Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-Aug-2008 11:08 Email | Share | Bookmark
Cuti-cuti ke Gunung Kinabalu, Sabah- Pt 3

Pemandangan Mt Kinabalu dr Pekan Kundasang
bunga2 yg dijual
bunga2 yg dijual
Pekan Kundasang
Gerai2 sayur
bunga2 yg dijual
pelbagai kerpek,kerpek daun bayampun ada
Sayur dan kerepek
Gerai2 sayur
Sayur dan kerepek
Gerai2 sayur
Gerai2 sayur&bunga
Mt Kinabalu dr Pekan
Sebah. Pekan Kundasang
bunga2 yg dijual
Pekan Kundasang

Lepas posing di kws hotel, kemudian bersarapan di Pekan Kundasang....terus ke gerai sayur2 yg berderetan disepanjang jln di Pekan Kundasang. Pekan Kundasang mmg terkenal dgn tempat jualan pelbagai sayuran segar. Dari belakang gerai-gerai sayur boleh nampak Mt Kinabalu yg tersergam indah. Banyak juga gerai-gerai sayur di kws sini yg dibuka awal pagi hingga ke petang. Sempat bercakap dgn salah seorang makcik yg menjual sayur, menurutnya sayur yg dia jual tu ditanam sendiri di kws lereng bukit di belakang .

Seronok tengok pelbagai sayur-sayur segar yg menghijau.Bunga-bunga dan pelbagai kerepek yg berasaskan sayur spt kerepek bayam, kerepek ubi dgn madu, pisang dan lain2 jenis kerepek ada dijual. Sayur-sayuran rata2 dijual RM2 dan ke atas sepeket. Manakala bunga sejambak dlm RM10-20 . Rasa nak borong aja sayur yg byk tu....geram tengoknya tp memandangkan lepas Kundasang nak gi jln2 KK semula maka beli sedikit saja sayur yg boleh tahan lama dan kerepek. Dalam sikit2 tu, 2 plastik beg sayur jugak sempat beli....











Bunga-bunga yg dijual di Pekan Kundasang..jambangan ros...kekwa..cantiknya...









Dah byk gambar jln2....kita jamu mata dengan ayam golek pula.. Ni resepi ayam golek yg dimasak semperna birthday husben yang lalu. Resepinya mudah saja.

Quote:


Ayam Golek Trengganu
Sumber; Majalah Keluarga Sept 2007

Bahan
Seekor ayam belah 4 - seekor ayam tak potongpun
1/2 liter santan - tambah lagi santan sekiranya mahu lebih kuah
*6 ulas bawang putih
*3 btg serai
*7.5 cm halia
2 sb lada sulah, garam
*1 sb jintan putih
*1/2 sb jintan manis
* blender semua bahan hingga lumat

Cara
1. Perap ayam dgn semua bahan selama sejam
2.Panggang ayam pd suhu 170 C selama 25 minit dan sehingga masak
-apa yg mama buat;
1.perap ayam dgn separuh bahan.
2.1/2 bahan lagi dimasak dlm kuali hingga mendidih seketika....tambah santan sed pekat sekiranya nak byk kuahnya.
3.bakar dlm oven selama 1/2 jam. then grill sampai masak. angkat
4. masukkan ayam dan masukkan dlm kuah yg ada dlm kuali tadi. kuah terus dipanaskan dgn api sederhana....siram ayam dgn kuah dan balik2kan ayam sehingga ayam mesra.Dah boleh makan...

Dapat Award Lagi...
Quote:

Friendship Awards By Nabialishad
Ini pula hadiah dari Intan....tqvm Intan atas tanda ingatan bagi hadiah ni.. cepat2 gantung kat rumah ni...

Happy Friendship Day dari Rinzura
Dapat award juga dari Rinzura; tqvm Rinz.... .Sorry lambat gantung tak perasan dpt award...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net