Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 7-Jun-2008 01:05 Email | Share | Bookmark
Kari Ayam Kapitan&Capati

 
 
 


Sebelum masak ayam kapitan ni dah search kat internet ttg resepi ni...rupa2nya ada pelbagai versi resepinya. Tapi kali ni nak cuba resepi Ayam Kapitan dari majalah yg ada di rumah.
Kalau ikut resepi dari majalah, ayamnya dimasak agak pekat macam rendang dan merah warnanya. Tapi ayam yg dimasak ni buat agak berkuah sbb nak cicah dgn capati dan tidak merah sgt sbb kurangkan cili,maklumlah kami sekeluarga tak tahan pedas...

Kari Ayam Kapitan
Sumber; Jelita (Sept 2007)

bahan-bahan

3 sb minyak masak
1.5 kg ayam, potong 8
500 ml pati santan- buat santan sederhana pkt sbb nak ada kuah sikit
1 cawan air
1 sb serbuk pati ayam
10 helai daun limau purut-hiris
1 biji limau nipis diperah
sedikit garam,gula
3 biji bawang merha digoreng - guna bawang goreng siap je
1 tangkai daun pudina- tak letakpun
bahan kisar
*30 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 btg serai
20 gm lengkuas
20 gm kunyit
*10 biji buah keras
*15 biji cili kering
*20 tangkai cili kering , rendam air panas
* bahan2 ni letak separuh saja
Cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi
2.Masukkan ayam dan biarkan selama 10 min
3.Tuangkan santan, air,serbuk pati ayam,daun limau purut dan bairkan renih sehingga ayam empuk
4.Perahkan limau,garam,gula dan bawang goreng
5.Angkat dan hidangkan dgn daun pudina





Capati nipun dah lama buat...iaitu selepas jamu mata di Fp Auntie Umi Kal. Tak puas hati jamu mata...kenalah jamu perut jugak.... Lagipun tepung capati dah lama tersimpan dlm kabinet dapur...asyik tertangguh nak buat. Jika dibandingkan dgn roti canai, lebih suka capati tp anak2 tak berapa suka capati lebih suka roti canai....
Sedikit tips utk capati tahan panas dan tak mudah keras...ni lihat bekas tuan rumah org Pakistan buat capati; selepas masak tutup dan lapik/bungkus dgn kain, simpan dlm bekas agar tetap panas rotinya.

CHAPATI
Sumber ; Fp Mamafami; Tq MamaFami...

Ingredients :
2 cups Atta flour
1 tablespoon Ghee/Butter/Margarine - guna ghee
1 tablespoon cooking oil
Enough water
Salt ~ optional
Extra margarine
Method :

1. Place Atta flour in a bowl.
2. Rub in a tablespoon of Ghee/Butter/Margarine
3. Add water bit by bit until it becomes a soft dough and doesn't stick to the hand.
4. Add the cooking oil into the dough and knead till well combined.
5. The bread taste better if made few hours ahead. Make as many small balls as you can, as big as golf ball, flatten it and roll out.
6. Heat a non stick flat pan till really hot.
7. Before placing the bread on the pan, remove access flour, if any.
8. When you see the color of the bread changes to slightly darker color, turn over the other side. Gently, press the sides of the bread with a kitchen paper or a clean towel. Let the bread puffs up, then flip over, back to the first side.
9. Once cooked, remove from heat and brush a bit of margarine on top - lupa nak brush capati




Quote:
Homework dari mamaaina. Sorry lambat siap....peram lama...
1.1 minit yang lalu, ape anda buat?
Layan Syazrin

2. 1 jam yang lalu, ape anda buat?
Sarapan

3. 1 hari yang lalu, apa anda buat?
Ptg semalam ke sukaneka

4. 1 jam lagi, apa anda akan buat?
Masak

5. 1 hari lagi, apa anda akan buat?
baking cake

6. 1 orang yang terakhir sms kamu?
berbalas sms dgn k.mOn semalam

7. 1 orang yang terakhir menelefon kamu?
husben

8. 1 makanan yang baru dibeli?
pagi tadi beli nasi bungkus utk sarapan, saja tukar selera..malas pun ada...

9. 1 barang yang baru hilang?
seingatnya tiada...Alhamdullilah

10. 1 cerita yang baru ditonton?
Lupa pulak tajuk; horror movie kat HBO channel

11. 1 hal yang terakhir digosipkan?
kisah org baru kahwin dah bercerai-berai; anak yg jadi mangsa...

12. 1 kata yang ingin diluahkan..?
Tak sabar nak balik M'sia....bercuti

13. 1 buku yang sudah dibaca?
dah lama tak baca buku. lebih suka baca majalah dan buku2 resepi..

14. 1 penyakit yang sering datang?
Alhamdullilah tak ada..kecuali anak2 sering kena batuk dan selsema

15. 1 keinginan?
sekeluarga pergi holiday ke ovc...bila lah.. kena kumpul pitis dulu...

Nak tag sapa...tak adalah sapa2, semua selamat ...
Selamat berhujung minggu buat semua serta selamat kembali semula ke sekolah...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net