Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Jun-2008 22:28 Email | Share | Bookmark
Rojak Sotong & Perlawanan Badminton

Antara penonton yg hadir
pasukan wanita PWM&PKMS
pasukan wanita STM
pasukan lelaki STM&PWM
umpire dgn pemain
dlm perlawanan
dlm perlawanan
sebah penonton
pemain sdg menunggu
dlm perlawanan
berehat tunggu perlawanan
dlm perlawanan
pasukan PKMS&PWM
abg Syamilpun ada
ready utk mulakan perlawanan
bincang sebelum perlawanan
penonton
 
 
 
 
 


Dalam 3-4 hari ni sibuk sikit sbb itu tak dpt berkunjung rumah kawan2 dan update Fp. Antara sebabnya ada latihan dan perlawanan badminton , anak2 masih exam dan baru tamat kelmarin....ditambah pula anak no 3 dan 4 batuk selsema...

Citer ttg badminton ada sambungan di bawah...skrg kita jamu mata dengan rojak sotong yg dibuat minggu lepas... Rojak sotong ni antara favorit makanan yg akan dicari bila pergi pasar malam di sini. Cuma bila beli kdg2 tak menepati selera...tawarlah....terlampau pedaslah...pastu yg byk dlm rojak tu kangkong,bahan2 lain ciput aja...
Bila buat sendiri ni....sedapnya dpt makan sepuas-puasnya...habis 2 mangkuk sorang2....

Rojak Sotong
Sumber ; Resepi.Net
Bahan-Bahan
2 ekor sotong yang telah kembang
1 biji timun
1 ikat kangkung
½ mangkuk kecil kacang tanah yang telah ditumbuk halus
½ mangkuk sos tomato
2 sudu besar petis- ganti dgn 2 sudu kuah rojak buah
2 sudu besar bijan goreng
2 keping tauhu
½ mangkuk cili boh-guna cili kering kisar
1 cawan air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
*saya tambah sebiji mangga muda yg diracik
Cara
1. Sotong dan kangkung dicelur hingga empuk.
2. Kemudian diangkat, toskan airnya dan dipotong-potong.
3. Tauhu digoreng kemudian dipotong kecil.
4. Tomato sos, cili boh dan petis disatukan dalam periuk kemudian tambah air 1 cawan dan biarkan mendidih.
5. Bila mendidih masukkan separuh dari kacang tumbuk dan bijan kemudian dikacau hingga rata dan mendidih.
6. Masukkan sotong, kangkung, tauhu dan timun di dalam pinggan sesudah itu tuangkan kuah di atasnya dan hidangkan.





Jamu Anak-anak

Oleh kerana anak2 exam maka mama layanlah mereka dgn baking Cho Moist Cake lagi. Kali ni buat dlm bekas cc dan tak deco pun keknya hanya letak topping dan tabur coklat rice. Anak2 ni kalau coklat cake tak hias cunpun tak apa asalkan letak topping mmg laju diorg mkn..
Selain itu buat jugak Fish N Chips kesukaan anak2 juga. Lega diorg dah habis periksa...bolehlah mama ngadap internet lama2 sikit...





Perlawanan Persahabatan Badminton

Perlawanan Persahabatan Badminton antara Persatuan Kebajikan Melayu SeMalaysia (PKMS), Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) dan Persatuan Warga Malaysia (PWM) yg berlangsung awal minggu ini dan tamat semalam diadakan dewan utama Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei.
Perlawanan yg julung kali diadakan ini melibatkan 5 regu lelaki dan 3 regu perempuan. Mama dan abah turut sama bermain mewakili PKMS....dimana keputusan keseluruhan PKMS dpt tempat kedua,juara PWM. Adatkan dlm perlawanan ada kalah dan menang.... tapi yg penting dpt mengeratkan silaturahim sesama rakyat M'sia di sini dan dapatlah juga exercise sikit...buang lemak2 yg berkumpul tu....

Bulan lepaspun mama dan abah ada perlawanan badminton mewakili gabungan PKMS&STM melawan staf&keluarga kakitangan Istana Nurul Izzah. Perlawanan inipun melibatkan 3 regu wanita dan 5 regu lelaki. Selain bermain utk pertandingan...seronok juga dpt kenalan baru.


Pasukan lelaki PKMS ( biru) dan PWM (Putih) bersama TYT Dato' Ku Jaafar Ku Shaari, Malaysian High Commissioner (baju hitam duduk di tgh)


Pasukan wanita PKMS (biru) dan PWM (Putih) bersama TYT- team wanita ni muka semua merah2 sbb baru lepas bertanding,nasib baik larat lagi posing...


Sebahagian pasukan lelaki STM (biru muda) dan PWM (Putih) bersama TYT


Pasukan Wanita STM bersama TYT


Salah satu pasukan wanita yg sedang beraksi...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net