Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 2-Jul-2008 00:47 Email | Share | Bookmark
Class Deco bersama K.Zati 21-22.Jun.08

basket weave
bunga2 penuh dlm bakul
speciality cake
baru mula buat bunga
praktis atas board dulu
Patrick dlm versi black and white
 
 
 
 
 
 
Sebelum pulang cuti tempoh hari dah plan kalau ada kesempatan nak ikuti kelas deco kek ....sambil bercuti bolehlah belajar deko. Bukan selalu ada peluang sebegini sbb biasanya kalau balik cuti macam2 aktiviti nak dibuat. Tambahan pula husben bagi green light, lagilah semangat nak belajar....

Sehari sebelum bertolak iaitu tgh hari 20 Jun, kami sekeluarga baru tiba di K.Trg dari bercuti di Kelantan. Sebelah ptgnya pergi jln2 Masjid Kristal dan cari stok kerpok utk di bawa ke sini. Malam sibuk mengemas semua brg yg akan dibawa husben nanti.

Paginya pukul 10 bertolak dgn bas ekpress ke Kuantan (ni bas paling awal...ada bas terus ke Rompin singgah Pekan jam 4 am..takut pulak sorang2 tiba awal pagi). Jam 2 ptg tiba di Kuantan, ambil taxi ke station bas tempatan. Bas ke Pekan bertolak dlm pukul 3 ptg...bas ni bas henti2..nasib baik bas ada air cond. Kalau tidak mahu mandi peluh dlm bas..... Sampai station bas Pekan, sms k.Zati, husben dan anak k.Zati dtg ambil.
Lewat petang baru kelas dpt bermula . Walaupun terasa penat tapi bila mula kelas...terus hilang rasa penat, mampu bertahan sampai jam 3 pagi.Kek pertama yg dideco ialah artwork cartoon cake dengan lain2 tips mendeco. Diikuti dgn buat basketweave. Pagi esoknya sambung buat bunga2 atas kek. Tgh hari mula hias kek speciality.

Sepanjang kelas macam2 yg dipelajari....bila dah siap satu2 deko tu,minta k.Zati komen..ok ke tak. Kalau kata ok seronoknya tp bila kata tak...jawapnya kena buat semula. Tp tak kisahlah kena buat balik ..... biasalah orang baru belajar kena perbaiki mana2 yg tak elok bagi mendapatkan hasil yg molek. Macam hiasan tepi speciality kek, hampir 1/3 dah siap tepinya...bukan main seronok menekan nozzles, tak sedar deconya itu dah semakin senget benget...... apa lagi kena sapu dan buat semula.... Tapi yg paling mencabar ialah nak siapkan bunga ros, kekok betul nak dptkan sekuntum bunga ros yg cantik, byk kali mencuba baru menjadi.

Kek basketweave yg penuh dgn bunga2 sememang dah lama dok angan2 nak buat sendiri. Akhirnya tercapai juga di kelas k.Zati.....suka sgt tengok kek ni... Anak2 sudah pasti suka dengan kek Patrick...tak sabar2 mereka nak potong kek Patrick...

Masa husben dan anak2 sampai keesokkannya dari K.Trg dlm pukul 4 lebih...dah hampir siap deko kek. Lepas siap2 semuanya kami bertolak dlm pukul 6 terus ke Melaka...sampai ke Melaka dlm 10 mlm...penattnya..terus zzzzzz. Lusanya kami bertolak pula ke KL.

Buat k.Zati, terimakasih atas segala tunjuk ajar yg diberikan dan berkongsi ilmu sehingga berjaya menghasilkan ketiga2 kek yg memuaskan hati.... Terimakasih juga buat keluarga K.Zati atas layanan mesra yg diberikan sepanjang berada di Pekan.

Inilah kek-kek yg telah berjaya dideco sepanjang kelas K.Zati di Pekan, Pahang 21-22.Jun.08. Jemput jamu mata.....













Selain kelas K.Zati ada jugak kelas lain yg sempat dihadiri. Kelas apa tu....tunggu....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net