Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Jul-2008 11:41 Email | Share | Bookmark
Jalan2 Kota Bharu

poster sultan&sultanah kelantan
bandar KB
penarik beca tunggu pelanggan
bandar KB
bah beras dan bunga telur
bah beras dan bunga telur
kain tudung dan kain pasang
lagi kain tudung
kain2
lagi kain dan tudung
kain pasang dan sutera
kaing pasang
lagi tudung
lagi tudung
pakaian dan tudung
kain
lagi tudung
lagi tudung
tkt bawah;macam2 kuihmuih
macam2 kuih muih
bah kerpok,serunging dll
bah kerpok,serunging dll
bhg kuih
sayur di tkt bawah
pemandangan dr tkt atas
bandar kb
bandar kb
pelbagai nasi
pelbagai nasi
merahnya ketupat sotong
pelbagai nasi
gerai laksa
geria kuih-muih
Pasar malam buluh kubu
kek yg dihias
kek dan agar2 tembikai
cantik kan hiasan kek ni
Sebelum balik Kel, singgah dulu di Trg rumah MIL bertemu keluarga. Paginya mama ada projek...projek apa tu...tunggu next entry ya.... Manakala sebelah malam pula ada kenduri naik rumah baru BIL . Esoknya baru bertolak ke Kelantan rumah mak.
Ptg lepas tiba rumah mak terus ke Medan Selera Buluh Kubu sbb dah lama kepingin nak makan nasi tumpang sbb kat situ biasa ada. Tapi masa pergi tu tak ada pulak dan tak ramai penjual makanan. Namun macam2 makanan ada...nasi kerabu, nasi dagang, ayam percik,ketupat sotong,laksam dan byk lagi terasa semua nak makan...

Keesokkan paginya baru ke Pasar Siti Khadijah.....masa pergi tu tak ramai org sbb bukan hari cuti. Pusing punya pusing dlm pasar...sampai mata pun dah nak juling nengok tudung yg ngelip2 berkilauan... Rata2 tudung yg elok hiasan batunya dlm RM55-RM65 keatas sehelai. Itupun selepas penat tawar-menawar...

Selepas itu baru cari serunding (org Kel panggil sambal daging), biasanya kalau beli suka cari serunding dr Kg Laut yg terkenal sbb sedap dan baru serta tahan lama. Harga sekg yg dijual kalau daging tempatan RM46, daging import RM36, serunding ayam RM46 sekg dan serunding ikan RM25 sekg. Beli jugak lain2 makanan spt dodol ..dodol ni dijual 3 perisa durian,pandan dan manisan.

Selesai bahagian atas..turun tkt bawah cari kuih-muih...macam2 kuih-muih ada. Tapi yg mula2 sekali beli ketupat pulut, kuih talam...kat Kel panggil tepung boko.Kemudian baru beli lain2 kuih. Kuih talam ni murah saja; 5 bungkus kecil baru RM1...murahkan... Tiap kali balik Kel pasti beli kuih talam sbb kuih talam Kelantan ni lembik sikit, mkn ceduk dgn sudu dan berlemak..tu yg sedap..

Sebelum keluar pasar sempat cuci mata dgn bunga2 telur yg bergantungan dijual kat bahagian beras. Seingat dari dulu bunga telur dan bekas telur dijual bersama2 beras...biasa kalau ada famili nak kahwin mmg cari kat sini saja sbb cantik dan murah. Lepas keluar dr Pasar Siti Khadijah terus balik rumah mak...tak larat nak pusing mana2 dah penat pusing pasar.....

Gambar2 dalam Pasar Siti Khadijah...


Pemandangan dari tingkat atas....menarikkan..


Tudung-tudung macam2 corak batu dan warna..mengelip-ngelip...


Lagi tudung dan kain pasang...


Deretan tudung yg pelbagai...mengoda betul...


Bahagian tkt bawah yg menjual kuih-muih


Bunga2 telur bergantungan di tempat jual beras...

Ni pula gambar2 sekitar Medan Selera Buluh Kubu.. .



Gerai pelbagai nasi dan lauk..macam2 pilihan..yg menggoda ayam percik itu..


Lagi gambar gerai yg sama....


Gerai laksa,somtam dan nasi ayam...ketupat sotongpun ada..


Merahnya ketupat sotong..nampak mengancam betul.. saiz sed RM2 sekor, besar RM3 sekor


Pelbagai jenis kuih-muih...


Suka tengok kek-kek ni...RM1 sepotong dan agar2 tembikai yg nampak cantik..

Cantikkan kek dihias gini...mana nak cari kipas burung merak,lupa pulak tanya kat kakak jual kuih ni...

***Tq Shima dan K.Ummi hadiahkan tag..nanti update kemudian ya...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net