Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 12-Jun-2008 00:55 Email | Share | Bookmark
Entry sebelum Cuti Balik Kg

belum masak
baru keluar oven
dah potong
dah siap packing utk anak2
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
hadiah yg disediakan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Hari ni di sekolah anak2 ada jamuan kelas sebelum cuti sekolah bermula. Setiap pelajar digalakkan bawa apa2 makanan/minuman. Dalam dok fikir2 nak buat apa teringat nak mencuba Kek Marble Pandan... .Lagipun tengok bahan2nya ringkas dan semua bahan ada di rumah.
Kek ni masak semalam tp pagi tadi baru potong dan posing....
Betul kata Mak Lang dan CMG kek ni sedap dan lembut..tambahan pula letak perasa pandan dan santan. Selain kek anak2 juga bawa kerpok bawang....ni abg Syamil request sbb masa birthday dia hari tu kawan2nya semua suka kerpok bawang. Kerpok bawang beli yg dah siap....balik rumah tinggal goreng aje..

Kek Pandan Marble
Sumber : R-lin & matgebu&Mak Lang, Tq semua...

Bahan-Bahannya
4 biji telur gred A
100 g gula pasir
1 camca besar ovallate
25 ml pati santan (mat guna susu segar)- guna santan debu yg pandan + sikit air
50 g minyak jagung - guna minyak sayur
100 g tepung gandum*
1/2 camca teh garam halus*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 camca teh pandan paste-guna perisa pandan + 1st pewarna hijau
1 camca teh serbuk koko
1 /2 camca teh esen vanilla(sendiri letak)
1 camca teh coklat emulco (sendiri letak)

Cara membuatnya
Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (seperti adunan baulu).
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata. Tuang minyak jagung dan pati santan. Gaul hingga sebati.
Adunan dibahagi 2, satu bahagian dia campur dengan esen vanilla, serbuk koko dan coklat emulco, gaul rata. Dan satu bahagian dicampur dengan pandan paste. Gaul rata.
Masukkan adunan koko dan pandan secara berselang-seli ke dalam tin kek yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 30 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidang. *tak pusingpun dgn chopstick.



Sukaneka semperna Hari Keputeraan Agong
Sukaneka yg diadakan di Suruhanjaya Tinggi M'sia pada ptg 6 Jun yg lalu adalah salah satu aktiviti semperna Hari Keputeraan Agong. Selain sukaneka turut diadakan acara makan malam. Tapi utk mkn malam ni tak ada gambar sbb tak bawa kamera.
Pelbagai acara sukaneka yg diadakan untuk kanak2 dan org dewasa antaranya tarik tali,sepakraga berkain batik, bawa bole pingpong, pertandingan melukis, rebut gula2 dan lain2. Seronok juga sesekali dapat berkumpul dengan kawan2 M'sia di sini di samping melihat pelbagai telatah melucukan di sepanjang sukaneka...


Sepakraga berkain batik....


Pertandingan tarik tali....


Acara tiup belon sampai pecah, tp sampai sudah belon Syakim dan Syafiq tak pecahpun...


Pertandingan yg ditunggu rebut gula2....


Quote:
Ini merupakan entry terakhir sebelum kami sekeluarga balik cuti ke Sem M'sia pada 14-28 Jun ni semperna cuti sekolah di sini. So entry baru akan disambung lepas balik cuti nanti. Rasanya masa cuti ini tak sempat nak update Fp dan lawat Fp/blog kawan2.... sibuk dgn macam2 aktiviti dan yg pastinya paling seronok dpt balik kg; Trg dan Kelantan... Kita jumpa Julai nanti.... .


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net