Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 29-May-2008 02:00 Email | Share | Bookmark
Kek & Jln2 Pekan Limbang

Dkt sempadan
kg Air, Limbang
kg Air, Limbang
Pemeriksaan Imigresen
Pemeriksaan Imigresen
Sg di Limbang, keruh sikit
kg Air, Limbang
kg Air, Limbang
Sg di Limbang, keruh sikit
Dataran tempat tunggu boat rasanya
Sg di Limbang, keruh sikit
kg Air Limbang
bot di Kg Air
pekan Limbang
Tamu Limbang
kuih-muih goreng2an
dlm tamu Limbang
Kepah
pemandangan di Limbang
dlm perjln balik masih di Limbang
di imigresen
di imigresen
sempadan Brunei
perjalanan balik,dah masuk Brunei
 
 


Kek ni dibuat masa hari ibu tempoh hari tp tak hiaspun...masak terus potong.... Kalau ikut resepi sepatutnya dibuat corak2 kat atas kek barulah sesuai dgn nama kek marble Afrika tp saja ubah selera sikit buat dam pink kat atas tu....
Tak tahu mana silapnya bila sejuk kek ni turun sedikit kat tengah,mungkin terlebih pukul tapi keknya tetap lembut dan sedap....

African Marble Cake
Sumber : Roshayati Johari (RN), Fp Mak Lang, terimakasih Mak Lang..

Bahan2
250g tepung naik sendiri
200g gula kastor
300g telur - timbang tanpa kulit (maklang guna 4 biji telur)
1camb ovellate
1camt baking pawder
2camb susu pekat
50g air (mklang guna fresh milk)
175g butter - cairkan
*coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari
*guna perisa strawberry + sikit warna pink

Cara:
Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak. Bakar. ( Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ni akan naik double ) Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak. Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas tu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.




Jalan-jalan Ke Limbang

Beberapa minggu lepas kami ke Limbang yg terletak tak jauh dari sini, dalam 1 jam perjalanan. Limbang merupakan sebahagian dari negeri Sarawak yg diapit oleh negara Brunei. Kalau dari Miri, Sarawak dan Sabah untuk ke Limbang melalui jalan darat perlu melalui Brunei.
Oleh kerana Limbang terletak di tepi sungai , pengangkutan dari Labuan dan Bandar Seri Begawan boleh menggunakan boat. Dari Labuan ke Limbang ikut jalan laut dalam 2 1/2 jam, manakala dari BSB cuma 45 min.
Pekan Limbang ni kecil sahaja tetapi terdapat kemudahan bank, pasar, hotel dan caw pejabat kerajaan untuk kemudahan orang ramai berurusan. Jom tengok sebahagian gambar yg sempat diambil...


Kg Air dan Pekan Limbang...


Lagi Kg Air dan Pekan Limbang...


Bot mengambil penumpang


Jeti untuk menaiki bot..


Tamu Limbang yg menjual sayur,ikan dll. Bah atas food court.


Antara yg dijual di Tamu Limbang...kuih-muih


Kepahpun banyak dijual...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net