Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 31-May-2008 06:06 Email | Share | Bookmark
Aktiviti masak2 Semalam

kek baru keluar oven
dah potong
dah potong
 
 
 
 


Semalam terajin sikit baking kek lapis.....ni merupakan kali pertama cuba buat kek lapis. Sebenarnya dah lama kepingin nak buat, resepipun dah berzaman print tp belum cukup semangat nak melapis ...
Terimakasih buat kawan2 yg meniup semangat melapis ni terutamanya Dayang tokey kek lapis dan juga banyak2 terimakasih buat Ct Nik @ Kesum yg cukup rajin melapis....kerana byk bagi tips dan galakan utk mencuba.....
Berbalik pada kisah kek lapis 3 yg dicuba ni, buat 1/2 adunan saja takut tak jadi. Masa potong kek bahagian luar ok jadinya tp bahagian tengah ko...lembik... padahal dah sejuk keknya. Kena masukkan semula dalam oven... . Bila fikir2 balik napa jadi gini padahal masak yg last tu dlm oven dkt 15 min.... rasanya sbb setiap lapisan masa grill tak cukup masak biarpun dah hitam permukaan sbb grill kat rumah tak boleh adjust suhu panasnya.
Biarpun rupanya tak cun sgt, anak2 dan abahnya suka makan...lega mama kalau tidak kena perabih seorg....

Kek lapis Tiga
Sumber Blog Dayang; http://dayangkek.blogspot.com/, Tq Dayang..

Bahan A

2ketul Butter
2gelas gula castor
1sudu esen vanilla / serbuk
1 sudu besar ovelette

Bahan B

10biji kuning telor
5biji putih telor
1tin susu pekat manis
2 1/2 cawan tepung hong kong

Bahan C

Perisa strawberry,coklat,pandan - tambah warna ikut perisa
kekacang,coklat chips - tak letak

Cara cara membuat bahan2 -

Pukul Bahan A hingga Kembang - menjadi putih
Pukul Bahan B berasingan - telor dahulu,baru masok susu pekat,seterusnya tepung hong kong

Campurkan kedua bahan A & B
bahagi 3 bahagian mengikut perisa bahan C
Bakar dlm oven selapis selapis hingga habis,di taburkan kekacang,coklat chips,Selamat Mencuba


Kek yg belum potong ni tersilap pulak terlungkup belah bawah tu nampak coklat lain sikit ...




Asam Kari ni masak utk lunch semalam. Last week dah buat sekali guna ikan kembung. Tapi kali ni masak dgn ikan talapia yg dibeli segar di pasar.
Bila nak update entry baru perasan ikannya tersembunyi disebalik sayur-sayuran......

Asam Kari
Sumber Asal mat gebu; copy dari Fp Mak Lang, tq CMG dan Mak Lang...

Bahan
500 g ikan pari (atau ikan merah) - guna ikan talapia
10 batang bendi
3 biji tomato, dibelah dua
2 kuntum bunga kantan, dibelah dua setiap kuntum
Segenggam daun kesom
Sejemput asam jawa, dibancuh dgn 1/2 cawan air
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Bhn utk rempah:
6 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1/2 cm halia*
1 inci kunyit hidup*
1 keping hirisan lengkuas*
1 cm belacan*(*ditumbuk lumat)
3 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari ikan

Cara-cara
Ikan pari dipotong2 dan perap dgn sedikit garam dan asam jawa. Biar 10 minit dan bilas. Toskan.
Dalam periuk, panaskan minyak (kurang lebih 4 camca besar). Tumis bahan2 tumbuk. Masukkan cili kisar dan serbuk kari ikan. Tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
Masukkan air (kurang lebih 500ml) dan asam keping. Biarkan mendidih. Masukkan ikan pari, daum kesum dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
Masukkan jus asam jawa dan bendi. Perasakan dgn garam dan gula. Akhir sekali masukkan belahan tomato dan biarkan mendidih sekejap




Tak tahu nak masak apa lauk ayam utk anak2...buat popcorn chicken yg mudah dan ringkas bahan2nya. Anak2 suka pula makan..lain kali boleh buat lagi...

POPCORN CHICKEN (JUST LIKE KFC!!)
recipe submitted by: Naomi, copy dari Fp Cek De Sam ; tq ...

Ingredients:

1 egg
1 cup white flour
1 tsp Cajun seasoning- tak ada ; guna rempah kari daging/ayam
2 small boneless chicken breasts
3/4 cups vegetable oil (or any other frying oil)
2 paper towels
*tambah sikit garam sbb tak nak bagi tawar sgt.

Method:
Mix flour and Cajun seasoning in small mixing bowl.
In separate bowl, beat egg.
Cut chicken breasts in small pieces ranging anywhere from about a 1/2 inch to 1 1/2 inch in size, depending on how crispy you want (smaller=crispier).
Pour oil into a small skillet and place on a medium heat.
Dip pieces of chicken into egg, being sure they are fully covered.
Drop the chicken, piece by piece into the flour mixture, fully coating the chicken.
Test to be sure that the oil is ready by dropping a little glob of batter into the oil. If it sizzles and fries, it's ready! Now, slide the chicken into the skillet, easily and slowly to be sure the oil doesn't splatter all over you. Do this as quickly as possible. After about 3-4 minutes, flip the pieces over (pieces should be colored a light golden brown).
When chicken is finished, scoop it out draining as much oil as possible into the pan for more chicken and place it on a plate with the two paper towels lining the bottom.
This will catch and drain the excess oil so your chicken is super crunchy.
My best serving suggestion is mashed potatoes and salad.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net