Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-Jul-2008 01:23 Email | Share | Bookmark
Selamat Hari Jadi Abah@Husben

kek besday utk husben
2 jenis bunga dlm bakul
kek dan kad
kek bakul
kek besday abah
hidangan utk lunch
 
 
kek marble trio belum masak




Semalam 22.Julai birthday husben....beza sebulan dari besday mama iaitu 22.6.. Untuk birthday husben, buatkan sebiji kek basketweave, spt yg belajar tempoh hari..... kebetulan husben suka dengan deco kek basketweave yg penuh bunga2....




Quote:



Kek marble lagi...dah kemaruk kek marble.... Sebelum cuti tempoh hari dah cuba kek Marble trio ni tapi kek tak berapa menjadi sbb oven meragam, nak ambil gambarpun malas...
Tak puas hati, buat lagi utk kek birthday husben kali ni....nasib baik oven ok. Kek elok jadinya...lembut dan sedap, sekeluarga suka, tak rugi mencuba lagi. Masak dlm satu loyang 9 inci dan ambil sedikit bakar dlm bekas cc, dpt 12 biji sbb anak2 tak sabar nak makan kek....

Kek Marble Trio
Sumber; My resepi..CMG; tq CMG...

Bahan-bahan
* 300 g mentega, pada suhu bilik-guna marjerin aja
* 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
* 1 camca teh serbuk penaik*
* 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
* 5 biji telur Gred A
* 250 g gula kastor
* 1 camca besar Ovallate
* 30 g Gliserin- ganti susu segar 30 gm
* 20 g air
* 1/2 camca teh esev vanilla-ganti esen mangga
* 1/2 camca teh strawberi emulco
* 1 camca teh coklat emulco

Cara-cara
1.Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
2.Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
3.Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
4.Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.--guna acuan bulat 9 in
7.Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.-tak pusing
8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.


Manakala untuk lunch masak nasi beriani warna-warni, acar , Ayam Golek Trengganu dan Daging Masak Trg ; husben org Ganu...jadi masak lauk Ganu semperna besdaynya....
Resepi nasi beriani warna-warni ada di link sebelah manakala resepi ayam dan daging akan update entry akan dtg....jemput jamu mata dulu......




Buat kawan2 semua....tuan rumah nak gi jalan2 selama lebih kurang seminggu mulai 25 Julai/Jumaat...bercuti dekat aja..... Jadi seminggu ini tak berkesempatan berkunjung ke rumah kawan2 ....balik nanti baru buat kunjungan muhibah semula. Semoga semuanya ceria selalu...

*** terimakasih semua atas ucapan birthday utk husben....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net