dimasak
hampir masak
 
 
 
 


Kali ni nak hidangkan masakan yg berasaskan taucu . Tapi kedua2 masakan ini dimasak pada hari yg berlainan. Sedikit info ttg taucu;
Quote:
Taucu adalah makanan yang terbuat dari kacang soya (Glycine max) yang telah direbus, dihaluskan dan kemudian diperam. Penggunaannya yang umum adalah sebagai ramuan atau penyedap dalam membuat lauk pauk

Kedua2 masakan ni pun ada letak belacan. Sekadar berkongsi tip mudah nak masak/bakar belacan. Apa yg biasa dibuat belacan dipotong kecil dan digoreng dlm kuali tanpa minyak. Kacau sehingga garing. Masa ni mmg akan berbau semerbak seluruh rumah,pastikan semua tingkap dibuka... Bila dah garing,sejukkan dan simpan dlm bekas...nak masak ambil sikit2. Senangkan tak payah bakar belacan setiap kali nak guna ....

Oklah berbalik pada menu hari ni, masa jalan2 dapur k.mOn berkenan pulak nengok ketam yg dimasak. Kebetulan dalam peti ais ada lagi baki ketam yg dibeli...maka masaklah ketam sambal goreng taucu. Walaupun susah nak kopek isi ketam tapi bila dapat makan tu...enaknya...

Ketam Sambal Goreng Taucu
Sumber; k.mOn ; http://ninasayu.blogspot.com/ ;tq k.mOn..
Bahan
1 Kg ketam suri
Kisar:
5 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
20 biji lada Thailand hijau/merah- letak cili sikit saja sbb tak tahan pedas
1 sudu makan petis/belacan
3 sendok besar lada kisar
1 sendok besar sos cili
1 sendok besar taucu
2 biji jus limau kapas(limau nipis)
1/2 biji gula melaka(di potong nipis-nipis)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara
1.PANASKAN kuali.
2.TUMIS bahan kisar hingga garing.
3.MASUKKAN sos cili, lada kisar, jus limau nipis, garam, gula melaka dan taucu. Masak lagi sebentar.
4.MASUKKAN ketam dan tutup kuali, biarkan hingga masak.
5. HIDANGKAN panas-panas.

NOTA YAGAN: Potong empat ketam itu dan mamar(ketuk) sepitnya kemudian cuci dengan air asam jawa. Bumbu lebih mudah meresap jika kita potong-potongkan ketam tersebut. Asam jawa pulak menghilangkan bau hanyir.





Biasanya kacang pjg ni goreng biasa tp kali ni nak cuba kacang pjg masak taucu resepi dari ibu saudara yg dah lama disimpan. Masakan ini biasanya beliau masak utk hidangan kenduri di kg.

Kacang Panjang Masak Taucu

Sumber; Mak Da ; terimaksih Mak Da..
bahan;
Seikat kacang Panjang
1/2 mangkuk udang basah
1/2 mangkuk isi ayam/hati&pedal - potong kecil
*10 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
*2 cm lengkuas
*30 gm/2 sb lada kering
*5 biji cili padi
*3 cm halia
5 sudu taucu
belacan, garam dan gula
3 biji tomato, lada hijau
1 btg serai -ketuk

cara;
1.Blender semua bahan * dan tumis bahan * hingga wangi
2.Masukkan ayam dan masak hingga empuk.
3.Masukkan udang kacau. Kemudian masukkan kacang pjg,serai, belacan, taucu,lada hijau, garam dan gula.
4. Bila hampir masak masukkan buah tomato. Siap utk dihidangkan




Acuan cara dah lama beli masa balik cuti Dec lalu tp baru ada kerajinan utk membuatnya, padahal senang saja.... Kuih cara ni antara kuih yg disukai terutama masa bulan Ramadhan.... Terimakasih MaDiha kongsi resepi dan tips memasak kuih cara ni...

Kuih Cara
Sumber ; Fp MaDiHa
Bahan2
2 biji telur
3 cawan santan ( guna santan kotak saiz kecil.. jadikan 3 cawan ditambah air)
secubit garam
2 cawan tepung gandum
sedikit pewarna hijau / kalau nak blend daun pandan pun boleh.. 5 - 6 helai pandan.blend dgn 1 cwn air.Tapi kurangkan sukatan santan 1 cawan; gunakan santan pekat 2 cawan
gula secukupnya..
Minyak masak secukupnya..
Daun pandan diikat untuk digunakan semasa menyapu minyak pada acuan.

Cara2
1)Pukul telur + garam dengan whisker... tambahkan santan & pewarna hijau pukul sikit lagi. Pastu tambahkan tepung sikit demi sikit dan bancuh rata.. tapiskan ke dalam jug..supaya mudah nak tuang semasa nak masak kuih cara..
2)Panaskan acuan cara dengan api yg kecil.. sapukan minyak tiap2 lubang acuan dengan menggunakan daun pandan.. tuangkan bancuhan ke dalam lubang kuih cara satu persatu hingga habis.. kemudian gunakan sudu kecil untuk masukkan sedikit gula setiap kuih mengikut giliran satu persatu... means.. kena ikut mana yg 1st, 2nd & seterusnya. (Jangan plak mulakan bubuh gula pd kuih yg last sekali anda tuang td... sebab tepungnya belum masak lagi.. gulanya akan jatuh kebawah & akan menghanguskan kuih anda.) Madiha masukkan 1/3 sudu kecil gula tiap sebiji cara.. kalau suka lebih manis boleh masukkan setengah sudu kecil atau ikut selera anda sendiri
3)Tutup acuan cara guna penutup periuk.. dan biar hingga kuih masak.. bila dah masak.. keluarkan kuih dan ulang spt no. 2 tadi hingga habis.


**Kepada semua yang sedang bercuti semperna cuti sekolah selamat bercuti dan berhati2 di jalan raya semasa menuju ke destinasi percutian masing2...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net